Harakahdaily hari ini melaporkan surau seksyen 8 Shah Alam yang telah ditutup sejak sebelum bulan Ramadhan tahun lalu sudah dibuka semula....
Berikut adalah berita dari Harakahdaily tersebut.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14110&Itemid=28
Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 Shah Alam diimarahkan semula
Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin Fri | Apr 25, 08 | 12:39:48 pm MYT | |
SHAH ALAM, 25 April (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam meraikan penduduk yang mengadakan majlis kesyukuran di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 di sini, menandakan berakhirnya tindakan menyita rumah Allah itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selama lapan bulan. Surau tersebut disita pada awal September tahun lalu gara-gara mempunyai dua imam ketika menunaikan solat jemaah waktu maghrib dan isyak. Turut hadir dalam majlis kesyukuran tersebut, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Dato' Dr Hassan Mohamed Ali; exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari; Pengarah Jais, Dato' Mohamed Khusrin Munawi; Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mahd Nor; Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato' Munir bin Bani; dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Timbalan Pesurujaya PAS Selangor. Dalam ucapannya, Khalid mengingatkan penduduk Seksyen 8 melupakan perselisihan faham sehingga menyebabkan tindakan tegas diambil sehingga membawa kepada penutupan surau tersebut. "Saya diminta oleh Tuanku menyatakan bahawa pembukaan Surau Ar-Rahmah ini sangat penting bagi menjamin perpaduan umat Islam di Selangor," katanya. Beliau berjanji akan memberi kemudahan dan sokongan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh jemaah surau. "Alhamdulillah, harta negeri Selangor banyak asalkan jangan disalahgunakan," katanya. Menurut beliau, pemimpin Islam perlu menunjukkan bahawa Islam itu amat adil, bijak dalam mentadbir dengan semua bangsa akan mendapat manfaat berada di bawah naungannya. Beliau percaya jika pemimpin Islam dapat mentadbir kerajaan secara amanah, ikhlas dan efisen bermakna pembangunan negara dan negeri akan memberi keselesaan kepada seluruh rakyat. Katanya, pemimpin Islam perlu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz walaupun hanya memerintah selama dua tahun, rakyatnya tidak ada yang miskin. - lanh |
No comments:
Post a Comment