Showing posts with label UMporNO. Show all posts
Showing posts with label UMporNO. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Hukum Qazaf kepada pecacai UMNO ini...

Baru baru ini, selepas Datuk Nalla, Uni Hafilda, Ezam, Zul Nordin dan lain lain bekas pemimpin PKR yang lompat ke UMNO bersidang, mereka mengeluarkan satu tuduhan bahawa Anwar mempunyai hubungan dengan isteri Azmin, Shamsidar... dan mereka juga menuduh zina terhadap Anwar dan Shamsidar dengan mengatakan anak Shamsidar itu adalah anak Anwar tanpa menunjukkan sebarang bukti. Mereka menerusi media UMNO setiap hari menuntut Azmin menjelaskan / menunjukan bukti bahawa dakwaan mereka ini salah . Sepatutnya pihak yang menuduhlah yang patut kemukan bukti semasa membuat tuduhan zina tersebut, bukan pihak yang dituduh,,, pihak yang dituduh hanya kena tunjuk bukti selepas tuduhan berserta bukti kekenakan terhadap beliau...

Umi Hafilda pula kata dia mempunyai bukti bergambar yang Anwar dan Shamsidar masuk apartment di Tivoli Villa untuk berzina... tapi mana gambar tu..???. tunjukkan la kat semua rakyat malaysia.... dah 14 tahun dah... dah 3 kali pilihanraya dah... tunggu apa keluarkan je utk bunuh terus karier politik Anwar kalau ada betul gambar tu... dan kenapa tak guna sebagai bukti semasa perbicaraan saman Khalid Jafri dulu??? Dok simpan buat apa????

Selepas membuat pertanyaan kepada pakcik google, Saya terjumpa petikan berita dari akhbar Berita Harian ini... :

Berita Harian Rabu 30 Disember 1998 11 Ramadan 1419

KUALA LUMPUR, Selasa - Seorang ahli kimia yang menjalankan ujian DNA ke atas contoh darah Mohamed Azmin Ali dan Shamsidar Taharin, mengesahkan Afifa adalah anak kandung pasangan itu.

Lim Kong Boon dari Jabatan Kimia, Petaling Jaya, yang mempunyai kepakaran dalam ujian DNA, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau juga membuat ujian yang sama ke atas contoh darah Afifa.

Katanya, berdasarkan ujian itu, turunan Mohamed Azmin sebagai bapa kandung Afifa adalah 99.99 peratus.

Menurutnya, beliau membuat ujian itu selepas polis menyerahkan contoh darah berkenaan pada 29 Julai lalu.

Lim berkata, beliau mendapati bungkusan mengandungi contoh darah yang diterimanya daripada polis berada dalam keadaan baik dan tidak ada kesan ia cuba dibuka.

Menjawab soalan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail, Lim berkata beliau ada memeriksa 56 helai contoh rambut dan tilam yang mempunyai kesan tompokan.

Lim akan menyambung keterangannya esok.


Nampak gaya ada orang sudah boleh dihukum Qazaf kerana menuduh zina tanpa bukti kepada orang yang tidak melakukannya...

SEBAT MEREKA!!!!

Monday, February 27, 2012

Samseng samseng UMporNO sekelian... cuba lihat anda dah kena tipu ke tidak oleh pemimpin anda...

Teruk teruk penyokong penyokong UMporNO membuat provokasi terhadap Pakatan Rakyat atau NGO NGO yang senada dengan Pakatan seperti di Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Johor, Pahang dan lain lain tempat, mereka hanya mendapat beberapa ringgit sahaja dan paling banyak pun, ketua/kepala mereka hanya dapat sikit kontrak kelas F. tetapi kroni kroni dan keluarga pemimpin UMporNO yang mereka bela dan sanjung terebut , tanpa perlu membuat provokasi terhadap Pakatan, mendapat berjuta juta.. beratus juta, berbillion... seperti :

1. Shahrizat anak beranak dapat RM250 juta bawah Projek feedlot NFC.

2. Ramli Ngah Talib anak beranak siap ada helikopter padahal anak dia yang pernah berkahwin dengan Nora Danish tu dahulu hanya berlumba kereta yang tiada nama tapi bila nak melamar Fasha Sandha datang dengan helikopter syarikat keluarga... bayangkan betapa kaya raya keluarga Ramli Ngah Talib ni...

