Saturday, March 8, 2008

Alhamdulillah... BA Berjaya sebelah utara... (kecuali Perlis)

Alhamdulillah..... semasa membaca berita "selepas kemenangan" BA di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta pengekalan kuasa PAS di Kelantan, saya menitiskan air mata berkali kali kerana kegembiraan dan sebak atas anugerah Allah ini. Ini berlanjutan setiap kali membaca artikel/berita tentang kemenangan Barisan Alternatif.... mungkin kerana selepas hampir 10 tahun gelombang politik negara ini terjadi..... ditambah pula saya ini seorang "news addict" yang mungkin akan berkurang selepas ini....

Saya mengikuti berita terkini perkembangan keputusan pilihanraya menerusi malaysiakini, harakahdaily dan lain lain lagi selain dari beberapa saluran TV didalam waktu yang sama. (Nampaknya keputusan di TV agak lambat, mungkin untuk menyembunyikan sedikit kejutan yang berlaku).

Saya tidak tidur hingga keesokannya .. malah hanya tidur pada sebelah malam keesokannya... lebih dari 36 jam tanpa tidur!!!....

tambahan....

saya menyimpan posting diatas sebagai 'draft' pada pagi keputusan diumumkan dan ianya kekal sebagai 'draft' tanpa blog saya mempunyai update selama 2 minggu... ini kerana saya begitu sebok membaca cerita cerita dan berita kemenangan BA di 5 negeri (I'm a 'news addict')... suatu sejarah di negara kita... dan saya memohon maaf kepada pembaca kerana itu....

Saya akan off line atas faktor urusan sendiri selapa hampir 2 minggu bermula 23 mac ini... jadi blog ini insyaallah tidak akan diupdate selama tempoh tersebut.... harap maklum....

nampaknya insyaallah negeri ke 6 bakal meyusul... Terengganu.... nampak semakin hangat bergolak dalaman UMNO disitu.... selain Perlis juga akan ada alun alun selepas ini.... DAULAT TUANKU!!!

Friday, March 7, 2008

Makluman...

Makluman untuk pengetahuan pembaca blog saya....

DD Darling menghantar email mengandungi maklumat ini kepada saya :
"Salam. Di kg seberang tok pi seorang pengundi(lelaki) telah dapat dua kad semakan mengundi yg dikeluarkan oleh BN,KAD PERTAMA-Peti seberang tok pi,DUN kuala perlis,SEKOLAH MENENGAH KUALA PERLIS. Kad kedua-peti seberang tok pi,DUN kuala perlis,SEK.KEB.KUALA PERLIS ,perbezaan 2 tempat mengundi telah menimbulkan keraguan.. Adakah ini kesilapan yg tak disengajakan ataupun pengundi blh mengundi di dua saluran mengundi, wallahualam"

Wednesday, March 5, 2008

Thanks to BN, our democracy is the laughing stock in international medias

Taipei Times
- Mar 06, 2008
... at Saturday's poll suggested a conspiracy to help the government win, said Malaysia's hardline opposition Islamists, the Parti Islam se-Malaysia (PAS). ...

Electric New Paper
, Singapore
- Mar 06, 2008
By Zaihan Mohamed Yusof in Terengganu WITH four days to go before polling on Saturday, both Parti Islam SeMalaysia (PAS) and Barisan Nasional (BN) are going ...

CNN International
- Mar 05, 2008
KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- An international human rights group said Wednesday it fears Malaysians will not get a fair vote in this week's general ...

AFP
- Feb 20, 2008
One of the alternative pioneers is Malaysiakini.com, an online news journal which since it began operating in 1999 has been raided by police and denied ...

election campaign
World Socialist Web Site
, USA
- Mar 06, 2008
Anwar told the media that he thought his Peoples Justice Party (Keadilan), the Democratic Action Party (DAP) and the Islamist Parti Islam se-Malaysia (PAS) ...

Lost in Cyberspace
BusinessWeek
- Mar 07, 2008
While the main opposition party, the Democratic Action Party (DAP), has unleashed its e-election campaign, the dominant BN-component party Umno, ...


"Killer Day"... mungkin Anwar akan jadi sasaran...

