Tuesday, March 23, 2010

Pekung PKR mula terdedah??? Pekung UMNO yang sebenarnya terdedah!!!

Utusan didalam edisi hari ini 24 Mac 2010 menyiarkan artikel "pekung PKR Mula Terdedah" yang ditulis oleh Nadzir Awang Ahmad @ Said didalam mengulas isu 16 September seperti didedahkan oleh Zahrain. Bagi saya ini merupakan satu lawak atau joke kerana :
1. Utusan : Lebih memeranjatkan rakyat, Presiden Pas dalam kenyataannya seperti dilaporkan oleh akhbar mengakui mengetahui dan menyokong pembentukan 'Kerajaan 16 September' yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pas yang mendakwa sebuah parti Islam sanggup bersekongkol dan merestui tindakan yang tidak berhemah dan mengikut lunas-lunas demokrasi itu. Paling mendukacitakan, nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan dalam usaha memujuk wakil rakyat BN menyertai pakatan pembangkang.

Anak Perelih : Habis apa yang berlaku di Perak tu berhemah ke ??? Tindakan BN yang tidak mahu bubar DUN tu ikut lunas lunas demokrasi ke tidak..>??? sekurang kurang dalam projek 16 September tu, Anwar janji akan bubar parlimen selepas beberapa bulan mengambil alih kerajaan Malaysia. Dan adakah Najib menggunakan nama Sultan Perak untuk membentuk kerajaan di Perak dan menggunakan PDRM sebagai memenuhi kehendak kerajaan BN Perak tersebut??? Bukan kah seperti dalam kes Perak bahawa kalau Sultan/Agong mendapati bahawa Anwar mempunyai majoriti sokongan maka Agong akan merestuinya dan
bila Agong merestuinya, maka pihak tentera juga akan merestuinya.. itu mengikut lunas lunas demokrasi lah... Anwar bukan menggunakan tentera untuk merampas kuasa.... Kenapa nak double standard disini...??? sedangkan UMNO juga mengatakan bahawa projek 16 September tu sama dengan apa ayng berlaku di Perak????

2. Utusan : Tidak ada ahli Parlimen dari BN yang keluar parti untuk menyertai pakatan pembangkang tetapi semakin ramai yang mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat Bebas datangnya dari pakatan pembangkang

Anak Perelih : hakikatnya dari semua yang melompat parti, hanya Hee Perak sahaja yang bukan PKR.. Semua yang melompat tu adalah dari PKR dan mereka ini masih lagi mempunyai mentaliti parti lama mereka iaitu UMNO dan BN - MIC/MCA.. so apa nak dihairankan??? Duit adalah segalanya kepada mereka ini. Tapi harus diingat.. ramai didalam PKR tu asalnya dari UMNO... sudah berapa kali UMNO berpecah.. dulu ada Semangat 46... Siapa kata orang UMNO tak keluar perti.. ???kalau tak, PKR dan Semangat 46 tak pernah ujud la....!!!

3. Utusan : pembangkang berada dalam keadaan tenat sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas dan melampaui batasan.

Anak Perelih : Untuk menentukan parti mana yang tenat, rakyat yang akan menentukan dalam pilihanraya... kalau Pembangkang dalam keadaan tenat dan UMNO dalam keadaan sihat... maka bubarkan lah DUN Perak segera kerana memberikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan itu adalah mengikut lunas lunas demokrasi... dah 1 tahun lebih dah!!!

walaupun PKR berkubur seperti Semangat 46, tetapi majorioti mereka di grassroot tidak akan menyertai UMNO semula... malah apabila Semangat 46 dibubarkan, ramai yang menyertai PAS dan didalam masa yang sama nama mereka didaftarkan sebagai ahli UMNO semasa proses pengabungan secara pukal. Akibatnya seorang calon pilihanraya PAS 1995 di Perlis tersenarai sebagai ahli UMNO di cawangan UMNO....

4. Utusan : Rakyat yang sudah muak dengan isu mainan politik pembangkang yang dilihat seperti tiada kesudahannya dari sehari ke sehari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu.

Anak Perelih : Rakyat juga lebih muak dengan mainan politik BN yang dilihat seperti tiada kesudahannya dari sehari ke sehari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu ditambah lagi dengan tindakan kerajaan /pemimpin BN yang merugikan rakyat...

5. Utusan : Sepatutnya, pembangkang terutama yang menerajui negeri yang dimenanginya dalam PRU Ke-12 menunjukkan kepimpinan dan tadbir urus yang cekap sekiranya itulah yang dilaung-laungkan semasa kempen sebagai alternatif kepada kerajaan BN.

Anak Perelih : Sepatutnya BN pun tidak mengacau secara kotor pentadbiran negeri yang dimenangi PR... kerana PR tidak berbuat begitu kepada BN di Pusat. Antara tindakan kacau secara kotor ialah - royalti Minyak jadi wang ehsan, peruntukan pusat kepada negeri disalur kepada Jabatan Pembangunan Pusat, JKKK lantikan negeri tidak diiktiraf dengan melantik JKKKpusat dan banyak lagi double standard dan penindasan yang dilakukan oleh BN kepada negeri yang ditadbir PR....