3. Dan terbaru, Anak Khalil Yaakob, Rahadian Mahmud yang mendapat gelaran Dato' (Dato Pahang) dibawah 40 tahun mempunyai harta berjuta juta.. Sila lihat gambar projek syarikat dia yang Siti Nurhaliza beli di Melbourne, Australia... Siapa Rahadian Mahmud ini??? atau mungkin proxi bapak dia.. antara maklumat mengenai Rahadian ni, sila click pada link berikut ...

PERMAJU INDUSTRIES BERHAD (PERM:Kuala Lumpur)
Magnaprima profile of directors
Honours list in conjunction with Pahang Sultan Ahmad Shah's 73rd birthday
- cari mana "Rahadian"
Kerjaya dan Pendidikan
banyak lagi maklumat tentang beliau.. anda google la tengok "Rahadian Mahmud"....

4. banyak lagi pemimpin UmporNO yang mempunyai kekayaan yang melampaui apa yang mereka sepatutnya ada...

Kalau ikut gaji dan elaun serta harta pusaka, dapat ke mereka ni mengumpul kekayaan sebegitu banyak? Pecacai pecacai UMporNO kat bawah ni hanya dapat sisa sisa yang kecil sahaja. Perjuangan yang mereka laungkan semasa membuat provokasi tersebut menampakkan mereka telah ditipu oleh pemimpin pemimpin mereka... Mereka berpanas, berhujan bekerja untuk UMporNO.. pemimpin merka dan anak beranak kroni mereka senang lelang merompak kekayaan negara berjuta juta, berbillion billion... PKFZ dah 4 billion kepada MCA Lim Leong Sek, Kapal selam Scopene RM500 Juta kepada Razak Baginda/Najib, Zaki Azmi dan Hafarizam lawyer UMporNO dapat kontrak lebuhraya RM2.2 billion... dan banyak lagi, tak larat pula untuk menaip nanti......

Anda pecacai pecacai UMporNO sekelian yang membuat gangguan provokasi terhadap Pakatan... fikir fikirkan lah sendiri... pemimpin anda dan kroni /kaum kerabat mereka senang lenang buat duit jadi kaya raya.. anda berpanas berhujan membuat provokasi apa anda dapat... silap silap dapat pening kepala dan demam je..... fikir fikirkanlah....

24 FEB. 2012: Datuk Siti Nurhaliza menandatangani dokumen perjanjian pembelian kediaman di The Istana Melbourne, Australia sambil di perhatikan oleh Pengarah Eksekutif Magna Prima Bhd., Datuk Rahadian Mahmud (tengah) pada majlis pelancaran projek perumahan mewah itu di Kuala Lumpur. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARIGambar 14 dari 30

Thursday, February 23, 2012

BN/UMporNO tidak pernah mengiktiraf pilihan rakyat (Sore Loser)...

UMporNO dan Barisan Najis tidak pernah mengiktiraf pilihan rakyat didalam pilihanraya yang tidak memihak mereka. Contoh terbaharu...
Mesyuarat penyelarasan menteri besar dan ketua menteri - ketua menteri dan menteri besar di negeri Pakatan didak dijempun dan ini dibidas oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai perbuatan yang tidak professional atau 'sore loser'.

Boleh pulak si Najibtantuya ni boleh jawab ianya adalah amalan biasa dan bukan isu macam ni...
kalau untuk penyelarasan, kenapa tak dijemput MB/KM negeri Kedah, Penang, Selangor dan kelantan??? What a sore loser... Kedah, Kelantan Penang dan Selangor Mesyuarat dia tak dijemput?? woit bini Rosmah.. sapa jadi PM ni??? Kenapa tak namakan saja mesyuarat penyelarasan KM/MB Barisan najis???? kalau macam tum panggil saja PM Barisan Nasional, bukan PM Malaysia...

