Kita semua mengetahui bahawa puak puak UMNO /BN dan BTN selama ini mengatakan bahawa pecacai Amerika dan Yahudi adalah Anwar Ibrahim... berbagai propaganda disebar menerusi program BTN, TV, suratkhabar dan blog serta website pro UMNO/BN...
Tetapi hari ini Tun Mahathir telah mendedahkan bahawa pecacai Amerika dan Yahudi yang sebenarnya ialah Najib... dimana Mahathir mengkritik tindakan memanggil pulang duta Malaysia ke Vienna untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika" didalam isu nuklear di Iran...
Kita juga mengetahui bahawa semasa Mahathir masih lagi PM, dan kita mengamalkan dasar membeli produk ketenteraan Russia, Najib selaku menteri pertahanan telah membeli 6 buah jet Hornet keluaran Amerika. Ini jelas melanggar arahan Mahathir ketika itu dengan mengikut kata Amerika untuk membeli 6 biji hornet tersebut. Dan baru baru ini kita memutuskan untuk menamatkan khidmat pesawat MiG29 dan mungkin akan mengantikannya dengan pesawat keluaran barat. Itu belum lagi ucapannya di Heritage Foundation
Our rep in Vienna recalled over Iran nuke vote
Pembetulan :
Ada pembaca membetulkan bilangan F/A 18 tersebut iaitu 8 buah... bukan 6 buah seperti saya nyatakan diatas....
UPDATE 29 /12/2009
Dr. Mahathir sendiri mengakui bahawa Najib adalah pecacai Amerika menerusi akrikelnya mengenai penamatan khidmat pesawat MiG21
Mahathir pertikai pembelian pesawat baru ganti MiG-29N
MiG-29
Wednesday, December 16, 2009
Pecacai Amerika yang sebenar adalah Najib, Bukan Anwar
Posted by
Anak Perelih
at
1:16 AM
3
comments
Sunday, November 1, 2009
Kes Dr. Asri (MAZA) dengan JAIS : Blogger UMNO ambil kesempatan tabur fitnah
Apabila berlakunya tangkapan terhadap Dr. Asri oleh JAIS kerana mengajar tanpa tauliah, beberapa blogger UMNO mengambil kesempatan menabur fitnah bahawa :
Kerajaan Pakatan Selangor Melampau ...
Dr Asri Bagaikan PENJENYAH: Tindakan JAIS Melampau
mereka lupa melihat bahawa kuasa Kerajaan Negeri keatas MAIS/JAIS amatlah kecil sehinggakan Exco Agama islam - Dr. hassan Ali untuk membuat press statement mengenai Agama Islam di Negeri Selangor pun tidak boleh..
Mereka tidak melihat fakta bahawa didalam majlis kuliah dimana Dr. Asri ditangkan terdapat ADUN/MP PR daripada PKR dan PAS.
Sebelum ini Dr. Asri telah mengeluarkan kenyataan bahawa ianya ada kaitan dengan cadangan perlantikannya di YADIM dimana ada pihak di YADIM berasa terancam jawatan mereka dan cuba menyekat beliau. (YADIM dibawah pengaruh UMNO menerusi Us. Nakhaie)
Dan ini dibayangkan oleh bekas YDP YADIM sendiri, Datuk Dasuki Ahmad.
Oleh itu kita mestilah menolak perbuatan blogger UMNO ini yang cuba menggambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menerusi kes penangkapan Dr. Asri ini... Desperate sangatkah mereka...????
BTW... adakah beliau menerima tekanan dari YADIM dan JAIS kerana baru baru ini terdapat jemputan untuk beliau menyertai PAS???
Posted by
Anak Perelih
at
7:46 PM
15
comments
Wednesday, October 28, 2009
PR vs BN: Kalau itu pemikiran menteri BN... mari boikot bayar cukai kepada kerajaan Persekutuan secara legal...
Dilapurkan bahawa isu Majlis Tani - Pembangunan Pertanian Perlimen (MPPP) telah menyebabkan Parlimen kecoh seketika...
