Monday, August 15, 2011

Isu JAIS - GMDU - komen saya terhadap ScrewKuat

Berikut adalah komen saya terhadap blogger ScrewKuat terhadap postingnya bertajuk :

PEMERIKSAAN JAIS DI GMDU 3 OGOS 2011: Bhg II.

Saya setuju dgn apa Johan Ramli komen..

Gerakan kristianisasi ni dah lama.. tapi selama ni JAIS dan jabatan agama negeri lain dok lena saja... tapi bila selangor dapat kat PR... JAIS 'terjaga' dari tidur utk melihat masalah murtad ni semata mata kerana kerajaan selangor tu yang memerintahnya adalah PR... cuba BN/UMNO masih lagi berkuasa di Selangor... JAIS masih lagi dibuai tidur... Tak percaya tanya Datuk Seri Haruissani mufti Perak tu, dia pernah dakwa yang 250 ribu dah murtad.. tapi apa tindakan kerajaan selama ni... ??? apa tindakan UMNO... PAS bentang usul undang undang murtad di parlimen pun ditentang MP UMNO....

Satu lagi JAIS dan jabatan agama lain masih lagi tidur terhadap masalah umat islam yang miskin... boleh baca harian metro sejak beberapa minggu ini la tentang ibu tunggal terpaksa terima bantuan gereja utk hidup... mana pi duit baitumal Zakat??? padahal tiap tiap tahun beratus juta dikutip..??? Pernah terjadi duit zakat Wilayah persekutuan hilang akibat rugi dalam pelaboran masa Yusof Noor jaga jadi menteri agama dulu... SubhanAllah.. duit zakat pun boleh melabor.. padahal duit tu kena habiskan dalam 1 tahun tu juga.. dan tak boleh dilaborkan... kena beri pada asnaf...

Sultan pula apa peranan??? bila timbul kes ni yang disalah adalah kerajaan PR selangor.. dikata JAIS/MAIS dibawah kerajaan selangor... tapi bab lain.. kata kerajaan PR selangor tak boleh campurtangan, ianya dibawah Sultan... Sepatutnya ketua agama mestilah orang yang kuat beragama... bukan atas nama...

Dan kita dapati juga NGO yang anjur majlis di GMDU tu adalah condong terhadap UMNO/BN.. MAjlis Aids Malaysia... Lihat kenyataan Datuk Zaman Khan, bekas CID Bukit Aman dan Ketua pENGARAH pENJARA mALAYSIA... http://my.news.yahoo.com/ex-top-cop-zaman-khan-shoots-down-jais-060958141.html

siapa dibelakang majlis Aids Malaysia ni..?? http://www.mac.org.my

Rosmah sendiri pun bagi prakata untuk annual report 2009 MAC ni... sila lihat juga siapa dia directors MAC ini ... http://www.mac.org.my/v2/wp-content/uploads/attachment/annual09.pdf

Tuesday, August 9, 2011

Video sembang rakyat : Siapakah mereka???

Baru baru ini satu klip video di youtube dilaporkan mengatakan DAP sebagai berkomplot dengan tauke tauke bagi menaikkan harga barang supaya rakyat marah kepada kerajaan BN dan seterusnya menjatuhkan BN pada PRU13 nanti. Video ini telah diuploadkan oleh seorang yang bergelar Kawasaki9722. Kualiti video tersebut adalah amat berkualiti dan seperti dihasilkan oleh mereka yang professional dibidang perfileman (tetapi kandungan video amat tidak berkualiti) yang dipercayai dirakam dengan peralatan set pengambaran professional untuk drama TV atau filem.

Jadi, setelah menonton beberapa video yang diupload oleh Kawasaki9722, saya terjumpa satu video yang pada tarikh upload saya percaya antara video terawal di uploadkan oleh Kawasaki9722 bertajuk "SUARA RAKYAT MENOLAK demirakyat.org" iaitu video jawapan kepada video pro Pakatan di www.demirakyat.org. Didalam video ini, saya mengagak ia memaparkan mereka mereka yang terlibat didalam pembikinan 51 video video "suara Rakyat" yang diupload oleh Kawasaki9722 menerusi temuramah yang disiarkan atau setidak tidaknya mereka mengetahui siapa yang membikinkannya. Siapakah mereka ? Mereka kebanyakannya adalah terdiri dari PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA (PTVM) - dan antara posting di blog mereka adalah bertajuk "Artis Jangan terlibat Perhimpunan Bersih". Antara yang ditemuramah adalah

1. Taha Wahid - setiausaha PTVM. (mengikut carian google, tiada banyak maklumat dapat diperlolehi kecuali facebook beliau dan beliau adalah seorang pelakon drama.

2. Jurey Rosli - Presiden PTVM dan presiden GAFIM. Beberapa maklumat mengenai beliau boleh diperlolehi di facebook beliau, http://jomss.blogspot.com/2010/03/biodata-gambar-jurey-latiff-rosli.html dan http://www.blogger.com/profile/05237176083739457162 dan juga blog PTVM tadi.

3. Kay Maria seorang pelakon dan penyanyi . dan mempunyai 1 akaun Facebook.

Pada mulanya mereka memaparkan beberpa pelakon berwatak mamat, Dollah, Lim dan Seng, serta Thamby, tetapi kemudiannya diganti oleh watak watak golongan muda beberapa gadis dan pemuda yang saya rasakan adalah mereka yang baru mahu berkecimpung didalam bidang lakonan ini. Pada video yang terbaru ini turut dipaparkan alamat website "suara1rakyat.com" dimana alamat yang betul adalah http://www.wix.com/suara1rakyat/0.

Facebook page suara1rakyat pula adalah di http://www.facebook.com/suara1rakyat dimana pada ruangan "page owners" pula didapati ianya dimiliki oleh pengguna facebook "suara rakyat".

Daripada maklumat ini, saya mengagak video video 'Sembang Rakyat' tersebut dihasilkan secara professional mungkin dari arahan kementerian Rais yatim/RTM ataupun atas inisiatif Persatuan Penerbit televisyen Malaysia untuk membodek RTM dan kerajaan.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..