Apabila saya membelek akhbar MSM hari ini, terdapat berita tentang pelakon Umie Aida akan berkahwin dengan Datuk K, iaitu Datuk Khairuddin Abu Hassan... Tetapi siapakah Datuk Khairuddin ini.... ??? Beliau adalah penerbit buku "50 Dalil Kenapa Anwar tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" yang menyebabkan Anwar dipecat dari UMNO dan Kabinet... Beliau sekarang ini menerajui 2 syarikat yang tersenarai di BSKL ... hadiah lumayan untuk peranan beliau menerbitkan buku 50 dalil tersebut.... anda boleh lihat sendiri di link di bawah ini...
’50 Dalil’ publisher throws his hat into Umno ring
50 Dalil publisher aims to correct Umno’s image
50 Reasons Why Anwar Ibrahim Cannot Become Prime Minister(Part 1)
Tuesday, September 29, 2009
1Malaysia... bakal Suami Umie Aida adalah penerbit buku 50 dalil Anwar....
Posted by
Anak Perelih
at
8:31 AM
1 comments
Maklumat dari Bagan Pinang
Semasa hari raya baru baru ini, saya menerima maklumat yang UMNO telahpun memberikan RM5000.00 bagi setiap kem tentera sebelum cuti hari raya lepas untuk tujuan jamuan hari raya dan sumbangan anggota yang duty pada hari raya. Wang tersebut diambil dari pejabat UMNO.
Yang lucunya, apabila UMNO bertanyakan berapa anggota yang duty semasa hari raya untuk menentukan jumlah wang untuk diberi , pihak kem mengatakan ramai yang duty untuk menerima jumlah maksimum... tetapi yang sebenarnya tak ramai yang duty.... UMNO sudah kena main oleh anggota tentera di Bagan Pinang... hehehe
Posted by
Anak Perelih
at
2:42 AM
2
comments
isu SELCAT... jawapan kepada Tulang Besi Malaysiawaves 2
Posting ini adalah untuk menjawab posting Tulang Besi - malaysiawaves tertajuk "Pegawai2 Kerajaan Selangor Sokong UMNO/BN Pada Pilihanraya 2008 "
Walaupun saya anak Perelih, tapi saya sudah berbelas tahun tinggal di Shah Alam... sebab itu saya banyak blogging mengenai Shah Alam/selangor dari isu perelih...
Saya tidak galak mempertahankan Hassan Ali semata mata beliau Hassan Ali... dan saya juga mempertahankan Khalid Samad didalam isu kepala lembu seksyen 23 bukan kerana semata mata beliau Khalid Samad.. tetapi kerana isu yang diutarakan...(sila rujuk blog saya tentang isu kepala lembu ini).. Mana yang saya rasa betul, saya sokong, mana tidak betul, saya tak sokong.... tak kira itu hassan ali ke, Khalid Samad ke, sapa ke...
Saya bukan seperti Tulang Besi yang bila tidak suka/sehaluan kepada seseorang itu, apa pun yang keluar darinya, beliau tidak akan suka dan menghentam... dan suruh keluar parti... ini perangai UMNO yang selalu kata "kalau tak suka dasar BN, sila keluar dari Malaysia".. Kita orang PR mestilah berfikiran terbuka, mendengar kritikan.cadangan orang.. mana yang bagus diambil... kalau MB Khalid mengikut perangai Tulang Besi, isu kuil seksyen 23 tak akan selesai.... itu beza PR berbanding BN...
Didalam kes Selcat ini, saya berpendapat bahawa ianya mestilah ditambahbaikkan di bahagian soalan itu diutarakan... nak tanya soalan, tanyalah... tapi bukan tanya soalan sampai suasana menjadi tegang /konfrantasi. ini kerana bila suasana tegang, pegawai daerah itu akan memberontak secara tidak memberikan maklumat yang diperlukan dan juga mereka boleh mensabotaj perlaksanaan dasar kerajaan negeri.. tambah pula seperti Tulang besi kata "Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO".. Oleh itu, Soalan yang diutarakan mestilah bijak untuk mengorek maklumat disamping memberi keselesaan kepada saksi untuk memberikan maklumat.. Guna psykologi sikit... kalau tidak, sampai bila kita boleh menghukum/mendedah penyelewangan ADUN UMNO?BN tersebut????? Lihat saja cara soalan diajukan di congressional hearing di US...
