Friday, February 29, 2008

petugas BA diminta terus berhati hati dengan samseng Shahidan...

Beberapa hari lepas, saya ada menulis mengenai samseng upahan Shahidan di Perlis, dan pada 27 hb Feb., muncul berita di TV3 bahawa 2 wartawan telah dibelasah di satu ceramah parti politik di Berseri, Perlis (tanpa memberitahu di ceramah parti mana, mungkin untuk penonton memikirkan ianya adalah di ceramah PAS/PKR). Selepas itu, harakahdaily melaporkan " Dua wartawan dibelasah dalam ceramah BN". Tranungkite juga melaporkan " Petugas BN Belasah Dua Wartawan ". Barulah kita tahu ianya berlaku di ceramah BN dan Shahidan sedang berceramah di tempat kejadian itu.

Oleh itu para petugas BA - PAS dan PKR digesa agar terus berhati hati dengan samseng Shahidan ini, terutama semakin hampir dengan hari pembuangan undi. Jika dengan sesama pekerja BN pun mereka boleh buat provokasi, apatah lagi dengan pekerja parti PAS/PKR... Apabila bergerak mengedarkan risalah, pastikan anda bergerak didalam kumpulan, jangan bergerak seorang diri, dan jangan berpecah dari kumpulan. Jika terjadi apa apa, rakan anda boleh membantu atau meminta pertolongan rakan rakan yang lain atau memanggil bantuan pihak berkuasa seperti polis.

1 comment:

Anonymous said...

itu kes shahidan lawan azmi kalit.

wartawan tu stringer je, tp org kampung dah ketahui yang mamat ni penyokong azmi, apa lagi...

aku dengar shahidan dah mintak maaf.

tu lar shahidan, bela gengster sapa suruh, kan susah nak kontrol!

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..