Apabila IR Nizar memegang lilin di pelancaran memperingati Teoh Beng Huat (bukan pun upucara memperingati itu sendiri.. tapi upucara pelancarannya), beliau diserang begitu hebat oleh Mufti Perak, Datuk Harussani, sana sini... dan media media kawalan UMNO... tetapi apabila terdapat ganbar Najib menyalakan pelita di upucara yang dipercayai ada kaitan dengan upucara Hindu, senyap sunyi... dan hari ini.. di berita terkini Utusan, disiarkan pula "PM Letak kalungan Bunga Sempena Hari Pahlawan".... oleh itu saya menunggu komen/teguran dan kecaman oleh mereka mereka yang membuat komen/tegur dan kecaman kepada IR Nizar... sedangkan meletak kalungan bunga di tugu adalah difatwakan haram oleh majlis Mufti.... rujukan lebih detail adalah di sini...
PM letak kalungan bunga sempena Hari Pahlawan
KUALA LUMPUR 31 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.
Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.
Terdahulu Cif Inspektor Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk “Pahlawanku” sebaik sahaja tiupan “Last Post” bergema dan bendera Malaysia diturunkan.
Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.
Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.
Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.
— BERNAMA