Friday, November 18, 2011

Projek 16 september gagal... ada hikmahnya...

Selepas projek 16 September gagal, ada yang menyalahkan beberapa kepimpinan PAS tentang kegagalan tersebut, termasuklah Tuan Guru presiden pun disalahkannya.. Bagi saya, Tuan guru Presiden bertindak begitu adalah sebagai ulama, beliau dapat merasakan bahawa menjadi kerajaan melalui cara itu bukan pilihan yang baik bagi negara ini berbanding menjadi kerajaan melalui kemenangan pada PRU13 nanti.

kalau projek 16 sept tu jadi.. negara akan haru hara akibat perbuatan UMporNO.. terutama bila majoriti 2-3 kerusi saja dan pengambilan kerajan hanya menerusi lompat parti/belah... kerana sesungguhnya :

  • 1. kakitangan kerajaan banyak yg dapat kerja atas kabel UMporNO - penyokong UMporNO.. mereka ni akan sabotaj kerajaan baru PR... puak puak UMporNO ni dah berakar umbi didalam pentadbiran kerajaan akibat negara ini sudah 50 tahun lebih diperintah oleh parti yang sama. Pelbagai sabotaj boleh dilakukan untuk mengambarkan bahawa PR tidak boleh memerintah.
  • 2. polis ramai pegawai atasan mereka setia kat BN/UMporNO... bedasarkan apa yang berlaku sekarang ini, mereka rasanya akan takes side dan side yang mereka akan sokong itu tentunya UMporNO/BN... Ini akan menyukarkan kerajaan baru PR untuk memerintah. lihat apa yang berlaku sekarang ini pun...
  • 3. kehakiman yang correct correct correct... apabila kes lompat parti ini dibawa ke mahkamah, keputusannya akan menyebelahi UMporNO/BN seperti kes Perak tambah pula mereka mengharapkan balasan dari UMporNO/BN bila kembali berkuasa dan PR pula hanya berkuasa baru beberapa bulan dengan majoriti 2-3 kerusi sahaja...
  • 4. Majoriti yang diperlolehi adalah sedilit - 2-3 kerusi sahaja.. dan kerajaan yang dibentuk adalah lemah.. bila bila masa saja UMporNO boleh beli MP untuk lompat parti bagi kembali berkuasa... kerajaan boleh bertukar sebulan sekali sebelum pilihanraya baru boleh diadakan. Negara akan jadi tidak stabil dan ekonomi akan terjejas...
  • 5. UMporNO/BN is a bad opposition bila jadi pembangkang... lihat apa kekecohan yang berlaku di Perak... bagaimana speaker boleh dicolek, keputusan mahkamah yang berat sebelah... lihat di penang bagaimana UMNO dok melalut buat kacau... dgn puak puak NGO UMporNO dok buat perangai... dan kita tak tahu apa lagi dgn puak puak NGO UMporNO akan lakukan utk ambil balik kuasa terutamanya mereka mempunyai kelebihan keewangan dan media...
Jika kemenangan melalui pilihanraya, situasinya agak berlainan kerana mereka menyedari kemenangan itu atas undi dan mandat rakyat, bukan atas lompat parti/belah dan sedikit sebanyak mereka akan akur akan pilihan rakyat ... risiko kepada masalah yang akan dilakukan oleh mereka mereka yang disebut diatas akan kurang.

Sesungguhnya ada hikmah 16 september tak jadi... kerana kita akan serahkan pilihan kepada rakyat utk menentukan.. dan kekuatan PR menjadi lebih kuat... sokongan bertambah.... tetapi kalau jadi, kmungkinan PR bentuk kerajaan yang lemah dan hanya sekejap sahaja sebelum dirampas kembali oleh UMporno/BN dan PR boleh menjadi semakin lebah selepas itu akibat tindakan keras BN yang kembali berkuasa....

Tuesday, November 1, 2011

Betul ke demo mat rempit di Pulau Pinang bukan tajaan UMporNO?

Beberapa hari lepas, sekumpulan mat rempit telah mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan Pulau Pinang membina litar merempit dan mereka memakai Tshirt kuning yang bertulisan "LGE Rasis"...

Apabila ditunding bahawa demonstrasi mat rempit ini tajaan UMporNO, beberapa pemimpin UMporNO melenting menafikannya. Tetapi betul ke penafian bahawa UMporNO tidak terlibat menaja demonstrasi ini... ??