Saya menyokong saranan Hassan Ali untuk memasukkan professional serta mereka yang berpengalaman didalam bidang kehakiman kerana saya berpendapat didalam prosiding ini memerlukan akauntan, jurutera dan bekas hakim juga terutama apabila membabitkan soal teknikal dan akaun tanpa membuang mana mana ahli sekarang...
Walaupun saya tidak menyatakan di blog saya dan blog Tulang Besi, saya juga tidak bersetuju dengan saranan Hassan Ali untuk mengadakan prisiding secara tertutup... kalau tertutup pun saya bersetuju jika laporan prosiding Selcat itu didedahkan kepada orang ramai... tapi itu hak dia untuk menegur.. mana yang baik, terima.. mana yang tak praktikal, tak payah ikut,,.,,
Seperti yang Mahfuz Omar katakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit.. Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.
kerana selcat dibawah legislatif.. kerana selcat ditubuhkan oleh DUN.. dan Exco serta MB adalah executive... Pegawai daerah adalah dibawah executive.. sebab itu mereka berjumpa Hassan Ali untuk mengadu... dan sebab itu Hassan Ali bersuara mewakili executive dibawah (pegawai Daerah).. dan sebab itu MB Khalid menegaskan Selcat tidak akan dirombak, sebarang isu akan dibahaskan di DUN kerana ianya dibawah legislatif (DUN)
Mengenai isu penyapu itu, memang pegawai kerajaan Selangor tidak memberontak terhadap BN akibat isu penyapu ini.. tetapi kesan isu ini menyebabkan rakyat yang memberontak... ingat lagi betapa hangat isu hadiah penyapu ini didalam blig dan kahbar alternatif??? Akhbar MSM pro BN cuba buat damage control tentang isu ini.. dan ianya menyumbangkan kepada salah satu fator rakyat mengundi menolak UMNO/BN.. memang kawasan Melayu masih dibawah UMNO selepas PRU 2008.. tapi kerana mereka tidak menerima maklumat dari media alternatif.. media perdana cuba buat 'damage control" dalam isu ini.. tapi isu ini heboh di blog blog serta akhbar alternatif lain... dan ini menyebabkan melayu bandar serta bukan Melayu mengundi PR... persepsi rakyat lebih penbting kerana mereka yang menentukan siapa menjadi kerajaan...
nampaknya Tulang Besi bukan penganalisis politik yang baik. Beliau hebat kerana mempunyai maklumat dalaman dari pemimpin PR sahaja... sedangkan beliau banyak berada di luar negara (mengikiut maklumat yang saya dapat). Politik ini bukannya stright forward.. banyak helah dan strateginya...
Posted by
Anak Perelih
at
12:17 AM
1 comments
Saturday, September 26, 2009
isu SELCAT... jawapan kepada Tulang Besi Malaysiawaves
Merujuk kepada komen Tulang Besi dan beberapa yg lain dalam postingnya.."
Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS?
". ini jawapan saya...Nampak sangat Tulang besi karat ni tak mengetahui situasi di Perlis... sampai keperingkat personal attack... macam perangai puak puak UMNO pulak Tulang Besi ni... tak boleh jawab.. serang peribadi...
Kalau ikut puak 'erdogan' ni.. maka satu kerusi pun PAS takkan menang di Perlis sampai bila bila.... malah di Malaysia kecuali di Kelantan...
Kalau ko bagi hujah yang terengganu ni terlepas.. bagaimana pula di Selangor sendiri serta diperak??? kawasan yang PAs pernah menang tahun 1999 dulu pun PAS kalah di tahun 2008???? PAS hanya menang di kawasan bandar macam di Shah Alam.. dan kawasan bukan Melayu ramai... sedangkan PAS bertanding banyak di kawasan Melayu majoriti... orang di kawasan luar bandar ni susah dapatkan info alternatif.. yang ada hanyalah media MSM... jadi untuk menangkis propaganda UMNO ni bukan melalui kenyataan akhbar.. tetapi tindakan PAS... Sebab itu peratus undi Melayu di Bukit gantang turun... sebab apa... ??? sebab ramai termakan PAS ni ikut telinjuk DAP... jika di Kedah DAP hingga boleh keluar PR (mujur LKS pujuk).. tetapi kenapa di tempat lain PAS tak boleh berbeza pendapat dari DAP??? PR bukan seperti BN... dimana dalam BN semua kena ikut cakap UMNO (ini yang non malay marah).. tetapi dlam PR bebas mengeluarkan pendapat masing masing mengikut darsar parti...
