Saturday, January 29, 2011

Pegawai kerajaan pegang jawatan dalam Parti: satu double standard

Berikut adalah biodata Calon UMNO/BN Tenang seperti dilaporkan oleh Harian Metro
Dari biodata tersebut, kita boleh lihat bahawa beliau seorang pegawai kerajaan bergred 41 ke atas... kerana beliau memiliki ijazah. Dan kita sudah maklum dibawah perintah am, pegawai kerajaan gred 41 keatas tidak boleh terlibat secara aktif dalam politik... kecuali yang dilongarkan baru baru ini. (semua pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, anggota-anggota Perkhidmatan Polis dan anggota-anggota Perkhidmatan Penjara adalah samasekali ditegah daripada mengambil bahagian yang cergas dalam politik seperti menjadi Ahli Jawatankuasa parti politik baik di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah)

Tetapi larangan itu pada realitinya hanya pada penyokong pari Pembangkang sahaja.. dan bukti jelas bahawa pegawai kerajaan boleh memegang jawatan politik dan aktif dalam politik jika ianya adalah parti UMNO dan BN.. Bukankah ini satu double standard???

Ini biografi calon BN tersebut... lihat pada Jawatan didalam parti dan tahunnya serta pekerjaan serta tahunnya.. :

BIODATA:

PARTI: Umno
NAMA: Mohd Azahar Ibrahim
UMUR: 39 tahun
TEMPAT LAHIR: Labis, Segamat
ALAMAT: No 19, Jalan Tenang 85300 Labis, Segamat

AHLI KELUARGA:
ISTERI: Tuty Roshizana Tumin
UMUR: 31 tahun
PEKERJAAN: Suri rumah ANAK: Nur Aina Maisara, 6; Nur Arisha Najwa, 3; Muhammad Haikal, 8 bulan
KELULUSAN: Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom, 1996; Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara, Melaka, 1993
PEKERJAAN: Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil (ADO) Rengit, Batu Pahat (2006-2011); Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006); Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
JAWATAN DALAM PARTI: Bendahari Pemuda Umno Bahagian Labis dan Ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis (2004-2008)
PERTUBUHAN: Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Rengit (2006-sekarang); Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim Dun Rengit (2000 - sekarang), Pengerusi Belia 4B Labis (2001 - 2005), Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000 - sekarang)


No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..