MPPP akan diterajui sama ada oleh anggota parlimen, ADUN atau ketua parti komponen BN bagi kawasan parlimen pembangkang.
dan didalam perbahasan di parlimen tersebut, Bernama melaporkan :
Cubaan-cubaan anggota parlimen pembangkang untuk mempertikaikan perkara itu dimatikan Noh yang mencadangkan supaya pembangkang yang menguasai beberapa negeri dan mempunyai peruntukan sendiri boleh menggunakan peruntukannya untuk membangunkan sektor pertanian di negeri masing-masing dan tidak terlalu mengharapkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan. BERNAMA
Kalau beginilah pemikiran Menteri tersebut... maka memang wajar penyokong PR memboikot membayar cukai kepada kerajaan persekutuan dan sebagai ganti gunakan saluran yang ada dan dibenarkan undang undang negara untuk menyalurkan wang tersebut kepada kerajaan PR... bagi mereka yang tinggal di bukan negeri PR... boleh melakukannya di negeri PR yang berdekatan... (tapi pastikan anda mendapat resit pembayaran untuk memotong cukai)
jadi apakah yang harus dilakukan??? sila baca cadangan yang telah saya kemukana beberapa tahun lepas di sini... (saya hanya memuatkannya di blog ini pada awal 2008 walaupun ianya pernah tersiar di Malaysiakini dan tranungkite)
Posted by
Anak Perelih
at
6:20 PM
0
comments
Sunday, October 11, 2009
Bagan Pinang : Faktor PAS tewas.. dan UBN Najib Altantuya menang...
Gigitankerengga memberikan sebab sebab ini sebagai punca kelakahan PAS di Bagan Pinang...
1. Calon Pas bukan anak tempatan
2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian.
3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons
4. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.
5. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.
6. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????
dan tambahan saya pula adalah seperti berikut :
1. Pengundi Melayu tidak mendapat maklumat alternatif... harakah pun susah nak beli di kawasan luar bandar...
2. Pengundi Melayu percaya propaganda UMNO yang PAS jadi kuda tungangan DAP... PAS perlukan tindakan yang menidakan propaganda ini.... Bagaimana untuk memenangi hati pengundi Melayu di luar bandar... ????
3. Pengundi India beralih menyokong BN... perlu dicari apa sebab.... tak boleh harap kaum India terus menyokong PR... Sokongan masyarakat India kepada PAS hanya tinggal 30%.
4. Imej penyokong pas... Ada 6-7 orang wakil calon PAS tak pergi sembahyang Jumaat di masjid PUSASDA yang terletak 100m dari pusat mengundi POS semasa hari pembuangan undi pos dilakukan... diaorang bersembang bawah kemah... ini memberi gambaran buruk kepada PAS (kerana penyokong Parti Islam tidak pergi Solat Jumaat semata mata jaga undi) apabila dilihat oleh askar.. dan mereka ini orang tempatan...
Kepada blogger blogger UMNO.. Tahniah diucapkan... Hidup UMNO, Hidup BN... Hidup Isa.... Hidup RASUAH!!!! Tanpa RASUAH, negara ini tidak boleh membangun!!!... Rakyat sejahtera kerana RASUAH!!!! RASUAH penyelamat Melayu dan negara !!!! Posto.. posto...
Posted by
Anak Perelih
at
6:47 AM
7
comments
Friday, October 9, 2009
Bagan Pinang: Apo Kono Eh Jang Versi PRKN31
Apo Kono Jang Versi PRKN31
Posted by
Anak Perelih
at
10:20 PM
0
comments
Bagan Pinang: Pesanan dari Bekas Mufti Perlis kepada pengundi Bagan Pinang...
Peringatan Untuk Pengundi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang
Saya menasihatkan kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.
Jika kita sesama muslim bergaduh dan ‘berperang’ antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?!
Saya tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti itu hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya, justeru saya menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup mereka yang lebih utama melebihi parti adalah tanggungjawab terhadap Islam; maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.
Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w:“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya yang saya telah sebutkan sejak dulu dalam berbagai media iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.
Dalam istilah siyasah syar’iyyah disebut al-Quwwah dan al-Amanah; yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut. Inilah dua ciri yang disebut dalam al-Quran (maksudnya):
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
Gabungan dua ciri ini penting dalam apa tugasan yang hendak diserahkan kepada seseorang. Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku. Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai.