Keadaan di luar bandar tidak sama dengan di bandar.. da di Perlis/kedah/ tidak sama dengan di Kelantan.. di terengganu juga berbeza... Di Kelantan, PAs dah menguasai hampir 20 tahun... rakyat dah tahu macam mana kerajaan PAS...dan macam mana propaganda UMNO pun, ianya senang bagi rakyat menilai dan menolak.. dan dengan sikap terhadap UMNO yang selama ini UMNO menekan kerajaan PAS... maka semua orang paham akan penolakan terhadap UMNO
Tetapi di negeri Melayu lain (perlis, kedah, terengganu, kawasan Melayu majoriti di Perak dan Selangor... situasi ini berbeza... kerana PAS tidak berkuasa... ditambah lagi maklumat alternatif dari PAS kurang dimana Harakah pun susah didapati... bagaimana hendak menolak propaganda UMNO??? bagaimana untuk menafikan pembohongan UMNO yang mengatakan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP..??? PAS akan kehilangan sokongan dari golongan yang tidak berpihak kepada mana mana parti... Penyokong PAS akan stay sokong PAS... Jadi sampai kesudah susah bagi PAs untuk menang di kawasan ini...
Saya tidak bermaksud untuk bekerjasama dengan UMNO... apa yang PAS lakukan adalah untuk menegakkan yang benar dan dasar parti... dan PAS mesti mempunyai suara terhadap sesuatu isu... walaupun ianya tidak sependapat dengan DAP.... dan dengan ini juga membuktikan PR tidak seperti BN dimana didalam BN terdapat satu parti dominan (UMNO) yang mana parti komponen lain mesti menurut cakap UMNO ini...
Selain dari itu, dalam kes siasatan Selcat itu, yang disiasat adalah ADUN UMNO... Pegawai daerah tu cuma saksi untuk mendapatkan maklumat tentang apa dah jadi... jadi gunakan lah saksi ini sebaik mungkin... nak tanya soalan, tanyalah... tapi bukan tanya soalan sampai suasana menjadi tegang /konfrantasi (confrantation... bukan konfrantasi Sukarno tu.. Tulang Besi ni pi study di US saja tapi tak tau makna perkataan tu... atau saja buat tak tau sebab tak boleh balas hujah aku).. kalau soalan diutara seperti didalam prosiding hari tu.. pegawai daerah akan bersikap defensive... dari segi psycologi bila diaorg bersikap defensive, mereka akan menentang balik dan satu apa maklumat tak dapat... bila satu apa maklumat tak dapat.. macam mana nak ambil tindakan terhadap ADUN UMNO/BN yang menyeleweng wang rakyat tu???? Hasan Ali tidak mempertahankan UMNO .. tapi menegur cara soalan diutarakan yang macam memalukan pegawai daerah.... Tulang Besi sahaja yang mengatakan Hassan Ali mempertahankan UMNO... nampaknya yang membuat cerita dongang ni hanyalah Tulang Besi... mungkin masih biol dengan ubat bius pembendahan itu hari.... bila masa pula Hassan Ali menggadai maruah Islam dan PAs????
Posted by
Anak Perelih
at
12:23 AM
12
comments
Saturday, September 5, 2009
isu kuil seksyen 19, Khir Toyo tak runding dengan penduduk seksyen 18 dulu ke???
Dalam isu pemindahan kuil seksyen 19, Khir Toyo berkata yang satu tapak sudah disediakan di seksyen 18 untuk kuil seksyen 19 dipindahkan di sini dan kerajaan negeri dibawah BN sudahpun membelanjakan sebanyak RM600,000 untuk tujuan ini... tetapi...... ini soalan saya kepada Khir Toyo...
