Thursday, July 30, 2009

Lilin Nizar vs Tugu Najib

Apabila IR Nizar memegang lilin di pelancaran memperingati Teoh Beng Huat (bukan pun upucara memperingati itu sendiri.. tapi upucara pelancarannya), beliau diserang begitu hebat oleh Mufti Perak, Datuk Harussani, sana sini... dan media media kawalan UMNO... tetapi apabila terdapat ganbar Najib menyalakan pelita di upucara yang dipercayai ada kaitan dengan upucara Hindu, senyap sunyi... dan hari ini.. di berita terkini Utusan, disiarkan pula "PM Letak kalungan Bunga Sempena Hari Pahlawan".... oleh itu saya menunggu komen/teguran dan kecaman oleh mereka mereka yang membuat komen/tegur dan kecaman kepada IR Nizar... sedangkan meletak kalungan bunga di tugu adalah difatwakan haram oleh majlis Mufti.... rujukan lebih detail adalah di sini...


Berikut adalah berti terkini seperti yang disiarkan oleh Utusan Online tersebut (backup jika link tersebut sudah unavailable) Videonya boleh didapati di sini...

PM letak kalungan bunga sempena Hari Pahlawan

31/07/2009 11:25am

KUALA LUMPUR 31 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Terdahulu Cif Inspektor Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk “Pahlawanku” sebaik sahaja tiupan “Last Post” bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

— BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

maksudnya orang-orang pas yang mengaku diri mereka pejuang islam adalah sama lah dengan orang-orang umno yang dari dulu hingga kini konsisten perjuangkan dan pertahankan hak bangsa melayu. pas dan umno tiada beza lah. jadi selama ni aku kena tipu lah dengan orang-orang pas ni. aku ingat mereka ni pejuang islam, sanggup mati untuk tegakkan islam kat malaysia ni. rupa-rupanya mereka ni sama aje dengan umno, boleh nyalakan lilin, boleh bersekongkol dengan orang-orang kafir. aku harap pas tukar nama jangan guna nama islam lagi. aku rasa orang-orang pas ni lagi hina dari orang-orang umno sebab mereka ni mempergunakan dan mempermain-mainkan islam untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka. aku juga rasa mereka bukan kisah pun kalau islam subur atau tidak kat malaysia ni, pada mereka yang penting mereka dapat kuasa macam anwar ibrahim yang sanggup tipu satu dunia, kononnya pada 16 september 2008 kerajaan persekutuan yang ditunjangi umno dapat dijatuhkan, tapi akhirnya dengan izin Allah SWT kerajaan perak yang diketuai oleh nizar boneka tu yang jatuh ke tangan umno.

tokmod said...

aku tidak menyebelah mana-mama parti kerana tidak taksuf pada parti.komen aku pada nizar...
semua kenal siapa sinizar yg berperangai saperti orang tak sedar diri,dia melakukan membakar lilin dimajlis itu sunggoh meragukan kerana ada dua jawapan,dipehak pas boleh dan dipehak umno tak boleh,jadi disini sudah jelas sinizar orangnya pandai tapi tak cerdik.
jadi bagaimana untok mendapatkan jawapannya mari kita berlapang dada dan fikiran berbalik pada qur'an dan hadis shayeh.
menarok bunga pada tugu pahlawan sudah jelas tiada berkaitan dgn mana-mana agama itu untok mengigati pejuang yg berjuang mempertahan negara tidak ada satu agama pun yg memperatikkan kalau adapun hanya adat saja.
najib menyalakan api dikuil atas jemputan bagi pehak kuil aku rasa tidak meragukan kerana menjalan tugas sebagai PM.tidak saperti nizar perbuatannya itu menunjukkan satu perotes atau membangkang....

Anak Perelih said...

Anonymous + tokmod... majlis pelancaran memperingati yang tidak lebih dari satu majlis press conference.. tidak ada kena mengena dengan mana mana agama... tidak sama dengan majlis memperigati... Najib tu siap upucara di kuil lagi (seperti tokmod kata, di kuil, saya tak kata upucara tu di kuil) takkisah le sebagai PM ke atau sebagai boypren orang Mongolia ke.. tapi seperti Tok Mod kata, di kuil.. ada kena mengena dengan agama yang bukan islam...

Lain la si Najib tu.. pi upucara memperigati di tugu dan terang terang upucara itu difatwakan haram oleh majlis fatwa.... tokmod tak baca ke link yang saya sertakan tu... tu keputusan majlis fatwa tu... sapa kata di bolehkan... seba tu YDP Agong tak buat sama atas nasihat ulama.. tapi mana komen Datuk sri Harussani sana sini???

Anonymous said...

tokmod kena belajar lebih lagi ni...biar konsisten sikit hujah...

Anonymous said...

so, sama aja la najib dengan nizar? aku nak sokong golkar ajer la pasneh...

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..