Seperti yang kita tahu, pada setiap pilihanraya, pada hari terakhir atau malam sebelum pengundian, dinamakan oleh sesetengah orang sebagai "killer day" iaitu hari dimana media BN akan melancarkan serangan pembohongan terakhir yang tidak dijangka untuk mengubah minda pengundi untuk mengundi BN.

Pada tahun 1990, Tanjak "salib" yang dipakai oleh Tengku Razaligh telah disiarkan oleh akhbar dan TV sehari sebelum hari pengundian yang kita ketahui sekarang adalah tanjak tradisi Kadazan yang Mahathir sendiri pun memakainya.

Pada tahun 1999, pada malam pengundian, TV3 telah membuat temubual dengan Umi Hafelda mendakwa Anwar seorang homoseks dan berbagai lagi tuduhan.

Jadi pada tahun ini, menjadi tanda tanya, apakah benda yang akan dikeluarkan oleh pihak BN pada hari "Killer Day" nanti - Jumaat.

Saya menjangka akan keluar gambar atau video tentang Anwar kerana sudah ada bunga bunga apabila semalam dan hari ini akhbar menyerang Anwar dan Chandra Muzaffar pun digunakan sebagai senjata. ini menyebabkan Anwar menyaman Chandra RM10 juta ringgit seperti dilaporkan oleh malaysiakini. Anwar juga menyaman KJ sebanyak RM100 juta kerana menfitnah beliau dalam satui ceramah di Lembah Pantai.

Antara isu yang mungkin akan dilakukan oleh BN yang didengari di bilik gerakan UMNO (sumber mereka mungkin dari BTN - Biro Tata Negara) ialah :
1. memainkan isu survival Melayu bila UMNO kelah dengan PAS/PKR kerana jumlah bilangan kerusi parlimen Melayu hanya 124 kerusi . jadi kalau UMNO kalah 40, cina akan lebih berkuasa uhntuk menentukan politik Malaysia kerana UMNO tidak boleh bentuk kerajaan sendirian dan memerlukan sokongan MCA/MIC. Dan jika kuasa sudah berada di tangan MCA/MIC - Cina dan India, orang Melayu akan hilang kuasa selamanya seperti Melayu Singapura. - takut akan 13 Mei berulang jika BN kalah...

2. Dibelakang Anwar adalah satu pertubuhan antara agama antarabangsa... dan Anwar menerima ijazah Doktor kehormat dari Universiti Kristian di Amerika. Ini dikaitkan dengan kes Lina Joy dan lain lain kes murtad.

3. Seterusnya dari nombor 2 dikaitkan, Anwar adalah dalang disebalik demonstrasi Hindraf. Dikatakan terdapat gambar para demonstrasi hindraf memegang poster gambar Anwar di lorong lorong semasa demonstrasi hindraf berlaku.

Saya rasa pada hari "killer day" mungkin beberapa gambar atau video yang dibekalkan oleh BTN akan digunakan untuk menyokong 3 point diatas.

Oleh itu, saya berharap, pihak BA dapat bersedia dan buktikan bahawa tentangan keatas BN adalah bersifat majmuk, semua bangsa terlibat... dan kita boleh hidup dengan aman diantara kaum selepas BN tumbang. Jelaskan jika banyak kerusi UMNO tumbang, yang menang adalah orang Melayu juga dan MCA/MIC tidak boleh menguasai Melayu kerana mereka juga tumbang ditangan PKR yang pemimpinnya adalah majmuk dominan Melayu dan DAP ayng hanya bertanding hanya 47 kerusi. Untuk bentuk kerajaan, DAP harus berkerjasa dengan PAS dan PKR yang didominasi oleh melayu. Jelaskan hak hak Melayu tidak terjejas kalau BN tumbang... malah akan lebih terjaga dan dibela tanpa mengabaikan kaum kaum lain......


