Ini adalah video youtube yang dihasilkan oleh puak UMporNO.. TETAPI ia juga mengungkap beberapa misteri tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden kereta polis melanggar peserta bersih 3.0... berikut adalah komen saya tentang pekara tersebut....
yg kat KLCC tu diaorg tak serang polis pun macam polis pukul org... depa terus lari je...
insiden kereta ni bermula boleh dilihat pada minit 5:17... dimana kereta ni tak nak berhenti dan melanggar orang .. sebab tu ujudnya kes kereta tu ditendang, dibaling dan ada orang melompat atas kereta... puncanya kereta tu dah langgar orang dahulu sebelum terbabas, melanggar orang lagi. diserang dan terbabas didepan Sogo..
mamat pakai topi keledar tu dipukul kerana sesuatu.. lihat pada minit 5:45... nampak dia cuba mengambil sesuatu dari kereta tu atau menolak seseorang dahulu dan orang memukul dia kerana itu... anggota polis pula dibawa keluar dan diselamatkan.. btw kat 7:25 dari angle lain pula menunjukkan mamat bertopi keledar tu menolak pompuan yang bertudung merah jatuh.. dan masa tu pintu kereta tu terbuka dan dia mengepit sesuatu... then orangdan bila dia dipukul, ada orang tolong tutup pintu kereta tu..
8:15.. anggota polis tu dikeluarkan dari kereta dalam keadaan sedar dn boleh berdiri sendiri.. bukan pengsan seperti didakwa beliau/disiar oleh mainstream media...
about terbalikkan kereta tu.. perasan tak ramai yang jenguk bawah kereta??? sebab mereka rasa ada orang terhimpit bawah kereta tu... sebab tu kereta tu diterbalikkan ...
mengenai kerosakan dan kekotoran.. apabila dipancut water cannon dan ditembak gas pemedih mata.. orang akan lari bertempiaran kerana panik.. sebab tu boleh jadi macam tu.. sebab tu hilux pun diaorang tinggalkan.. takkan diaorg nak buang kereta kut... hilux nilai rm98k pulak tu... takkan Hilux pun sampah jugak ke..???
Baru baru ini, selepas Datuk Nalla, Uni Hafilda, Ezam, Zul Nordin dan lain lain bekas pemimpin PKR yang lompat ke UMNO bersidang, mereka mengeluarkan satu tuduhan bahawa Anwar mempunyai hubungan dengan isteri Azmin, Shamsidar... dan mereka juga menuduh zina terhadap Anwar dan Shamsidar dengan mengatakan anak Shamsidar itu adalah anak Anwar tanpa menunjukkan sebarang bukti. Mereka menerusi media UMNO setiap hari menuntut Azmin menjelaskan / menunjukan bukti bahawa dakwaan mereka ini salah . Sepatutnya pihak yang menuduhlah yang patut kemukan bukti semasa membuat tuduhan zina tersebut, bukan pihak yang dituduh,,, pihak yang dituduh hanya kena tunjuk bukti selepas tuduhan berserta bukti kekenakan terhadap beliau...
Umi Hafilda pula kata dia mempunyai bukti bergambar yang Anwar dan Shamsidar masuk apartment di Tivoli Villa untuk berzina... tapi mana gambar tu..???. tunjukkan la kat semua rakyat malaysia.... dah 14 tahun dah... dah 3 kali pilihanraya dah... tunggu apa keluarkan je utk bunuh terus karier politik Anwar kalau ada betul gambar tu... dan kenapa tak guna sebagai bukti semasa perbicaraan saman Khalid Jafri dulu??? Dok simpan buat apa????
Selepas membuat pertanyaan kepada pakcik google, Saya terjumpa petikan berita dari akhbar Berita Harian ini... :
Berita Harian Rabu 30 Disember 1998 11 Ramadan 1419
KUALA LUMPUR, Selasa - Seorang ahli kimia yang menjalankan ujian DNA ke atas contoh darah Mohamed Azmin Ali dan Shamsidar Taharin, mengesahkan Afifa adalah anak kandung pasangan itu.
