Saturday, February 14, 2009

Malaysiakini - Spesies Katak Di Malaysia - Frogs of Malaysia

Setem kenang-kenangan yang dikeluarkan sebagai menghargai jasa besar pelompat-pelompat parti di Perak yang menyebabkan BN/UMNO kembali memerintah negeri Perak ...

Monday, February 9, 2009

Malaysiakini... Kenapa UMNO/BN ni CELAKA sangat???

Kenapa BN/UMNO ni CELAKA sangat????? Kemaruk kuasa gila babi....

Ni petikan berita dari Harakahdaily.net


Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

Izwan Abdul Halim
Tue | Feb 10, 09 | 12:18:16 am MYT

ALOR SETAR, 10 Feb (Hrkh) - Atas faktor rasa tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.- azm _

Thursday, February 5, 2009

Anwar sept 16 claim was to save Perak...

Some compared this BN coup with Anwar... but...

Anwar Sept 16 claim was a bluff to save Perak PR government... The best defense is to attack... If there was no Sept 16 claim, Perak should fell earlier... maybe by August 31 as claimed by tajol Rosli... Why I called it as a bluff??? because to get 30 people is a huge tasks.... That's 21% of BN MPs... Impossible la... He did so just to make BN busy with MP and left Perak alone as Perak has the slimmest majority of all state government... BN only need to get 3 people to hop... so which is more easier.. 3 Adun or 30 MPs???

We all got brains.. so use it la...

analisis berita Malaysiakini... Ikut saja keputusan Sultan.. tapi kacau kerajaan BN nanti

UMNO mahukan darurat... itu yg dilihat dari cara mereka... seperti yang tersiar didalam newsflash hari ini... mereka mahukan haru hara berlaku, sebab itu mereka tidak mahu diadakan pilihanraya DUN Perak.... Apabila haru hara berlaku, PR akan disalahkan terutamanya dengan adanya media arus perdana yang dimiliki UMNO... Imej PR akan menjadi buruk... terutama untuk PRU13 nanti

Cadangan saya.. ikut saja arahan sultan.. Adakan solat hajat dan Munajat kepada Allah... minta pertolongan Allah... Selepas ini, kacau pentadbiran mereka seperti mana mereka kacau pentadbiran PR... kerana mereka ada kerusi sama banyak dengan PR.. kacau bebas 3 ekor tu.... supaya tidak senang duduk dalam DUN... Ingat mereka ada kes rasuah untuk dibicarakan lepas ini... Jika didapati tidak bersalah... itu menunjukkan mereka telah menerima habuan mereka... biar 6 bulan lagi ada tukar kerajaan lak....... biar Sultan berfikir untuk bubar DUN... Kes 3 ekor tu bawa ke mahkamah... jika berpihak kepada PR.. ada pilihanraya kecil dan PR akan menang dan kembali berkuasa di Perak... Ini saja cara untuk tunjukkan kepada Suktan bahawa keputusan baginda adalah salah....

Selain dari itu, ini juga membuka peluang untuk PR merampas MAlaysia melalui lompat parti kerana sudah terbukti ianya adalah sah seperti ditunjukkan UMNO.... UMNO tidak boleh komplen kerana mereka telah mulakan di Perak dahulu.... Dahulu Anwar cuma cakap sahaja tentang lompat parti sebagai defensive strategy dengan menyerang kubu BN supaya BN sibok dan tidak menggangu PR di Perak... Masa masih panjang.... PR masih ada 28 kerusi lagi yang bila bila boleh menggugat BN Perak....


BTW... mari kita nyanyikan lagu....
"UMNO terus celaka... tipu rakyat malaysia" (nyanyikan macam irama lagu UMNO tu)

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..