Mengikut blog ini, 'mat mat rempit' ni tidak menampilkan diri seperti mat rempit sebenarnya. Mereka lebih kepada pemuda UMporNO daripada mat rempit. Ada yang gendut lagi.

Selain dari itu, kita kena lihat juga siapa kepada mat rempit ini... yang namanya "Sabaruddin Ahmad". Apabila dibuat carian Google dengan ' "Sabaruddin Ahmad" + UMNO'.. maka salah satu keputusan carian menampilkan web site ini : http://umno-online.com/?p=22086 ... Rupa rupanya Sabarudin ketua mat rempit ini juga ayng menganjurkan majlis pemulangan wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, yang didakwa wang dari perjudian yang akhirnya terbukti ianya satu fitnah. Seorang Paduka Ayahanda menjadi pengerusi NGO mat rempit???? (lawak apa ni???)

Rupa rupanya Sabarudin Rempit ini adalah front-man UMporNO didalam NGO orang muda di Pulau Pinang untuk mencetuskan kekacauan dan isu. Nampaknya dia dah ada 2 NGO yang dipengerusikannya.. atau adakah NGO ini yang tidak berdaftar dan haram seperti mana mereka mengharamkan Bersih 2.0 dahulu... Kenapa double standard dalam isu ini???

Sekarang ini nampaknya UMporNO telah menjadi pengecut, tidak berani kehadapan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan hanya berani menggunakan NGO - NGO sebagai front line sahaja...

ni saya salin artikel dari http://umno-online.com/?p=22086 untuk anda baca sendiri dan nilaikannya...

60 Lagi Warga Emas Pulangkan ‘Wang Haram’

BALIK PULAU 8 Okt. – Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.

“Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.

“Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.

Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau Datuk Dr Hilmi Yahya.

Seorang lagi penerima, Lebar Ahmad, 69, berkata tindakan beliau dan rakan- rakannya memulangkan wang berkenaan adalah atas kerelaan hati dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Makcik tak mau dah ambik duit macam ni (wang haram) kerana ia akan jadi darah daging dan biarlah susah daripada terima duit haram,” katanya.

Sementara itu, Sabaruddin berkata pihaknya menganjurkan majlis berkenaan bagi memudahkan warga emas di sekitar Balik Pulau menyerahkan semula wang ehsan berkenaan.

“Majlis ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya atas permintaan warga emas yang mahu memulangkan semula wang haram itu dan Pewaris juga ingin mengingatkan Ketua Menteri agar lebih peka, prihatin dan menghormati prinsip-prinsip Islam memandangkan beliau kini menjadi pemerintah dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam,”katanya. – Bernama

Monday, September 19, 2011

Andaikata orang yang didalam video tu Anwar...

Selepas keluarnya video lucah oleh puak puak UMporNO terutama PAPAGOMO yang dikatakan Anwar terlibat, keluar pula video CCTV pegerakan orang tersebut menaiki lif.

Oleh itu, saya berfikir, kalau betul pun orang didalam video itu Anwar... terdapat beberapa persoalan yang timbul... iaitu...

1..Nak dakwa dia atas kesalahan apa??? apa kesalahan yang dia buat mengikut undang undang sivil??? kalau ada pun adalah undang undang syariah atas kesalahan berzina dan didakwa di mahkamah syariah.. tapi bila ikut undang undang syariah, walaupun ianya undang undang 365 di malaysia ni, kena la masuk bab kazaf pulak kalau yang mendakwa tu bohong... dan puak puak UMporNO ni takut bila nak masuk mahkamah syariah kerana mereka akan kalah... So mereka gembar bembur la dalam blog macam papagomo supaya mereka dapat undi orang melayu masa PRU13 nanti.. itu je.. ianya bermotif politik...

2. Siapa yang buat rakaman tu??? Eskey kata dia ternampak wayar camera.. maksud dia, ada orang lain yang pi letak camera tu utk rakaman.. dan memang bilik tu ditarget untuk rakaman... ini kerja siapa ni buat kerja mengintip ni.. macam kes CSL dulu, sampai la ni tak ada tangkapan keatas orang yang pasang kamera tu.. dalam kes video ni pun, tidak disebut tentang siapa yang pi letak camera dan buat rakaman tu??? Adakah ini kerja SB/polis yang memantau pegerakan pemimpin pembangkang??? ini adalah satu kesalahan kerana menceroboh privasi orang lain dengan pasang kamera... bayangkan jika mana mana pemimpin UMporNO yang pi sewa biloik tu dan membuat hubungan sex dengan bini dia... ????