Lim Kong Boon dari Jabatan Kimia, Petaling Jaya, yang mempunyai kepakaran dalam ujian DNA, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau juga membuat ujian yang sama ke atas contoh darah Afifa.
Katanya, berdasarkan ujian itu, turunan Mohamed Azmin sebagai bapa kandung Afifa adalah 99.99 peratus.
Menurutnya, beliau membuat ujian itu selepas polis menyerahkan contoh darah berkenaan pada 29 Julai lalu.
Lim berkata, beliau mendapati bungkusan mengandungi contoh darah yang diterimanya daripada polis berada dalam keadaan baik dan tidak ada kesan ia cuba dibuka.
Menjawab soalan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail, Lim berkata beliau ada memeriksa 56 helai contoh rambut dan tilam yang mempunyai kesan tompokan.
Lim akan menyambung keterangannya esok.
Nampak gaya ada orang sudah boleh dihukum Qazaf kerana menuduh zina tanpa bukti kepada orang yang tidak melakukannya...SEBAT MEREKA!!!!
Sehari dua ini media arus perdana rancak memainkan dakwaan Anwar/PKR guna dana Yahudi melalui Konrad Adenauer Foundation . Tetapi mari kita lihat siapa yang terlibat didalam aktiviti yayasan ini di Malaysia....
http://www.kas.de/malaysia/en/events/ - laman 'event' yayasan ini di Malaysia.
1. http://www.kas.de/malaysia/en/events/48585/
In collaboration with Universiti Utara Malaysia (UUM), the Faculty of Economics and Administration, University of Malaya (UM), Malaysian Economic Association and Talent Corporation Malaysia.
'Talent Corporation'??? Bukankah Talent Corporation ditubuhkan oleh Najib untuk panggil balik 'pakar - pakar' Malaysia di negara luar untuk balik ke Malaysia..??? http://www.talentcorp.com.my/
http://www.talentcorp.com.my/about-us/
Talent Corporation was announced during the tabling of the 10th Malaysia Plan (10MP) by YAB Prime Minister, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Set up under the purview of the Prime Minister’s Department, Talent Corporation’s challenge is to identify shortages in key sectors and attract and retain the necessary skilled human capital. In line with the Economic Transformation Programme (ETP), TalentCorp is expected to spearhead Malaysia’s initiative to develop a diverse and competitive talent pool – a requirement for a high-income economy.
hahaha.. UMNO ingat rakyat bodoh... Tapi rakyat dah cerdik... Orang luar bandar adalah target propaganda baru ini dan dengan kekurangan maklumat alternatif serta golongan saluran 1 yang banyak, BN berharap untuk menang menerusi kawasan luar bandar kali ini. Oleh itu, sebarkan maklumat sebaik mungkin untuk melawan propaganda BN seperti ini....
Ini jawapan saya kepada posting di blog Zul Kulim tengtang komen beliau mengenai penghakiman kes Liwat Anwar.... yang saya rasa yakin tak akan diapprove beliau untuk dipaparkan dibawah posting tersebut....
YB zul..
1. mengenai mahkamah dikuasai pihak eksekutif.... ingat lagi video korek korek korek VK Linggam??? dari beberapa kes berprofil politik tinggi... selalunya mahkamah tinggi akan nampak bebas tetapi bila masuk mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan... nampak jadi pelik... macam kes MB perak - Nizar vs Zambry???? so apa nak diherankan oleh keputusan mahkamah tinggi dalam kes Anwar ni... dan apa pula citer Saiful pi jumpak Najib...?? Mula Najib nafi... tapi bila keluar gambar mengaku pula saiful pi jumpak dia kononnya nak mintak biasiswa.. tapi mintak biasiswa apa ke jadahnya pulak sedangkan saiful tu kena dissmiss dari UTP???? or anybody oleh pi jumpak Najib nak mintak biasiswa??? nak mintak masuk MRSM/SBP????? lagi satu macam mana pelajar yg di universiti sokong BN - aspirasi tapi pi jadi penolong Anwar/??? cuma Anwar je bodoh tak periksa latarbelakang orang yang nak kerja dengan dia...