Pengundi Bagan Pinang hendaklah dengan teliti menilai perkara ini. Maka kesimpulannya; pilihlah yang berkemampuan dan amanah. Maka dengan itu anda memenuhi tuntutan Islam.
-DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, USM, P.PINANG.
Posted by
Anak Perelih
at
6:31 PM
0
comments
Thursday, October 8, 2009
Bagan Pinang: Mana betul?? Zahid Hamidi atau rakaman ucapannya???
Cuba bandingkan.... mana satu yang betul???? Zahid Hamidi ke atau rakaman ucapannya????
Utusan Meloya melaporkan :
Sementara itu Ahmad Zahid menjelaskan, beliau tidak menjanjikan apa-apa kepada anggota tentera ketika mengunjungi Institut Jurutera dan Elektrik Tentera Darat (IJED) dan Kor Armor baru-baru ini.
Sebaliknya kata beliau, dalam sesi dialog anggota terbabit bertanya mengenai pengisian Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.
Antaranya kata beliau, mereka turut meminta diadakan kemudahan kolam renang, gimnasium, pusat tuisyen kemudahan Internet tanpa wayar dan sebagainya.
"Bukan saya yang umumkan. Saya tidak tawarkan untuk pancing undi pada pilihan raya," jelasnya.
Manakala rakaman ucapannya :
Posted by
Anak Perelih
at
6:37 PM
0
comments
Wednesday, October 7, 2009
Bagan Pinang : Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak
laporan dari Harakahdaily...
Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak
| Nazri Abdullah Thu | Oct 08, 09 | 9:56:04 am MYT | |
| BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka. "Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP. Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.
Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang. "Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya. Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini. Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka. "Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi. Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.
Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain. "Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan. Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan. Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut. Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini. Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri. Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos. |
Posted by
Anak Perelih
at
9:53 PM
0
comments
Nizar: UMNO, parti Najib altantuya sangat Terdesak : Filem Upin dan Ipin Geng Pengembaraan Bermula pun di pirate untuk sampai propaganda mereka
Satu bukti yang UMNO begitu terdesak untuk menyampaikan mesej politik sempit mereka sehinggakan filem Upin dan Ipin, Geng, Pengembaraan Bermula pun dipirate mereka dan mereka memasukkan video ceramah/propaganda murahan UMNO di dalam filem tersebut di 4 bagagian.. 2 darinya ialah ulasan dari Ustaz UMNO, bernama Omar Khalid, 1 sedutan berita TV3 mengenai ceramah Ngeh di bukit Gantang dimana beliau memetik sepoting ayat Alquran yang pernah (pernah hot mengenai ini dahulu) ... Tak silap saya dari apa yang dipaparkan video propaganda itu dari pihak anwaribrahimdotcom... Terdesak sangat kah mereka ini.. propaganda menerusi media arus perdana sudah tidak mendapat sambutan sampai kena pirate dan selit propaganda dalam filem Upin Ipin... sampai kena menumpang populariti Upin Ipin..
Nampak sangat KEMUNAFIKAN pihak anwaribrahimdotcom.blogspot.com yang konon memperjuangkan melayu.. tetapi filam keluaran syarikat Melayu sendiri (les Copaque Sdn. Bhd) dia orang pirate..... anda nilaikan sendiri....
Torrent fail tersebut terdapat di sini...
http://thepiratebay.org/torrent/5101586/Upin_dan_Ipin___The_Geng_-_Pengembaraan_Bermula
UMNO sememangnya LANUN.....
Posted by
Anak Perelih
at
9:17 AM
0
comments
Tuesday, October 6, 2009
undi pos - pengundi yang pindah/bersara - mungkin ini jawapannya
Saya ada terbaca posting blog mengenai siapa pangkah undi pos anggota tentera yang pindah... pendapat saya tentang pekara tersebut adalah... Mungkin kertas undi unreturned/hilang tu adalah untuk pengundi yang telah bersara/pindah unit selain dari mereka yang tidak memulangkannya (mengundi) kerana tidak mahu mengundi BN. Di Bagan Pinang, bukan semua anggota tentera di situ boleh mengundi kerana ramai juga yang nama mereka masih di DUM/Parlimen kem lama mereka terutamanya kem di Parlimen Pekan - kerana menjaga agar Najib tidak kalah / dimalukan seperti PRU 1999 dulu - 240 undi majoriti. Dan tidak semua undi pos di Bagan Pinang akan dibuang/pangkah/kembalikan kerana ramai anggota yang telah bertukar kem serta bersara....
