Thursday, March 10, 2011
Friday, March 4, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Dari Blog Dr. Asri : HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA
Dari blog Dr Asri, Bekas Mufti Perlis....
HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.
Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.
Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.
iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka.
iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
v. Istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.
Posted by Anak Perelih at 6:10 PM 0 comments
Kerdau & Merlimau : UMNO hipokrit - Boleh pulak bila BN buat...
PAS selalu dituduh oleh UMNO sebagai mempergunakan Masjid atau mempeolitikan masjid.. tetapi di Merlimau, nergeri Ali Ketam, UMNO bebas mempolitikan masjid.. siap menggunakan laud speaker untuk berceramah berbau politik.... Premis awam turut jadi tumpuan kempen BN
Beberapa hari lepas pihak UMNO dan GAPS ada membuat laporan polis dan 'berkempen' didalam media arus perdana tentang salahguna wang kerajaan negeri Selangor didalam menempah bilik hotel bagi PKR.... seperti dilaporkan oleh Utusan Meloya.... dan beberapa blogger UMNO melaporkan berita ini dan ditambah dengan beberapa imej scan dokumen yang dikatakan bukti tersebut... tetapi sila baca dokumen yang ditunjukkan oleh blogger UMNO itu yang dikatakan sebagai bukti... ada ke dokumen tersebut menyatakan bilik bilik tersebut untuk PKR??? dan betul ke trarikh konvensyen PKR itu seperti dalam surat yang ditunjukkan tersebut??? atau bilik tersebut ditempah untuk pegawai kerajaan selangor???
Selepas menuduh kerajaan PR Selangor salah guna wang kerajaan untuk PKR... UMNO/BN tanpa segan silu dan malu klepada diri sendiri menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen didalam pilihanraya kecil Merlimau & Kerdau. Jika jabatan lain berkempen secara tidak langsung, Biro Tata Negara nampaknya berkempen secara langsung bagi pihak BN.... Selain itu, UMNO/BN juga dilaporkan menggunakan sekolah sebagaipusat operasi mereka.... Ini baru betul dinamakan salah guna jentera kerajaan untuk kepentingan parti....
UMNO/BN nampaknya semakin terdesak.... dan hipokrit....
AKU BOIKOT BAYAR CUKAI DENGAN MEMBAYAR ZAKAT......
Posted by Anak Perelih at 4:32 AM 0 comments
Tuesday, March 1, 2011
Kerdau : Polis sudah jadi jentera UMNO untuk mengacau ceramah PAS...
Adakah mereka menerima arahan individu yg memandu Proton Wira hatchback tersebut yang dipercayai orang UMNO yang tidak puas hati PAS berceramah di kawasan felda di Jengka ???
Laporan harian Malaysiakini melaporkan :
10.45pm Kerdau: A convoy of eight to nine police outriders enter the housing area of Felda Jengka 25 while PAS vice-president Tuan Ibrahim Tuan Man is speaking at a ceramah there.
The officers stop short of reaching the ceramah site, and start revving their engines. One of them is seen speaking to an individual waiting near a car for a few minutes, before the convoy turns around and leaves the area.
The individual then enters his car, a Proton Wira hatchback, and also leaves not long after that.
Dan laporan Malaysiakini pada 2 Mac
2pm Merlimau: Police bar PKR vice-president Tian Chua from leaving the DAP operations room at Merlimau town, insisting he follow them to the police station.
He is not told the reason.
"I called the OCPD, who said they wanted to check my car road tax, licence and engine number, so I said we can show the officer here," Tian Chua said.
"So I told him I would only go to the police station if he produced a 112 statement," he said.
They later contacted the Election Commission, which said a complaint was received from the Jasin police station, and that it was illegal for Chua to broadcast campaign messages using a loudhailer as it disturbed the peace.
"So I told them I will turn it off and they let me go, although I think the excuse is an after-thought as they could have told me that an hour-and-a half-earlier," he said when contacted.
10.30pm Kerdau: Former Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin trains his guns on the police, who he claims have come in at least five patrol cars to monitor his ceramah at Kg Desa Puruh.
"It's alright if you want to take my picture. If you are doing this on orders of Umno, just remember that Allah will review what you have done at the end of days.
"I urge my brothers in the police force, don't be a barua (stooge) of Umno. Because you earn your salary from the people, and what you earn will feed your family, your children," he said.
Nizar was about to continue with his ceramah, but the PA system overheated and the speech was cut short. After waiting for five minutes, he decided to leave as he had to go for another ceramah at nearby Rumpun Makmur.
Posted by Anak Perelih at 7:16 PM 0 comments
linkwithin.com
..