Friday, January 21, 2011

Propaganda BN : Mana betul ni...??? PAS diperkuda DAP ke DAP diperkuda PAS...

Siapa kata PAS diperkuda DAP...??? lihat apa MCA cakap kepada orang Cina...!!! MCA kata DAP diperkuda PAS... siap buat kartun lagi... Dengan orang Melayu UMNO kata lain... kononnya PAS ni diperkuda DAP... Tapi dengan orang Cina MCA kata lain.. PAS ditakut takutkan kepada orang Cina dengan konsep Negara Islam... ini semua lidah bercabang pembohong BN utk pecah dan perintah... Untuk terus berkuasa bagi membolot kekayaan negara ini kepada mereka sahaja... Dah le Blogger blogger dia juara fitnah...

http://malaysiakini.com/news/154077

MCA berkempen bermodalkan agama, bangsa
Kuek Ser Kuang Keng
Jan 21, 11
6:40pm
Kongsi 112
MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.

Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

NONERisalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.

Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”

Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.

NONEKempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.

Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.

Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.MCA kerja keras

Sementara itu, Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho, berkata beliau yakin pengundi kawasan itu akan menyokong BN, lebih-lebih lagi memandangkan Chua adalah bekas ahli parlimen Labis.

NONEKatanya, MCA akan bekerja keras untuk memastikan pengundi di Tenang mengundi calon BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 30 Januari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pendidikan kepada Kelab Kok Kuen Kepong untuk disalurkan kepada 135 pelajar sekolah rendah dari sembilan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Kepong di Kuala Lumpur hari ini.

Tan mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong yang tidak dapat menghadiri majlis itu.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.



English version
http://malaysiakini.com/news/154048
MCA unleashes race-religion leaflet campaign
MCA has once again resorted to striking fear amongst the Chinese voters with PAS' Islamic state agenda, dragging its rival DAP into the mudfight.

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..