Untuk mengelak manipulasi undi yang tidak diambil pengundi pos, maka pihak wakil PR yang berada di pusat pembuangan undi pos hendaklah mengira jumlah yang membuang undi dan membuat perjumlahan... bandingkan dengan jumlah undi semasa diumumkan keputusan undi pos... jika jumlah undi semasa pengumuman lebih daripada jumlah yang membuang undi.. maka sahlah terdapat pihak yang mengundi bagi pengundi pos yang tidak membuang undi... dan saya pasti pihak ini memangkah berdasarkan garis panduan ini ;
Jika BN melayu lawan PR melayu - undi BN
Jika BN bukan Melayu PR melayu - undi PR - ini yang menyebabkan undi pos teluk kemang berpihak kepada Roslan Kasim dahulu.
jika BN bukan Melayu PR bukan Melayu - undi BN
Posted by
Anak Perelih
at
6:30 PM
0
comments
Tuesday, September 29, 2009
1Malaysia... bakal Suami Umie Aida adalah penerbit buku 50 dalil Anwar....
Apabila saya membelek akhbar MSM hari ini, terdapat berita tentang pelakon Umie Aida akan berkahwin dengan Datuk K, iaitu Datuk Khairuddin Abu Hassan... Tetapi siapakah Datuk Khairuddin ini.... ??? Beliau adalah penerbit buku "50 Dalil Kenapa Anwar tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" yang menyebabkan Anwar dipecat dari UMNO dan Kabinet... Beliau sekarang ini menerajui 2 syarikat yang tersenarai di BSKL ... hadiah lumayan untuk peranan beliau menerbitkan buku 50 dalil tersebut.... anda boleh lihat sendiri di link di bawah ini...
’50 Dalil’ publisher throws his hat into Umno ring
50 Dalil publisher aims to correct Umno’s image
50 Reasons Why Anwar Ibrahim Cannot Become Prime Minister(Part 1)
Posted by
Anak Perelih
at
8:31 AM
1 comments
Maklumat dari Bagan Pinang
Semasa hari raya baru baru ini, saya menerima maklumat yang UMNO telahpun memberikan RM5000.00 bagi setiap kem tentera sebelum cuti hari raya lepas untuk tujuan jamuan hari raya dan sumbangan anggota yang duty pada hari raya. Wang tersebut diambil dari pejabat UMNO.
Yang lucunya, apabila UMNO bertanyakan berapa anggota yang duty semasa hari raya untuk menentukan jumlah wang untuk diberi , pihak kem mengatakan ramai yang duty untuk menerima jumlah maksimum... tetapi yang sebenarnya tak ramai yang duty.... UMNO sudah kena main oleh anggota tentera di Bagan Pinang... hehehe
Posted by
Anak Perelih
at
2:42 AM
2
comments
isu SELCAT... jawapan kepada Tulang Besi Malaysiawaves 2
Posting ini adalah untuk menjawab posting Tulang Besi - malaysiawaves tertajuk "Pegawai2 Kerajaan Selangor Sokong UMNO/BN Pada Pilihanraya 2008 "
Walaupun saya anak Perelih, tapi saya sudah berbelas tahun tinggal di Shah Alam... sebab itu saya banyak blogging mengenai Shah Alam/selangor dari isu perelih...
Saya tidak galak mempertahankan Hassan Ali semata mata beliau Hassan Ali... dan saya juga mempertahankan Khalid Samad didalam isu kepala lembu seksyen 23 bukan kerana semata mata beliau Khalid Samad.. tetapi kerana isu yang diutarakan...(sila rujuk blog saya tentang isu kepala lembu ini).. Mana yang saya rasa betul, saya sokong, mana tidak betul, saya tak sokong.... tak kira itu hassan ali ke, Khalid Samad ke, sapa ke...
