Friday, May 9, 2008

Pendaftaran anak tidak sah taraf di JPN dan golongan "Secular Zealot"

Selepas membaca artikel Hkum nikah masa mengandung oleh Pitsman di Tranungkite, saya ingin berkongsi cerita akan apa yang berlaku di blog saya baru baru ini... dan kebimbangan saya akan golongan yang saya lebelkan sebagai "Secular Zealot". Gelaran tersebut saya gunakan sebagai balasan kepada lebel yang digunakan oleh puak puak ini terhadap golongan yang patuh kepada ajaran Islam dan yang mahukan beberapa peraturan yang dilaksanakan oleh beberapa jabatan Kerajaan terhadap Umat Islam mengikut apa yang agama Islam tetapkan.

Baru baru ini terdapat satu surat ke editor tersiar di Malaysiakini oleh Dr. Yati Hewitt mengenai masalah satu pasangan yang mendapat anak tidak cukup bulan apabila di daftarkan di JPN, kerani disitu membuat pengiraan tarikh perkahwinan dan tarikh kelahiran dan mendapati ianya kurang dari yang sepatutnya dan menulis di ruangan "maklumat bapa" sebagai "tidak diketahu" dan nama bapa sebagai "Bin Abdullah". Pasangan ini enggan dan meninggalkan kaunter.

Isu ini telah dikomen oleh seorang non Muslim yang mempersoalkan tindakan kerani JPN tersebut.. dan saya, membalas dengan menerangkan ianya adalah prosedur JPN mengikut yang dikehendaki Islam kerana pasangan tersebut adalah beragama Islam...

lantaran itu, saya juga menyiarkan balasan saya kepada Malaysiakini tersebut itu didalam blog saya
Illegitimate Muslim children and JPN
Selepas itu, kerana posting blog saya mempunyai perkataan "malaysiakini", maka ianya disenaraikan pada ruangan "Mkini in Blogs" di halaman Malaysiakini. Lantaran itu saya menerima pelawat yang agak banyak, iaitu hampir 900 hits dalam masa 36 jam.

Dalam posting saya tersebut, beberapa orang yang mengaku beragama Islam memberikan komen yang saya boleh katakan sebagai komen "orang jahil" yang mempertikaikan JPN kerana bertindak sebagai "extension of the Syariah family law system".. dan kerana JPN adalah "JPN is a non-Syariah government agency under the Ministry of Home Affairs" dan "supposedly secular bodies (i.e. JPN)", oleh itu JPN tidak berhak mengadakan peraturan yang berunsurkan Islam kepada orang Islam. Anda boleh baca sendiri komen mereka ini.

Apa yang ingin saya ketengahkan adalah akan bahaya yang dibawa oleh mereka mereka ini yang saya balas anggap sebagai "secular Zealot" yang begitu taksub dengan fahaman secular mereka sehingga membelakangan agama Islam mereka sendiri walaupun Mereka ini agak agresif dan mempunyai "seige mentality" dan boleh saya sifatkan mereka ini agak jahil. Mereka memberikan lebel "religious zealots" kerana kebencian mereka kepada adanya unsur unsur agama (Islam) didalam beberapa aspek kehidupan manusia. Pada mereka agama adalah isu peribadi yang unsur unsurnya tidak sepatutnya muncul didalam bentuk peraturan atau undang undang atau tindakan oleh badan badan kerajaan seperti JPN.

Anda boleh melawat blog mereka melalui link profile nama mereka yang dipaparkan pada komen yang di buat.
Azrul Mohd Khalib
tzarina

Selain dari itu, blogger mahaguru58 juga mengalami "pengalaman" dengan salah seorang dari puak puak ini... sila lihat untuk mengetahui kisahnya...
Pilih Islam atau Bangsa Melayu - Jawapan kepada Satria Asia

Mungkin ada rakan rakan yang mempunyai idea untuk membawa/menyedarkan mereka kembali kepada pemahaman mengenai ajaran Islam.

2 comments:

Anonymous said...

Dear Mr. Anak Perelih:

Terima kasih kerana membuka ruang untuk perbincangan yang menarik ini.

Tidak menjadi hal sekiranya sekularisma itu berpunca dari 'Western or Christian historic development'. Apa yang penting adalah prinsip (principle) disebaliknya: adakah ianya wajar, adil, saksama, menghormati hak setiap individu, tidak kira Muslim atau lain-lain? Ini dia bernas atau inti-pati yang harus dipersoal.

Kalau kita berpegang bahawa sesuatu yang telah muncul dari tamadun Barat atau pemikiran Kristian tidak patut digunakan atau tiada nilainya, maka terdapat perkara dalam hidup moden kita yang tidak harus dilakukan atau digunakan. Pada masa yang sama, ada juga banyak sumbangan tamadun Timur dan pemikiran Islam kepada sains dan teknologi serta falsafah dan pemikiran masakini. Ini tidak bermaksud ianya harus dipinggirkan! Misalnya, dalam bidang ekonomik, orang Barat bahawa setuju, terima dan mengiktiraf bahawa salah satu penyumbang utama kepada teori ekonomi yang asas adalah seorang pemikir Islam; begitu juga dengan idea-idea tau sumbangan pemikir Islam dalam teori sains fizikal (kimia dan sebagainya). Maka tidak perlu kita mengendahkan mana-mana jurusan fikiran atau falsafah kerana ianya berpunca dari sistem agama atau tamadun yang berlainan dari kita. Yang penting kita kena hitung sama ada prinsip yang menjadi tunjang jurusan pemikiran ini adil atau tidak bagi seluruh masyarakat.

