Nampaknya akan terdapat rombakan kabinet hari ini selepas Datuk Shabery Cheek kalah teruk dalam debat semalam.. hehehehe
Semalam saya saksikan debat tersebut di kedai mamak... suasananya sama seperti menonton perlawanan Manchester United melawan Liverpool... siap ada tepuk tangan dan sorakan lagi.. dan orang ramai memberi sepenuh perhatian ke TV...
Selepas itu saya saksikan pula ulangannya di TV3... apabila selesai, berita TV3 melaporkan sesuatu yang berlainan dari apa yang semua orang telah tonton... what a spin and damage control exercise. Interview dengan beberapa tokoh UMNO yang hadir di debat di DBP juga memberi komen yang bukan seperti apa rakyat telah tengok dan dengar didalam debat tersebut...
Tahniah kepada Anwar kerana berdebat dengan baik dan tidak lari dari tajuk serta tiada serangan peribadi...Anyway.. tahniah juga kepada Shabery kerana berani berhadapan dan berdebat di TV walaupun kalah... bukan kalah sahaja.. tapi kalah teruk....
Saya bercadang nak lukiskan diagram aliran wang subsidi minyak tetapi tiada masa dan kesempatan berbuat demikian.. dimana ia menunjukkan bahawa wang tersebut sebahagian besar sebenarnya akan kembali kepada kerajaan dalam bentuk cukai koporat dan dividen petronas.. bukan hilang begitu sahaja... ianya seolah oleh rakyat mem bail-outkan kerajaan.. bukan kerajaan menolong rakyat.... Jika siap nanti... ianya boleh di copy dan digunakan oleh sesiapa pun.. terutama portal berita seperti harakahdaily, tranungkite dan malaysiakini....
Tuesday, July 15, 2008
Rombakan Kabinet hari ini???
Posted by Anak Perelih at 8:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
linkwithin.com
Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam...
Other Related Posts
..
2 comments:
Saya akan menunggu carta alir tersebut....
Anyway, Shabery memang gentleman... Isu debat nie sebenarnya isu menghentam kerajaan tetapi dia tidak teruk sangat di hentam...
Anwar pun jadi kelam kabut jugak sekali sekala... tetapi overall, isu debat tu pun memang disadvantge pada kerajaan... sudah tentu persepsi umum akan Pro Anwar, kerana rata-rata rakyat inginkan harga minyak supaya turun...
rombak si perompak.. sesuai tu ayat tu...
Post a Comment