===== TERKINI======
Harakahdaily (
Thu | Mar 06, 08 | 5:08:33 pm MYT) melaporkan "BN edarkan VCD burukan Anwar di Perlis". VCD tersebut bertajuk "Islam dipersenda, bangsa dihina, negara diperkuda" dilaporkan diedarkan sekitar DUN Santan. Adakah video yang sama dengan kandungan video VCD ini yang akan digunakan pada malam "Killer Day" kelak? Diharap pihak BA - PAS dan PKR dapat bersedia. Dalam risalah terakhir dan ceramah terakhir, sila tangkiskan kandungan VCD ini....

Tuesday, March 4, 2008

Betul ke Kelantan nak Bankrup bawah PAS??? atau hanya auta BN?

Saya terjumpa ini dalam email saya. Mungkin malaysiakini boleh membantu mendedahkannya... :

Untuk renungan…betui ke fakta ini? Ada tak akhbar2 termuka Malaysia membuat perbandingan ini supaya rakyat jelata boleh berfikir sejenak???
Jika selama ini Petronas untung sejak 2000:

2000 - 21.611 bilion RM (untung kasar)
2001 - 29.029 bilion RM (untung kasar)
2002 - 24.318 bilion RM (untung kasar)
2003 - 26.873 bilion RM (untung kasar)
2004 - 37.445 bilion RM (untung kasar)
2005 - 58.037 bilion RM (untung kasar)
2006 - 70.2 billion RM (untung kasar)
2007 - 76.3 bilion RM (untung kasar)


Jika selama ini Kerajaan BN menggunakan duit Petronas:

-Membina menara berkembar Petronas - 10 bilion ( NILAI DALAM RM )
-Membina KLIA - 10.5 bilion ( NILAI DALAM RM )
-Membina MSC - 19 bilion ( NILAI DALAM RM )
-MembinaTrek F1 - 286 juta ( NILAI DALAM RM )
-Menaja Petronas Sauber F1 - 1 bilion setiap tahun ( NILAI DALAM RM )

-Menaja subsidi gas kepada YTL Power (milik Yeh Tiong Lay) dan Genting Sanyen (milik Lom Goh Tong) - siapa untung? ( 14 bilion setahun - NILAI DALAM RM )
-menyelamat kerugian DRB-Hicom (proton) -
siapa untung? ( 1 bilion - NILAI DALAM RM )
-menyelamat kerugian MISC (milik Mirzan Mahathir) - siapa untung? ( 1 bilion - NILAI DALAM RM )
-menyelamat kerugian Bank Bumiputera - siapa untung? ( 4 bilion - NILAI DALAM RM )
MUHYIDDIN Kata: HUTANG KERAJAAN NEGERI KELANTAN KINI CECAH RM1 BILION
Betui ke kata Pak Menteri ni or akhbar yang silap lapor?
Pada tahun 2005 Laporan akhbar menyebut Ketua Audit Negara Tan Sri Hadenan A. Jalil, tunggakan hutang kerajaan negeri pada kerajaan persekutuan:
1. Johor (RM598.35 juta)
  1. Kedah (RM450.96 juta)
  2. Pahang (RM414.48 juta)
  3. Selangor (RM377.33 juta)
  4. Terengganu (RM259.75 juta)
  5. Negeri Sembilan ( RM144.37 juta)
  6. Sarawak (RM77.69 juta)
  7. Melaka (RM76.22juta)
  8. Sabah (RM70.20 juta)
  9. Kelantan RM46.61 juta
Siapa yang paling banyak utang yee?? Silap lagi kot angka ni.
Siapa yang memerintah pun..faktar yang sebenar perlu dimaklumkan bukan diputar belitkan….Hari ni kau memutar belitkan..esok lusa giliran aku pulak….. Apa kira pun kalau KJ memang memang lagi LINGKUP Malaysia!

Pembatalan guna dakwat, gunakan peluang ini untuk buktikan SPR dan BN sekongkol tipu pilihanraya

Apabila saya membuka malaysiakini selepas balik dari pasar malam petang tadi, saya terkejut apabila membaca berita bahawa SPR membatalkan penggunaan dakwat didalam pilihanraya ini.

Apabila saya menyemak berbagai blog dan tranungkite, ramai yang agak kecewa dan ada juga mencadangkan BA memboikot pilihanraya ini.

