Sunday, March 25, 2012

Utusan mengaku UMporNO memperkuda jentera dan wang kerajaan untuk kepentingan parti...

Didalam artikel Utusan dibawah ini, dan di sini... Utusan telah mengaku bahawa UMporNO memperkuda jentera dan wang kerajaan untuk kepentingan parti tanpa merasa bersalah seolah olah ianya pekara biasa dan hak mutlak parti BN/UmporNO (perhatikan part bold tersebut)... padahal ianya adalah hak semua rakyat termasuk penyokong pembangkang...

Oleh itu mari kita boikot bayar cukai....


Diplomasi acuan terbaik Barisan Nasional Kedah pupuk perpaduan di kalangan ahli

SUDAH lebih setahun teraju Badan Perhubungan UMNO Kedah dipimpin sepenuhnya oleh anak jati Kedah setelah negeri Jelapang Padi itu tumbang kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah diberi amanah besar oleh UMNO untuk mengambil alih jawatan pengerusi negeri yang disandang sementara oleh Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkuat kuasa 1 Januari tahun lalu.

Kepercayaan yang diberikan itu diiringi dengan tanggungjawab berat memandangkan Ahmad Bashah perlu mengemudi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam melakarkan segala agenda bagi memantapkan parti berhadapan dengan PRU-13 yang diletakkan harapan tinggi untuk menawan kembali pentadbiran negeri daripada pakatan pembangkang.

Hakikatnya, Ahmad Bashah mengemudi UMNO dan BN Kedah dalam keadaan sukar kerana sesiapa yang menjadi Pengerusi UMNO negeri sebelum ini turut memegang jawatan Menteri Besar yang berkelebihan dengan mempunyai pelbagai jentera dan peruntukan.


Ahmad Shabery dihalang ke program BN di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM 25 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui terkejut dengan tindakan penyokong pembangkang yang menghalang beliau daripada menghadiri program Gelombang Biru anjuran Barisan Nasional (BN) di Politeknik Seberang Perai (PSP), kelmarin.

Menurut beliau, tindakan itu mungkin diambil oleh penyokong pembangkang yang berasa terancam kerana BN mengadakan program di kubu kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

"Saya pun hampir-hampir tidak hadir selepas dinasihati tetapi Alhamdulillah semuanya selamat. Saya rasa dia (Anwar) mula berasa kedudukannya semakin terancam. Dia rasa akan kalah di tempat sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Gelombang Biru Pilihan Raya Umum Ke-13 peringkat Parlimen Permatang Pauh, di sini kelmarin.

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..