Thursday, August 6, 2009

Demonstrasi Budaya Anwar : Jawapan Anak Perelih kepada Mahathir

Ini jawapan saya kepada Artikel Mahathir bertajuk "Budaya Anwar"

1. Mahathir menulis " Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan."
Jawapan saya : Bukankah demonstarsi yang dilakukan itu dilakukan selepas segala cara seperti memohon berjumpa, menulis surat dan lain lain telah dilakukan.
Demo bersih dilakukan setelah berbagai usaha untuk berunding dengan SPR tidak dilayan dan ini dibuktikan dengan pembatalan penggunaan dakwat kekal pada PRU 12 lalu...
Demo PPSMI dilakukan setelah 6 tahun PPSMI berjalan dimana selama 6 tahun itu pejuang pejuang bahasa melakukan segala usaha... berjumpa menteri, PM, membuat kajian, dan berbagai lagi
Demo ISA... sudah berapa lama ISA dilaksanakan di negara ini.. GMI pernah memohon berjumpa PM, menteri dalam negeri dan lain lain lagi untuk membebaskan atau membicarakan tahanan ISA, tetapi ianya ibarat mencurah air diatas daun keladi... jadi Demonstrasi adalah jawabnya

2. Mahathir mengatakan peniaga menjadi mangsa.... kerana terpaksa tutup kedai atau tidak dapat menjual barangan...
tetapi tahukan Tun Mahathir bahawa dengan adanya demo yang dihadiri ribuan manusia, terdapat keperluan untuk bekalan minuman dan makanan dan dimanakah mereka ini memperolihinya... tidak lain tidak bukan dari peniaga dan penjaja inilah... itu tidak termasuk dengan kedatangan mereka dari luar lembah Kelang ke KL untuk menyertai demo itu.. sudah tentu ramai dari mereka membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang buat anak isteri atau kegunaan sendiri... dimanakah mereka ini membeli??? dari kedai kedai di kawasan itu...

yang membuat mereka rugi adalah tindakan polis menembak gas pemedih mata dan air asid water cannon, yang mencetuskan suasa kecoh... apa akan jadi kalau polis membenarkan perarakan itu secara terkawal dan mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia yang menjamin kebebasan berhimpun??? tiada apa apa yang terjadi.. peniaga akan memperolihi keuntungan berganda.... malah kalau peniaga rugi pun adalah disebabkan mereka tidak berniaga pada hari itu kerana menyertai demo...

3. mengenai pelabur asing tidak melabor kerana takut Demo...

Apakah yang menyebabkan pelabotr asing melabor di Malaysia... ??? kalau kerana kos buruh murah, baik mereka melabor di negara komunis seperti China dan Vietnam... dimana negara ini mengamalkan pemerintahan kuku besi komunis... jadi salah satu faktor mereka melabor adalah kerana demokrasi di negara ini... terutamanya dari syarikat syarikat eropah dan US... Jadi demonstrasi aman adalah salah satu saluran yang menunjukkan sesuatu negara itu mengamalkan demokrasi... yang mereka takut adalah tindakan pihak berkuasa yang keras yang menafikan hak rakyat berhimpun secara aman yang dibenarkan oleh perlembagaan... Pelabor takut kerana mereka beranggapan jika kerajaan boleh melakukan begitu kepada rakyat sendiri, apa jaminan kerajaan ini tidak boleh melakukan kepada mereka pelabor asing???
Korea dan Taiwan dimana ramai pelabor asing datang pun.. demonstrasi aman telah menjadi satu budaya di negara ini... dan pelabor asing dari negara lain pun melabor di Korea dan Taiwan... malah saya perhatikan, cara demonstrasi di Malaysia sedikit sebanyak meniru cara Korea dan Taiwan ini... dan Korea dan Taiwan sudah jauh meninggalkan Malaysia dari segi pembangunan kan kemajuan.....

5 comments:

Anonymous said...

Salam Anak Perelih.
Saya sokong 1000 peratus kenyataan yang hang keluaq kan.
Dr mahathir tu dah nyanyuk kuasa sangat. Sebenarnya apa yang dibuat dulu, kini kena dia dia. Senjata makan tuan.

Sempit sungguh pemikiran Che det ni. Sayang sekali orang yang dianggap antara paling cerdik di negara ini, perkara mudah itu pun tak boleh difikirkan. Mungkin orang tua tu tau, tapi saja nak mengarut.

