ini balasan/komen dari saya kepada posting Tulang Besi dari Malaysia Waves berkenaan Unity Government
Apa sebenarnya yang dikata sebagai Unity Government dalam konteks ini? Ianya bukanlah antara PAS dan UMNO/BN... tetapi antara PR dan BN.. dan ini sekaligus, kenyataan TGHH tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh TGNA yang mengatakan harus dirujuk kepada keputusan muktamar, iaitu memperkukuhkan PR. Tetapi jika PR sendiri memutuskan untuk menubuhkan kerajaan Unity, maka dengan sendirinya cadangan TGHH memenuhi kemutusan muktamar tersebut.
Selain dari itu, harus dilihat, siapa yang akan memimpin sebagai PM didalam kerajaan Unity tersebut nanti. Jika anda lihat, NR akan mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan berharap Pak Lah melepaskan jawatan PM kepadanya pada April nanti. Sedangkan TGHH, TGNA, Anwar dan Lim Kit Siang awal awal lagi mahukan PAk Lah terus menjadi PM. Selain dari itu, Anwar juga telah bertemu dengan Pak Lah di Madrasah Sheikh Mahmud baru baru ini dan dikatakan dari sumber dekat dengan Anwar seperti dilapor oleh Malaysiakini, terdapat pertemuan 4 dan 6 mata diantara mereka. Dan dikatakan juga Pak Lah mengatakan ramai dari MP BN menyokongnya (lebih dari 30) kalau ada undi percaya kepada Pak Lah. Cuba fikirkan apa akan jadi kalau PR mengusulkan Pak Lah terus menjadi PM dan disokong oleh semua MP PR serta lebih dari 30 MP BN? Pak Lah akan terus manjadi PM Unity Government untuk PR+BN pro PAk Lah...
Jika situasi ini berlaku, maka UMNO dengan sendirinya secara rasmi insyaAllah akan terbelah dua.. dan Pihak BN mungkin akan terdiri dari parti parti BN selain UMNO, dimana MP UMNO yang menyokong Pak Lah mungkin berstatus BN atau bebas. Harus diingat, BN boleh terus ujud tanpa UMNO dan UMNO boleh terkeluar dari BN.
Sekaran ini pun pengikut pengikut Pak Lah didalam UMNO telah dan sedang dicantas satu demi satu, dan ini menaikkan kemarahan kem Pak Lah... Mungkin dengan adanya Uniti Government boleh mempercepatkan kematian UMNO itu sendiri atau UMNO menjadi pembangkang sorang sorang... Sekarang ini pun beberapa parti parti komponen BN sudahpun menunjukkan rasa tidak senang hati dengan UMNO, malah ada yang mengugut untuk keluar dari BN seperti Gerakan, PPP dan parti parti di Sabah dan Sarawak.
Saya seperti merasakan sesuatu yang besar bakal berlaku didalam bulan April atau Mei ini...
Tuesday, March 24, 2009
Unity Government : Najib akan melepas jadi PM?
Posted by Anak Perelih at 4:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
linkwithin.com
Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam...
Other Related Posts
..
No comments:
Post a Comment