3. Mengikut Datuk T, terdapat 1 saja salinan video tu dan telah diserahkan kepada polis.. tetapi bagaimana pila ianya boleh terdedah kedalam youtube??? siapa yang dedahkan??? Mengikut polis mereka telah hantar video tu kepada KRU group bagi menganalisa video... jadi jika Datuk T berkata benar bahawa mereka tidak ada salinan lain, maka ayng mengupload dan menyebar video tu ke youtube adalah pihak polis sendiri ataupun puhak KRU group??? Siapa pula KRU group?? mereka ni banyak dapat kontrak kerajaan seperti sambutan merdeka dan tahun baru.. dan merupakan ahli UMporNO.. oleh itu saya ra sa mereka juga terlibat dalam menyebarkan video tersebut... kerana mereka ada salinan video yang diserahkan oleh polis untuk dianalisa oleh mereka..

4. Video cctv.. bagaimana video ni boleh jatuh ketangan papagomo dan geng dia??? video ni sudahpun diambil oleh pihak polis semasa siasatan video seks tersebut tetapi macam mana blogger UMpoprNo ni boleh dapat...?? adakah salinan cctv dari pemilik premis ataupun dari pihak polis ayng memiliki satu salinan yang diperolihi semasa siasatan???

Dulu, Allahyarham Fadzil Noor pi mekah buat umrah pun SB ikut sampai sana... siap sewa bilik hotel berhadapan dengan bilik dia...

Kalau orang yang didalam video tu Anwar... nampak sangat yang polis/SB menjadi barua UMporNO/BN...

Thursday, September 8, 2011

Akibat dari rasuah dan pentingkan kroni dalam pemberian kontrak

Inilah akibat dari kejadian rasuah dan pemberian kontrak kepada kroni dan terjadinya kes ambil untung atas angin oleh kroni... tak ada pengalaman dan kepakaran tapi dapat kontrak besar dan akhirnya kontrak itu dijual kepada orang lain untuk dapat untung.. akhirnya orang lain itu terpaksa cut coners untuk melaksanakan kontrak tersebut... Jika kroni itu buat sendiri pun tetapi kerana tidak berpengalaman dan tiada kepakaran, hasil yang dibuat tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.... seperti bumbung stadium Sultan Mizan yang runtuh....

Contoh yang saya utarakan ini pula adalah kes pembinaan landasan pengkalan Udata Gong Kedak.. kita rugi beratus juta kerana mengakibatkan enjin jet SU30 Sukhoi yang baru sahaja sampai rosak... dah tu kena repair landasan untuk memenuhi spesifikasi asal... lagi wang negara terpaksa dibelanjakan.. ii satu pembaziran akibat rasuah....

Siapa pengkhianat dalam isu ini... dah le wang negara terbazir.. keselamatan negara pun terancam akibat jet yang tidak dapat beroperasi dari Gong Kedak seperti yang dirancangkan...???

TAMBAHAN MAKLUMAT KEPADA KEROSAKKAN ENJIN JET SUKHOI

Wednesday, September 7, 2011

perniagaan itu 9/10 punca rezeki...

Apabila terbaca posting di blog "Jottings of Xnuripilot" mengenai keusahawanan... teringat saya tentang budaya keusahawan yang agak kurang dalam masyarakat Melayu yang menganggap kerja kerjaan "terjamin" kerana ada pencen... Puak puak UMNO dan perkasa marah kerana Cina menguasai ekonomi dan Melayu ketinggalan, tapi tak nak kejar orang cina dalam perniagaan... atau berniaga pun dok harap kontraks kerajaan... jadi ini komen saya kepada posting tersebut... :

Sebenarnya budaya minda/pemikiran kita orang melayu ni bila cakap nak berniaga, ramai akan nampak negatif... terutama ibu bapa.. kalau boleh nak anak kerja makan gaji dengan kerajaan... "terjamin masa depan" sebab ada pencen... itu pengalaman dalam keluarga saya sendiri bila saya cuba masuk lapangan "pertanian itu satu perniagaan"... satu lagi , kalau sekali gagal/tidak berjaya dalam perniagaan.... terus dilebel akan gagal selamanya... "orang melayu tak boleh berniaga"...

