Thursday, April 5, 2012

Hukum Qazaf kepada pecacai UMNO ini...

Baru baru ini, selepas Datuk Nalla, Uni Hafilda, Ezam, Zul Nordin dan lain lain bekas pemimpin PKR yang lompat ke UMNO bersidang, mereka mengeluarkan satu tuduhan bahawa Anwar mempunyai hubungan dengan isteri Azmin, Shamsidar... dan mereka juga menuduh zina terhadap Anwar dan Shamsidar dengan mengatakan anak Shamsidar itu adalah anak Anwar tanpa menunjukkan sebarang bukti. Mereka menerusi media UMNO setiap hari menuntut Azmin menjelaskan / menunjukan bukti bahawa dakwaan mereka ini salah . Sepatutnya pihak yang menuduhlah yang patut kemukan bukti semasa membuat tuduhan zina tersebut, bukan pihak yang dituduh,,, pihak yang dituduh hanya kena tunjuk bukti selepas tuduhan berserta bukti kekenakan terhadap beliau...

Umi Hafilda pula kata dia mempunyai bukti bergambar yang Anwar dan Shamsidar masuk apartment di Tivoli Villa untuk berzina... tapi mana gambar tu..???. tunjukkan la kat semua rakyat malaysia.... dah 14 tahun dah... dah 3 kali pilihanraya dah... tunggu apa keluarkan je utk bunuh terus karier politik Anwar kalau ada betul gambar tu... dan kenapa tak guna sebagai bukti semasa perbicaraan saman Khalid Jafri dulu??? Dok simpan buat apa????

Selepas membuat pertanyaan kepada pakcik google, Saya terjumpa petikan berita dari akhbar Berita Harian ini... :

Berita Harian Rabu 30 Disember 1998 11 Ramadan 1419

KUALA LUMPUR, Selasa - Seorang ahli kimia yang menjalankan ujian DNA ke atas contoh darah Mohamed Azmin Ali dan Shamsidar Taharin, mengesahkan Afifa adalah anak kandung pasangan itu.

Lim Kong Boon dari Jabatan Kimia, Petaling Jaya, yang mempunyai kepakaran dalam ujian DNA, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau juga membuat ujian yang sama ke atas contoh darah Afifa.

Katanya, berdasarkan ujian itu, turunan Mohamed Azmin sebagai bapa kandung Afifa adalah 99.99 peratus.

Menurutnya, beliau membuat ujian itu selepas polis menyerahkan contoh darah berkenaan pada 29 Julai lalu.

Lim berkata, beliau mendapati bungkusan mengandungi contoh darah yang diterimanya daripada polis berada dalam keadaan baik dan tidak ada kesan ia cuba dibuka.

Menjawab soalan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail, Lim berkata beliau ada memeriksa 56 helai contoh rambut dan tilam yang mempunyai kesan tompokan.

Lim akan menyambung keterangannya esok.


Nampak gaya ada orang sudah boleh dihukum Qazaf kerana menuduh zina tanpa bukti kepada orang yang tidak melakukannya...

SEBAT MEREKA!!!!

1 comment:

cynthia chaniago said...

nice post....
article yang menarik untuk dibaca dan bermanfaat...
maju terus sob,,,
kunjungi blog saya juga ya sob, http://chaniaj.blogspot.com
dan kunjungi juga situs kesayangan kami http://www.oliviaclub.com/oliviaclub/index.php
oliviaclub poker online uang asli indonesia terbaik dan terpercaya
Poker Indonesia, Indonesia Poker, Poker Online Indonesia
yuk,,buruan gabung,,ada bonus nya lho,,,,

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..