Friday, November 18, 2011

Projek 16 september gagal... ada hikmahnya...

Selepas projek 16 September gagal, ada yang menyalahkan beberapa kepimpinan PAS tentang kegagalan tersebut, termasuklah Tuan Guru presiden pun disalahkannya.. Bagi saya, Tuan guru Presiden bertindak begitu adalah sebagai ulama, beliau dapat merasakan bahawa menjadi kerajaan melalui cara itu bukan pilihan yang baik bagi negara ini berbanding menjadi kerajaan melalui kemenangan pada PRU13 nanti.

kalau projek 16 sept tu jadi.. negara akan haru hara akibat perbuatan UMporNO.. terutama bila majoriti 2-3 kerusi saja dan pengambilan kerajan hanya menerusi lompat parti/belah... kerana sesungguhnya :

  • 1. kakitangan kerajaan banyak yg dapat kerja atas kabel UMporNO - penyokong UMporNO.. mereka ni akan sabotaj kerajaan baru PR... puak puak UMporNO ni dah berakar umbi didalam pentadbiran kerajaan akibat negara ini sudah 50 tahun lebih diperintah oleh parti yang sama. Pelbagai sabotaj boleh dilakukan untuk mengambarkan bahawa PR tidak boleh memerintah.
  • 2. polis ramai pegawai atasan mereka setia kat BN/UMporNO... bedasarkan apa yang berlaku sekarang ini, mereka rasanya akan takes side dan side yang mereka akan sokong itu tentunya UMporNO/BN... Ini akan menyukarkan kerajaan baru PR untuk memerintah. lihat apa yang berlaku sekarang ini pun...
  • 3. kehakiman yang correct correct correct... apabila kes lompat parti ini dibawa ke mahkamah, keputusannya akan menyebelahi UMporNO/BN seperti kes Perak tambah pula mereka mengharapkan balasan dari UMporNO/BN bila kembali berkuasa dan PR pula hanya berkuasa baru beberapa bulan dengan majoriti 2-3 kerusi sahaja...
  • 4. Majoriti yang diperlolehi adalah sedilit - 2-3 kerusi sahaja.. dan kerajaan yang dibentuk adalah lemah.. bila bila masa saja UMporNO boleh beli MP untuk lompat parti bagi kembali berkuasa... kerajaan boleh bertukar sebulan sekali sebelum pilihanraya baru boleh diadakan. Negara akan jadi tidak stabil dan ekonomi akan terjejas...
  • 5. UMporNO/BN is a bad opposition bila jadi pembangkang... lihat apa kekecohan yang berlaku di Perak... bagaimana speaker boleh dicolek, keputusan mahkamah yang berat sebelah... lihat di penang bagaimana UMNO dok melalut buat kacau... dgn puak puak NGO UMporNO dok buat perangai... dan kita tak tahu apa lagi dgn puak puak NGO UMporNO akan lakukan utk ambil balik kuasa terutamanya mereka mempunyai kelebihan keewangan dan media...
Jika kemenangan melalui pilihanraya, situasinya agak berlainan kerana mereka menyedari kemenangan itu atas undi dan mandat rakyat, bukan atas lompat parti/belah dan sedikit sebanyak mereka akan akur akan pilihan rakyat ... risiko kepada masalah yang akan dilakukan oleh mereka mereka yang disebut diatas akan kurang.

Sesungguhnya ada hikmah 16 september tak jadi... kerana kita akan serahkan pilihan kepada rakyat utk menentukan.. dan kekuatan PR menjadi lebih kuat... sokongan bertambah.... tetapi kalau jadi, kmungkinan PR bentuk kerajaan yang lemah dan hanya sekejap sahaja sebelum dirampas kembali oleh UMporno/BN dan PR boleh menjadi semakin lebah selepas itu akibat tindakan keras BN yang kembali berkuasa....

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..