Wednesday, December 22, 2010

UMNO Juara Fitnah... : Kali ini memfitnah orang berzina pula

Selepas tidak gagal membuat fitnah di Galas, di Hulu Selangor dan fitnah mengatakan Lim Guan Eng memyembelih korban, UMNO sekali lagi dengan unggulnya memfitnah ADUN Selising berzina... dan Salahuddin Ayub berzina... perbuatan membuat fitnah zina ini termasuk termasuk didalam hukum HUDUD Qazaf - iaitu sebat sebanyak 80 kali.

Perbuatan membuat fitnah seperti ini adalah satu kerja biasa bagi blogger blogger pecacai UMNO.. sebab itu mereka tidak mahu hukum HUDUD dilaksanakan di negara ini, kerana mereka tahu bahawa mereka adalah golongan yang paling banyak akan menerima hukuman hudud. Sebab itu diancamnya kerajaan Kelantan dan Terengganu dibawah PAS untuk diistihar darurat jika hukum hudud dilaksanakan dan diarah pihak berkuasa - polis dan penjara agar tidak berkerjasama untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir selepas ianya dilulus dan digazetkan oleh 2 negeri tersebut. Selain dari itu Mahathir juga menghina akan hukum hudud dengan mengatakan seperti "sapa nak makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan", pembangunan tak boleh dijalankan kerana ramai tak ada tangan, habis batu di kelantan untuk dibuat pembangunan kerana semuanya diguna untuk hukuman merejam dan lain lain lagi.

Mengenai fitnah keatas ADUN Selising, berikut adalah kenyataan beliau seperti disiarkan oleh Utusan Malaysia -dan kenyataan dari TG Nik Aziz (bukan dari Harakah.. nanti kalau dari Harakah atau Malaysiakini, dikatakan laporan bias pulak oleh puak puak UMNO ni)

Update :

Pembongkaran fitnah Papa Gomo dan puak puak kaki fitnah dari UMNO :


SESUNGGUHNYA UMNO ADALAH JUARA FITNAH!!!

3 comments:

perelih mari said...

Betul ker itu semua fitnah atau Pas cuba menyembunyikan perlakuan liar pemimpin mereka, bagaimana pula dengan pemimpin Pas yang sanggup mati demi Karpal Singh adakah itu juga Fitnah

Yang pastinya pas adalah sebuah parti politik biasa yang kini sudah mengikut telunjuk DAP

Anak Perelih said...

perelih mari...

apa buktinya...??

yg ada bukti adalah UMNO jadi kuda tungangan dan mengikut telunjuk MCA...
http://malaysiakini.com/news/153942

sebab tu sejak merdeka... yang jadi kaya raya adalah towkey towkey ahli MCA cina dan kroni kroni UMNO... orang Melayu ramai lagi yang miskin dan fakir dibumi sendiri... dah la hukum Allah pun tak dilaksana... dunia rugi.. akhirat pun rugi...

Anak Perelih said...

siapa kata PAS diperkuda DAP...??? lihat apa MCA cakap... MCA kata DAP diperkuda PAS... siap buat kartun lagi... Dengan orang Melayu UMNO kata lain... dengan orang Cina MCA kata lain.. ini semua lidah bercabang BN utk pecah dan perintah...

http://malaysiakini.com/news/154048

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..