Sebab itulah juga apabila dia ni datang melawat lawatan kerja negeri negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, dia ni tak berjumpa dengan ketua Menteri atau menteri besar negeri berkenaan seolah olah beliau tidak mengiktiraf kerajaan negeri tersebut. Dan lawatan pula berkisar tentang parti BN dan UMporNO.. bukan sangat tentang tugas sebagai perdana menteri utk Malaysia... walaupun guna nama lawatan kerja PM.. bukan lawatan kerja Presiden UMporNO/BNajis.

selain dari ini, antara penganaktirian dan sifat sore loser kerajaan malaysia dan agensi mereka adalah :
1. Wang royalti minyak.. zaman UMporNo memerintah, Terengganu dapat, bila dapat kat PAS, jadi wang ehsan dan kerajaan negeri tak dapat.. macam tui jugak Kelantan.. tak dapat terus walaupun layak.

2. Radio negeri di negeri pakatan setiap hari memaki hamun kerajaan negeri... woit, penyokong pakatan pun bayaq cukai jugak utk funding radio tu... TV RTm lagi la.. tak payah cakap...

Dan banyak lagi contoh contoh... pembaca boleh tambah di ruangan komen... Puak puak UMporNO pun sila lah bagi komen.. saya tak block pun macam sesetengah blogger UmporNO...

TAMBAHAN CONTOH :
Akibat dari sikap pilih kasih atau diskriminasi seperti ini lah DEB gagal utk mencapai matlamatnya. Ada disertakan contoh contoh diskriminasi sekali didalam artikel tersebut.

Tuesday, January 10, 2012

Penghakiman Anwar 901: Jawapan balas terhadap kenyataan Zul Kulim

Ini jawapan saya kepada posting di blog Zul Kulim tengtang komen beliau mengenai penghakiman kes Liwat Anwar.... yang saya rasa yakin tak akan diapprove beliau untuk dipaparkan dibawah posting tersebut....

YB zul..

1. mengenai mahkamah dikuasai pihak eksekutif.... ingat lagi video korek korek korek VK Linggam??? dari beberapa kes berprofil politik tinggi... selalunya mahkamah tinggi akan nampak bebas tetapi bila masuk mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan... nampak jadi pelik... macam kes MB perak - Nizar vs Zambry???? so apa nak diherankan oleh keputusan mahkamah tinggi dalam kes Anwar ni... dan apa pula citer Saiful pi jumpak Najib...?? Mula Najib nafi... tapi bila keluar gambar mengaku pula saiful pi jumpak dia kononnya nak mintak biasiswa.. tapi mintak biasiswa apa ke jadahnya pulak sedangkan saiful tu kena dissmiss dari UTP???? or anybody oleh pi jumpak Najib nak mintak biasiswa??? nak mintak masuk MRSM/SBP????? lagi satu macam mana pelajar yg di universiti sokong BN - aspirasi tapi pi jadi penolong Anwar/??? cuma Anwar je bodoh tak periksa latarbelakang orang yang nak kerja dengan dia...

2. mengenai isu paksa atau suka sama suka... bukankah si Saiful sendiri masa sumpah laknak kata dia dipaksa??? atau anda kata si saiful berbohong masa sumpak laknat tu???? Kalau suka sama suka pasai apa si saiful pi buat pemeriksaan dan report polis kata dia diliwat ???? jadi si saiful ni berbohong ke??? kalau dia berbohong.. maka lagi la keterangan dia di mahkamah tak boleh dipakai.....

yang karpal kata tu dia mengandaikan kalau liwat tu berlaku pun... si saiful ni tak boleh diterima pengsaksian dia... YB Zul... awak ni lawyer betul ke lawyer butuk?????

btw... ada beza antara air mani dan sperm.. air mani adalah medium utk sperm??? adakah DNA Anwar dalam dubur tu dari air mani atau DNA sperm??? kerana jika DNA air mani, DNA Anwar dari darah boleh dicampurkan kepada air mani orang lain dan di planted dalam dubur Saiful.. tapi kalau DNA sperm... maka ianya memang sperm atau sell dari Anwar.....

dan dari keternagan masa perbicaraan... ada DNA lelaki X dan Y... yang didedah adalah DNA lelaki Y iaitu dikatakan DNA Anwar... diapa pula lelaki X yang DNA nya ada dalam dubur Saiful????

