Thursday, January 31, 2008

Perumahan pendatang Burma telah siap

Saya baru kembali dari Langkawi dan berita terbaru saya dengar dari sana… ialah, beberapa minggu lepas, orang orang Burma di Bukit Malut dan Taman Nilam beramai ramai beratur di Bank untuk menerima wang… dan dikatakan wang ini adalah untuk upah menjadi pengundi hantu semasa pilihanraya kelak.. Sebelum ini, pada tahun lepas, selepas kebakaran di Bukit Malut kali kedua, pihak tentera dibawah rejemen 504 wataniah telah membina perumahan disebelah Taman Nilam untuk orang orang Burma ini… dan sekarang perumahan tersebut sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk diduduki… mungkin selepas pilihanraya kelak. Menurut warga tempatan Langkawi, orang orang Burma ini sudah dihantar ke Kelantan dan Terengganu (mungkin ini yang dilaporkan oleh Harakah beberapa bulan lepas tentang orang orang Burma di pejabat Pendaftaran Kelantan) dan menurut mereka, kebanyakan orang orang Burma ini mempunyai kad pengenalan biru beralamatkan di Kelantan dan Terfengganu…

Sila lawat anak_perelih.fotopages.com/ untuk melihat gambar gambar perumahan baru pendatang Burma tersebut yang terletak berhampiran Taman Nilam, Kisap, Langkawi.

Saya berharap agar pihak BA dapat menyiasat dan memantau akan hal ini kerana ditakuti mereka mereka ini akan digunakan oleh BN/UMNO untuk merampas Kelantan serta memenangi Terengganu.

Saturday, January 26, 2008

Mari kita boikot bayar cukai - dari arkib peribadi

Beberapa tahun dahulu, saya pernah mencadangkan penyokong penyokong BA serta rakyat yang tidak menyokong BN yang tidak berpuashati terhadap penyalahgunaan wang rakyat oleh BN untuk kepentingan parti supaya memboikot dari membayar cukai secara sah dan mengikut undang undang. Cadangan yang sama juga pernah dikemukakan di anwaribrahimblog.com oleh Stevelow (soalan keempat di pautan ini)

Hari ini apabila membaca berita tentang polis yang digunakan oleh BN untuk menangkap peserta perhimpunan aman Protes, serta penyalahgunaan kakitangan kementerian penerangan terutamanya melalui khidmat SAHIH, saya teringat kembali artikel tersebut yang pernah disiarkan oleh tranungkite.net, umno-reform.com dan malaysiakini.com dan lain lain. Berikut, saya siar kembali artikel tersebut....

Boikot cukai, bayar zakat/derma

Disetiap pilihanraya samada pilahanraya kecil atau umum, jentera jentera kerajaan seperti JKR, RTM, jabatan penyiaran, polis, jabatan pendidikan, sekolah-sekolah dan berbagai lagi jentera kerajaan dikerah untuk membuat projek segera serta untuk berkempan untuk BN/UMNO menggunakan peruntukan kerajaan dengan dibiayai wang pembayar cukai. RTM contohnya, walaupun dibiyai oleh wang pembayar cukai yang antaranya dibayar oleh penyokong parti pembangkang telah menjadi TV UMNO - TV yang dimiliki oleh BN/UMNO.

Kita semua tahu bahawa, semua rakyat Malaysia membayar cukai seperti cukai pendapatan dan cukai jualan (membeli burger McDonald pun dikenakan cukai - cukai jualan 5%). Mereka yang membayar cukai ini adalah terdiri juga dari penyokong-penyokong/pemimpin-pemimpin parti pembangkang (45% dari jumlah pengundi di Malaysia mengikut perangkaan pilihanraya umum lepas). tetapi kenapakah jentera-jentera kerajaan yang dibiyai oleh wang cukai yang mereka bayar ini digunakan untuk menekan, memburukan, menyekat parti pembangkang yang mereka sokong serta berkempen untuk UMNO di setiap pilihanraya. Ini menjadikan penyokong dan pemimpin pembangkang sebagai warganegara kelas 2 Malaysia tetapi didalam masa yang sama membayar pelbagai cukai sama seperti penyokong/pemimpin BN/UMNO yang mendapat segala peruntukan dan keistimewaan dari wang cukai ini.

Oleh itu saya mencadangkan kepada penyokong serta pemimpin parti pembangkang untuk memboikot dari membayar cukai terutamanya cukai pendapatan dan cukai perniagaan. Seperti apa yang kita tahu, pembayaran zakat oleh orang Islam dinegara ini serta pemberian derma akan mendapat pemotongan cukai pendapatan yang ditolak dari jumlah cukai pendapatan yang perlu rakyat bayar. dengan menggunakan makinisma ini, kita boleh memboikot dari membayar cukai tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang kerana ianya sah mengikut undang-undang negara.

Bayar zakat.