Terdapat orang Melayu asyik compare/marah orang cina dah menguasai ekonomi negara... tapi kalau tak masuk bidang perniagaan ni, sampai bila kita nak kejar mereka? takkan nak suruh mereka stop supaya kita dapat kejar mereka kut? Kita harus menukar minda orang melayu supaya memiliki minda perniagaan dan jika berniaga pun , jangan harap kepada kontrak kerajaan semata... go for the public market... macam peniaga cina... kalau dok harap kontraks kerajaan, selalunya kena ada link/kabel politik... kalau kabel tu terputus akibat orang politik tu dah jatuh (walaupun sama parti) ATAU orang lain naik memerintah, kan business lingkup... ramai ahli perniagaan melayu yang dok harap kontraks kerajaan macam ni dah lingkup dah...

untuk mengubah minda orang melayu ni saya rasa satu pekerjaan yang payah dan mengambil masa... dulu MECD siap buat kursus skim usahawan siswazah... tujuan utama kursus ini bukan untuk melihat peserta terus buka perniagaan lepas habis kursus, tapi untuk menukar minda inilah dan seterusnya membuka perniagaan kemudian...

oleh itu saya rasa bukan minda siswazah sahaja yang perlu diubah.. tetapi juga minda keluarga mereka.. kerana jika siswazah ada minat nak berniaga tetapi tak digalakkan/ ditentaang oleh keluarga kerana kerja kerajaan lebih terjamin, tak jadi juga...

itu pandangan saya dalam isu siswazah berniaga ni...

Monday, August 15, 2011

Isu JAIS - GMDU - komen saya terhadap ScrewKuat

Berikut adalah komen saya terhadap blogger ScrewKuat terhadap postingnya bertajuk :

PEMERIKSAAN JAIS DI GMDU 3 OGOS 2011: Bhg II.

Saya setuju dgn apa Johan Ramli komen..

Gerakan kristianisasi ni dah lama.. tapi selama ni JAIS dan jabatan agama negeri lain dok lena saja... tapi bila selangor dapat kat PR... JAIS 'terjaga' dari tidur utk melihat masalah murtad ni semata mata kerana kerajaan selangor tu yang memerintahnya adalah PR... cuba BN/UMNO masih lagi berkuasa di Selangor... JAIS masih lagi dibuai tidur... Tak percaya tanya Datuk Seri Haruissani mufti Perak tu, dia pernah dakwa yang 250 ribu dah murtad.. tapi apa tindakan kerajaan selama ni... ??? apa tindakan UMNO... PAS bentang usul undang undang murtad di parlimen pun ditentang MP UMNO....

Satu lagi JAIS dan jabatan agama lain masih lagi tidur terhadap masalah umat islam yang miskin... boleh baca harian metro sejak beberapa minggu ini la tentang ibu tunggal terpaksa terima bantuan gereja utk hidup... mana pi duit baitumal Zakat??? padahal tiap tiap tahun beratus juta dikutip..??? Pernah terjadi duit zakat Wilayah persekutuan hilang akibat rugi dalam pelaboran masa Yusof Noor jaga jadi menteri agama dulu... SubhanAllah.. duit zakat pun boleh melabor.. padahal duit tu kena habiskan dalam 1 tahun tu juga.. dan tak boleh dilaborkan... kena beri pada asnaf...

Sultan pula apa peranan??? bila timbul kes ni yang disalah adalah kerajaan PR selangor.. dikata JAIS/MAIS dibawah kerajaan selangor... tapi bab lain.. kata kerajaan PR selangor tak boleh campurtangan, ianya dibawah Sultan... Sepatutnya ketua agama mestilah orang yang kuat beragama... bukan atas nama...

Dan kita dapati juga NGO yang anjur majlis di GMDU tu adalah condong terhadap UMNO/BN.. MAjlis Aids Malaysia... Lihat kenyataan Datuk Zaman Khan, bekas CID Bukit Aman dan Ketua pENGARAH pENJARA mALAYSIA... http://my.news.yahoo.com/ex-top-cop-zaman-khan-shoots-down-jais-060958141.html

siapa dibelakang majlis Aids Malaysia ni..?? http://www.mac.org.my

Rosmah sendiri pun bagi prakata untuk annual report 2009 MAC ni... sila lihat juga siapa dia directors MAC ini ... http://www.mac.org.my/v2/wp-content/uploads/attachment/annual09.pdf

Tuesday, August 9, 2011

Video sembang rakyat : Siapakah mereka???