DNA ni ada profile dia.. dan profile ni boleh disimpan dalam database macam simpan profile cap jari... so tak perlu untuk di beri sample baru kerana perbandingan DNA boleh dilakukan dari database???? (macam dibandingkan profile cap jari dgn yg ada kat jari dalam sistem biometrik) bukankah profile DNA Anwar sudah ada??? kenapa pula nak mintak sample baru??? untuk ditanam ke dubur YB Zul KUlim pulak ke?????

BTW... Mahkamah Allah adalah di padang Mahsyar.. bukan dengan buat sumpah... Allah maha mengetahui samada Anwar meliwat atau tidak.. Saiful membuat fitnah atau tidak... YB Zul Kulim dapat insentif dari UMporNO atau tidak.... hukuman Allah tu tak tunggu sampai ada sumpak dibuat..... malah Allah boleh balas di dunia ni jugak tanpa perlu dimohon, dimintak, di solat hajatkan... .....

PS.. saya ucapkan YB Zul Kulim selamat bertanding PRU13 atas tiket BEBAS... dan tak hilang wang pertaruhan (kalau UMporNO letak calon jugak utk lawan anta... yang saya percaya mereka akan melakukannya)... rajin rajin la mintak Najib tak letak calon UMporNO lawan anta nanti.... bodek bagi kuat sikit... kasi air-cond emas sikit... kipas emas tak cukup....

Tuesday, November 1, 2011

Betul ke demo mat rempit di Pulau Pinang bukan tajaan UMporNO?

Beberapa hari lepas, sekumpulan mat rempit telah mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan Pulau Pinang membina litar merempit dan mereka memakai Tshirt kuning yang bertulisan "LGE Rasis"...

Apabila ditunding bahawa demonstrasi mat rempit ini tajaan UMporNO, beberapa pemimpin UMporNO melenting menafikannya. Tetapi betul ke penafian bahawa UMporNO tidak terlibat menaja demonstrasi ini... ??

Mengikut blog ini, 'mat mat rempit' ni tidak menampilkan diri seperti mat rempit sebenarnya. Mereka lebih kepada pemuda UMporNO daripada mat rempit. Ada yang gendut lagi.

Selain dari itu, kita kena lihat juga siapa kepada mat rempit ini... yang namanya "Sabaruddin Ahmad". Apabila dibuat carian Google dengan ' "Sabaruddin Ahmad" + UMNO'.. maka salah satu keputusan carian menampilkan web site ini : http://umno-online.com/?p=22086 ... Rupa rupanya Sabarudin ketua mat rempit ini juga ayng menganjurkan majlis pemulangan wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, yang didakwa wang dari perjudian yang akhirnya terbukti ianya satu fitnah. Seorang Paduka Ayahanda menjadi pengerusi NGO mat rempit???? (lawak apa ni???)

Rupa rupanya Sabarudin Rempit ini adalah front-man UMporNO didalam NGO orang muda di Pulau Pinang untuk mencetuskan kekacauan dan isu. Nampaknya dia dah ada 2 NGO yang dipengerusikannya.. atau adakah NGO ini yang tidak berdaftar dan haram seperti mana mereka mengharamkan Bersih 2.0 dahulu... Kenapa double standard dalam isu ini???

Sekarang ini nampaknya UMporNO telah menjadi pengecut, tidak berani kehadapan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan hanya berani menggunakan NGO - NGO sebagai front line sahaja...

ni saya salin artikel dari http://umno-online.com/?p=22086 untuk anda baca sendiri dan nilaikannya...