Section 18 tu dah ada kuil kat bridge keretapi berhampiran stesyen komuter Shah Alam.. kenapa pula nak dipindah kuil seksyen 19 ke section 18??? penduduk seksyen 18 tak di beritahu ke rancangan Khir Toyo ni??? ada pihak UMNO/BN masa itu buat rundingan dengan penduduk seksyen 18 seperti kerajaan PR buat dengan penduduk syeksyen 23??? padahal seksyen 18 tu kawasan perumahan dan majoriti adalah melayu... sedangkan seksyen 23 2/3 adalah lebih kepada kawasan industri dan tapak cadangan itu lebih jauh dari perumahan dan lebih dekat dengan kilang serta kolam kumbahan IWK. Nampak sangat isu di section 23 ni adalah hasil cucuk UMNO untuk merampas Selangor secara kotor.... dengan bermain sentimen ugama...
UPDATE...
Saya telah berkunjung ke blog pro UMNO salah seorang yang memberi komen posting ini.. dan terjumpa akan kronologi aduan masalah kuil seksyen 19 dibawah gambar kuil tersebut...
Apa yang dapat dirumuskan dari kronologi adalah...:
Dari tahun 2000 ke 2007 (8 tahun) UMNO BN tidak dapat/gagal untuk memindahkan kuil tersebut.
PR berjaya untuk mendapatkan persetujuan pihak kuil untuk berpindah selepas 1 tahun lebih sahaja.. (31.05.2005 )
Tapak cadangan kuil di seksyen 23 adalah sebenarnya dicadangkan sendiri oleh UMNO/BN tetapi ditolak oleh pihak kuil yang kemudiannya dizaman PR bersetuju untuk dipindahkan disitu. (15. 09. 2006 )
Wakil rakyat PR peka kepada aduan rakyat dimana usaha untuk menyelesaikan masalah di seksyen 19 dilakukan sejurus sahaja PR berkuasa iaitu selepas mendapat aduan dari penduduk seksyen 19 (April 2009)
Selain dari kronologi ini, penulis blog tersebut (che_wan) juga memberikan komen pada posting saya ini dan dapat saya dirumuskan bahawa tapak kuil di seksyen 18 adalah lebih dekat dengan rumah orang dari tapak di seksyen 23.("Jarak diantara kuil dan rumah Rodziah cuma dipisahkan oleh sungai kecil dan sebuah nursery".). dan penduduk seksyen 18 tidak pula berarak membawa kepala lembu dan bersikap hooligan/barbarian kepada pemimpin kerajaan negeri masa itu... ini memcerminkan bahawa terdapat pihak yang mencucuk penduduk seksyen 23 untuk bertindak sedemikian.. siapakah pikak yang mencucuk tu????? pembaca boleh fikirkan sendiri....
Posted by
Anak Perelih
at
7:53 PM
12
comments
Bagan Pinang Buy Election... my prediction....
In Teluk Kemang by election just after 1999 general election, Ruslan Kasim of PKR got majority of the postal votes... it's due to BN's Indian candidate... Army's guideline or rule of thumb in voting is... if a malay vs Malay.. vote BN... if BN is a non Malay, Opposition is a Malay, vote opposition... And other ranks' military personal vote is monitored or voted by their officers... My brother is an army officer (he is in that camp in PD..) when I asked him on this, he just laugh and never answered my question, which explains itself...
In Bagan Pinang, there are some camps.. PUSASDA postal votes only consists of recruit instructors and recruits don;t vote as they will be there for only 6 months at most...
then there is Kem Garrison and IPDA - Institut Pengurusan Darat... which are instructors too...
There is Army Musium staffs too but they are not that many...
the bulk of the postal votes I believe are from Artillery...
based on information I get, I did made some calculations with some assumptions... BN will win with reduced majority... of 1980 votes...
Total voters -14,000
vote cast - 11,000 = 78.57% tournouts...
Postal votes - 4900 = 35% all vote for BN
Non Malay - 34% 30% will vote for PR, 4% vote for BN
Malay 66% - including postal votes... without postal votes = 31%...
of which 11% vote PR and 20% vote BN
lets sum up...
BN :
35% postal votes
20% Malay votes
4% non Malay votes
total = 59% 0.59 X 11,000 = 6490
PR (PAS) :
11% Malay votes
30% non Malay votes
total = 41% = 0.41 X 11,000 = 4510
majority for BN = 6490 - 4510 = 1980 majority which is a reduced majority... which is a moral victory for PR/PAS...
so for PR to take this seat.. they need some 10% of 35% postal vote and if it can, some percentage of civilian Malay votes too from BN....