2. mengenai isu paksa atau suka sama suka... bukankah si Saiful sendiri masa sumpah laknak kata dia dipaksa??? atau anda kata si saiful berbohong masa sumpak laknat tu???? Kalau suka sama suka pasai apa si saiful pi buat pemeriksaan dan report polis kata dia diliwat ???? jadi si saiful ni berbohong ke??? kalau dia berbohong.. maka lagi la keterangan dia di mahkamah tak boleh dipakai.....
yang karpal kata tu dia mengandaikan kalau liwat tu berlaku pun... si saiful ni tak boleh diterima pengsaksian dia... YB Zul... awak ni lawyer betul ke lawyer butuk?????
btw... ada beza antara air mani dan sperm.. air mani adalah medium utk sperm??? adakah DNA Anwar dalam dubur tu dari air mani atau DNA sperm??? kerana jika DNA air mani, DNA Anwar dari darah boleh dicampurkan kepada air mani orang lain dan di planted dalam dubur Saiful.. tapi kalau DNA sperm... maka ianya memang sperm atau sell dari Anwar.....
dan dari keternagan masa perbicaraan... ada DNA lelaki X dan Y... yang didedah adalah DNA lelaki Y iaitu dikatakan DNA Anwar... diapa pula lelaki X yang DNA nya ada dalam dubur Saiful????
DNA ni ada profile dia.. dan profile ni boleh disimpan dalam database macam simpan profile cap jari... so tak perlu untuk di beri sample baru kerana perbandingan DNA boleh dilakukan dari database???? (macam dibandingkan profile cap jari dgn yg ada kat jari dalam sistem biometrik) bukankah profile DNA Anwar sudah ada??? kenapa pula nak mintak sample baru??? untuk ditanam ke dubur YB Zul KUlim pulak ke?????
BTW... Mahkamah Allah adalah di padang Mahsyar.. bukan dengan buat sumpah... Allah maha mengetahui samada Anwar meliwat atau tidak.. Saiful membuat fitnah atau tidak... YB Zul Kulim dapat insentif dari UMporNO atau tidak.... hukuman Allah tu tak tunggu sampai ada sumpak dibuat..... malah Allah boleh balas di dunia ni jugak tanpa perlu dimohon, dimintak, di solat hajatkan... .....
PS.. saya ucapkan YB Zul Kulim selamat bertanding PRU13 atas tiket BEBAS... dan tak hilang wang pertaruhan (kalau UMporNO letak calon jugak utk lawan anta... yang saya percaya mereka akan melakukannya)... rajin rajin la mintak Najib tak letak calon UMporNO lawan anta nanti.... bodek bagi kuat sikit... kasi air-cond emas sikit... kipas emas tak cukup....
hahahaha seronok dok baca macam mana pemimpin pemimpin UMNO dok bekelai berebut nak membolot harta rakyat/negeri.... (salah satu sebab utama di Kelantan UMNO susah ambik balik... dan mungkin akan terjadi di Kedah/selangor pulak) zaman Shahidan dulu pun lagi teruk... sampai anak Tun Mahathir nak buat mariner di Pulau Ketam pun dia nak pau 10%... yg kes Alstom yg Dr. Hamid terpalit tu pun tah tah angkara Shahidan jugak apa....????