Saya bukan seperti Tulang Besi yang bila tidak suka/sehaluan kepada seseorang itu, apa pun yang keluar darinya, beliau tidak akan suka dan menghentam... dan suruh keluar parti... ini perangai UMNO yang selalu kata "kalau tak suka dasar BN, sila keluar dari Malaysia".. Kita orang PR mestilah berfikiran terbuka, mendengar kritikan.cadangan orang.. mana yang bagus diambil... kalau MB Khalid mengikut perangai Tulang Besi, isu kuil seksyen 23 tak akan selesai.... itu beza PR berbanding BN...
Didalam kes Selcat ini, saya berpendapat bahawa ianya mestilah ditambahbaikkan di bahagian soalan itu diutarakan... nak tanya soalan, tanyalah... tapi bukan tanya soalan sampai suasana menjadi tegang /konfrantasi. ini kerana bila suasana tegang, pegawai daerah itu akan memberontak secara tidak memberikan maklumat yang diperlukan dan juga mereka boleh mensabotaj perlaksanaan dasar kerajaan negeri.. tambah pula seperti Tulang besi kata "Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO".. Oleh itu, Soalan yang diutarakan mestilah bijak untuk mengorek maklumat disamping memberi keselesaan kepada saksi untuk memberikan maklumat.. Guna psykologi sikit... kalau tidak, sampai bila kita boleh menghukum/mendedah penyelewangan ADUN UMNO?BN tersebut????? Lihat saja cara soalan diajukan di congressional hearing di US...
Saya menyokong saranan Hassan Ali untuk memasukkan professional serta mereka yang berpengalaman didalam bidang kehakiman kerana saya berpendapat didalam prosiding ini memerlukan akauntan, jurutera dan bekas hakim juga terutama apabila membabitkan soal teknikal dan akaun tanpa membuang mana mana ahli sekarang...
Walaupun saya tidak menyatakan di blog saya dan blog Tulang Besi, saya juga tidak bersetuju dengan saranan Hassan Ali untuk mengadakan prisiding secara tertutup... kalau tertutup pun saya bersetuju jika laporan prosiding Selcat itu didedahkan kepada orang ramai... tapi itu hak dia untuk menegur.. mana yang baik, terima.. mana yang tak praktikal, tak payah ikut,,.,,
Seperti yang Mahfuz Omar katakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit.. Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.
kerana selcat dibawah legislatif.. kerana selcat ditubuhkan oleh DUN.. dan Exco serta MB adalah executive... Pegawai daerah adalah dibawah executive.. sebab itu mereka berjumpa Hassan Ali untuk mengadu... dan sebab itu Hassan Ali bersuara mewakili executive dibawah (pegawai Daerah).. dan sebab itu MB Khalid menegaskan Selcat tidak akan dirombak, sebarang isu akan dibahaskan di DUN kerana ianya dibawah legislatif (DUN)
Mengenai isu penyapu itu, memang pegawai kerajaan Selangor tidak memberontak terhadap BN akibat isu penyapu ini.. tetapi kesan isu ini menyebabkan rakyat yang memberontak... ingat lagi betapa hangat isu hadiah penyapu ini didalam blig dan kahbar alternatif??? Akhbar MSM pro BN cuba buat damage control tentang isu ini.. dan ianya menyumbangkan kepada salah satu fator rakyat mengundi menolak UMNO/BN.. memang kawasan Melayu masih dibawah UMNO selepas PRU 2008.. tapi kerana mereka tidak menerima maklumat dari media alternatif.. media perdana cuba buat 'damage control" dalam isu ini.. tapi isu ini heboh di blog blog serta akhbar alternatif lain... dan ini menyebabkan melayu bandar serta bukan Melayu mengundi PR... persepsi rakyat lebih penbting kerana mereka yang menentukan siapa menjadi kerajaan...
nampaknya Tulang Besi bukan penganalisis politik yang baik. Beliau hebat kerana mempunyai maklumat dalaman dari pemimpin PR sahaja... sedangkan beliau banyak berada di luar negara (mengikiut maklumat yang saya dapat). Politik ini bukannya stright forward.. banyak helah dan strateginya...
Posted by
Anak Perelih
at
12:17 AM
1 comments
Saturday, September 26, 2009
isu SELCAT... jawapan kepada Tulang Besi Malaysiawaves
Merujuk kepada komen Tulang Besi dan beberapa yg lain dalam postingnya.."
Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS?
". ini jawapan saya...Nampak sangat Tulang besi karat ni tak mengetahui situasi di Perlis... sampai keperingkat personal attack... macam perangai puak puak UMNO pulak Tulang Besi ni... tak boleh jawab.. serang peribadi...
Kalau ikut puak 'erdogan' ni.. maka satu kerusi pun PAS takkan menang di Perlis sampai bila bila.... malah di Malaysia kecuali di Kelantan...
Kalau ko bagi hujah yang terengganu ni terlepas.. bagaimana pula di Selangor sendiri serta diperak??? kawasan yang PAs pernah menang tahun 1999 dulu pun PAS kalah di tahun 2008???? PAS hanya menang di kawasan bandar macam di Shah Alam.. dan kawasan bukan Melayu ramai... sedangkan PAS bertanding banyak di kawasan Melayu majoriti... orang di kawasan luar bandar ni susah dapatkan info alternatif.. yang ada hanyalah media MSM... jadi untuk menangkis propaganda UMNO ni bukan melalui kenyataan akhbar.. tetapi tindakan PAS... Sebab itu peratus undi Melayu di Bukit gantang turun... sebab apa... ??? sebab ramai termakan PAS ni ikut telinjuk DAP... jika di Kedah DAP hingga boleh keluar PR (mujur LKS pujuk).. tetapi kenapa di tempat lain PAS tak boleh berbeza pendapat dari DAP??? PR bukan seperti BN... dimana dalam BN semua kena ikut cakap UMNO (ini yang non malay marah).. tetapi dlam PR bebas mengeluarkan pendapat masing masing mengikut darsar parti...
Keadaan di luar bandar tidak sama dengan di bandar.. da di Perlis/kedah/ tidak sama dengan di Kelantan.. di terengganu juga berbeza... Di Kelantan, PAs dah menguasai hampir 20 tahun... rakyat dah tahu macam mana kerajaan PAS...dan macam mana propaganda UMNO pun, ianya senang bagi rakyat menilai dan menolak.. dan dengan sikap terhadap UMNO yang selama ini UMNO menekan kerajaan PAS... maka semua orang paham akan penolakan terhadap UMNO
Tetapi di negeri Melayu lain (perlis, kedah, terengganu, kawasan Melayu majoriti di Perak dan Selangor... situasi ini berbeza... kerana PAS tidak berkuasa... ditambah lagi maklumat alternatif dari PAS kurang dimana Harakah pun susah didapati... bagaimana hendak menolak propaganda UMNO??? bagaimana untuk menafikan pembohongan UMNO yang mengatakan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP..??? PAS akan kehilangan sokongan dari golongan yang tidak berpihak kepada mana mana parti... Penyokong PAS akan stay sokong PAS... Jadi sampai kesudah susah bagi PAs untuk menang di kawasan ini...
Saya tidak bermaksud untuk bekerjasama dengan UMNO... apa yang PAS lakukan adalah untuk menegakkan yang benar dan dasar parti... dan PAS mesti mempunyai suara terhadap sesuatu isu... walaupun ianya tidak sependapat dengan DAP.... dan dengan ini juga membuktikan PR tidak seperti BN dimana didalam BN terdapat satu parti dominan (UMNO) yang mana parti komponen lain mesti menurut cakap UMNO ini...