Baru baru ini satu klip video di youtube dilaporkan mengatakan DAP sebagai berkomplot dengan tauke tauke bagi menaikkan harga barang supaya rakyat marah kepada kerajaan BN dan seterusnya menjatuhkan BN pada PRU13 nanti. Video ini telah diuploadkan oleh seorang yang bergelar Kawasaki9722. Kualiti video tersebut adalah amat berkualiti dan seperti dihasilkan oleh mereka yang professional dibidang perfileman (tetapi kandungan video amat tidak berkualiti) yang dipercayai dirakam dengan peralatan set pengambaran professional untuk drama TV atau filem.

Jadi, setelah menonton beberapa video yang diupload oleh Kawasaki9722, saya terjumpa satu video yang pada tarikh upload saya percaya antara video terawal di uploadkan oleh Kawasaki9722 bertajuk "SUARA RAKYAT MENOLAK demirakyat.org" iaitu video jawapan kepada video pro Pakatan di www.demirakyat.org. Didalam video ini, saya mengagak ia memaparkan mereka mereka yang terlibat didalam pembikinan 51 video video "suara Rakyat" yang diupload oleh Kawasaki9722 menerusi temuramah yang disiarkan atau setidak tidaknya mereka mengetahui siapa yang membikinkannya. Siapakah mereka ? Mereka kebanyakannya adalah terdiri dari PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA (PTVM) - dan antara posting di blog mereka adalah bertajuk "Artis Jangan terlibat Perhimpunan Bersih". Antara yang ditemuramah adalah

1. Taha Wahid - setiausaha PTVM. (mengikut carian google, tiada banyak maklumat dapat diperlolehi kecuali facebook beliau dan beliau adalah seorang pelakon drama.

2. Jurey Rosli - Presiden PTVM dan presiden GAFIM. Beberapa maklumat mengenai beliau boleh diperlolehi di facebook beliau, http://jomss.blogspot.com/2010/03/biodata-gambar-jurey-latiff-rosli.html dan http://www.blogger.com/profile/05237176083739457162 dan juga blog PTVM tadi.

3. Kay Maria seorang pelakon dan penyanyi . dan mempunyai 1 akaun Facebook.

Pada mulanya mereka memaparkan beberpa pelakon berwatak mamat, Dollah, Lim dan Seng, serta Thamby, tetapi kemudiannya diganti oleh watak watak golongan muda beberapa gadis dan pemuda yang saya rasakan adalah mereka yang baru mahu berkecimpung didalam bidang lakonan ini. Pada video yang terbaru ini turut dipaparkan alamat website "suara1rakyat.com" dimana alamat yang betul adalah http://www.wix.com/suara1rakyat/0.

Facebook page suara1rakyat pula adalah di http://www.facebook.com/suara1rakyat dimana pada ruangan "page owners" pula didapati ianya dimiliki oleh pengguna facebook "suara rakyat".

Daripada maklumat ini, saya mengagak video video 'Sembang Rakyat' tersebut dihasilkan secara professional mungkin dari arahan kementerian Rais yatim/RTM ataupun atas inisiatif Persatuan Penerbit televisyen Malaysia untuk membodek RTM dan kerajaan.

Wednesday, July 27, 2011

Takeover Permanis (Pepsi) oleh Asahi (syarikat arak Jepun) : Pemimpin UMNO terlibat...

Beberapa hari lepas saya ada terbaca berita takeover syarikat Permanis yang mengeluarkan produk minuman Pepsi di Malaysia oleh syarikat dari Jepun , Asahi yang merupakan juga pengeluar beer/arak. Selepas membaca artikel "Malaysia Mengundang Tsunami?" oleh ismanusa, saya teringin nak baca lebih mendalam tentang takeover ini dan saya juga telah menemui satu penemuan... Pemimpin UMNO terlibat dengan membawa masuk syarikat arak Asahi ini ke Malaysia..... Sila baca dan lihat penemuan saya ini... (sumber dari The Star Online... bukan dari malaysiakini atau harakahdaily....

sila baca :
PepsiCo likely to approve Permanis deal [biz.thestar.com.my]

"Just last year, CI Holdings and PepsiCo inked an unprecedented exclusive bottling agreement, which renewed the franchise bottling rights of Permanis for another 10 years.