Posted by
Anak Perelih
at
9:16 AM
2
comments
Monday, August 24, 2009
najib Altantuya : bawa orang ke KL/Putrajaya untuk ....
Pada hari ahad 23 Ogos 2009, ADUN Lunas dari PKR serta beberapa ahli PKR Bagan Serai telah mengistihar keluar parti di Kuala Lumpur dan beberapa jam selepas itu, tersiar cerita Yusri, partner kepada calon UMNO/BN Rihaizat telah membuat U turn.. dan seperti siarkan oleh blogger pro UMNO anotherbrickinwall.blogspot.com , terdapat beberapa keahihan dan kepelikan berlaku.
Bagi saya, apa yang berlaku adalah tidak anih atau pelik kerana modus operandinya adalah sama... dibawa ke KL/ Putrajaya dan buat press conference..
contohnya... Katak katak perak 3 ekor itu juga dibawa ke KL untuk dibuat press conference keluar parti...
Abdullah Antong, setiausaha DUN Perak juga dibawa ke Putrajaya sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa Persidangan DUN tidak boleh dijalankan didalam DUN sehingga membawa peristiwa persidangan DUN dibawah pokok...
Dalam kes Yusri ini kenapa press conference itu dibuat di KL, bukan di Pulau Pinang atau lebih tepat lagi di Permatang Pauh dimana media sedang berkampung dan menjadi perhatian 1malaysia??? tetapi kenapa dibawa ke KL...
Jawapnya ialah, mereka dibawa bertemu Najib (Najis Altantuya) dan diugut/dibayar diturn over dan berbagai 'di' lagi... untuk mengeluarkan kenayataan berpihak kepada UMNO/BN di press conference yang diaturkan pihak tertentu....
Jika bukan untuk bertemu Najib ni... apa lagi alasan mereka dibawa ke KL atau Putrajaya melainkan untuk dibuat poertemuan dengan Najib.????
Jika tidak kerana ini, mereka mereka ini tidak akan membuat press conference yang menyebelahi UMNO/BN terutama kes Yusri yang buat U turn dan Abdullah Antong yang nampak bias itu...
Posted by
Anak Perelih
at
1:25 AM
0
comments
Wednesday, August 19, 2009
Isu Kuil - peta seksyen 23
Baru baru ini muncul isu kuil yang handak dipindahkan dari seksyen 19 yang telah berada sebelum Shah Alam ujud lagi ke seksyen 23. Untuk pengetahuan semua, seperti yang dijelaskan oleh Khalid Samad, MP Shah Alam, seksyen 23 adalah majoritinya kawasan industri. Cuma terdapat 2 fasa perumahan disitu yang saya rasa hanya 20% dari kawasan industri. Selain dari itu, terdapat kolam kumbahan IWK berhampiran kawasan tersebut dan kawasan lapang. Sila lihat peta dibawah untuk rujukan. Kawasan yang bersempadan dengan warna merah adalah seksyen 23. Sila klik diatas gambar untuk membesarkan gambar yang saya captured dari wikimapia/googleearth tersebut.
Kuil hindu yang terhampir, kalau tak salah saya ialah di seksyen 18, yang berhampiran stesyen komuter Shah alam di seksyen 19 - berhampiran overhead bridge melintasi landasan keretapi.
Semasa anda membaca penerangan Khalid Samad tentang isu ini, sila lihat juga peta dibawah untuk lebih memahami apa yang diterangkan oleh beliau di:
Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam
Response Pengunjung : Tapak kuil Seksyen 23
Posted by
Anak Perelih
at
9:55 PM
9
comments
Wednesday, August 12, 2009
Isu arak di Selangor/Shah alam - jawapan kepada Mahaguru58
Saya ada terbaca posting Mahaguru58 di blognya yang bertajuk "7 Eleven and other convenience stores are liquor stores!" dan merasakan beliau mensasarkan kata kata yang keras tersebut kepada orang yang salah.... ini balasan saya di ruangan komen beliau....
Mahaguru 58 menulis :
" We even have a Selangor Chief Minister who says that it's okay to sell beer in the state!
No worries Ronnie! You and all the Pakatan fellows can Yam Seng as you please because the YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, your favorite can do guy is all for beer to be sold and consumed at the people's own discretion!
