Tuesday, March 24, 2009

Unity Government : Najib akan melepas jadi PM?

ini balasan/komen dari saya kepada posting Tulang Besi dari Malaysia Waves berkenaan Unity Government

Apa sebenarnya yang dikata sebagai Unity Government dalam konteks ini? Ianya bukanlah antara PAS dan UMNO/BN... tetapi antara PR dan BN.. dan ini sekaligus, kenyataan TGHH tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh TGNA yang mengatakan harus dirujuk kepada keputusan muktamar, iaitu memperkukuhkan PR. Tetapi jika PR sendiri memutuskan untuk menubuhkan kerajaan Unity, maka dengan sendirinya cadangan TGHH memenuhi kemutusan muktamar tersebut.

Selain dari itu, harus dilihat, siapa yang akan memimpin sebagai PM didalam kerajaan Unity tersebut nanti. Jika anda lihat, NR akan mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan berharap Pak Lah melepaskan jawatan PM kepadanya pada April nanti. Sedangkan TGHH, TGNA, Anwar dan Lim Kit Siang awal awal lagi mahukan PAk Lah terus menjadi PM. Selain dari itu, Anwar juga telah bertemu dengan Pak Lah di Madrasah Sheikh Mahmud baru baru ini dan dikatakan dari sumber dekat dengan Anwar seperti dilapor oleh Malaysiakini, terdapat pertemuan 4 dan 6 mata diantara mereka. Dan dikatakan juga Pak Lah mengatakan ramai dari MP BN menyokongnya (lebih dari 30) kalau ada undi percaya kepada Pak Lah. Cuba fikirkan apa akan jadi kalau PR mengusulkan Pak Lah terus menjadi PM dan disokong oleh semua MP PR serta lebih dari 30 MP BN? Pak Lah akan terus manjadi PM Unity Government untuk PR+BN pro PAk Lah...

Jika situasi ini berlaku, maka UMNO dengan sendirinya secara rasmi insyaAllah akan terbelah dua.. dan Pihak BN mungkin akan terdiri dari parti parti BN selain UMNO, dimana MP UMNO yang menyokong Pak Lah mungkin berstatus BN atau bebas. Harus diingat, BN boleh terus ujud tanpa UMNO dan UMNO boleh terkeluar dari BN.

Sekaran ini pun pengikut pengikut Pak Lah didalam UMNO telah dan sedang dicantas satu demi satu, dan ini menaikkan kemarahan kem Pak Lah... Mungkin dengan adanya Uniti Government boleh mempercepatkan kematian UMNO itu sendiri atau UMNO menjadi pembangkang sorang sorang... Sekarang ini pun beberapa parti parti komponen BN sudahpun menunjukkan rasa tidak senang hati dengan UMNO, malah ada yang mengugut untuk keluar dari BN seperti Gerakan, PPP dan parti parti di Sabah dan Sarawak.

Saya seperti merasakan sesuatu yang besar bakal berlaku didalam bulan April atau Mei ini...

Sunday, March 15, 2009

PPSMI - Anak Perelih menjawab Tun Mahathir

Menjawab artikel Tun di Blognya.. berikut adalah balasan/jawapan saya mengenai isu PPSMI ini...

Masalah isu yang sebenarnya tentang PPSMI adalah pemahaman pelajar terutama kepada pelajar sekolah rendah untuk faham Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya mereka diperkuatkan dengan bahasa Inggeris dahulu.

Apabila mereka pandai berbahasa Inggeris, subjek apa pun mereka boleh merujuk kepada bahan rujukan didalam bahasa inggeris... bukan sahaja untuk sains dan matematik... pada peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar diberi pemahaman tentang prinsip asas sains dan matematik dan seharusnya untuk menyenangkan mereka memahami, ianya mesti diajar didalam bahasa ibunda. Apabila mereka ke universiti atau paling awal, menengah tinggi (tingkatan 6, Matrikulasi) Bahasa Inggeris boleh digunakan iaitu apabila mereka ini sudah menguasai asas asas Sains dan matematik serta bahasa Inggeris.

