Tuesday, September 28, 2010

Teguran Richard Branson : Utusan mengaku spin berita..

Apabila Sir Richard Branson mengulas mengenai kes sodomi Anwar mempengaruhi mood pelabur masuk ke Malaysia, Utusan melaporkan "Iklim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar" sedangkan apa yang dilaporkan oleh suratkhabar lain adalah berlawanan dengan apa yang telah dilaporkan oleh Utusan..

Tetapi hari ini secara tidak langsung, Utusan mengaku bahawa mereka telah spin kan berita mereka dengan menyiarkan berita dibawah tajuk "TPM yakin Branson tak niat campuri urusan negara" berikut yang jelas menunjukkan Richard Bronson tidak menyelar sikap Anwar, tetapi menyelar akan kes sodomi tersebut :

"KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson tidak berniat mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya mahu membantu inisiatif Malaysia dalam konteks pelaburan.

Malah Timbalan Perdana Menteri percaya Branson melihat Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan sesuatu harus dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke negara ini.

''Saya melihat dari sudut berbeza kerana saya yakin inti pati ucapan Branson semalam lebih menjurus ke arah membantu Malaysia meningkatkan jumlah pelaburan.

''Ini berdasarkan pada kedudukan Malaysia yang boleh dianggap oleh masyarakat pelabur sebagai destinasi terbaik pelaburan di rantau ini,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Permulaan Dekad Baru: Pelaburan Alternatif di Asia di sini hari ini.

Branson ketika bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur semalam sempena forum tersebut berkata, perbicaraan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

Ekoran daripada ucapan tersebut beberapa pihak membidas Branson kerana kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalaman Malaysia termasuk kes Anwar.

Dalam pada itu Muhyiddin juga percaya Branson turut maklum bahawa perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika ini adalah berdasarkan sistem perundangan negara.

''Sememangnya diakui beliau berkata bahawa Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.

''Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik tetapi hakikatnya kes ini berlaku maka kita perlu menerima fakta ini. Perbicaraan terpaksa dijalankan setelah didapati Anwar perlu didakwa atas tuduhan liwat.

''Sehubungan itu biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,'' katanya."

1 comment:

Anonymous said...

Spinlah selagi boleh spin, putar belitlah fitnah selagi belum mampus, yg jadi bangang macam taik hanya rakyat malaysia yg dipaksa percaya, tapi dunia luar ketawa terbahak2 tengok gelagat kebodohan rakyat malaysia yg dibodohkan oleh seorang manusia yg diberikan kuasa yg melampau oleh rakyat malaysia yg bodoh dan bangang!

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..