Penyokong pembangkang yang berugama Islam bolehlah membayar zakat melebihi dari kadar yang sepatutnya dibayar iaitu 2.5% untuk menyamakan dengan jumlah yang perlu dibayar cukai. Contohnya, jika kita dikehendaki membayar cukai sebanyak RM2000 dan zakat hanyalah sebanyak RM500, maka kita boleh membayar zakat sebanyak RM2000 dan mendapat pemotongan cukai 100%. Dengan ini pembayaran zakat boleh digunakan untuk menggantikan cukai pendapatan dan ini dapat mengelak dari wang yang kita bayar untuk cukai digunakan oleh jentera kerajaan untuk berkempen untuk BN/UMNO. selain dari itu, wang zakat yang dibayar boleh digunakan untuk pmbangunan serta membantu umat Islam yang rata-ratanya masih dibelengu kemiskinan yang semamangnya memerlukan pertolongan tanpa bantuan dari kerajaan Barisan Nasional yang lebih mnumpukan kepada F1. selain dari itu, kita juga dapat menunaikan salah satu rukun Islam iaitu menunaikan zakat dan mendapat pahala diatasnya.

Beri derma

Jika umat Islam mempunyai fungsi zakat untuk tidak membayar cukai pendapatan menerusi zakat, masyarakat bukan islam juga boleh melakukan pekara yang sama dengan memberi derma kepada badan-badan amal dan kebajikan yang diiktiraf oleh LHDN bagi mendapat pemotongan cukai. Contohnya, jika kita perlu membayar cukai sebanyak RM3000, maka kita boleh membayar derma sebanyak RM3000 kepada badan badan tertentu untuk mendapat pelepasan cukai dan seterusnya tidak perlu membayar cukai. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan wang cukai kita dari mengalir kepada jentara kerajaan yang digunakan untuk menekan pembangkang serta berkempen untuk BN/UMNO. Di masa yang sama, kita dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan tetapi diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

cukai jualan

selain dari itu, kita boleh mengurangkan dari membayar cukai jualan dengan mengurangkan dari membeli barangan yang dikenakan cukai secara terangan seperti di restoran- restoran makanan segera yang mengenakan cukai jualan 5%.

Oleh itu, dengan cara ini kita dapat mengelakkan dari membayar cukai dan seterusnya wang cukai tersebut digunakan untuk menyerang kita sebagai warga negara kelas 2. Dengan tindakan seperti diatas juga, tiada sebarang tindakan boleh dikenakan keatas kita diatas tuduhan mengelakan cukai kerana semuanya dibenarkan oleh undang-undang percukaian. Di amsa yang sama, kita juga dapat membantu mereka yang sangat dahagakan pertolongan.

Anak perelih



Thursday, January 24, 2008

Zunar's Cartoonkini was out-joked!!!

At Malaysiakini.com, I love Zunar's cartoon - the Cartoonkini.... which always poking fun at politicians especially the BN ones. But guess... what happen to this cartoonkini this week??? Zunar was out-joked by what happened at the Lingam Video Royal Commission of Inquiry.... All these thanks to the answers given by 4 person involved.... Then where did these people got their "jokes" from...?? Maybe this are their sources of references....

Tun Mahathir might got that phrase from the movie "Total Recall"... by Arnold Susahnakeja... that current California gov'nor lah....
Tengku Adnan from "The Simpsons" - Homer at Moe's Tavern probably...
Tun Eusoff Chin.... from "Band Of Brothers".. hehehe
and VK Linggam... of course he is Groolinggam from Groo the wanderer "Hell On Earth" ... from that stupid looking, barbarian, idiot, mendicant moron name Groo ... (please refer to www.groo.com )

Monday, January 21, 2008

Groolingam???

I'm a comic lover and one of my favourite cartoonist is Sergio Aragones and Groo The Wanderer is a comic character created by him.

BTW... look at this picture....
(click on the image for a bigger view)

the dialogue reads like this :
"That is easy! first of all they would have weapon like we do! "
"and they would have uniforms like we do !"
"and they are probably led by a stupid ugly general like... "
"uh..."

and VK Lingam said this at the commission (as reported by
malaysiakini ) :
'It looks like me, it sounds like me'

Maybe we already have our own Groo.... in form of VK Lingam....


Lingam : I'm grooed... did I err???

Kenapa UMNO begitu takut

Semasa membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, terdapat rencana bertajuk "BN cukup 'askar'", iaitu temuramah dengan setiausaha agong UMNO. Apa yang menarik ialah statistik bilangan ahli UMNO yang membandingkan perbezaan keahlian pada 31 Disember 2005 dan 30 September 2007. Dari jadual tersebut, saya telah membuat pengiraan akan perbezaan bilangan ahli UMNO didalam tempoh tersebut.... keputusannya..... sudah seharusnya UMNO dan BN berasa bimbang. Mungkin itulah sebab UMNO begitu takut :

  • mengumumkan tarikh pilihanraya
  • perhimpunan BERSIH
  • Perhimpunan HINDRAF
  • perhimpunan BERSIH Batu buruk
  • media alternatif seperti blog, malaysiakini.com, harakah, harakahdaily, tranungkite.net dan lain lain lagi.
Ini adalah kerana bilangan ahli UMNO merosot banyak didalam tempoh tidak sampai 2 tahun itu. Jika terdapat ahlinya yang meninggal dunia... ini bermakna ramainya ahli UMNO yang telah meninggal dunia dan kenapakah ianya tidak digantikan oleh ahli baru? atau tiada ahli baru kecuali di Terengganu?

Sekian tahun kita dihadap dengan berita ahli PAS masuk UMNO... tapi statistik menunjukkan ramai ahli UMNO keluar parti....

Inilah perangkaan yang telah saya salin dan dikira jumlah serta perubahan junlah keahlian UMNO. diantara 31 Disember 2005 hingga 30 September 2007.
(Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas)

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..