Kalau PPSMI... sains dan matematik pun tak dapat.. Bahasa Inggeris pun cicir, ditambah lagi dengan guru yang mengajar sains/math ni tak fasih bahasa Inggeris... Kita biarkan English diajar oleh guru English yang berkebolehan... not part timers english teachers yang tergagap gagap berbahasa Inggeris... yang dikendong berciciran.. yang dikejar tak dapat jadinya...

akibatnya lebih ramai terutama orang Melayu yang tercicir dalam subjek Sains dan Matematik ini dan ini menjejaskan matlamat meramaikan teknokrat Melayu didalam negara ini... Sebab itu UMNO Johor pun membantah dan pernah 4 kali membawa usul ini ke perhimpunan agong UMNO (menurut Fuad Zarashi lah)... dan "Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu"

Bila Tun mengemukakan idea ini, beliau berkata inaya untuk 'improvekan' bahasa Inggeris pelajar pelajar kita... mereka susah dapat kerja kerana kurang mahir berbahasa Inggeris dan lain lain lagi... tapi berdasarkan artikel tersebut, beliau mengatakan kerana istilah banyak dalam bahasa inggeris yang asal dari Latin... jadi mana yang betul sebenarnya Tun? kenapa kita tak gunakan terus Bahasa Latin saja,? sumber dalam bahasa jerman pun kita boleh faham kan?... Dan didalam bahasa Inggeris pun , istilah di Britain dan US pun ada perbezaan.... terutamanya dalam kimia. Bagi mereka yang pernah ke US sudah tentu tahu. 1 contoh... lead di US.. tapi plumbum di UK.. (di Malaysia dlm bahasa Melayu, kita guna plumbun). Dari artikel Tun itu, nampaknya beliau kehabisan hujah untuk mewajarkan dasar PPSMI ini. Untuk mahir berbahasa Inggeris adalah bukan menerusi Sains dan Matematik.. tetapi untuk "meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa (Inggeris) itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera (Inggeris)".. dan "Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa" Inggeris.

Pelajaran subjek Bahasa Inggeris harus diperkasakan, jadikan ianya lebih menarik. Semasa saya masih dibangku sekolah menengah dahulu, terdapat beberapa orang guru Bahasa Inggeris dari UK datang mengajar di sekolah saya. Cara mereka mengajar lain dari cara guru Malaysia dimana mereka mengutamakan vocabulary, memahami apa yang dibaca, bercakap dan menulis didalam Bahasa Inggeris.. berbanding guru Malaysia yang mengutamakan grammar dari vocabulary dan kemahiran bercakap dan berfikir dalam bahasa Inggeris... yang akibatnya pelajar bosan belajar Grammar.... Penekanan kepada grammar sangat ini membosankan pelajar.. Grammar bukan tidak penting, tetapi penekanan yang keterlaluan akan membosankan pelajar. Pelajar di US pun bosan dengan grammar... mungkin kita lebih condong kepada British Queen English.. tu yang kita tekan kan Grammar sangat. Saya perhati, kelemahan pelajar melayu pergi interview dalam bahasa Inggeris adalah kerana mereka kalau boleh nakkan bercakap dengan perfect grammar... tergagap gagap mengatur ayat yang perfect grammar... berbanding dengan cina yang pakai hentam dengan grammar yang tunggang langang tapi kedengaran lancar dan boleh difahami... ini pengalaman saya sendiri....

Istilah ni apa salahnya dikekalkan didalam bahasa asalnya seperti mana yang kita lakukan untuk subjek agama Islam.. Banyak istilah Arab yang kita gunakan, sebab istilah ini lebih kepada nama khas sebab ianya adalah nama benda/unsur etc. Pengajaran haruslah didalam bahasa ibunda untuk memudahkan pelajar kita memahami subjek tersebut.

Point nombor 16 tun tentang jumlah PHD dan pakar perubatan... tidakkah Tun Tahu berapa ramai PHD dan pakar perubatan yang dahulunya belajar sains dan Matematik didalam bahasa Melayu dan fasih berbahasa Inggeris sekarang ini? Mengenai orang luar bandar yang sekarang ini boleh berbahasa Inggeris... adakah mereka belajar Bahasa Inggeris menerusi Sains Dan Matematik? Adakah semua pelajar Luar Bandar bermotivasi seperti mereka? Apa yang perlu dilihat adalah secara keseluruhan keadaan pelajar luar bandar kita.. bukan segelintir dari mereka sahaja...

