Berita Malaysiakini hari ini mengatakan "Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah." dan ini sekaligus memanjangkan krisis di Perak...
oleh itu, ini mesaj saya kepada Zambry untuk dia fikirkan.....
Kalau Zambry "ada telur" dan "anak jantan", apa kata beliau dan Nizar berpakat mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Biar rakyat Perak yang tentukan siapa yang layak memerintah kerana rakyat Perak sedang menderita akan krisis ciptaan ini. Biar rakyat yang tentukan.. negara kita kan negara demokrasi?... Mengenai kos piilihanraya yang tinggi, rasanya kos rakyat menderita dari krisis ini adalah lagi tinggi... pelabur pun takut masuk ke Perak akibat ketidaktentuan ini.. yang dah ada di Perak pun boleh keluar ke Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah PR. Oleh itu, sudah seharusnya BN setuju kuasa dikembalikan kepada rakyat Perak kerana kalau tidak, BN dilihat sebagai GILA KUASA kerana terus mahu bergayut memerintah Perak tanpa pilihan rakyat dan tanpa mahu kembalikan kepada rakyat untuk memutuskan siapa yang layak membentuk kerajaan....
Tuesday, May 12, 2009
Krisis Perak.. mesej buat Zambry...
Posted by Anak Perelih at 2:37 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
linkwithin.com
Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam...
Other Related Posts
..
3 comments:
Salam...
hangat,hangat,hangat...mai kita suamkan suhu badan dengan jus keluaran bumi malaysia.
sesekali tu mai la tengok kami disini...http://www.shamelin2u.com/maelkoprat.htm
"Sihatkan badan cergaskan minda"
huhuhu...kalau NIZAR tu anak jantan dan bertelur tidak kisah lah da mati pucuk ke belum..terima la kenyataan, yang BN berhak memerintah..jangan sibuk2,BN da berpuluh tahun mentadbir Malaysia n..da maju dah pun Malaysia n..ko dapat pendidikan kat Malaysia ni pon BN punye jasa, tu pon tak sedar2 lagi,melayu perelih tol ko ni..PR ap ada?dok demonstrasi je..cakap lebih..apa tara..macam haram je..
NIZAR anonymous cakap... "BN berhak memerintah.".. hahahaa hang dok buat lawak apa ni??? Bukan ke negara kita negara demokrasi... patut bila dah deadlock macam ni.. patut dibagi kepada rakyat untuk buat keputusan la... pasai apa BN dok takut??? tu yang saya kata ... "kalau Zambry ada telur"... of course YAB Nizar ada telur.. sebab tu dia mahu serahkan kepada rakyat... Bayangkan dalam masa terdekat ni 3 orang ADUN BN mati kena sakit jantung??? tak ke krisis ni berpanjangan??? Kes di Mahkamah silap silap akan ambik masa lama.. mungkin sampai PRU13??? mungkin masa tu imej UMNO/BN dah tak boleh direpair dah akibat kes ini... kalau Zambry dan Najib setuju bubar sekarang.. imej UMNO/BN mungkin dapat diselamatkan sikit untuk PRU13 nanti... so.. dari segi strategi.. baik le BN/UMNO terus memerintah di Perak.. tapi dari segi demokrasi.. baik dibubar.. walaupun pembubaran kurang menguntungkan PR untuk masa panjang/PRU13...
Post a Comment