Alhamdulillah..... semasa membaca berita "selepas kemenangan" BA di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta pengekalan kuasa PAS di Kelantan, saya menitiskan air mata berkali kali kerana kegembiraan dan sebak atas anugerah Allah ini. Ini berlanjutan setiap kali membaca artikel/berita tentang kemenangan Barisan Alternatif.... mungkin kerana selepas hampir 10 tahun gelombang politik negara ini terjadi..... ditambah pula saya ini seorang "news addict" yang mungkin akan berkurang selepas ini....
Saya mengikuti berita terkini perkembangan keputusan pilihanraya menerusi malaysiakini, harakahdaily dan lain lain lagi selain dari beberapa saluran TV didalam waktu yang sama. (Nampaknya keputusan di TV agak lambat, mungkin untuk menyembunyikan sedikit kejutan yang berlaku).
Saya tidak tidur hingga keesokannya .. malah hanya tidur pada sebelah malam keesokannya... lebih dari 36 jam tanpa tidur!!!....
tambahan....
saya menyimpan posting diatas sebagai 'draft' pada pagi keputusan diumumkan dan ianya kekal sebagai 'draft' tanpa blog saya mempunyai update selama 2 minggu... ini kerana saya begitu sebok membaca cerita cerita dan berita kemenangan BA di 5 negeri (I'm a 'news addict')... suatu sejarah di negara kita... dan saya memohon maaf kepada pembaca kerana itu....
Saya akan off line atas faktor urusan sendiri selapa hampir 2 minggu bermula 23 mac ini... jadi blog ini insyaallah tidak akan diupdate selama tempoh tersebut.... harap maklum....
nampaknya insyaallah negeri ke 6 bakal meyusul... Terengganu.... nampak semakin hangat bergolak dalaman UMNO disitu.... selain Perlis juga akan ada alun alun selepas ini.... DAULAT TUANKU!!!
Saturday, March 8, 2008
Alhamdulillah... BA Berjaya sebelah utara... (kecuali Perlis)
Posted by Anak Perelih at 2:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
linkwithin.com
Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam...
Other Related Posts
..
No comments:
Post a Comment