Nampaknya penulis ini adalah seorang professor kangkong walaupun beliau ialah Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis. Jika pensyarah universiti boleh menulis menyokong BN seperti ini.. adakah boleh pensyarah juga menulis menyokong PR???? Sedangkan di UniMAP yang satu negeri dengan UiTM Perlis pun mempunyai skuad pemantau untuk memantau kakitangan yang menghadiri ceramah PR untuk diambil tindakan... Bukan sahaja pelajar dipantau.. tetapi kakitangan pun dipantau..... dimanakah lunas lunas demokrasi disini?????

6 comments:

Anonymous said...

anak perelih..

Anda memandai mengata orang profesor kangkung..anda siapa???cukup ilmu ker??lagi satu penulis bukannya profesor pun..jadi tak payah kata dia profesor..apa laa..tak tau jangan mengata orang..lagi teruk mengata orang yang lebih mengetahui daripada anda sendiri...jangan jadi bodoh sombong laa...belajar menghargai pendapat orang!!!

Anonymous said...

Terimalah hakikat PKR parti kian rebah..atau parti kian reput apa lagi pakat keluar ramai2...huhuhuhuhu

Anak Perelih said...

Anon no 2.... nak tau PKR parti reput ke tak.. biar rakyat tentukan election depan... dan kalau PKR parti reput yang kian rebah.... ada berani Najib suruh si Zambry umum bubar DUN Perak???? DUN Titi Tinggi pun tak berani.. siap suruh YB Yip tarik balik surat letak jawatan.... ni kan pula PRU13..>??? Ada berani ke??? kalau PKR parti reput.. sure UMNO/BN menang hands down kan????

Anon no 1... "Professor Kangkong" tu hanyalah satu istilah.. tak kira le pensyarah tu ada PHD ke MAster ke.. tapi tak reti berfikir... patut sebagai ahli akademik.. mestilah beliau lebih objektif.. bukan untuk membodek dan mengampu macam penulis propaganda UMNO/BN... . anon no 1.. anda siapa yang terasa...??? anda pun 'professor Kangkung ke...??? BTW.. dia lecturer akauntant.. bukan sains politik...so dalam sains politik dia bukan ahli... sama aje dengan saya... dia ada master ke? lecturer UiTM cawangan ramai yang hanya ada degree saja.. yg sure dia bukan ada PHD.. and at least saya ada master.. so sama je dengan saya...

Anonymous said...

Apa yang riuh2 nie anak perelih

Apa yang anon 1 dan anon 2 cakap seratus peratus betul..siapa entah yang bagi saudara master..mesti universiti yang terdapat "profesor kangkung" ajar saudara...sebab itu saudara bangga saudara ada master dan perkecilkan orang lain..kesian..saudara tau ke di luar negara berlambak profesor yang bagus-bagus yang hanya sekadar degree holder tetapi selia pelajar phd?Jangan jumud sangat pemikiran setakat qualification..sekarang nie ilmu bukan mengikut qualification..ilmu itu cukup luas...

Kerajaan tidak mahu adakan pilihanraya kerana bazirkan wang rakyat..pkr apa peduli wang rakyat..yang pkr peduli menfitnah di sana-sini..sudah-sudahlah..yang benar akan mengatasi kebatilan..

Kalau pensyarah universiti yang berilmu pun saudara tak hormat..dan kata tidak reti fikir..jangan harap la nak hormat orang lain...siapa lagi yang saudara nak hormat? Yang sokong pkr saudara kagumla..yang benci pkr even memberi segala fakta yang benar saudara benci..jangan terlalu yakin pkr menang..rakyat dah mula buka mata..inilah budaya pkr...kesian kerana tembelang makin diketahui rakyat...menipu rakyat no.1..akhirnya bekas ahli buka semua pekung termasuk isu menfitnah Datuk Seri Najib dan atlantunya..tak ke malu namanya..sudah-sudahlah..lebih baik rapatkan bangsa yang sesama Islam..itu lebih baik dari sekadar mengutuk orang dan menghina orang..lebih-lebih lagi orang berilmu..yang mengajar anak cucu kita..hormatlah mereka..

Anak Perelih said...

Anon no 4... kalau pilihanraya ni membazir.... kenap[a harus dibuat pilihanraya??? kenapa tak lantik terus macam negara yang amal monarki je..>???

Pilihanraya ni.. SPR hanya belanja tak sampai RM1 juta je... yang banyak pakai duit tu adalah PDRM yang menjadikan kawasan pilihanraya sebagai zon perang.. sampai beribu polis...

BTW mengenai master ni... saya hanya mengatakan penulis tu sebagai sama kelulusan macam saya.. (saya tidak membangga diri...) -bukan dari sains politik... tapi saya tak le menulis dalam paper untuk membodek... kalau beliau tidak boleh dikritik oleh saya... kenapa mengkritik orang lain... ianya tak lain tak bukan hanya untuk membodek... mana tau boleh naik pangkat... kekadang di Universiti ni... office politik kuat juga...

