Wednesday, October 28, 2009

PR vs BN: Kalau itu pemikiran menteri BN... mari boikot bayar cukai kepada kerajaan Persekutuan secara legal...

Dilapurkan bahawa isu Majlis Tani - Pembangunan Pertanian Perlimen (MPPP) telah menyebabkan Parlimen kecoh seketika...

MPPP akan diterajui sama ada oleh anggota parlimen, ADUN atau ketua parti komponen BN bagi kawasan parlimen pembangkang.

dan didalam perbahasan di parlimen tersebut, Bernama melaporkan :

Cubaan-cubaan anggota parlimen pembangkang untuk mempertikaikan perkara itu dimatikan Noh yang mencadangkan supaya pembangkang yang menguasai beberapa negeri dan mempunyai peruntukan sendiri boleh menggunakan peruntukannya untuk membangunkan sektor pertanian di negeri masing-masing dan tidak terlalu mengharapkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan. BERNAMA

Kalau beginilah pemikiran Menteri tersebut... maka memang wajar penyokong PR memboikot membayar cukai kepada kerajaan persekutuan dan sebagai ganti gunakan saluran yang ada dan dibenarkan undang undang negara untuk menyalurkan wang tersebut kepada kerajaan PR... bagi mereka yang tinggal di bukan negeri PR... boleh melakukannya di negeri PR yang berdekatan... (tapi pastikan anda mendapat resit pembayaran untuk memotong cukai)

jadi apakah yang harus dilakukan??? sila baca cadangan yang telah saya kemukana beberapa tahun lepas di sini... (saya hanya memuatkannya di blog ini pada awal 2008 walaupun ianya pernah tersiar di Malaysiakini dan tranungkite)

Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang : Faktor PAS tewas.. dan UBN Najib Altantuya menang...

Gigitankerengga memberikan sebab sebab ini sebagai punca kelakahan PAS di Bagan Pinang...

1. Calon Pas bukan anak tempatan

2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian.

3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons

4. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.

5. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.

6. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????


dan tambahan saya pula adalah seperti berikut :

1. Pengundi Melayu tidak mendapat maklumat alternatif... harakah pun susah nak beli di kawasan luar bandar...

2. Pengundi Melayu percaya propaganda UMNO yang PAS jadi kuda tungangan DAP... PAS perlukan tindakan yang menidakan propaganda ini.... Bagaimana untuk memenangi hati pengundi Melayu di luar bandar... ????

3. Pengundi India beralih menyokong BN... perlu dicari apa sebab.... tak boleh harap kaum India terus menyokong PR... Sokongan masyarakat India kepada PAS hanya tinggal 30%.

4. Imej penyokong pas... Ada 6-7 orang wakil calon PAS tak pergi sembahyang Jumaat di masjid PUSASDA yang terletak 100m dari pusat mengundi POS semasa hari pembuangan undi pos dilakukan... diaorang bersembang bawah kemah... ini memberi gambaran buruk kepada PAS (kerana penyokong Parti Islam tidak pergi Solat Jumaat semata mata jaga undi) apabila dilihat oleh askar.. dan mereka ini orang tempatan...

Kepada blogger blogger UMNO.. Tahniah diucapkan... Hidup UMNO, Hidup BN... Hidup Isa.... Hidup RASUAH!!!! Tanpa RASUAH, negara ini tidak boleh membangun!!!... Rakyat sejahtera kerana RASUAH!!!! RASUAH penyelamat Melayu dan negara !!!! Posto.. posto...

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang: Apo Kono Eh Jang Versi PRKN31

Apo Kono Jang Versi PRKN31



Bagan Pinang: Pesanan dari Bekas Mufti Perlis kepada pengundi Bagan Pinang...

Peringatan Untuk Pengundi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

Saya menasihatkan kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

Jika kita sesama muslim bergaduh dan ‘berperang’ antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?!

Saya tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti itu hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya, justeru saya menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup mereka yang lebih utama melebihi parti adalah tanggungjawab terhadap Islam; maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya yang saya telah sebutkan sejak dulu dalam berbagai media iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.

Dalam istilah siyasah syar’iyyah disebut al-Quwwah dan al-Amanah; yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut. Inilah dua ciri yang disebut dalam al-Quran (maksudnya):

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini penting dalam apa tugasan yang hendak diserahkan kepada seseorang. Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku. Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai.

Pengundi Bagan Pinang hendaklah dengan teliti menilai perkara ini. Maka kesimpulannya; pilihlah yang berkemampuan dan amanah. Maka dengan itu anda memenuhi tuntutan Islam.

-DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, USM, P.PINANG.

