Monday, January 21, 2008

Kenapa UMNO begitu takut

Semasa membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, terdapat rencana bertajuk "BN cukup 'askar'", iaitu temuramah dengan setiausaha agong UMNO. Apa yang menarik ialah statistik bilangan ahli UMNO yang membandingkan perbezaan keahlian pada 31 Disember 2005 dan 30 September 2007. Dari jadual tersebut, saya telah membuat pengiraan akan perbezaan bilangan ahli UMNO didalam tempoh tersebut.... keputusannya..... sudah seharusnya UMNO dan BN berasa bimbang. Mungkin itulah sebab UMNO begitu takut :

  • mengumumkan tarikh pilihanraya
  • perhimpunan BERSIH
  • Perhimpunan HINDRAF
  • perhimpunan BERSIH Batu buruk
  • media alternatif seperti blog, malaysiakini.com, harakah, harakahdaily, tranungkite.net dan lain lain lagi.
Ini adalah kerana bilangan ahli UMNO merosot banyak didalam tempoh tidak sampai 2 tahun itu. Jika terdapat ahlinya yang meninggal dunia... ini bermakna ramainya ahli UMNO yang telah meninggal dunia dan kenapakah ianya tidak digantikan oleh ahli baru? atau tiada ahli baru kecuali di Terengganu?

Sekian tahun kita dihadap dengan berita ahli PAS masuk UMNO... tapi statistik menunjukkan ramai ahli UMNO keluar parti....

Inilah perangkaan yang telah saya salin dan dikira jumlah serta perubahan junlah keahlian UMNO. diantara 31 Disember 2005 hingga 30 September 2007.
(Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas)

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..