Pada saya, ini adalah peluru bunuh diri oleh BN/SPR kerana inilah kesempatan untuk kita menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa SPR dan BN bersekongkol menipu didalam pilihanraya dan apa yang didakwa oleh parti parti BA dan BERSIH adalah benar. Selama ini rakyat, terutama diatas pagar sudah mengetahui bahawa dakwat akan digunakan. Tiba tiba apabila ianya dibatalkan, sudah tentu merekaSPR/BN takut untuk menggunakannya.

Oleh itu, Saya cadangkan BA menggunakan kesempatan ini berkempen untuk membuktikan kepada rakyat bahawa SPR adalah penipu dan bersekongkol dengan BN untuk menipu dalam pilihanraya ini. Jelaskan bahawa apa yang didakwa oleh BA dan BERSIH adalah benar dengan pembatalan ini. Jelaskan kepada rakyat terutama mereka diatas pagar bahawa pembatalan penggunaan dakwat ini sebagai bukti penipuan pilihanraya disamping segala bukti yang sedia ada.

Gunakan kesempatan yang tinggal untuk berkempen tentang ini terutama terhadap mereka di atas pagar, insyaallah, segala penipuan tersebut tidak dapat melawan semua undi yang BA dapat dengan adanya tambahan undi mereka di atas pagar kepada BA.

Galakkan rakyat keluar mengundi untuk menghalang nama mereka digunakkan oleh pengundi hantu. Kempenkan... Jika ada di"daftarkan" atau ditukar secara tidak rela, pergilah ke tempat mereka disenaraikan mengundi. jadi Jika terdapat penipuan, jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi, maka statistik keluar mengundi akan menjadi tidak masuk akal... contohnya lebih 90 % keluar mengundi...

Ini adalah kerana jika ditolak mereka yang sudah meninggal, tidak dapat balik mengundi, ditukar secara tidak rela ke tempat jauh... dicamput dengan mereka yang mengundi, maka peratus keluar mengundi adalah melebihi 90 - 95%.. malah tidak hairan kalau ada lebih 99%.... iaitu jumlah yang tidak logik. Jadi , itulah bukti penipuan yang dilakukan oleh SPR/BN.

Maklumat dari bilik gerakan BN.......
ps. Saya dengar sendiri situasi Penang bagi BN adalah kritikal dan itulah sebab Dollah Badawi tidak meninggalkan Penang. beliau ke Kedah, then balik Penang, Ke Kelantan, Terengganu, KL, then balik Penang.

pss. Di DUN Simpang Empat, Perlis, banyak bilik gerakan BN ditutup malam tadi. 3 kawasan merah BN ialah Berseri, Sanglang dan Simpang Empat. Kuala perlis ialah kawasan kelabu putih... iaitu tidak tentu....

psss. BN semakin gawat.. Dollah pun tak sanggup datang melawat akibat cemuih dengan Shahidan.... walaupun situasi di Perlis kritikal.....

Pengundi Burma sampai ke Pekan, Pahang

Apabila membaca laporan Malaysiakini mengenai pengundi pengundi keturunan Burma di Pekan, Pahang, saya agak terkejut kerana sampai begitu jauh pendatang Burma ini digunakan oleh BN untuk memenangkan calon calon mereka.

Selama ini saya mengutarakan isu pendatang pendatang Burma ini yang banyak di Pulau Langkawi serta Kuala Perlis yang dilayan sebagai "anak Emas" kerajaan dan digunakan oleh BN sebagai pengundi hantu.

Saya pernah menulis bagaimana Mereka ini diberi rumah secara percuma selepas 2 kali kebakaran penempatan mereka di Buklit Malut, Langkawi. Pada kali pertama mereka diberi rumah murah di Taman Nilam, Langkawi dan pada kali kedua , rumah yang dibina oleh pihak tentera berhampiran Taman Nilam - Sungai Kisap.
Sila lihat blog saya di link berikut...
pautan ini

Gambar di link berikut :
http://anak_perelih.fotopages.com/

juga tulisan saya di Tranungkite.net
artikel ini
dan
artikel ini


Persoalan, apakah mereka akan mengundi untuk BN... terjawap dengan adanya jawatan Peng. warga baru di bilik gerakan BN di satu DUN diPerlis.
PAUTAN INI

Selain dari menjadi "pengundi hantu", mereka juga mendatangkan masalah sosial dengan penduduk setempat di Langkawi dan Kuala Perlis.

