Selepas PR mengambil alih beberapa negeri... terdapat suara suara yang mengatakan masjid dan surau di negeri negeri ini dipergunakan oleh pembangkang (PAS) untuk kepentingan politik mereka. dan suara suara ini terutamanya datang dari orang UMNO... dan dipaparkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini ... Tetapi, terdapat beberapa persoalan untuk direnungi dan di jawab sendiri oleh suara suara UMNO ini... dan posting dibawah ini oleh lobai-kampung.blogspot.com mengutarakan isu ini dengan baik sekali... :
Masjid/Surau di Negeri Sembilan dikuasai pembangkang?
Tertarik dengan blog Surau Warisan Puteri, Sikamat yang membangkitkan isu dilabel sebagai 'Surau Pembangkang'. LK rasa terpanggil untuk memberi pandangan. Sama ada pandangan ini memberi kredit kepada pembangkang (PAS/PKR/DAP) atau BN-UMNO saya pun rasa kurang pasti. Sama-samalah membacanya agar masing-masing tahu apa nak buat lepas ini.Isunya yang pertama apa yang dimaksudkan sebagai Surau/Masjid Pembangkang. Seingat LK di Negeri Sembilan, khususnya di Seremban tidak ada satu surau atau masjid pun milik pembangkang (PAS/PKR/DAP) begitu juga milik BN-UMNO. Setiap surau yang terbina semuanya di atas wang rakyat. Kalau dari sumber kerajaan pun datangnya dari zakat yang kita bayar. BN-UMNO pun tak boleh mengaku ini surau dan masjid mereka.
Isu yang kedua, apakah ciri-ciri surau atau masjid pembangkang? Adakah kerana AJKnya adalah penyokong Parti Pembangkang? Seingat LK sejak tahun 2000 yang lalu bahkan mungkin lebih awal dari itu rasanya pemilihan jawatankuasa masjid dan surau telah dipantau sepenuhnya oleh BN-UMNO. Bukan setakat masjid, surau pun pemilihannya mesti mendapat restu dari BN-UMNO melalui Ketua Cawangan, Ketua Kampung, Ketua Bahagian. Bagaimana mungkin surau dan masjid AJKnya dipilih di kalangan pembangkang sedangkan proses pemilihannya melalui pelbagai tapisan. Bahkan dengarnya hingga kini AJK Masjid seluruh Negeri Sembilan masih tergantung kerana MB campur tangan dan mengarahkan setiap AJK dibersihkan dari SPRM, Bahagian Keselamatan dan SB. Mengalahkan nak pilih menteri pilih AJK Masjid di Negeri Sembilan. Pilih Exco dan Menteri Besar pun tak macam tu dibersihkan. Bahkan ada yang tak bersih pun naik jugak.
Isu yang ketiga apakah aktiviti yang dilakukan oleh surau dan masjid yang dilabel sebagai pembangkang ? Adakah kerana kuliah maghrib, kuliah subuh dan kelas pengajian yang lain itu dikatakan sebagai aktiviti pembangkang? Memang kita tahu orang-orang BN-UMNO tidak berapa minat dengar kuliah, tambahan tenaga pengajarnya adalah seorang yang amanah dengan ilmu, tidak membodek lagi mereka tak gemar. Kalau ada pun yang minat dia cuma nak dengar bab-bab fadhilat, kalau beramal dapat yang pelik-pelik, itu sajalah. Apakah aktiviti lagi yang boleh dibuat di Masjid dan Surau ? Takkan nak buat karaoke macam majlis BN-UMNO, takkan nak buat joget amal pulak. Kalau kerana aktiviti kuliah ilmu di masjid dan surau dilabel aktiviti pembangkang, apa pula program yang menggambarkan BN-UMNO.
Isu yang keempat adakah kerana kebanyakan tenaga pengajar adalah mereka yang lantang dengan amanah ilmu menyebabkan mana sahaja surau dan masjid yang dimasuki oleh Ustaz-ustaz ini dikatakan surau/masjid pembangkang. Sungguh dangkal perkiraan itu. Kalau nak harap kepada Ustaz UMNO-BN mengajar berapa surau/masjid sangat yang mereka boleh cover, bilangan Ustaz UMNO-BN yang boleh mengajar pun tak ramai.Ramai yang pandai gam orang mengajar tetapi bila suruh ganti tak nak pulak mengajar. Bahkan ramai makmum yang lari. Tak tahu kenapa, tanyalah pada makmum. Pernah sebuah surau memanggil seorang Ustaz dari Jab Hal Ehwal Khas untuk kuliah subuh sempena mengiringi ADUN Ampangan (BN) sesi lalu, tanpa segan silu beliau mengaku beliau tidak pernah bangun seawal ini untuk berkuliah, pecah rekod katanya. Kesian sungguh.
Isu yang kelima adakah kerana jemaah yang mengimarahkan surau dan masjid kebanyakannya orang pembangkang. Orang BN-UMNO jangan rasa asing sangat kalau ke masjid/surau kebanyakan jemaahnya adalah orang PAS atau PKR. Jawapannya mudah. Mereka lebih suka mengadu kepada ALlah dari mengadu kepada makhluk. Lalu mereka lebih mudah mendatangi surau/masjid. Sedang orang BN-UMNO lebih senang mendekati makhluk, lalu yang dihampirinya lebih ke lobbby hotel, padang golf dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Kalau BN-UMNO dapat jawab semua soalan di atas nanti LK boleh beri soalan lagi. Isu Imam Eksekutif bertaraf N41 yang dicanang semasa kempen PRU yang lalu kononnya sebagai bukti keprihatinan kerajaan BN-UMNO telah ditangguhkan yang tidak diketahui apa sebabnya. Sehingga hari ini tidak ada lagi penempatan di Masjid yang telah disenaraikan akan menerima Imam Eksekutif tersebut sedangkang dengarnya bajet telah diluluskan. Tanyalah pada Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, siapa ?
Sebenarnya yang banyak menjadikan masjid sebagai medan politik adalah UMNO-BN. Alasannya mudah program kerajaan. Dia lupa definasi kerajaan. Kerajaan, bukan parti politik. Majlis berbuka puasa dibuat di bawah nama UMNO, tak percaya tanya Masjid Taman Tuanku Jaafar. Jemputan atas nama UMNO, kalau atas nama Kerajaan Negeri atau Menteri Besar boleh juga ditimbang-timbang. Banyak lagi, tak percaya tanya sahabat-sahabat kita di Jabatan Agama, Majlis Agama, Pejabat Agama Daerah semua pening nak melayan karenah UMNO ni. Kadang-kadang mereka pulak yang kena jadi urusetia. Mereka terpaksa akur. Cari makan. Tak mengapalah asal hati tak reda, itu serendah iman. Kalau semua yang menyokong pembangkang dibuang, agaknya tinggal berapa orang yang masih bertugas agaknya?
Lobai Kampung : Semakin jahil masyarakat, hayat umur UMNO-BN semakin panjang. Tetapi, semakin celik masyarakat maka semakin cepat nazaknya. Justeru apa sahaja ubat yang boleh memanjangkan hayatnya kini sedang diuji. Belum terbukti lagi. Kalau kacau masjid dan surau mungkin itu bukan ubat yang baik untuk menyembuhkan UMNO - BN, mungkin akan lagi cepat pendek hayatnya ...
1 comment:
Ambo tersangaaatlah setuju dengan LK.
Penyokong UMNO BN, tersangatlah tidak suka datang ke masjid, banyak pulak alasan. Kuliah banyak hantam orang UMNOlah, Ustaz penyokong PASlah, Wirid Panjanglah, Sujud lamalah, Imam orang PASlah, tapi di Tanah Merah Kelantan, ada juga sorang Imam UMNO, malam Isnin di Masjid Besar TM. Tapi orang PAS jugak yang ada tercongok, orang UMNO macam biasalah, tak datang-datang.
Yang sebenarnya UMNO tak Suka kepada Islam, dia cuma mengaku saja Islam. Dia orang mahu horey horey setiap masa dan ketika.
Kalau di kedai-kedai kopi, meja PAS ada jugak bincang pasal agama, hukum hakam, cerita ustaz tu ustaz ni, mengumpat anak orang tuu jahat anak orang ni baik-baik.
Tapi meja orang UMNO mesti topik hangat, projek juta-juta, kecik sikit puluh-puluh ribu, nak horey-horey dimana, nak bawak janda mana atau dara mana, kadang-kadang bini kekawan pun dia kebas jugak.
Yang paling top dimeja UMNO nombor. Nombor MKT, Bola tahan atau separuh (diaorang saja yang faham). Hal-hal agama wooiii jangan disebut-sebut. Katanya dosa boleh bertaubat, nanti pergi Mekah. Tuhan itu Maha Pengampun katanya, semua orang mengaku Islam akan masuk syurga....buta jahat dulu tak apa, nanti tua taubatlah.
Tak percaya....lu pikirlah sendiri.
Post a Comment