As long as Pakatan rules Selangor, you guys can hic hic your way as you please! :)"
Untuk pengetahuan Mahaguru58... masalah penjualan beer di 7-11 seksyen 8 tu sudah sedia ada sejak mula mula 7-11 dibuka di situ - 8 tahun dahulu...(saya tinggal di seksyen 8 selama 13 tahun)... iaitu sejak UMNO/BN memegang kuasa.. semasa itu AJK surau seksyen 8 (surau yang ditutup oleh Khir Toyu kerana aktif dengan ceramah dan kuliah)telah berkali kali komplen dan menulis surat kepada MBSA/ADUN/MP 7-11 dll tetapi semuanya tiada tindakan. MBSA/MP dan ADUN shah alam tak ambil pot langsung.. senyap sunyi... sampai dikatakan, surau yang ditutup, bukan penjual arak tu... Tapi bila PR perintah, ianya dibincang dan diperdebatkan jalan penyelesaiannya... ada tindakan positif dan ianya lebih baik (far better) dari zaman UMNO/BN....
Apabila pengerusi AJK surau menulis surat kepada MBSA baru baru ini, MBSA melakukan tindakan merampas beer itu... tetapi Ronnie Liu mengatakan ianya tidak sah kerana beer ditakrif sebagai bukan arak dibawah undang undang kastam dan eksais yang dibuat oleh UMNO/BN sendiri kerana kandungan alkohol adalah kurang dari 8%. Lesen arak ini adalah dibawah bidang kuasa kastam dan eksais... (selain dari ketidakfahaman Ronnie Liu tentang Islam, tapi yang Khir Toyo tu dah Islam tapi buat buat tak paham macam mana pula???)
jadi saya berpendapat, kata kata Mahaguru yang pemimpin PR "all the Pakatan fellows can Yam Seng as you please because the YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, your favorite can do guy is all for beer to be sold and consumed at the people's own discretion!" dan "As long as Pakatan rules Selangor, you guys can hic hic your way as you please! " haruslah dituju kepada Khir Toyo dan puak puak UMNO/BN kerana selama ini tak ambil peduli/pot akan penjualan beer serta kilang Carlsberg serta Guiness dibina dan dibenarkan beroperasi semasa zaman UMNO/BN perintah. Saya merasakan Mahaguru58 tersalah orang untuk menulis satu penghinaan seperti itu. Nampak sangat Mahaguru58 tidak meneliti isu ini dan apa yang berlaku selepas PR perintah dengan teliti... dan nampaknya sejak kebelakangan ini, Mahaguru dilihat telah "dibeli" oleh UMNO seperti apa yang dikatakan oleh Tulang Besi dari Malaysiawaves.
Posted by
Anak Perelih
at
12:34 AM
8
comments
Sunday, August 9, 2009
Anwar vs Muhyiddin, siapa sebenarnya pengkhianat
Sejak kebelakangan ini, isu "Anwar Pengkhianat" semakin hangat. Ada yang beramai ramai melaungkan "Anwar Pengkhianat" di mesyuarat UMNO, terutamanya di Johor. dan malah ada yang melanggar pantang najib terhadap 'perhimpunan haram" dengan berhimpun tanpa permit - perhimpunan haram di PWTC hanya untuk melaungkan perkataan tersebut... tetapi sedarkah anda rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Johor, siapa yang sebenarnya pengkhianat...??? Bukankah semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor tahun 1990an dahulu (yang dibina pada sekitar tahun 1990 - (link ini , sila search perkataan 'empangan'), Empangan Linggiu berkeluasan beribu ribu ekar telah digadaikan kepada satu kerajaan ASING iaitu SINGAPURA???? Empangan itu yang sekarang ini menjadi milik Public Utility Board Singapura, khabarnya dikawal oleh tentera Singapura dan sesiapa yang mahu memasukinya untuk memancing akan ditembak.??? Adakah Anwar pernah menggadai negara ini kepada satu kuasa asing yang kita tahu amat rapat dengan US dan Israel???? Tetapi Muhyiddin telah melakukan pengkhianatan ini...
kepada yang ingin melihat gambar, boleh melihatnya di blog pemancing ini....
Peta tasik empangan Linggiu..
Gambar google earth..
