Menjawab artikel Tun di Blognya.. berikut adalah balasan/jawapan saya mengenai isu PPSMI ini...
Masalah isu yang sebenarnya tentang PPSMI adalah pemahaman pelajar terutama kepada pelajar sekolah rendah untuk faham Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya mereka diperkuatkan dengan bahasa Inggeris dahulu.
Apabila mereka pandai berbahasa Inggeris, subjek apa pun mereka boleh merujuk kepada bahan rujukan didalam bahasa inggeris... bukan sahaja untuk sains dan matematik... pada peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar diberi pemahaman tentang prinsip asas sains dan matematik dan seharusnya untuk menyenangkan mereka memahami, ianya mesti diajar didalam bahasa ibunda. Apabila mereka ke universiti atau paling awal, menengah tinggi (tingkatan 6, Matrikulasi) Bahasa Inggeris boleh digunakan iaitu apabila mereka ini sudah menguasai asas asas Sains dan matematik serta bahasa Inggeris.
Kalau PPSMI... sains dan matematik pun tak dapat.. Bahasa Inggeris pun cicir, ditambah lagi dengan guru yang mengajar sains/math ni tak fasih bahasa Inggeris... Kita biarkan English diajar oleh guru English yang berkebolehan... not part timers english teachers yang tergagap gagap berbahasa Inggeris... yang dikendong berciciran.. yang dikejar tak dapat jadinya...
akibatnya lebih ramai terutama orang Melayu yang tercicir dalam subjek Sains dan Matematik ini dan ini menjejaskan matlamat meramaikan teknokrat Melayu didalam negara ini... Sebab itu UMNO Johor pun membantah dan pernah 4 kali membawa usul ini ke perhimpunan agong UMNO (menurut Fuad Zarashi lah)... dan "Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu"
Bila Tun mengemukakan idea ini, beliau berkata inaya untuk 'improvekan' bahasa Inggeris pelajar pelajar kita... mereka susah dapat kerja kerana kurang mahir berbahasa Inggeris dan lain lain lagi... tapi berdasarkan artikel tersebut, beliau mengatakan kerana istilah banyak dalam bahasa inggeris yang asal dari Latin... jadi mana yang betul sebenarnya Tun? kenapa kita tak gunakan terus Bahasa Latin saja,? sumber dalam bahasa jerman pun kita boleh faham kan?... Dan didalam bahasa Inggeris pun , istilah di Britain dan US pun ada perbezaan.... terutamanya dalam kimia. Bagi mereka yang pernah ke US sudah tentu tahu. 1 contoh... lead di US.. tapi plumbum di UK.. (di Malaysia dlm bahasa Melayu, kita guna plumbun). Dari artikel Tun itu, nampaknya beliau kehabisan hujah untuk mewajarkan dasar PPSMI ini. Untuk mahir berbahasa Inggeris adalah bukan menerusi Sains dan Matematik.. tetapi untuk "meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa (Inggeris) itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera (Inggeris)".. dan "Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa" Inggeris.
Pelajaran subjek Bahasa Inggeris harus diperkasakan, jadikan ianya lebih menarik. Semasa saya masih dibangku sekolah menengah dahulu, terdapat beberapa orang guru Bahasa Inggeris dari UK datang mengajar di sekolah saya. Cara mereka mengajar lain dari cara guru Malaysia dimana mereka mengutamakan vocabulary, memahami apa yang dibaca, bercakap dan menulis didalam Bahasa Inggeris.. berbanding guru Malaysia yang mengutamakan grammar dari vocabulary dan kemahiran bercakap dan berfikir dalam bahasa Inggeris... yang akibatnya pelajar bosan belajar Grammar.... Penekanan kepada grammar sangat ini membosankan pelajar.. Grammar bukan tidak penting, tetapi penekanan yang keterlaluan akan membosankan pelajar. Pelajar di US pun bosan dengan grammar... mungkin kita lebih condong kepada British Queen English.. tu yang kita tekan kan Grammar sangat. Saya perhati, kelemahan pelajar melayu pergi interview dalam bahasa Inggeris adalah kerana mereka kalau boleh nakkan bercakap dengan perfect grammar... tergagap gagap mengatur ayat yang perfect grammar... berbanding dengan cina yang pakai hentam dengan grammar yang tunggang langang tapi kedengaran lancar dan boleh difahami... ini pengalaman saya sendiri....
Istilah ni apa salahnya dikekalkan didalam bahasa asalnya seperti mana yang kita lakukan untuk subjek agama Islam.. Banyak istilah Arab yang kita gunakan, sebab istilah ini lebih kepada nama khas sebab ianya adalah nama benda/unsur etc. Pengajaran haruslah didalam bahasa ibunda untuk memudahkan pelajar kita memahami subjek tersebut.
Point nombor 16 tun tentang jumlah PHD dan pakar perubatan... tidakkah Tun Tahu berapa ramai PHD dan pakar perubatan yang dahulunya belajar sains dan Matematik didalam bahasa Melayu dan fasih berbahasa Inggeris sekarang ini? Mengenai orang luar bandar yang sekarang ini boleh berbahasa Inggeris... adakah mereka belajar Bahasa Inggeris menerusi Sains Dan Matematik? Adakah semua pelajar Luar Bandar bermotivasi seperti mereka? Apa yang perlu dilihat adalah secara keseluruhan keadaan pelajar luar bandar kita.. bukan segelintir dari mereka sahaja...
Sebab yang sebenarnya ialah untuk memberikan projek kepada kroni... kerana budget awal dasar ini ialah diperuntukan RM4 billion untuk perlaksanaan 5 tahun pertama.. dimana ianya dibelanja untuk software multimedia PPSMI, komputer/notebook/projektor/trolly bawak dia, latihan guru dlll... dan kontrak ini diguna untuk membeli kesetiaan pemimpin pemimpin dalam UMNO terutamanya sub-contract penyelenggaraan...
bagi pebekalan komputer/projector, Untuk fasa pertama, ianya dibolot oleh kontraktor luar... untuk fasa 2-5 dianya dibolot oleh Time Communication.. dan terdapat banyak isu... sehingga untuk fasa 6 diberi kepada KUB.. menerusi Empirical Syatems... Fasa 7 sedang dalam proses persediaan tander yang belum dikeluarkan lagi. Sub-kontrak penyelenggaraan diberi kepada syarikat syarikat kecil oleh main contractor ini. Sewajarnya hardware ini bukan sahaja diguna untuk PPSMI sahaja.. tetapi untuk semua subjek yang diajar disekolah...
Anak Perleih
Sunday, March 15, 2009
PPSMI - Anak Perelih menjawab Tun Mahathir
Posted by Anak Perelih at 6:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
linkwithin.com
Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam...
Other Related Posts
..
1 comment:
Saya sokong sepenuhnya apa yang disarankan oleh Anak Perlih ini sebab saya sendiri telah menyarankan kapada satu dari Menteri Pelajaran tak payah saya sebutkan namanya yang dahulu bahawa penekanan mempelajari bahasa ingeris disekolah dibuat melalui subjek tu tersendiri barulah dapat menguasai bahasa itu dengan lebih dekat dan fasih.Lagi pun saya lihat polisi yang dibuat oleh kerajaan berubah2 dari satu menteri ka menteri yang lain kerana saya agak hendak menenjukan kebijaksanaan mereka mentadbirkan Kementerian2 mereka dan yang menjadi mangsa rakyat.Jika satu2 polisi itu sesuai dan baik digunapakai dan menufaatkan, mengapa diubah?
Post a Comment