Sunday, June 7, 2009

UMNO mempergunakan Masjid boleh pula???

Didalam posting saya bertajuk "Masjid/surau dikuasi pembangkang... satu posting menarik" saya ada menyentuh tentang dakwaan pihak pro UMNO tentang Masjid dan surau 'dipergunakan' oleh PAS untuk kepentingan politik serta menyiarkan posting saudara lobai-kampung.blogspot.com mengenai isu ini.

Tetapi sedarkan anda.. UMNO juga menggunakan mimbar Jumaat untuk kepentingan politik mereka? Masih ingat lagi akan peristiwa Jen. (B) Hamid Zainal Abidin diboo oleh jemaah Jumaat di Masjid Negara kerana menyampaikan khutbah berbau politik UMNO/BN pada tahun 1999.

Dan Jumaat lepas (5 Jun 2009), semasa menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato Keramat, KL, saya juga didapati khutbah tersebut berbau politik BN/UMNO yang cuba berselindung disebalik DYMM SPB Yang Dipertuan Agong iaitu sempena sempena ulangtahun keputraan Baginda baru baru ini.

Saudara boleh lihat sendiri teks khutbah tersebut di sini
Slide powerpoint kuthbah tersebut di sini
Panduan khatib (manual) di sini

Didalam slide powerpoint khutbah btersebut, apa yang saya perkatakan sebagai mempergunakan khutbah untuk kepentingan politik UMNO/BN boleh dilihat jelas di slide nombor 22 - 29. Dari slide tersebut, nampak jelas ianya tidak merujuk kepada SPBYD Agong, tetapi kepada UMNO/BN sebagai. Para pembaca boleh melihat dan menilai sendiri khutbah tersebut menerusi link yang saya sertakan diatas.

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..