Saturday, March 1, 2008

BN perguna jabatan/kakitangan dan bangunan milik kerajaan di Perlis

Semasa waktu berkempen pada pilihanraya ini, BN menggunakan pegawai - pegawai dan kenderaan jabatan penerangan untuk tujuan berkempen bagi pihak mereka. Mereka juga menggunakan pegawai dan ustaz JASA untuk majlis ceramah agama yang mempunyai mesej kempen BN walaupun tidak begitu menonjol.

Dan terbaru, mereka juga menggunakan dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis untuk menjalankan sesi taklimat kepada perayu undi BN kawasan Kuala Perlis. Pada majlis ini, wang belanja perayu undi (RM50 seorang, akan dapat lagi dari masa ke semasa), payung dan beg diagih agihkan oleh BN. Majlis tersebut dihadiri oleh calon DUN Kuala Perlis dan Calon Parlimen Kangar - Dato Seri Radzi. Saya mempunyai bukti bergambar tentang majlis ini.


berita berkait.....
Saya telah menghantar sms kepada calon Pas Kuala Perlis mengenai hal diatas, tetapi tiada mendapat sebarang balasan. Pada sebelah petang, saya mendapat berita bahawa beliau telah tercedera terjatuh dari bumbung rumahnya semasa membaiki bumbung yang bocor. Dan ini telah disiarkan oleh malaysiakini.com. Semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan kempen yang berbaki ini.

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..