Tuesday, June 14, 2011

Lawak UMNO : Ahmad Maselan buat lawak bodoh

Didalam memberi komen tentang perhimpunan Bersih 2.0, Ketua penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maselan buat lawak.. dengan berkata :

Katanya, perhimpunan diadakan oleh Bersih tidak boleh disamakan dengan kebangkitan rakyat di negara Asia Barat kerana rakyat Malaysia masih bebas berpolitik, berceramah, memiliki surat khabar dan portal berita sendiri, manakala kadar pengangguran tidak serius berbanding negara berkenaan.
... rakyat Malaysia masih bebas berceramah dan memiliki surat khabar..??? betul ke???
nak buat ceramah pun kena ada permit polis... dah berapa banyak cermah da yang tak dapat permit polis dan polis datang berhentikan ceramah yang sedang berlangsung...
Surtat khabar??? surat khabar kita bebas ke? atau hanya jadi lidah UMNO BN??? Ada ke diaorg siar berita seimbang??? yang kita asyik baca ialah berita pembangkang jahat... Semua akhbar harian yang keluar tiap tiap hari adalah dimiliki oleh parti BN atau kroni mereka... akhbar milik pembangkang yang keluar 2 kali seminggu dikekang dengan Akta Mesin Cetak dan contoh terbaik akibat kekangan akta ini ialah Seruan Keadilan yang ditarik balik permit hanya akibat 1 tajuk berita di muka hadapan yang tak letak tanda soal - '?' dalam isu Felda ban krup. Ini ke kebabasan yang Ahmad Maselan cakap... ??? Lawak bodoh ada la...

Di Mesir masa zaman Hosni Mubarak pun tak mengawal akhbar macam ni. Ada akhbar boleh siar berita pro pembangkang masa perhimpunan Tahrir Square dulu... dan ada akhbar yang siar berita yang seimbang

Ahmad maselan ni saya perhatikan selalu beri kenyataan yang tidak berpihak di bumi nyata.. dan sudah melebihi taraf propaganda... iaitu... selalu buat kenyataan bodoh... lagi melucukan... seolah olah beliau berada di alam beliau yang tersendiri.... Kesian UMNO mempunyai ketua penerangan yang macam ni...

2 comments:

Anonymous said...

Bro, paper The Star kadang2 ada jugak puji pembangkang lebih2 lagi lepas 2008. Kalau perkara2 yang politicians sependapat, Berita Harian pun ada sebut contohnya masa Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa politicians sependapat kutuk keganasan, nak salur bantuan kemanusiaan kpd Palestin dsb. Maksudnya bukanlah politicians pembangkang ni jahat setiap masa dalam akhbar2 dikawal kerajaan ni. Tapi Harakah, Suara Keadilan ada ke puji kerajaan? Kerajaan salah, kerajaan haram jadah. Tema tu je berulang-ulang.

Aku tak sokong mana2, dan setiap kali pilihanraya aku undi pembangkang sebab aku tgk pembangkang ni agak tertindas sikit. Tapi sejak akhir2 ni aku tengok perangai pembangkang ni macam gila kuasa, dan macam dah takde integriti dan ideologi yang asli, boleh ubah2 ikut suasana. Boleh ke orang2 macam ni bela(e pepet bukan e taleng) rakyat? Bukan BN ni baik, tapi nampak macam dia kurang jahat sikit.

So macam mana?

Naj

Anak Perelih said...

Naj,,,

Berita harian, Utusan, NST dan the Star ni adalah akhbar harian yang dikeluarkan setiap hari yang semua orang boleh beli dan ianya bukan akhbar parti (party newslatter) sedangkan Harakah, suara keadilan adalah akhbar parti yang hanya dikeluarkan 2 kali seminggu (dahulu 2 minggu sekali)... dan hanya ahli parti sahaja boleh beli... lawannya adalah Suara Merdeka milik UMNO yang tidak mendapat sambutan sehingga dah diberhentikan dan Suara Perkasa bagi Perkasa.... Kalau nak compare pun biarlah setara... kalau tak, nampak macam buat lawak ala ala maharaja lawak seperti Ahmad Maselan ni...

The star ni kerana ianya akhbar berbahasa Inggeris... sebab tu dia agak bebas daripada akhbar Melayu. Tu pun tak seimbang beritanya seperti akhbar Sinar Harian... kalau puji pembangkan pun mungkin 1 berita yg puji tapi 500 yang maki hamun pembangkang... ini kerana kebanyakan pembacanya orang yang tepelajar dan orang cina. Kalau The Star nak bankrup cepat, buatlah macam akhbar melayu buat.

berita harian yg puji tu pun atas sebab program tu.. tapi bila kalih muka surat sebelah, maki hamun kutuk TG Nik Aziz... tak ke munafik tu...

Utusan lagi lah.... dalam 10,000 berita mungkin 1 kut yg tak kutuk pembangkang... yang 99999 lain kutuk kow kow... siap buat fitnah lagi ada la...

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..