“We believe PepsicCo is likely to approve the deal. Major shareholders Datuk Johari Abdul Ghani [archives.thestar.com.my], Sisma Group [archives.thestar.com.my] and Continental Theme collectively own 60.4% of CI Holdings, which further increases the chances of the deal going through although some risks remain,” OSK Research said in a report on Friday."

dan baca "

Places of worship given more time to relocate [thestar.com.my]

"Also present during Saravanan’s visit were Bandar Tun Razak MCA division chairman Chiew Lian Keng, Titiwangsa Umno division chairman Datuk Johari Abdul Ghani, City Hall officers and the project developer Besraya Sdn Bhd representative. "

Ada jumpak tak nama " Datuk Johari Abdul Ghani [archives.thestar.com.my]"??? Titiwangsa Umno division chairman????

Pemimpin UMNO bawak masuk syarikat arak Jepun menerusi takeover Permanis!!!

Friday, July 22, 2011

Bersih 2.0 : Salleh Rashid sila lihat video ini...

Salleh Rashid ... sila lihat video ini... lihat bagaimana orangh yang sedang digari ditumbuk perut..... dan lihat di halaman hospital pun ditembak gas pemedih mata....

Lawatan Najib ke Perlis : mari kita dedangkan lagu "Yellow Submarine" kepada Najib

Update terkini :
sila klik url ke facebook Bersih Perlis ini... warna kuning menyambut Najib... kuning kuning najib pening
Album facebook Bersih Perlis

gambar lain :
gambar 1
gambar 2
gambar 3
gambar 4


Esok, Sabtu 23 Julai 2011, Najib akan mengadakan lawatan sehari ke Perlis (PRU13 dah nak dekat dah???),
Bersih Perlis akan mengadakan sambutan untuk najib di nat Balai Baru - Berseri...

bagi menyambut kedatangan PM ke Negeri Perlis pada 22 Julai 2011 (sabtu)..
Bersih Negeri Perlis menjemput hadirin hadirat warga negeri Perlis ke Nat (Pasar Pagi) Balai Baru, Beseri, Perlis pagi sabtu..anda disaran untuk memakai pakaian berwarna kuning tanpa tulisan bersih.. "Kuning, Kuning..Najib Pening"
Selain dari itu, lagu "Yellow Submarine" juga akan didendangkan kepada beliau sebagai hiburan terutama selepas peguam Perancis yang mengendalikan kes pembelian kapal selam Scorpene telah ditangkap di KLIA hari ini dan dijangka diusir pulang ke Perancis..

Oleh itu mari kita ramai ramai meraikan Najib di nat Balai Baru/Berseri esok (23 Julai 2011).

Jadual aturcara lawatan najib adalah seperti berikut :

JADUAL LAWATAN MESRA PERDANA MENTERI KE PERLIS 23 JULAI 2011 ( SABTU )

DENGAN HORMATNYA SEMUA RAKAN RAKAN DAN WARGA NEGERI PERLIS SERTA LUAR PERLIS DI JEMPUT KE PROGRAM MESRA SEHARI BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA HARI SABTU, 23 JULAI 2011 SEPERTI LOKASI BERIKUT:

JAM: 08.30 PAGI - KETIBAAN DI LAPANGAN TERBANG ALOR STAR

09.30 PAGI - MESRA BERSAMA RAKYAT DI NAT BALAI BARU, BESERI.

11.00 PAGI - MAJLIS MENGADAP DYMM TUANKU RAJA PERLIS

12.00 T HARI - MAJLIS MESRA DAN KENDURI RAKYAT DI DEWAN 2020

02.15 PTG - PERJUMPAAN TERTUTUP DENGAN PEMIMPIN BN PERLIS

03.30 PTG - SUMBANGAN KEPADA IMAM DAN SEKOLAH AGAMA

04.15 PTG -KUNJUNGAN KE RUMAH AKTIVIS MASYARAKAT DI BELAT BATU, GUAR SANJI.

05.00 PTG - PERJUMPAAN DGN GURU SRJKc ARAU

06.00 PTG - KUNJUNGAN KE RUMAH AKTIVIS DI KG PDG NYU, G GAJAH.

06.30 PTG - BERTOLAK BALIK.

Sebarang perubahan akan bergantung kepada keputusan mutakhir pihak berkenaan. Semua di jemput untuk bersama sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak di acara acara berkenaan. Jangan lepaskan peluang untuk bersemuka dan berbicara dengan beliau. Terima kasih

