Beberapa hari lepas, sekumpulan mat rempit telah mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan Pulau Pinang membina litar merempit dan mereka memakai Tshirt kuning yang bertulisan "LGE Rasis"...
Apabila ditunding bahawa demonstrasi mat rempit ini tajaan UMporNO, beberapa pemimpin UMporNO melenting menafikannya. Tetapi betul ke penafian bahawa UMporNO tidak terlibat menaja demonstrasi ini... ??
Mengikut blog ini, 'mat mat rempit' ni tidak menampilkan diri seperti mat rempit sebenarnya. Mereka lebih kepada pemuda UMporNO daripada mat rempit. Ada yang gendut lagi.
Selain dari itu, kita kena lihat juga siapa kepada mat rempit ini... yang namanya "Sabaruddin Ahmad". Apabila dibuat carian Google dengan ' "Sabaruddin Ahmad" + UMNO'.. maka salah satu keputusan carian menampilkan web site ini : http://umno-online.com/?p=22086 ... Rupa rupanya Sabarudin ketua mat rempit ini juga ayng menganjurkan majlis pemulangan wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, yang didakwa wang dari perjudian yang akhirnya terbukti ianya satu fitnah. Seorang Paduka Ayahanda menjadi pengerusi NGO mat rempit???? (lawak apa ni???)
Rupa rupanya Sabarudin Rempit ini adalah front-man UMporNO didalam NGO orang muda di Pulau Pinang untuk mencetuskan kekacauan dan isu. Nampaknya dia dah ada 2 NGO yang dipengerusikannya.. atau adakah NGO ini yang tidak berdaftar dan haram seperti mana mereka mengharamkan Bersih 2.0 dahulu... Kenapa double standard dalam isu ini???
Sekarang ini nampaknya UMporNO telah menjadi pengecut, tidak berani kehadapan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan hanya berani menggunakan NGO - NGO sebagai front line sahaja...
ni saya salin artikel dari http://umno-online.com/?p=22086 untuk anda baca sendiri dan nilaikannya...
60 Lagi Warga Emas Pulangkan ‘Wang Haram’
BALIK PULAU 8 Okt. – Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.
Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.
“Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.
“Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.
Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau Datuk Dr Hilmi Yahya.
Seorang lagi penerima, Lebar Ahmad, 69, berkata tindakan beliau dan rakan- rakannya memulangkan wang berkenaan adalah atas kerelaan hati dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Makcik tak mau dah ambik duit macam ni (wang haram) kerana ia akan jadi darah daging dan biarlah susah daripada terima duit haram,” katanya.
Sementara itu, Sabaruddin berkata pihaknya menganjurkan majlis berkenaan bagi memudahkan warga emas di sekitar Balik Pulau menyerahkan semula wang ehsan berkenaan.
“Majlis ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya atas permintaan warga emas yang mahu memulangkan semula wang haram itu dan Pewaris juga ingin mengingatkan Ketua Menteri agar lebih peka, prihatin dan menghormati prinsip-prinsip Islam memandangkan beliau kini menjadi pemerintah dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam,”katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment