Thursday, February 21, 2008

Debaran di Perelih

Hari ini, antara debaran di negara ini ialah pengumuman mengenai senarai calon BN Perlis. Sejak dari puluk 2 petang tadi, saya memeriksa berita dari malaysiakini, harakahdaily dan forum mykmu (pro Tun). Namun yang ada hanyalah pengumuman calon BN Kedah, DAP Pulau Pinang, Gerakan and MIC... tetapi tiada berita mengenai BN Perlis.... PAS sudah awal awal lagi mengumumkan senarai calonnya (dan saya sudahpun bertemu dengan calon PAS DUN saya tanpa sengaja pada senja sehari selepas pengumuman).

Senario 2004 berulang kembali
nampaknya kali ini bilamana Shahidan terpaksa mengikut PM pulang ke Puterajaya selepas PM merasmikan Islam Hadhari peringkat negeri Perlis. Mengikut maklumat yang saya terima, Shahidan terpaksa mengadap DYMM Agong dan Permaisuri Agong pada waktu itu iaitu Raja Perlis dan sebagai penyelesaian (untuk beliau terus memegang jawatan MB), Adida kepada Raja Perlis, Syed Razlan dicalon di Parlimen Arau mengantikan Mastika Junaidah yang dihantrar mencabar Ustaz Hashim Jasin dan kalah. Selain itu, insiden mengeluarkan pistol yang diletakkan diatas meja mesyuarat, pejabat UMNO Perlis juga mewarnai menjelang penamaan calon 2004 sehingga pihak polis terpaksa dijemput mengawal pejabat UMNO Perlis tersebut sehingga ke pagi.

Apabila Dato Radzi mengutarakan bahawa MB Perlis harus ditukar, apa yang saya baca ialah ianya sebagai peringatan kepada Shahidan untuk mengotakan janji yang dibuat dihadapan Raja Perlis di KL pada 2004. Mungkin untuk mengmungkiri janji tersebut untuk terus menjadi MB Perlis, maka sudah beberapa tahun pada menjelang hari raya, wang dan barangan ditabur oleh Shahidan kepada penduduk Perlis. Golongan ibu tunggal, anak yatim, AJK JKKK dan pelajar dipanggil untuk menerimanya, malah ada yang menerima banyak kali untuk berbagai kategori... Pada kali ini, menjelang penamaan calon, Shahidan menabiur lagi wang malah golongan Ibu tunggal sudah 3 kali dipanggil menerimanya (ada yang dah dapat RM400) dalam masa 2 minggu ini. Strategi Shahidan ialah untuk mendapat sokongan akar umbi dalam mengekalkan jawatan MB supaya adanya tekanan
mendesak dari akar umbi keatas pucuk pimpinan agar beliau dikekalkan.

Selepas makan malam, apabila melayari harakahdaily, saya terjumpa berita dibawah. Mungkin orang ramai yang berhimpun di Dewan Warisan didalam berita tersebut adalah golongan Ibu Tunggal yang diminta datang. Saya difahamkan, kali ini tiada wang diberi, tetapi mereka diberi ceramah oleh pemimpin BN. Dan senarai calon BN Perlis masih lagi tergantung...........


Shahidan Kassim berkemungkinan besar tidak dicalonkan?

Bashir Ishak
Thu | Feb 21, 08 | 6:54:58 pm MYT

KANGAR, 21 Feb (Hrkh) - Debaran orang ramai menunggu senarai calon BN Perlis untuk pilihan raya umum (PRU) 8 Mac ini masih belum terjawab sehingga jam 5.30 petang tadi apabila Dato' Seri Shahidan Kassim yang dikatakan bakal mengumumkannya masih berada di Putrajaya.

Para wartawan sudah mula menunggu di Dewan Warisan di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar dekat sini untuk mendengar pengumuman tersebut sejak jam 3.00 petang lagi.

Sumber memberitahu Shahidan berada di Putrajaya untuk bertemu Dato' Seri Abdullah AHmad Badawi dan sehingga petang tadi belum berjaya menemui beliau.

Orang ramai termasuk para penyokong Shahidan yang dianggarkan hampir seribu orang berkumpul di Dewan Warisan untuk mendengar pengumuman tersebut sambil mendengar para pemimpin mereka menyampaikan ucapan menyatakan sokongan terhadap Shahidan.

Secara umumnya, para pemerhati politik melihat keadaan ini sama seperti menjelang PRU ke-11 tahun 2004 lalu di mana Shahidan pada awalnya sudahpun digugurkan. Bagaimanapun senarai calon BN Perlis pada masa itu hanya diketahui dua hari menjelang penamaan calon.

Desas-desus sebelum ini bertiup kencang bahawa beliau akan digugurkan dari jawatan MB atau dipindahkan ke kerusi parlimen untuk memberi laluan kepada muka baru sebagai MB Perlis.

Bulan lalu, Setiausaha Agung Umno, Dato' Radzi Sheikh Ahmad menyatakan bahawa MB Perlis perlu ditukar dan pengganti yang beliau namakan ialah Dato' Azmi Khalid.

Keadaan tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi tentang karier politik Shahidan.

Terkini, sehingga jam 6.00 petang tadi, para wartawan dan orang ramai mula beredar pulang dari Dewan Warisan apabila mengetahui tiada pengumuman akan dibuat hari ini.

Sumber memberitahu pengumuman calon mungkin dibuat esok dan khabarnya Shahidan tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU akan datang. - mns

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..