Mai election nanti orang nak kalih bukan pasai Radzi or Mad Isa.. tapi pasai perangai semua pemimpin UMNO ni...
http://qunang.blogspot.com/2011/07/perasuah.html
http://qunang.blogspot.com/2011/07/permohonan-siasatan-rasuah-siri-1.html
http://qunang.blogspot.com/2011/08/permohonan-siasatan-rasuah-siri-2.html
http://qunang.blogspot.com/2011/08/permohonan-siasatan-rasuah-siri-3.html
http://qunang.blogspot.com/2011/10/mb-perlis-pasca-pru13.html
http://qunang.blogspot.com/2011/09/ugutan-terbuka-kepada-sprm.html
dan yang terbaharu.... http://malaysiakini.com/news/186350
Selepas keluarnya video lucah oleh puak puak UMporNO terutama PAPAGOMO yang dikatakan Anwar terlibat, keluar pula video CCTV pegerakan orang tersebut menaiki lif.
Oleh itu, saya berfikir, kalau betul pun orang didalam video itu Anwar... terdapat beberapa persoalan yang timbul... iaitu...
1..Nak dakwa dia atas kesalahan apa??? apa kesalahan yang dia buat mengikut undang undang sivil??? kalau ada pun adalah undang undang syariah atas kesalahan berzina dan didakwa di mahkamah syariah.. tapi bila ikut undang undang syariah, walaupun ianya undang undang 365 di malaysia ni, kena la masuk bab kazaf pulak kalau yang mendakwa tu bohong... dan puak puak UMporNO ni takut bila nak masuk mahkamah syariah kerana mereka akan kalah... So mereka gembar bembur la dalam blog macam papagomo supaya mereka dapat undi orang melayu masa PRU13 nanti.. itu je.. ianya bermotif politik...
2. Siapa yang buat rakaman tu??? Eskey kata dia ternampak wayar camera.. maksud dia, ada orang lain yang pi letak camera tu utk rakaman.. dan memang bilik tu ditarget untuk rakaman... ini kerja siapa ni buat kerja mengintip ni.. macam kes CSL dulu, sampai la ni tak ada tangkapan keatas orang yang pasang kamera tu.. dalam kes video ni pun, tidak disebut tentang siapa yang pi letak camera dan buat rakaman tu??? Adakah ini kerja SB/polis yang memantau pegerakan pemimpin pembangkang??? ini adalah satu kesalahan kerana menceroboh privasi orang lain dengan pasang kamera... bayangkan jika mana mana pemimpin UMporNO yang pi sewa biloik tu dan membuat hubungan sex dengan bini dia... ????
3. Mengikut Datuk T, terdapat 1 saja salinan video tu dan telah diserahkan kepada polis.. tetapi bagaimana pila ianya boleh terdedah kedalam youtube??? siapa yang dedahkan??? Mengikut polis mereka telah hantar video tu kepada KRU group bagi menganalisa video... jadi jika Datuk T berkata benar bahawa mereka tidak ada salinan lain, maka ayng mengupload dan menyebar video tu ke youtube adalah pihak polis sendiri ataupun puhak KRU group??? Siapa pula KRU group?? mereka ni banyak dapat kontrak kerajaan seperti sambutan merdeka dan tahun baru.. dan merupakan ahli UMporNO.. oleh itu saya ra sa mereka juga terlibat dalam menyebarkan video tersebut... kerana mereka ada salinan video yang diserahkan oleh polis untuk dianalisa oleh mereka..
4. Video cctv.. bagaimana video ni boleh jatuh ketangan papagomo dan geng dia??? video ni sudahpun diambil oleh pihak polis semasa siasatan video seks tersebut tetapi macam mana blogger UMpoprNo ni boleh dapat...?? adakah salinan cctv dari pemilik premis ataupun dari pihak polis ayng memiliki satu salinan yang diperolihi semasa siasatan???
Dulu, Allahyarham Fadzil Noor pi mekah buat umrah pun SB ikut sampai sana... siap sewa bilik hotel berhadapan dengan bilik dia...
Kalau orang yang didalam video tu Anwar... nampak sangat yang polis/SB menjadi barua UMporNO/BN...
Berikut adalah komen saya terhadap blogger ScrewKuat terhadap postingnya bertajuk :
Saya setuju dgn apa Johan Ramli komen..