Selain dari itu, dalam kes siasatan Selcat itu, yang disiasat adalah ADUN UMNO... Pegawai daerah tu cuma saksi untuk mendapatkan maklumat tentang apa dah jadi... jadi gunakan lah saksi ini sebaik mungkin... nak tanya soalan, tanyalah... tapi bukan tanya soalan sampai suasana menjadi tegang /konfrantasi (confrantation... bukan konfrantasi Sukarno tu.. Tulang Besi ni pi study di US saja tapi tak tau makna perkataan tu... atau saja buat tak tau sebab tak boleh balas hujah aku).. kalau soalan diutara seperti didalam prosiding hari tu.. pegawai daerah akan bersikap defensive... dari segi psycologi bila diaorg bersikap defensive, mereka akan menentang balik dan satu apa maklumat tak dapat... bila satu apa maklumat tak dapat.. macam mana nak ambil tindakan terhadap ADUN UMNO/BN yang menyeleweng wang rakyat tu???? Hasan Ali tidak mempertahankan UMNO .. tapi menegur cara soalan diutarakan yang macam memalukan pegawai daerah.... Tulang Besi sahaja yang mengatakan Hassan Ali mempertahankan UMNO... nampaknya yang membuat cerita dongang ni hanyalah Tulang Besi... mungkin masih biol dengan ubat bius pembendahan itu hari.... bila masa pula Hassan Ali menggadai maruah Islam dan PAs????
Posted by
Anak Perelih
at
12:23 AM
11
comments
Saturday, September 5, 2009
isu kuil seksyen 19, Khir Toyo tak runding dengan penduduk seksyen 18 dulu ke???
Dalam isu pemindahan kuil seksyen 19, Khir Toyo berkata yang satu tapak sudah disediakan di seksyen 18 untuk kuil seksyen 19 dipindahkan di sini dan kerajaan negeri dibawah BN sudahpun membelanjakan sebanyak RM600,000 untuk tujuan ini... tetapi...... ini soalan saya kepada Khir Toyo...
Section 18 tu dah ada kuil kat bridge keretapi berhampiran stesyen komuter Shah Alam.. kenapa pula nak dipindah kuil seksyen 19 ke section 18??? penduduk seksyen 18 tak di beritahu ke rancangan Khir Toyo ni??? ada pihak UMNO/BN masa itu buat rundingan dengan penduduk seksyen 18 seperti kerajaan PR buat dengan penduduk syeksyen 23??? padahal seksyen 18 tu kawasan perumahan dan majoriti adalah melayu... sedangkan seksyen 23 2/3 adalah lebih kepada kawasan industri dan tapak cadangan itu lebih jauh dari perumahan dan lebih dekat dengan kilang serta kolam kumbahan IWK. Nampak sangat isu di section 23 ni adalah hasil cucuk UMNO untuk merampas Selangor secara kotor.... dengan bermain sentimen ugama...
UPDATE...
Saya telah berkunjung ke blog pro UMNO salah seorang yang memberi komen posting ini.. dan terjumpa akan kronologi aduan masalah kuil seksyen 19 dibawah gambar kuil tersebut...
Apa yang dapat dirumuskan dari kronologi adalah...:
Dari tahun 2000 ke 2007 (8 tahun) UMNO BN tidak dapat/gagal untuk memindahkan kuil tersebut.
PR berjaya untuk mendapatkan persetujuan pihak kuil untuk berpindah selepas 1 tahun lebih sahaja.. (31.05.2005 )
Tapak cadangan kuil di seksyen 23 adalah sebenarnya dicadangkan sendiri oleh UMNO/BN tetapi ditolak oleh pihak kuil yang kemudiannya dizaman PR bersetuju untuk dipindahkan disitu. (15. 09. 2006 )
Wakil rakyat PR peka kepada aduan rakyat dimana usaha untuk menyelesaikan masalah di seksyen 19 dilakukan sejurus sahaja PR berkuasa iaitu selepas mendapat aduan dari penduduk seksyen 19 (April 2009)
Selain dari kronologi ini, penulis blog tersebut (che_wan) juga memberikan komen pada posting saya ini dan dapat saya dirumuskan bahawa tapak kuil di seksyen 18 adalah lebih dekat dengan rumah orang dari tapak di seksyen 23.("Jarak diantara kuil dan rumah Rodziah cuma dipisahkan oleh sungai kecil dan sebuah nursery".). dan penduduk seksyen 18 tidak pula berarak membawa kepala lembu dan bersikap hooligan/barbarian kepada pemimpin kerajaan negeri masa itu... ini memcerminkan bahawa terdapat pihak yang mencucuk penduduk seksyen 23 untuk bertindak sedemikian.. siapakah pikak yang mencucuk tu????? pembaca boleh fikirkan sendiri....
Posted by
Anak Perelih
at
7:53 PM
11
comments
(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)
"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.