Tuesday, March 4, 2008

Pembatalan guna dakwat, gunakan peluang ini untuk buktikan SPR dan BN sekongkol tipu pilihanraya

Apabila saya membuka malaysiakini selepas balik dari pasar malam petang tadi, saya terkejut apabila membaca berita bahawa SPR membatalkan penggunaan dakwat didalam pilihanraya ini.

Apabila saya menyemak berbagai blog dan tranungkite, ramai yang agak kecewa dan ada juga mencadangkan BA memboikot pilihanraya ini.

Pada saya, ini adalah peluru bunuh diri oleh BN/SPR kerana inilah kesempatan untuk kita menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa SPR dan BN bersekongkol menipu didalam pilihanraya dan apa yang didakwa oleh parti parti BA dan BERSIH adalah benar. Selama ini rakyat, terutama diatas pagar sudah mengetahui bahawa dakwat akan digunakan. Tiba tiba apabila ianya dibatalkan, sudah tentu merekaSPR/BN takut untuk menggunakannya.

Oleh itu, Saya cadangkan BA menggunakan kesempatan ini berkempen untuk membuktikan kepada rakyat bahawa SPR adalah penipu dan bersekongkol dengan BN untuk menipu dalam pilihanraya ini. Jelaskan bahawa apa yang didakwa oleh BA dan BERSIH adalah benar dengan pembatalan ini. Jelaskan kepada rakyat terutama mereka diatas pagar bahawa pembatalan penggunaan dakwat ini sebagai bukti penipuan pilihanraya disamping segala bukti yang sedia ada.

Gunakan kesempatan yang tinggal untuk berkempen tentang ini terutama terhadap mereka di atas pagar, insyaallah, segala penipuan tersebut tidak dapat melawan semua undi yang BA dapat dengan adanya tambahan undi mereka di atas pagar kepada BA.

Galakkan rakyat keluar mengundi untuk menghalang nama mereka digunakkan oleh pengundi hantu. Kempenkan... Jika ada di"daftarkan" atau ditukar secara tidak rela, pergilah ke tempat mereka disenaraikan mengundi. jadi Jika terdapat penipuan, jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi, maka statistik keluar mengundi akan menjadi tidak masuk akal... contohnya lebih 90 % keluar mengundi...

Ini adalah kerana jika ditolak mereka yang sudah meninggal, tidak dapat balik mengundi, ditukar secara tidak rela ke tempat jauh... dicamput dengan mereka yang mengundi, maka peratus keluar mengundi adalah melebihi 90 - 95%.. malah tidak hairan kalau ada lebih 99%.... iaitu jumlah yang tidak logik. Jadi , itulah bukti penipuan yang dilakukan oleh SPR/BN.

Maklumat dari bilik gerakan BN.......
ps. Saya dengar sendiri situasi Penang bagi BN adalah kritikal dan itulah sebab Dollah Badawi tidak meninggalkan Penang. beliau ke Kedah, then balik Penang, Ke Kelantan, Terengganu, KL, then balik Penang.

pss. Di DUN Simpang Empat, Perlis, banyak bilik gerakan BN ditutup malam tadi. 3 kawasan merah BN ialah Berseri, Sanglang dan Simpang Empat. Kuala perlis ialah kawasan kelabu putih... iaitu tidak tentu....

psss. BN semakin gawat.. Dollah pun tak sanggup datang melawat akibat cemuih dengan Shahidan.... walaupun situasi di Perlis kritikal.....

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..