Gerakan kristianisasi ni dah lama.. tapi selama ni JAIS dan jabatan agama negeri lain dok lena saja... tapi bila selangor dapat kat PR... JAIS 'terjaga' dari tidur utk melihat masalah murtad ni semata mata kerana kerajaan selangor tu yang memerintahnya adalah PR... cuba BN/UMNO masih lagi berkuasa di Selangor... JAIS masih lagi dibuai tidur... Tak percaya tanya Datuk Seri Haruissani mufti Perak tu, dia pernah dakwa yang 250 ribu dah murtad.. tapi apa tindakan kerajaan selama ni... ??? apa tindakan UMNO... PAS bentang usul undang undang murtad di parlimen pun ditentang MP UMNO....
Satu lagi JAIS dan jabatan agama lain masih lagi tidur terhadap masalah umat islam yang miskin... boleh baca harian metro sejak beberapa minggu ini la tentang ibu tunggal terpaksa terima bantuan gereja utk hidup... mana pi duit baitumal Zakat??? padahal tiap tiap tahun beratus juta dikutip..??? Pernah terjadi duit zakat Wilayah persekutuan hilang akibat rugi dalam pelaboran masa Yusof Noor jaga jadi menteri agama dulu... SubhanAllah.. duit zakat pun boleh melabor.. padahal duit tu kena habiskan dalam 1 tahun tu juga.. dan tak boleh dilaborkan... kena beri pada asnaf...
Sultan pula apa peranan??? bila timbul kes ni yang disalah adalah kerajaan PR selangor.. dikata JAIS/MAIS dibawah kerajaan selangor... tapi bab lain.. kata kerajaan PR selangor tak boleh campurtangan, ianya dibawah Sultan... Sepatutnya ketua agama mestilah orang yang kuat beragama... bukan atas nama...
Dan kita dapati juga NGO yang anjur majlis di GMDU tu adalah condong terhadap UMNO/BN.. MAjlis Aids Malaysia... Lihat kenyataan Datuk Zaman Khan, bekas CID Bukit Aman dan Ketua pENGARAH pENJARA mALAYSIA...
http://my.news.yahoo.com/ex-top-cop-zaman-khan-shoots-down-jais-060958141.html
siapa dibelakang majlis Aids Malaysia ni..??
http://www.mac.org.my
Rosmah sendiri pun bagi prakata untuk annual report 2009 MAC ni... sila lihat juga siapa dia directors MAC ini ...
http://www.mac.org.my/v2/wp-content/uploads/attachment/annual09.pdf
Baru baru ini satu klip video di youtube dilaporkan mengatakan DAP sebagai berkomplot dengan tauke tauke bagi menaikkan harga barang supaya rakyat marah kepada kerajaan BN dan seterusnya menjatuhkan BN pada PRU13 nanti. Video ini telah diuploadkan oleh seorang yang bergelar Kawasaki9722. Kualiti video tersebut adalah amat berkualiti dan seperti dihasilkan oleh mereka yang professional dibidang perfileman (tetapi kandungan video amat tidak berkualiti) yang dipercayai dirakam dengan peralatan set pengambaran professional untuk drama TV atau filem.
Jadi, setelah menonton beberapa video yang diupload oleh Kawasaki9722, saya terjumpa satu video yang pada tarikh upload saya percaya antara video terawal di uploadkan oleh Kawasaki9722 bertajuk "SUARA RAKYAT MENOLAK demirakyat.org" iaitu video jawapan kepada video pro Pakatan di www.demirakyat.org. Didalam video ini, saya mengagak ia memaparkan mereka mereka yang terlibat didalam pembikinan 51 video video "suara Rakyat" yang diupload oleh Kawasaki9722 menerusi temuramah yang disiarkan atau setidak tidaknya mereka mengetahui siapa yang membikinkannya. Siapakah mereka ? Mereka kebanyakannya adalah terdiri dari PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA (PTVM) - dan antara posting di blog mereka adalah bertajuk "Artis Jangan terlibat Perhimpunan Bersih". Antara yang ditemuramah adalah
1. Taha Wahid - setiausaha PTVM. (mengikut carian google, tiada banyak maklumat dapat diperlolehi kecuali facebook beliau dan beliau adalah seorang pelakon drama.