60 Lagi Warga Emas Pulangkan ‘Wang Haram’

BALIK PULAU 8 Okt. – Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.

“Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.

“Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.

Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau Datuk Dr Hilmi Yahya.

Seorang lagi penerima, Lebar Ahmad, 69, berkata tindakan beliau dan rakan- rakannya memulangkan wang berkenaan adalah atas kerelaan hati dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Makcik tak mau dah ambik duit macam ni (wang haram) kerana ia akan jadi darah daging dan biarlah susah daripada terima duit haram,” katanya.

Sementara itu, Sabaruddin berkata pihaknya menganjurkan majlis berkenaan bagi memudahkan warga emas di sekitar Balik Pulau menyerahkan semula wang ehsan berkenaan.

“Majlis ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya atas permintaan warga emas yang mahu memulangkan semula wang haram itu dan Pewaris juga ingin mengingatkan Ketua Menteri agar lebih peka, prihatin dan menghormati prinsip-prinsip Islam memandangkan beliau kini menjadi pemerintah dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam,”katanya. – Bernama

Monday, September 19, 2011

Andaikata orang yang didalam video tu Anwar...

Selepas keluarnya video lucah oleh puak puak UMporNO terutama PAPAGOMO yang dikatakan Anwar terlibat, keluar pula video CCTV pegerakan orang tersebut menaiki lif.

Oleh itu, saya berfikir, kalau betul pun orang didalam video itu Anwar... terdapat beberapa persoalan yang timbul... iaitu...

1..Nak dakwa dia atas kesalahan apa??? apa kesalahan yang dia buat mengikut undang undang sivil??? kalau ada pun adalah undang undang syariah atas kesalahan berzina dan didakwa di mahkamah syariah.. tapi bila ikut undang undang syariah, walaupun ianya undang undang 365 di malaysia ni, kena la masuk bab kazaf pulak kalau yang mendakwa tu bohong... dan puak puak UMporNO ni takut bila nak masuk mahkamah syariah kerana mereka akan kalah... So mereka gembar bembur la dalam blog macam papagomo supaya mereka dapat undi orang melayu masa PRU13 nanti.. itu je.. ianya bermotif politik...

2. Siapa yang buat rakaman tu??? Eskey kata dia ternampak wayar camera.. maksud dia, ada orang lain yang pi letak camera tu utk rakaman.. dan memang bilik tu ditarget untuk rakaman... ini kerja siapa ni buat kerja mengintip ni.. macam kes CSL dulu, sampai la ni tak ada tangkapan keatas orang yang pasang kamera tu.. dalam kes video ni pun, tidak disebut tentang siapa yang pi letak camera dan buat rakaman tu??? Adakah ini kerja SB/polis yang memantau pegerakan pemimpin pembangkang??? ini adalah satu kesalahan kerana menceroboh privasi orang lain dengan pasang kamera... bayangkan jika mana mana pemimpin UMporNO yang pi sewa biloik tu dan membuat hubungan sex dengan bini dia... ????

3. Mengikut Datuk T, terdapat 1 saja salinan video tu dan telah diserahkan kepada polis.. tetapi bagaimana pila ianya boleh terdedah kedalam youtube??? siapa yang dedahkan??? Mengikut polis mereka telah hantar video tu kepada KRU group bagi menganalisa video... jadi jika Datuk T berkata benar bahawa mereka tidak ada salinan lain, maka ayng mengupload dan menyebar video tu ke youtube adalah pihak polis sendiri ataupun puhak KRU group??? Siapa pula KRU group?? mereka ni banyak dapat kontrak kerajaan seperti sambutan merdeka dan tahun baru.. dan merupakan ahli UMporNO.. oleh itu saya ra sa mereka juga terlibat dalam menyebarkan video tersebut... kerana mereka ada salinan video yang diserahkan oleh polis untuk dianalisa oleh mereka..

