Wednesday, August 20, 2008

disebalik isu UiTM/ITM - mainan si 'Hero Tamil'

Sebenarnya, dalam isu ITM/UiTM ni Ibrahim Abu Shah, si "hero Tamil"
(kerana misainya macam hero filem tamil) nak menonjolkan dirinya
dipesada UMNO, mana tau ada yang calonkan namanya jadi ketua bahagian
di Melaka... masa election 2004 dan 2008 dulu ada ura ura namanya nak
naik cadi calon Ketua Menteri Melaka... tapi tak dapat...

Masa Tun resign dulu, nak bodek punya hal, dia nak tubuhkan 'institut
pemikiran mahathir' dan subjek 'pemikiran mahathir' di UiTM... tapi
bila Tun mula kritik Pak Lah, dia terbotoi besaq dan institut serta
subjek 'pemikiran Mahathir' berkubur tanpa nesan. Selain dari itu dia
juga panas bontot bila Pak Lah naik jadi PM kerana didahinya ada cop
'orang mahathir' dan beberapa puak di UiTM yang pro Pak Lah sudah
melobi untuk singkirkan dia dan batalkan kampus UiTM Puncak Alam (yang
hero tamil ni ada kepentingan) dan mencari tapak baru di kawasan lain
... tapi mereka berhenti atas faktor yang tidak diketahui.

Dalam isu 10% ni, sebenarnya berasal dari soalan pemberita kepada
salah satu exco Selangor (exco wanita di satu majlis ibu tunggal)..
dan pemberita meminta pendapat MB... tiba tiba ianya dimainkan oleh
media. Nampak sangat ianya dirancang oleh Hero Tamil, UMNO dan media
untuk memberi imej buruk kepada PR dan kerajaan Selangor.

Budak UiTM ni senbenarnya diwajibkan pergi demonstrasi, kalau tak
macam mana mereka boleh tuang kelas dan transport disediakan ke
dataran Shah Alam. Kalau tak, mesti tak dapat sambutan.

BTW... sekarang pun sudah ramai non bumi di UiTM... warga asing pun
ramai.. di company saya ni hari tu ada 2 orang .. sorang dari Yaman
dan sorang dari Iran.. India dan Cina berlambak di INTEC UiTM
seksyen 17... kalau tak percaya.. pi la kat bus stop dekat yang
dulunya PPP/ITM seksyen 17... so nampak sangat ianya agenda politik
UMNO untuk memainkan isu ini terutamanya untuk pengundi Melayu di
Permatang Pauh... dan untuk memainkan sentimen orang melayu amnya
untuk membenci Pakatan Rakyat.

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..