Bersih 2.0 : Komen saya terhadap video taklimat Polis

Apabila pihak polis memberi taklimat video bersih versi polis kepada wartawan, saya telah memberi beberapa komen pada video youtube taklimat tersebut. Saya tidak publish posting komen saya terhadap video taklimat tersebut didalam blog ini kerana kesibukan. Tetapi apabila Rais Yatim menerusi RTM menyiarkan video versi polis, saya mengambil sedikit masa untuk publish komen saya seperti berikut : (anda lihat sendiri video taklimat )tersebut dan nilaikan sendiri....

perusuh perusuh..???? peserta Bersih merusuh ke...?? siapa yang merusuh sebenarnya????
peserta tak lebih 10,000??? yg kena tangkap tu 16 peratus lebih ke???? (1600++)

11:40... orang yang tolak polis tu sedang membelakangi polis... (tengok ada bag galas dibelakang dia)...macam mana dia boleh tolak polis yang berdiri dibelakang dia dengan kuat??? atau polis yang pakai vest kuning tu yang tertolak kawan dia atau polis yang jatuh tu sebab lost balance...
yang dikatakan menolak anggota polis pada 11:44 tu adalah anggota polis... lihat 11:27.. ada badge polis di vest kuning tu...

14:22.. serang water canon dgn botol air mineral kosong???


15:25 - wanita itu sedang recover dari kesan tear gas. Beliau bukan ditinggal tetapi telah terkepung oleh polis.


16:20 - pegang belakang pun dikatakan membantu naik landrover.. hahaha


17:04 - baju kuning tu bukan pun baju BERSIH 2.0 pun.. dan orang yang ditahan tu ditahan semata mata kerana dalam bag dia ada baju berwarna kuning yang bukan baju BERSIH...
Ini disebelah pagi, sebelum perhimpunan bersih 2.0 bermula lagi...

18:35 - "keadaan selepas pihak perusuh bertempun dengan pihak polis"... bila masa pulak peserta Bersih bertempur dengan polis??? bertempur dengan apa.. pakai tangan lawan tear gas, belantan polis??? nampak sangat selepas polis tembak tear gas ke tempat spara tertutupk erana polis tu memakai topeng oksigen ...


19:33 -50 - pemberi taklimat kata "daripada riak muka dia, kita dapat tahu yang dia tu ada masalah"... yang betul... masalah pernafasan selepas menghidu tear gas dalam tempat spara tertutup...
tempat tahanan... mau tak elok.. dah cas 1 kepala RM22 lebih...

26:50 - bukankah lalauan bas KL sentral itu sudah menjadi kawasan separa tertutup akibat pembinaan pada kawasan parking KL sentral tersebut. (27:18 - 27:42 menjadi bukti)


28:15.. dari cara berlari tu nampak sangat Tian Chua bukan "merempuh" utk lawan polis tapi utk meloloskan diri dari kepungan polis yang berada dihadapan dan belakang peserta bersih itu. Ini kerana beliau tahu jika tear gas ditembak, ke kawasan separa tertutup, ianya akan menjadi berbahaya. Ini kerana tiada jalan keluar lain yang ada. Belah kiri ada pagar, kanan kawasan pembinaan yang dipagar... sebab tu mereka berlari di sebelah tepi kanan sahaja. Kalau nak merempuh, mestilah mereka berlari di tengah dan sebelah kiri sama. Tear gas yang dilepaskan diluar dan didalam, sebab itu Khalid Samad dan body guard Anwar terkena klongsong didalam kawasan separa tertutup itu.

34:00 - 36:00 kat Avenue K org lari sebab polis kejar kat luar tu kat luar....(banyak video kat youtube tunjuk orang lari bila polis kejar di KLCC. Cuba search youtube "KLCC bersih") bukan takut pintu ditutup... kerana shutter pintu tu tak ditarik ke bawah lagi untuk ditutup... - shutter masih tinggi lagi... Tangan Allahyarham kat lengan kanan, bukan dada kerana akibat swing tangan beliau semasa berlari, bukannya dia pegang dada kerana sakit dada/jantung.


43:00 - adalah hanya tersalah identiti dan pembetulan telah dibuat oleh pihak Bersih / PR. Sepatutnya tiada isu yang boleh dibangkitkan oleh polis dalam hal ini.

48:21... perasan tak pintu belakang pajero polis tu terbuka... adakah dibuka selepas kemalangan atau dibuka supaya dilanggar oleh motosikal tersebut.??? Mat sabu dalam report polis kata bukan pajero/land rover yang langgar dia... tapi kereta peronda.