4. Video cctv.. bagaimana video ni boleh jatuh ketangan papagomo dan geng dia??? video ni sudahpun diambil oleh pihak polis semasa siasatan video seks tersebut tetapi macam mana blogger UMpoprNo ni boleh dapat...?? adakah salinan cctv dari pemilik premis ataupun dari pihak polis ayng memiliki satu salinan yang diperolihi semasa siasatan???

Dulu, Allahyarham Fadzil Noor pi mekah buat umrah pun SB ikut sampai sana... siap sewa bilik hotel berhadapan dengan bilik dia...

Kalau orang yang didalam video tu Anwar... nampak sangat yang polis/SB menjadi barua UMporNO/BN...

Monday, July 11, 2011

UMNO : "is rotten to the core"

Semasa melayari internet, saya terbaca posting "Saya Melayu Johor, Saya UMNO, Saya OK"... tertarik dengan tulisan tersebut, saya telah berikan komen berikut dari apa yang saya lihat berlaku didalam UMNO. Ini khusus buat puak puak UMNO....

Amtaranya beliau menulis :

"Pecacai ini orang gomen (kerajaan) tapi terdiri daripada mereka yang bukan jiwanya jiwa juang UMNO, tetapi sebaliknya jiwa uang (wang)! Tapi, UMNO juga dipersalah. "


UMNO dipersalahkan kerana yang berjiwa wang tersebut adalah ahli ahli UMNO. Ahli ahli ini membawa nama dan mencerminkan parti. Jika ahli ahli UMNO berperangai seperti itu, makalah yang akan dapat nama adalah UMNO. Jatidiri pemimpin dan ahli UMNO sudah berubah. Masing masin ingin mendapatkan sesuatu menerusi parti, dari habuan pergi KL free ikut rombongan atau makan free semasa aktiviti parti hinggalah ke politik wang apabila pemilihan UMNO. Itu tak masuk lagi mereka yang sertai UMNO kerana inginkan projek dan fulus... mereka mereka yang ikhlas berjuang seperti zaman Tunku Abdul Rahman semakin pupus didalam UMNO. Sesungguhnya ahli ahli UMNO sendiri yang sedang mereputkan UMNO sehingga nama umno semakin busuk. Tun Dr. Mahathir pernah berkata "UMNO is rotten to the core"

Monday, June 27, 2011

Lawak UMNO : Kata anti tapi depa buat??? Munafik ke???

UMNO mendakwa anti perhimpunan haram (haram kerana tak dapat permit polis walaupun perlembagaan membenarkannya).... macam macam dikatakan terhadap perhimpunan BERSIH 2.0... tapi boleh pula pemuda UMNO buat perhimpunan haram depan pejabat PKR??? siap ancam nak bakar bangunan tu pulak??? ganas betul... tapi mana pihak polis nak halang??? siap pakai T Shirt warna merahPatriot lagi??? awat polis tak tangkap mereka ni sebab pakai T shirt merah patriot tu macam mana polis tangkap mereka yang pakai T shirt kuning BERSIH???? Double standard atau polis ni memang balaci UMNO/BN???? Nampak sangat UMNO ni MUNAFIK????Link
nama baru UMNO : UMunafikporNO

Sila lihat video ni...
part 1 : http://www.youtube.com/watch?v=K827assUn7c
Link

Part 2 : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=kabDmx8cs08


And from Malaysiakini : http://www.youtube.com/watch?v=IYVHwi6uzDQ

Saturday, June 11, 2011

PAPAGOMO beragama UMporNO

Dengar kata Papagomo sekarang ni tengah mengedar video lucah... dia dah jadi pengedar video lucah...hari tu dia sebok dengan video yg dikaitkan dengan Anwar... sekarang ni dengan video yang dikaitkan dengan Mat Sabu pulak...

saya sikit pun tak heran kerana Papagomo ni beragama UMporNO... dan salah satu ibadat agama UMporNO ni ialah menonton video porn/lucah... sebab tu dia edar video porn/lucah sebab dia nak semua org masuk agama UMporNO dan beribadat dengan menonton video porn/lucah...

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..