Berkait sekularisma, ianya mengabungkan (i) hormat pada hak asasi manusia agar tidak dipaksa oleh apa-apa elemen luaran dan kebebasan berfikir dan bertindak menggunakan akal dan pendidikan sebaik-baiknya, (ii) penerimaan bahawa manusia berhak memilih dan mengamalkan agama mereka tanpa penindasan tapi pada masa yang sama, agama (tak kira agama Islam atau Kristian atau Hindu) tidak dipaksa keatas sesiapa oleh kerajaan dan mekanisma-mekanismanya, (iii) prinsip semua manusia adalah sama taraf dan adalah 'brothers and sisters' -- tidak kira apa agama mereka atau status sosial mereka.

Maka tidak ada masalah di sini bagi seorang Muslim untuk mengamalkan agamanya dan melakukan kewajipannya kepada Allah SWT di bawah sistem sekularisma. Yang harus diingat adalah dalam masyarakat majmuk seperti masyarakat Malaysia, kita berinteraksi sebagai rakyat satu negara tidak kira Melayu atau Cina, atau orang Islam atau Kristian. Pada pandangan kaca mata dan minda masing-masing, kita adalah rakyat Malaysia yang berpadu, 'brothers and sisters' yang hidup bersama dan berusaha di bumi yang tercinta. Soal agama tidak harus timbul; Ahmad mengamalkan agamanya sebagai Muslim, Chong mengamalkan agama Buddhisma, dan Raju mengamalkan agama Hindu. Ianya suatu perkara yang peribadi ('personal'). Tiada perlu ada situasi di mana unsur-unsur atau perundangan agama dikenakan secara langsung atau tidak langsung terhadap mana-mana pihak, atau situasi di mana satu agama itu dianggap lebih ulung atau unggul dari agama yang satu lagi tidak timbul. Taqwa kita terhadap Allah SWT atau Tuhan adalah isu peribadi. Agama kita tidak harus mempunyai implikasi sosial dalam masyarakat majmuk.

Sebaliknya, satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang 'religious' secara semulajadi meneraju dan menetapkan peraturan dan pentadbiran yang berunsur atau diterapkan dari agama ke atas rakyat. Di sistem begini, prinsip-prinsip berikut boleh dikompromi atau boleh tergugat: (i) hak asasi rakyat untuk memilih, memikir dan bertindak sepertimana sesuai bagi diri mereka,(ii) penerimaan bahawa manusia berhak memilih dan mengamalkan suatu agama tanpa ianya dikenakan keatas mereka oleh kerajaan dan mekanisma-mekanismanya, (iii) prinsip semua manusia adalah sama taraf dan adalah 'brothers and sisters' -- tidak kira apa agama mereka atau status sosial mereka.

Ini kerana prinsip pentadbiran adalah berasaskan satu agama tertentu. Walaupun secara jelas kita boleh menghujah bahawa, misalnya, kerajaan Islam adalah bersifat saksama dan adil kepada semua tidak kira agama dan memelihara hak penganut agama lain -- jelas sekali ini juga prinsip sistem sekularisma seperti telah dibincangkan tadi! Prinsip keadilan dan saksama adalah prinsip-prinsip universal dan asas -- tidak perlu adanya sistem perundangan atau pentadbiran berasaskan agama untuk perjuangkannya.

Maka, apa dasarnya mentadbir sebuah negara mengikut undang-undang atau unsur-unsur agama, tidak kira Islam atau Kristian? Seorang Muslim yang hidup di negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Kristian mungkin merasa tidak selesa kerana prinsip pentadbiran kerajaannya adalah jelas berdasarkan agama orang Kristian, manakala seorang Kristian yang hidup di negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam juga turut rasa kurang selesa. Ini berlaku walaupun diberi jaminan bahawa setiap rakyat akan dilayan sama-rata dan adil. Kalau begitu, kenapa terbitkan isu kerajaan berunsurkan agama? Baik adakan kerajaan yang sekular yang tidak memihak mana-mana agama. Inilah asas debat mengenai sekularisma dan religionisma.

Saya pernah melawat seketika di bandar Tabriz, di Iran pada suatu ketika dulu apabila dipelawa oleh seorang kawan (seorang ilmiawan universiti seperti saya). Walaupun sistem pentadbiran berunsurkan Islam diamalkan di Iran, secara peribadi, kawan saya dan saudara-maranya serta ramai lagi masyarakat bandar Tabriz tidak setuju dengan sistem pentadbiran di mana agama dianjur atau diteraju oleh kerajaan. Satu kenyataan yang dibuat oleh rakyat Iran sendiri yang mengejutkan saya. Ini kerana saya beranggapan bahawa rakyat jelata setuju penuh dengan pentadbiran Islam kerana mereka sendiri Muslim.

Maka, dalam mengulung perbincangan ini, saya menyeru kepada para pembaca agar fikir seluas-luasnya mengenai isu-isu falsafah dan pentadbiran seperti sekularisma dan religionisma. Saya mempelawa saudara-saudari baca, kaji, teliti dan fikir dengan kritikal sendiri sifat-sifat serta kelemahan dan faedah sistem sekularisma atau religionisma. Jangan dipesong pemikiran kita oleh golongan tertentu. Itu saja saranan saya.

Sekian.

encik MIE said...

SALAM..

banyak anak indo tak ada permit, kahwin tak tentu, kahwin dengan bangla...anaknya dapat i.c macam anak orang melayu...kenapa? taklihat apa yang berlaku di sabah...kes ini lagi parah...

pkrpasdap.blogspot.com

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..