2. Jurey Rosli - Presiden PTVM dan presiden GAFIM. Beberapa maklumat mengenai beliau boleh diperlolehi di facebook beliau, http://jomss.blogspot.com/2010/03/biodata-gambar-jurey-latiff-rosli.html dan http://www.blogger.com/profile/05237176083739457162 dan juga blog PTVM tadi.
3. Kay Maria seorang pelakon dan penyanyi . dan mempunyai 1 akaun Facebook.
Pada mulanya mereka memaparkan beberpa pelakon berwatak mamat, Dollah, Lim dan Seng, serta Thamby, tetapi kemudiannya diganti oleh watak watak golongan muda beberapa gadis dan pemuda yang saya rasakan adalah mereka yang baru mahu berkecimpung didalam bidang lakonan ini. Pada video yang terbaru ini turut dipaparkan alamat website "suara1rakyat.com" dimana alamat yang betul adalah http://www.wix.com/suara1rakyat/0.
Facebook page suara1rakyat pula adalah di http://www.facebook.com/suara1rakyat dimana pada ruangan "page owners" pula didapati ianya dimiliki oleh pengguna facebook "suara rakyat".
Daripada maklumat ini, saya mengagak video video 'Sembang Rakyat' tersebut dihasilkan secara professional mungkin dari arahan kementerian Rais yatim/RTM ataupun atas inisiatif Persatuan Penerbit televisyen Malaysia untuk membodek RTM dan kerajaan.
Dengar kata Papagomo sekarang ni tengah mengedar video lucah... dia dah jadi pengedar video lucah...hari tu dia sebok dengan video yg dikaitkan dengan Anwar... sekarang ni dengan video yang dikaitkan dengan Mat Sabu pulak...
saya sikit pun tak heran kerana Papagomo ni beragama UMporNO... dan salah satu ibadat agama UMporNO ni ialah menonton video porn/lucah... sebab tu dia edar video porn/lucah sebab dia nak semua org masuk agama UMporNO dan beribadat dengan menonton video porn/lucah...
Sedang saya surfing mencari maklumat didalam internet, saya terjumpa satu blog pro UMNO dan salah satu kempen didalam bentuk undian blog tersebut adalah untuk menyingkirkan Parpukari dari golongan BPN... dan keputusan undian setakat artikel ini adalah :
SINGKIRKAN 621 (58%)
BERI PELUANG 259 (24%)
JANGAN SINGKIRKAN 179 (16%)
Komen saya... tu la Parpukari, dok kerja mefitnah orang sangat... sekarang ni kau dah nak kena singkir dari BPN...
blog tersebut adalah :
http://kamalfarsya.blogspot.com
APAKAH INI DIA PARPUKARI
APAKAH INI DIA PARPUKARI
KALAU BETUL LAH INI DIA PATUT KITA BLOGER BPN SINGKIRKAN KERANA MEMALUKAN BLOGGER BPN YANG TELUS DALAM PERJUANGAN
PATUTKAH PARPUKARI DI SINGKIRKAN DARI BLOG BPN
Didalam membuat fitnah kepada PAS, blogger blogger UMNO seperti Papagomo, PASberuk dan lain lain serta juak juak UMNO kantoi lagi... kali ini juak juak UMNO pun ambil bahagian dengan mengkhabarkan maklumat salah kepada Sultan Johor... yang menyebabkan sekarang ini Sultan Johor pun malu besar apabila pekara ini terdedah sebagai satu fitnah.... saya pun tak tahu diaorg ni ada perasaan malu ke...??? Kalau nak buat pun.. bagilah nampak cerdik sikit... !!!
yang terkini, mereka menuduh TG Nik Aziz dan orang PAS sembahyang 2 imam.. padahal sah sah Minaq Jingga, orang yang ambil gambar tu tulis di fotopages dia yang itu adalah solat yg di jamak qasar selepas solat zohor...
