Wednesday, September 7, 2011

perniagaan itu 9/10 punca rezeki...

Apabila terbaca posting di blog "Jottings of Xnuripilot" mengenai keusahawanan... teringat saya tentang budaya keusahawan yang agak kurang dalam masyarakat Melayu yang menganggap kerja kerjaan "terjamin" kerana ada pencen... Puak puak UMNO dan perkasa marah kerana Cina menguasai ekonomi dan Melayu ketinggalan, tapi tak nak kejar orang cina dalam perniagaan... atau berniaga pun dok harap kontraks kerajaan... jadi ini komen saya kepada posting tersebut... :

Sebenarnya budaya minda/pemikiran kita orang melayu ni bila cakap nak berniaga, ramai akan nampak negatif... terutama ibu bapa.. kalau boleh nak anak kerja makan gaji dengan kerajaan... "terjamin masa depan" sebab ada pencen... itu pengalaman dalam keluarga saya sendiri bila saya cuba masuk lapangan "pertanian itu satu perniagaan"... satu lagi , kalau sekali gagal/tidak berjaya dalam perniagaan.... terus dilebel akan gagal selamanya... "orang melayu tak boleh berniaga"...

Terdapat orang Melayu asyik compare/marah orang cina dah menguasai ekonomi negara... tapi kalau tak masuk bidang perniagaan ni, sampai bila kita nak kejar mereka? takkan nak suruh mereka stop supaya kita dapat kejar mereka kut? Kita harus menukar minda orang melayu supaya memiliki minda perniagaan dan jika berniaga pun , jangan harap kepada kontrak kerajaan semata... go for the public market... macam peniaga cina... kalau dok harap kontraks kerajaan, selalunya kena ada link/kabel politik... kalau kabel tu terputus akibat orang politik tu dah jatuh (walaupun sama parti) ATAU orang lain naik memerintah, kan business lingkup... ramai ahli perniagaan melayu yang dok harap kontraks kerajaan macam ni dah lingkup dah...

untuk mengubah minda orang melayu ni saya rasa satu pekerjaan yang payah dan mengambil masa... dulu MECD siap buat kursus skim usahawan siswazah... tujuan utama kursus ini bukan untuk melihat peserta terus buka perniagaan lepas habis kursus, tapi untuk menukar minda inilah dan seterusnya membuka perniagaan kemudian...

oleh itu saya rasa bukan minda siswazah sahaja yang perlu diubah.. tetapi juga minda keluarga mereka.. kerana jika siswazah ada minat nak berniaga tetapi tak digalakkan/ ditentaang oleh keluarga kerana kerja kerajaan lebih terjamin, tak jadi juga...

itu pandangan saya dalam isu siswazah berniaga ni...

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..