Thursday, October 8, 2009

Bagan Pinang: Mana betul?? Zahid Hamidi atau rakaman ucapannya???

Cuba bandingkan.... mana satu yang betul???? Zahid Hamidi ke atau rakaman ucapannya????
Utusan
Meloya melaporkan :

Sementara itu Ahmad Zahid menjelaskan, beliau tidak menjanjikan apa-apa kepada anggota tentera ketika mengunjungi Institut Jurutera dan Elektrik Tentera Darat (IJED) dan Kor Armor baru-baru ini.

Sebaliknya kata beliau, dalam sesi dialog anggota terbabit bertanya mengenai pengisian Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Antaranya kata beliau, mereka turut meminta diadakan kemudahan kolam renang, gimnasium, pusat tuisyen kemudahan Internet tanpa wayar dan sebagainya.

"Bukan saya yang umumkan. Saya tidak tawarkan untuk pancing undi pada pilihan raya," jelasnya.




Manakala rakaman ucapannya :



Wednesday, October 7, 2009

Bagan Pinang : Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

laporan dari Harakahdaily...

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

Nazri Abdullah
Thu | Oct 08, 09 | 9:56:04 am MYT
BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.

Nizar: UMNO, parti Najib altantuya sangat Terdesak : Filem Upin dan Ipin Geng Pengembaraan Bermula pun di pirate untuk sampai propaganda mereka

Satu bukti yang UMNO begitu terdesak untuk menyampaikan mesej politik sempit mereka sehinggakan filem Upin dan Ipin, Geng, Pengembaraan Bermula pun dipirate mereka dan mereka memasukkan video ceramah/propaganda murahan UMNO di dalam filem tersebut di 4 bagagian.. 2 darinya ialah ulasan dari Ustaz UMNO, bernama Omar Khalid, 1 sedutan berita TV3 mengenai ceramah Ngeh di bukit Gantang dimana beliau memetik sepoting ayat Alquran yang pernah (pernah hot mengenai ini dahulu) ... Tak silap saya dari apa yang dipaparkan video propaganda itu dari pihak anwaribrahimdotcom... Terdesak sangat kah mereka ini.. propaganda menerusi media arus perdana sudah tidak mendapat sambutan sampai kena pirate dan selit propaganda dalam filem Upin Ipin... sampai kena menumpang populariti Upin Ipin..

Nampak sangat KEMUNAFIKAN pihak anwaribrahimdotcom.blogspot.com yang konon memperjuangkan melayu.. tetapi filam keluaran syarikat Melayu sendiri (les Copaque Sdn. Bhd) dia orang pirate..... anda nilaikan sendiri....

Torrent fail tersebut terdapat di sini...
http://thepiratebay.org/torrent/5101586/Upin_dan_Ipin___The_Geng_-_Pengembaraan_Bermula

UMNO sememangnya LANUN.....

Tuesday, October 6, 2009

undi pos - pengundi yang pindah/bersara - mungkin ini jawapannya

Saya ada terbaca posting blog mengenai siapa pangkah undi pos anggota tentera yang pindah... pendapat saya tentang pekara tersebut adalah... Mungkin kertas undi unreturned/hilang tu adalah untuk pengundi yang telah bersara/pindah unit selain dari mereka yang tidak memulangkannya (mengundi) kerana tidak mahu mengundi BN. Di Bagan Pinang, bukan semua anggota tentera di situ boleh mengundi kerana ramai juga yang nama mereka masih di DUM/Parlimen kem lama mereka terutamanya kem di Parlimen Pekan - kerana menjaga agar Najib tidak kalah / dimalukan seperti PRU 1999 dulu - 240 undi majoriti. Dan tidak semua undi pos di Bagan Pinang akan dibuang/pangkah/kembalikan kerana ramai anggota yang telah bertukar kem serta bersara....

Untuk mengelak manipulasi undi yang tidak diambil pengundi pos, maka pihak wakil PR yang berada di pusat pembuangan undi pos hendaklah mengira jumlah yang membuang undi dan membuat perjumlahan... bandingkan dengan jumlah undi semasa diumumkan keputusan undi pos... jika jumlah undi semasa pengumuman lebih daripada jumlah yang membuang undi.. maka sahlah terdapat pihak yang mengundi bagi pengundi pos yang tidak membuang undi... dan saya pasti pihak ini memangkah berdasarkan garis panduan ini ;

Jika BN melayu lawan PR melayu - undi BN
Jika BN bukan Melayu PR melayu - undi PR - ini yang menyebabkan undi pos teluk kemang berpihak kepada Roslan Kasim dahulu.
jika BN bukan Melayu PR bukan Melayu - undi BN

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..