Blogger blogger UMNO ni ingat orang ramai ni tak boleh cari punca asal ganbar yg diaorg guna tu... dan dah sah sah Minaq jingga ada menulis nama dia di setiap gambar dia... senang orang pi tengok kat fotopages dia... tu yg blogger blogger UMNO ni kantoi tu... hehehehhehehe hahahahahahaha hohohohohohoh
Sila lihat gambar gambar ini...
Facebook Pasberuk...
Blog Papagomo...
dan ini penjelasan tentang gmabr tersebut selain dari fotopages minaq_jingga...
facebook Wally Bandit's...
Blog Milo Suam....
Sesungguhnya blogger blogger dan juak juak UMNO ni memohon maaf kepada TG Nik Aziz dan mereka didalam gambar tersebut kerana membuat fitnah ini serta kepada Sultan Johor kerana sudah memalukan baginda dengan memberikan maklumat fitnah kepada baginda....
Selepas tidak gagal membuat fitnah di Galas, di Hulu Selangor dan fitnah mengatakan Lim Guan Eng memyembelih korban, UMNO sekali lagi dengan unggulnya memfitnah ADUN Selising berzina... dan Salahuddin Ayub berzina... perbuatan membuat fitnah zina ini termasuk termasuk didalam hukum HUDUD Qazaf - iaitu sebat sebanyak 80 kali.
Perbuatan membuat fitnah seperti ini adalah satu kerja biasa bagi blogger blogger pecacai UMNO.. sebab itu mereka tidak mahu hukum HUDUD dilaksanakan di negara ini, kerana mereka tahu bahawa mereka adalah golongan yang paling banyak akan menerima hukuman hudud. Sebab itu diancamnya kerajaan Kelantan dan Terengganu dibawah PAS untuk diistihar darurat jika hukum hudud dilaksanakan dan diarah pihak berkuasa - polis dan penjara agar tidak berkerjasama untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir selepas ianya dilulus dan digazetkan oleh 2 negeri tersebut. Selain dari itu Mahathir juga menghina akan hukum hudud dengan mengatakan seperti "sapa nak makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan", pembangunan tak boleh dijalankan kerana ramai tak ada tangan, habis batu di kelantan untuk dibuat pembangunan kerana semuanya diguna untuk hukuman merejam dan lain lain lagi.
Mengenai fitnah keatas ADUN Selising, berikut adalah kenyataan beliau seperti disiarkan oleh Utusan Malaysia -dan kenyataan dari TG Nik Aziz (bukan dari Harakah.. nanti kalau dari Harakah atau Malaysiakini, dikatakan laporan bias pulak oleh puak puak UMNO ni)
Update :
Pembongkaran fitnah Papa Gomo dan puak puak kaki fitnah dari UMNO :
SESUNGGUHNYA UMNO ADALAH JUARA FITNAH!!!
Didalam bulan Ogos lalu, saya ada membuat posting bertajuk "UMNO Juara Fitnah...!"... dan pada pilihanraya kecil Galas ini, UMNO tidak menghampakan saya untuk menjadi JUARA FITNAH dengan menfitnhttp://ah calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad pernah ditrangkap khalwat... lihat betapa bongkaknya sekali pemimpin UMNO membuat kenyataan untuk membuat fitnah... Semasa Pilihanraya kecil Ulu Selangor, mereka telah menfitnah Zaid Ibrahim memegang botol wiskey menerusi gambar yang telah di super imposed secara bodoh... kali ini mereka dengan jayanya, UMNO tidak gagal untuk memfitnah calon PAS....
Sesungguhnya UMNO JUARA FITNAH!!!