Monday, February 25, 2008

Nasib mangsa kebakaran di Kuala Perlis tahun 94 dan 2004 masih belum terbela

Selepas saya menulis entry Petugas BA Perlis harus berhati hati dengan samseng Shahidan... dan meminta pembaca yang mempunyai bukti video atau gambar tentang samseng Shahidan tetapi tidak mempunyai kemudahan broadband untuk saya upload ke youtube atau website pro pembangkang seperti malaysiakini, harakahdaily atau tranungkite, saya menerima email dari seseorang yang memperkenal dirinya sebagai DD DARLING.

DD DARLING adalah orang Kuala Perlis dan mengatakan beliau mempunyai banyak isu yang nak dikongsi "dari zaman pak sheikh ahmad sampai shahidan.isu tanah bendang nenek moyang." Didalam email nya yang kedua, beliau menulis "Yg tersiar dlm blog awak tu kebakaran 2004, kebakaran 94 pun masih blm tbela,semua takut nk bsuara. Rumah yg dijanjikan xdpt,surat pjanjian lawyer pun dah lama expired.saya pernah bawa isu ni ke edisi siasat dulu,tapi xdak apa pun yg bkesan sbb mangsa2 takut nk bsuara"

***Kemaskini***
Malam ini, saya menerima satu lagi email dari DD DARLING. Beliau mendedahkan :

"Ye betul,tp itu isu skrg.ada lg isu lama yg xterbela. Tapak perumahan
pertama di kuala perlis,perumahan kg.nelayan.tanah yg diambil separuh
oleh kerajaan BN di bwh kuasa MB pak sheikh ahmad utk dijadikan tapak
perumahan tsebut,beliau minta tuan2 tanah tsebut(tmasuk arwah datuk nenek
saya) tidak menuntut pampasan krn beliau bjanji akn mberi geran kpd
separuh lg tanah yg ada..tp semua dusta.tapak yg dijanjikan geran juga
tlah dijadikan perumahan di bwh kuasa MB Dr.abdul hamid pawanteh...
Berbagai rayuan yg warga2 tua ini buat(tuan2 tanah) tmasuk minta sebuah rmh
bg seorg pemilik tanah,tp ditolak mentah2,akhirnya mereka cuma dpt
saguhati sebanyak rm1400- hingga rm2000 sahaja ,xberbaloi dgn usaha dan
titik peluh mereka yg dikerah semasa muda dulu dgn hanya guna tulang 4
kerat sahaja.kalau saudara dapat dtg ke kuala perlis,byk isu yg blh
dilihat."

***Kemaskini***

Dengan tersiarnya kisah DD DARLING di blog ini, saya berharap mereka yang ada akses dengan PAS/BA yang bertanding di Kuala Perlis dapat mengutarakan akan isu ini semasa kempen dan selepas pilihanraya kelak untuk menyedarkan masyarakat Kuala Perlis, terutama mangsa 2 kebakaran tersebut tentang hak dan kebajikan mereka terutama bila ramai diantara mereka adalah penyokong totok UMNO/BN....

Untuk rakyat Kuala Perlis... adakah apa yang terjadi kepada mangsa Tsunami Kota Kuala Muda terjadi terhadap anda??? sila baca mengenainya di sini - dari malaysiakini - Mangsa tsunami kecewa, mahu undi pembangkang



2 comments:

WY said...

shahidan tu bak pembesar di perlis. pihak pembangkang kena kerja keras untuk menyedari rakyat perlis mengenai pelbagai gejala rasuah si shahidan

Anak Perelih said...

Masalah yang paling besar, Shahidan dah membeli jiwa rakyat perlis dengan segala pemberian semasa Ramadhan dan hampir pilihanraya ini... jadi ramai rakyat yang terasa "terhutang budi" akan segala pemberian tersebut.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..