52:39 - Suhardi -" key player utk bangkit semangat provokasi peserta bersih". Solat tengah jalan itu provokasi ke...?? mungkin ya kut sebab polis tu solat ke tak masa bersih 2.0 tu??? Suruh duduk tu provokasi ke??? apa yang diucap oleh Suhardi tu betul ke..??? dari rakaman tu tak dengar pun...

55:30 tu bukan mereka berjalan kepada polis utk buat rundingan ke??? lagipun mereka 4 orang sahaja... sebab tu polis pun berjalan kearah mereka berempat.

56:50 - tersalah identiti antara Baharuddin dan Suhardi bukan disengajakan.. atau dirancang... dan ini telah diperbetulkan oleh pihak Bersih 2.0 dan PAS/PKR. ini kerana suhardi juga pengsan semasa bersih. kenapa tak cakap hand tie tu masih mengikat tangannya dan polis tiada alat utk membukanya?


1:00:50 - sebelah kiri yang ditembak tear gas adalah bangunan parking lot hospital dan dibelakang bangunan parking tu ada bangunan hospital... tembakan dibuat di main gate hospital, bukan seperti yang ditunjuka oleh imej satelit yang ditunjukkan.

Tuesday, July 19, 2011

Bersih 2.0 : The Economist kena sensor

Malaysiakini melaporkan bahawa sebuah artikel didalam majalah The Economists yang bertajuk "Political affray in Malaysia : Taken to the cleaners" telah disensor dengan dihitamkan beberapa bahagian. (Artikel penuh didalam bahasa Melayu). Bagi mereka yang ingin mengetahui apakah kandungan artikel yang telah dihitamkan , bolehlah membaca artikel penuh tersebut di malaysia today.

Antara bahagian yang saya kesan disensorkan adalah mengenai keganasan polis terhadap peserta Bersih 2.0 seperti :

.....and one man died of a heart attack. (perenggan pertama)

The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer (perenggan kedua
The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge. (perenggan keempat)

Thursday, July 14, 2011

Bersih 2.0 : Najib di sambut Bersih di UK...

Update :

Some videos on youtube... enjoy....
Last Welcome Party Day in London for Najib & Rosmah (Part1)

Last Welcome Party Day in London For Najib & Rosmah (Part 2)
Last Welcome Party in London For Najib & Rosmah (Part3)

___________________________________________________

Saya berjumpa dengan gambar gambar ni di facebook...



Najib disambut Bersih di UK

Sila klik link ke facebook tersebut dan klik atas gambar tu untuk melihat 34 keping lagi gambar sambutan Bersih kepada Najib di London.

Monday, July 11, 2011

UMNO : "is rotten to the core"

Semasa melayari internet, saya terbaca posting "Saya Melayu Johor, Saya UMNO, Saya OK"... tertarik dengan tulisan tersebut, saya telah berikan komen berikut dari apa yang saya lihat berlaku didalam UMNO. Ini khusus buat puak puak UMNO....

Amtaranya beliau menulis :

"Pecacai ini orang gomen (kerajaan) tapi terdiri daripada mereka yang bukan jiwanya jiwa juang UMNO, tetapi sebaliknya jiwa uang (wang)! Tapi, UMNO juga dipersalah. "


UMNO dipersalahkan kerana yang berjiwa wang tersebut adalah ahli ahli UMNO. Ahli ahli ini membawa nama dan mencerminkan parti. Jika ahli ahli UMNO berperangai seperti itu, makalah yang akan dapat nama adalah UMNO. Jatidiri pemimpin dan ahli UMNO sudah berubah. Masing masin ingin mendapatkan sesuatu menerusi parti, dari habuan pergi KL free ikut rombongan atau makan free semasa aktiviti parti hinggalah ke politik wang apabila pemilihan UMNO. Itu tak masuk lagi mereka yang sertai UMNO kerana inginkan projek dan fulus... mereka mereka yang ikhlas berjuang seperti zaman Tunku Abdul Rahman semakin pupus didalam UMNO. Sesungguhnya ahli ahli UMNO sendiri yang sedang mereputkan UMNO sehingga nama umno semakin busuk. Tun Dr. Mahathir pernah berkata "UMNO is rotten to the core"

Bersih 2.0 : Najib, Hishamuddin, IGP,DIGP and UMNO pecacai... watch this... "Truth that cannot be covered"

Najib, Hishamuddin, IGP, DIGP... watch this video... you can lie in this world ... but you cannot lie in front of Allah in the afterlife!!!

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..