Nak hormat apa pensyarah universiti kaki bodek macam ni...??? nak naik pangkat... dapatkan professor dulu.. banyakkan kajian, penerbitan dulu... bini kredibiliti... bukan cara membodek... dan istilah 'professor kangkong' ialah merujuk kepada mereka...

Awak terasa ke yang awak tu [professor kangkong...??? ibarat pepatah "siapa makan cili dia rasa pedas" ke???...

Anda sebut tentang "fitnah terhadap Najib' dalam kes altantuya... macam mana fitnah terhadap Anwar???? tu tak masuk lagi fitnah BN terhadap PAS/PKR/DAP... tapi yang bermain difikiran rakyat.. apa motif 2 polis tu bunuh altantuya...??? bodyguard Najib lak tu??? nak kata Razak Baginda suruh.. dia dilepaskan... dan siapa Razak Baginda untuk 2 polis tu ikut perintah utk bunuh altantuya??? takkan depa buat kerja part time bunuh org kut??? takkan sesuka aje bunuh org kut??? lagipun depa hanya anggota berpangkat rendah... takkan tak ada bos memantau kut...???

saya tidak terlalu yakin PKR untuk menang... tapi adakah BN/UMNO tidak yakin untuk menang sampai takut menghadapi pilihanraya??? Allah maha kuasa.. ada jugak by-election di Hulu Selangor... walau BN/UMNO cuba lari dari Titi Tinggi...

masa UMO kuat, ada ke UMNO cakap "rapatkan bangsa yang sesama Islam"??? tindas orang Islam lagi ada la.. contoh... Sekolah Agama Rakyat peruntukannya ditarik balik... kelantan dianak tiri... peruntukan yang wajib disalur kepada kerajaan negeri disalor menerusi jabatan pembangunan persekuituan dan JKKK pusat... Terengganu, royalti minyak dia ditarik balik dan jadi wang ehsan yang disalor menerusi UMNO.. ni untuk perpaduan umat islam ke.>>???? jangan jumud sangat!!!!

Anonymous said...

Seronok membaca komen-komen orang lain

Anak perelih hardcore pkr dan pas kot sehinggakan tidak boleh terima komen orang lain.komen-komen orang lain banyak membina dan menasihatkan anak perelih. anak perelih lebih emosi dan tidak boleh terima komen orang lain. kepada pengomen-pengomen yang lain tak payah dah berhujah dengan anak perelih kerana dia tak akan terima apa sahaja pendapat orang lain. dihinanya pensyarah.dikutuknya orang lain konon orang Islam ditindas..ramai dah orang Islam yang maju. di kalangan orang melayu juga maju.kaya raya.yang miskin pun dah kurang.bijak pandai bertambah.ada yang asal anak penoreh sahaja tetapi menjadi naib canselor universiti.kangkung ke dia?tertindaskah dia? orang melayu pun dah mula sedar apa yang berlaku sekarang ini. orang melayu sedar banyak perkara yang berlaku sekarang tidak membantu orang melayu, agama dan negara.perkasa ramai yang hadir semalam.lihatlah sokongan orang melayu makin berpadu.Bersatulah anak perelih jangan dah beremosi dan menyalahkan orang lain.jangan dah menghina pensyarah-pensyarah unviersiti. Bila pensyarah mengupas pendapat. dikatakan kaki bodekla, kangkung la. kepada anak perelih dinasihatkan jangan beremosi.Islam ada mengajar supaya jangan terlalu marah kepada seseorang kerana suatu hari nanti mungkin orang tersebut akan membantu kita.Hanya Allah sahaja yang mengetahui.siapa tahu bukan?Islam juga mengajar bersatu padu dengan ikatan yang kuat. Islam juga mengajar jangan dihina orang lain kerana kita tidak tahu orang itu mungkin lebih mulia berbanding kita.ramai orang melayu dan Islam sekarang sudah bijak pandai di universiti.mereka inilah yang memberi jasa kepada anak-anak melayu dan anak-anak bangsa lain sehingga berada dipuncak.hargailah jasa mereka.bukankah Islam ada kata ilmu itu pesuluh hidup dan pensyarah (ilmuwan) termasuk dalam golongan ilmuwan yang memberi ilmu kepada orang lain.

Jangan hina kredibiliti orang terutamanya ilmuwan-ilmuwan di universiti. jangan hina bangsa seislam yang banyak bantu orang Islam.pensyarah-pensyarah di universiti telah diletakkan oleh Allah di situ sebagai ilmuwan. Allah tidak akan letakkan seseorang pada tempatnya kecuali dia benar-benar layak. kita kena hormat mereka sebagaimana orang mahu hormat kita.lebih-lebih lagi mereka banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara kita.semoga dirahmati Allah swt.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..