Sebab yang sebenarnya ialah untuk memberikan projek kepada kroni... kerana budget awal dasar ini ialah diperuntukan RM4 billion untuk perlaksanaan 5 tahun pertama.. dimana ianya dibelanja untuk software multimedia PPSMI, komputer/notebook/projektor/trolly bawak dia, latihan guru dlll... dan kontrak ini diguna untuk membeli kesetiaan pemimpin pemimpin dalam UMNO terutamanya sub-contract penyelenggaraan...

bagi pebekalan komputer/projector, Untuk fasa pertama, ianya dibolot oleh kontraktor luar... untuk fasa 2-5 dianya dibolot oleh Time Communication.. dan terdapat banyak isu... sehingga untuk fasa 6 diberi kepada KUB.. menerusi Empirical Syatems... Fasa 7 sedang dalam proses persediaan tander yang belum dikeluarkan lagi. Sub-kontrak penyelenggaraan diberi kepada syarikat syarikat kecil oleh main contractor ini. Sewajarnya hardware ini bukan sahaja diguna untuk PPSMI sahaja.. tetapi untuk semua subjek yang diajar disekolah...

Anak Perleih

Monday, March 9, 2009

PPSMI - Kenapa UMNO begitu menyanginya

Pihak kementerian Pelajaran mengambil begitu banyak masa untuk mengumumkan langkah seterusnya terhadap dasar PPSMI sehingga berlakunya protes pada 7 Mac 2009 dan sehingga Pak Lah meminta Hishamuddin menyegerakannya. Apakah sebab ini berlaku....? adakah kerana pemilihan UMNO dimana Hishamuddin berharap para kontraktor penyelenggaran peralatan PPSMI yang kenanyakannya dimiliki oleh orang UMNO menyokongnya? Adakah beliau takut jika mengumumkan pemasuhan PPSMI, undi beliau didalam pemilihan UMNO akan hanyut kepada orang lain? Nampaknya adakah beliau mahukan undi ini dengan mengumpan kontrak penyelenggaraan dan pembekalan/pemasangan PPSMI kepada para pewakilan? Bayangkan budget sebanyak RM4 billion untuk tempoh 5 tahun... (fasa 1-5) telah digunakan dan dengan tahun 6 dan fasa 7 yang akan masuk ini, budget baru diperuntukan untuk PPSMI.

Oleh itu, mari kita lihat siapa yang mendapt kontrak penyelenggaran/pemasangan/pembekalan ini dimana selain dari kontrak utama, terdapat banyak syarikat yang mendapat sub-kontraknya yang kebanyakannya ada hubung kait dengan UMNO.....


Fasa 3,4 dan 5 PPSMI

Diperolehi oleh TIMESystem Integrators Sdn. Bhd - Anak syarikat Time.com (1-800-13-1331)
http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru./v2/paparsegera.php?id=paparsegera&idberita=388
http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru/v2/paparsegera.php?id=paparsegera&idberita=672
http://smkdpk.com/forum/index.php?topic=2.0
sub kontrak di Betung sebagai contoh diberi kepada HMN Nadhir Sdn. Bhd (082-648477, 083-437100)
Sabah - http://multicreative.tripod.com/jobs.html
http://smkdpk.com/forum/index.php?PHPSESSID=79c1898ebeddfdb518722a8e10a43740&topic=664.0


Fasa 6 PPSMI

Untuk fasa 6 PPSMI, kontrak membekal peralatan ICT dan network serta khidmat sokongan telah diberikan kepada KUB - Koperasi Usaha Bersatu dimana UMNO mempunyai 30% pegangan saham bernilai lebih RM100 juta melalui anak syarikat yang baru dibeli iaitu Empirical System Sdn. Bhd…


Fasa 7 PPSMI

Untuk fasa 7, tander akan dikeluarkan oleh Kementerian.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..