Semalam saya dengan tazkirah, Che det ni dianggap paling bijak di negara paling teruk demokrasinya ni. Tapi sayang seribu kali sayang. Kecerdikannya itu tidak digunakan untuk meningkatkan syiar dan syariat Islam, sebaliknya dia bantu kerajaan sekular.

Anonymous said...

wahai bangsa melayu dan seorang Islam,kita jangan taksub terhadap sesuatu.Cuba lihat dimana kedudukan kuasa politik orang melayu sekarang?adakah suara PAS didengar oleh DAP dan PKR berkenaan isu arak?Tiada agama pun didunia ni membenarkan seseorang tu minum arak kerana arak mendatangkan banyak masalah sosial kepada rakyat.So kenapa arak perlu dijual?Cuba fikir2 lah.Sebagai seorang Islam perlulah berpandukan kepada ajaran Al-Quran.Jangan menghalalkan sesuatu kerana kepentingan politik.Wahai orang melayu dan rakyat Selangor,sedarlah anda apa telah berlaku apabila pakatan rakyat memerintah sekarang?Jangan anggap seorang tu stisa betul sampaikan bila dia membuat kesalahan kita tidak boleh menerima kesalahannya.bila berlaku demo hanya orang melayu yang beria2.dimanakah bangsa yang lain?seorang islam bila berhadapan dengan masalah lebih baik memohon keredaan tuhan daripada mengikut emosi dengan mengadakan demo.bila emosi menguasai akal,manusia hilang pertimbangan.jangan kita kata itu adalah hak sedangkan kita telah mengambil hak orang lain.fikir2lh dimana kedudukan bangsa melayu kalau bangsa melayu itu sendiri tidak ingin bersatu.Ingatlh wahai bangsaku jangan terlampau emosi sehingga ada orang mengambil kesempatan demi kepentingan politik mereka.

Anak Perelih said...

yang taksub adalah August 10, 2009 8:56 PM... taksub kepada UMNO/BN dan Mahathir...

masalah arak di Selangor.. dahulu zaman BN/UMNO... segala komplen dan aduan yang surau seksyen 8 buat kepada MBSA/ADUN/7-11 dan lain lain lagi tidak dilayan... UMNO pada masa itu tak ambik pot langsung tentang isu arak ini.. (mungkin banyak pemimpin UMNO yang minum arak kut).. tau tau Khir toyoL kata arak tak pernah dijual di Shah Alam... nampak sangat Khir Toyol ni tak ambil berat masalah arak ini dan cuba meneka/menipu orang ramai... 7-11 Seksyen 8 tu menjual arak sejak hari pertama dibula lagi... lebih kurang 6-8 tahun dulu...

Tapi masa PR perintah... isu ini timbu, MBSA dah berani ambil tindakan, suara AJK surau didengari, cuma masalah dengan Ronnie Liu sahaja yang ignorant... Isu arak diperdebat di bincang dan cuba diatasi sebaik mungkin...

Jadi dalam hal ini, di zaman Pr perintah Selangor lebih baik dari zaman UMNO.. ini menampakkan ke munafikan UMNO... takikhlas berjuang untuk Islam.. yang nak ambil kesempatan politik adalah UMNO... untuk kepentingan politik mereka...

Anonymous said...

Sejak aku hidup ni, nilah alasan paling bodoh pernah aku dengar. Aku pernah duduk kat jepun dan taiwan beberapa tahun, sapa kata mereka suka buat demontrasi dan bleh plak kaitkan ngan kemajuan mereka. Alasan ni macam alasan budak tak matang, enough said.

Dengan demontrasi tu anak saudara saya yang hendak bersalin di hospital terperangkap berjam2 dalam kereta sebab orang2 bodoh yang menghalang jalan. Ada pengantin yang terperangkap hingga jam 5 petang sebab perkara yang sama sedangkan jadualnya pada pukul 1 tengahri. Bagaimana pula orang yang terperangkan berjam2 hingga terlepas solat zohor di dalam kereta.

Kalau saudara dalam keadaan tersebut barulah saudara tahu perhimpunan tersebut memang menyusahkan orang lain. Bayangkanlah kalau isteri saudara nanti terperangkap dalam kesakitan hendak bersalin tapi ada perhimpunan haram yang menyekat laluan saudara.

Anonymous said...

hang anak perelih buat malu org perlih ja.. taksub sangat pada pakatan haram.. otak letak kt lutut.. melayu dijadikan kuda tunggangan pn xpa, janji hamPAS berkuasa.. bodohnya... kesian..

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..