Posted by
Anak Perelih
at
11:17 PM
3
comments
Friday, August 7, 2009
Isu arak di Selangor/Shah Alam. Puncanya adalah kedegilan 7-elevan. Mari boikot 7-11!
Isu arak di Selangor ini tercetus selepas MBSA merampas beer dari 7-Elevan seksyen 8 yang pihak pengurusannya berdegil menjual selepas mendapat bantahan penduduk sekitar serta amaran dari MBSA.... dan akubat dari itu, terdapat 'perbalahan' pendapat diantara PAS dan DAP atau Muslim dan nonMuslim didalam isu ini. Oleh itu saya berpandangan puncanya ialah kedegilan pihak 7-Elevan Seksyen 8 untuk terus menjual arak... Dengan itu saya mengadakan kempen untuk memboikot 7-Elevan kerana tidak sensitif dengan majoriti penduduk Muslim sekitarnya...
Posted by
Anak Perelih
at
12:31 AM
10
comments
Thursday, August 6, 2009
Demonstrasi Budaya Anwar : Jawapan Anak Perelih kepada Mahathir
Ini jawapan saya kepada Artikel Mahathir bertajuk "Budaya Anwar"
1. Mahathir menulis " Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan."
Jawapan saya : Bukankah demonstarsi yang dilakukan itu dilakukan selepas segala cara seperti memohon berjumpa, menulis surat dan lain lain telah dilakukan.
Demo bersih dilakukan setelah berbagai usaha untuk berunding dengan SPR tidak dilayan dan ini dibuktikan dengan pembatalan penggunaan dakwat kekal pada PRU 12 lalu...
Demo PPSMI dilakukan setelah 6 tahun PPSMI berjalan dimana selama 6 tahun itu pejuang pejuang bahasa melakukan segala usaha... berjumpa menteri, PM, membuat kajian, dan berbagai lagi
Demo ISA... sudah berapa lama ISA dilaksanakan di negara ini.. GMI pernah memohon berjumpa PM, menteri dalam negeri dan lain lain lagi untuk membebaskan atau membicarakan tahanan ISA, tetapi ianya ibarat mencurah air diatas daun keladi... jadi Demonstrasi adalah jawabnya
2. Mahathir mengatakan peniaga menjadi mangsa.... kerana terpaksa tutup kedai atau tidak dapat menjual barangan...
tetapi tahukan Tun Mahathir bahawa dengan adanya demo yang dihadiri ribuan manusia, terdapat keperluan untuk bekalan minuman dan makanan dan dimanakah mereka ini memperolihinya... tidak lain tidak bukan dari peniaga dan penjaja inilah... itu tidak termasuk dengan kedatangan mereka dari luar lembah Kelang ke KL untuk menyertai demo itu.. sudah tentu ramai dari mereka membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang buat anak isteri atau kegunaan sendiri... dimanakah mereka ini membeli??? dari kedai kedai di kawasan itu...
yang membuat mereka rugi adalah tindakan polis menembak gas pemedih mata dan air asid water cannon, yang mencetuskan suasa kecoh... apa akan jadi kalau polis membenarkan perarakan itu secara terkawal dan mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia yang menjamin kebebasan berhimpun??? tiada apa apa yang terjadi.. peniaga akan memperolihi keuntungan berganda.... malah kalau peniaga rugi pun adalah disebabkan mereka tidak berniaga pada hari itu kerana menyertai demo...
3. mengenai pelabur asing tidak melabor kerana takut Demo...
Apakah yang menyebabkan pelabotr asing melabor di Malaysia... ??? kalau kerana kos buruh murah, baik mereka melabor di negara komunis seperti China dan Vietnam... dimana negara ini mengamalkan pemerintahan kuku besi komunis... jadi salah satu faktor mereka melabor adalah kerana demokrasi di negara ini... terutamanya dari syarikat syarikat eropah dan US... Jadi demonstrasi aman adalah salah satu saluran yang menunjukkan sesuatu negara itu mengamalkan demokrasi... yang mereka takut adalah tindakan pihak berkuasa yang keras yang menafikan hak rakyat berhimpun secara aman yang dibenarkan oleh perlembagaan... Pelabor takut kerana mereka beranggapan jika kerajaan boleh melakukan begitu kepada rakyat sendiri, apa jaminan kerajaan ini tidak boleh melakukan kepada mereka pelabor asing???
Korea dan Taiwan dimana ramai pelabor asing datang pun.. demonstrasi aman telah menjadi satu budaya di negara ini... dan pelabor asing dari negara lain pun melabor di Korea dan Taiwan... malah saya perhatikan, cara demonstrasi di Malaysia sedikit sebanyak meniru cara Korea dan Taiwan ini... dan Korea dan Taiwan sudah jauh meninggalkan Malaysia dari segi pembangunan kan kemajuan.....
Posted by
Anak Perelih
at
11:56 PM
5
comments
Social ills: prevention should be from many directions
In reference to Malaysiakini 'Your say'
Some people when commenting about the restrictions proposed by PAS Selangor on the sale of alcohol in Muslim Majority area commented that "I do not need laws and restriction in my environment to be a good practicing Muslim.. it's up to me whether I do right or wrong"... or " as a good Muslims, they should know that alcohol is haram and they should not drink it" or "we should be instilling values and religious teachings for our respective races. If this is done appropriately and effectively, the choices one makes would reflect our true religious values even if we are in the midst of bad influences" .or "If you want to stop alcohol-related sins, start with education, for example, and voluntary social conditioning".
Then by those logics, I would like to say.. "then why not legalized all the drugs... as we are good Muslims or good citizens of Malaysia, we should restrain ourselves from taking drugs".. or.. "we should abolish laws on rape and robbery as we are good citizens of Malaysia, and it's up to me to do right or wrong and .. or we should have no laws at all as we, good citizens of Malaysia do not need laws and restriction in our environment to be a good citizens... it's up to us weather we do right or wrong... we should strive to be "good" individuals as required by our creed and religion" and we should know these things are bad and we should not do it... ???
But why we still have laws on drugs, rape, robbery and many others??? This means that laws and regulations are needed and it should be in coexistence with the human development to be a good citizen or to be a good Muslims... we need laws on rape.. on drug abuse.. regulation on the alcohol sale.. and so on.. so that there will be a protection to us as in the same time we must have education for self avoidance and voluntary social conditioning among us... Not everybody can be educated like these "good citizens" / "good Muslims".. it need to be from both direction or more... from laws and regulations as well as from our inner-selves... or many others. Without laws and regulations.. these social ills such as incest and alcoholism will be more serious in this country.
Of course there are more "serious issues" in this country.. but we cannot close one eye on the "small issues" as these small issues might related to the 'big issues". In this context, PAS Selangor did focus on the 'whole picture'... not just the 'bigger picture' or the 'small picture'.
anak_perelih
Posted by
Anak Perelih
at
8:48 PM
0
comments
Wednesday, August 5, 2009
restriction of selling Alcohol in Shah Alam
I would like to respond to some comments published in a couple of Malaysiakini's Vox Populi.
Posted by
Anak Perelih
at
9:52 PM
3
comments
Thursday, July 30, 2009
Lilin Nizar vs Tugu Najib
Apabila IR Nizar memegang lilin di pelancaran memperingati Teoh Beng Huat (bukan pun upucara memperingati itu sendiri.. tapi upucara pelancarannya), beliau diserang begitu hebat oleh Mufti Perak, Datuk Harussani, sana sini... dan media media kawalan UMNO... tetapi apabila terdapat ganbar Najib menyalakan pelita di upucara yang dipercayai ada kaitan dengan upucara Hindu, senyap sunyi... dan hari ini.. di berita terkini Utusan, disiarkan pula "PM Letak kalungan Bunga Sempena Hari Pahlawan".... oleh itu saya menunggu komen/teguran dan kecaman oleh mereka mereka yang membuat komen/tegur dan kecaman kepada IR Nizar... sedangkan meletak kalungan bunga di tugu adalah difatwakan haram oleh majlis Mufti.... rujukan lebih detail adalah di sini...
PM letak kalungan bunga sempena Hari Pahlawan
KUALA LUMPUR 31 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.
Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.
Terdahulu Cif Inspektor Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk “Pahlawanku” sebaik sahaja tiupan “Last Post” bergema dan bendera Malaysia diturunkan.
Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.
Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.
Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.
— BERNAMA
Posted by
Anak Perelih
at
9:41 PM
5
comments
linkwithin.com
..