Berikut adalah laporan Malaysiakini tersebut....

PKR dakwa pendatang Burma didaftar di Pekan
Mar 4, 08 1:11pm
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beratus-ratus pengundi luar dari kalangan pendatang Burma telah dimasukkan ke dalam daftar pengundi bagi kawasan Parlimen Pekan.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata pihaknya mendapat maklumat tersebut daripada sumber-sumber yang sangat dipercayai.

"Mereka yang mengetahui menganggap tujuannya ialah untuk menjamin kemenangan besar bagi calon Umno di sana, Najib Abdul Razak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini

Syed Husin berkata, dalam pilihanraya 1999, Najib menang dengan majoriti hanya 241 undi.

"Selepas itu beribu pengundi pos tentera dibawa masuk. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar. Kali ini ceritanya berlainan," tegasnya.

Syed Husin mendakwa, dipercayai dalam fasa pertama, 200 keluarga dibawa masuk ke Kampung Baru Cenderawasih.

'Disedia rumah'

Menurutnya, kampung tersebut dibangunkan dengan bantuan jabatan-jabatan kerajaan tanpa memerlukan usaha dari pendatang tersebut.

"Mereka diberi rumah percuma, tanah dua ekar percuma yang ditanam dengan nenas dan bantuan RM300 sebulan dari jabatan kebajikan masyarakat.

"Didapati bahawa kad pengenalan bagi mereka ini dikeluarkan di Putrajaya. Kod yang digunakan bagi kad pengenalan mereka ialah untuk Kedah, akan tetapi mereka didaftarkan sebagai pengundi di Pekan," tambahnya.

Syed Husin juga berkata, sumber yang dipercayai memberitahu pihaknya bahawa tidak kurang dari 2,000 pengundi seperti itu telah didaftarkan di kawasan mengundi yang berlainan di seluruh Pekan.

"PAS pernah membuat bantahan tiga kali terhadap sesetengah nama baru yang dimasukkan, apabila senarai pengundi dipamerkan.

"Beberapa nama pengundi berjaya dikeluarkan kerana orangnya tidak dapat dicari. Akan tetapi dipercayai banyak lagi nama masih belum dikeluarkan.

Penduduk bantah

"Mereka ini akan dibawa mengundi, kita tahu untuk siapa pada 8 (Mac) ini. Nampaknya satu penipuan besar sedang berlaku," tambahnya.

Dalam pada itu, Syed Husin berkata, sekumpulan anak-anak Pekan telah membuat bantahan mengapa 200 keluarga luar ini diberi rumah dan tanah percuma.

"Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula digunakan untuk membersihkan kawasan serta rumah yang akan didiami keluarga-keluarga luar itu.

"Layanan sangat istimewa ini tidak pernah diberikan kepada anak-anak Pekan sendiri. Mengapakah mereka orang luar diberi layanan sebegitu istimewa?

"Apa sebab anak-anak tempatan tidak mendapat layanan yang serupa?" soal Syed Husin.

Saturday, March 1, 2008

BN perguna jabatan/kakitangan dan bangunan milik kerajaan di Perlis

Semasa waktu berkempen pada pilihanraya ini, BN menggunakan pegawai - pegawai dan kenderaan jabatan penerangan untuk tujuan berkempen bagi pihak mereka. Mereka juga menggunakan pegawai dan ustaz JASA untuk majlis ceramah agama yang mempunyai mesej kempen BN walaupun tidak begitu menonjol.

Dan terbaru, mereka juga menggunakan dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis untuk menjalankan sesi taklimat kepada perayu undi BN kawasan Kuala Perlis. Pada majlis ini, wang belanja perayu undi (RM50 seorang, akan dapat lagi dari masa ke semasa), payung dan beg diagih agihkan oleh BN. Majlis tersebut dihadiri oleh calon DUN Kuala Perlis dan Calon Parlimen Kangar - Dato Seri Radzi. Saya mempunyai bukti bergambar tentang majlis ini.


berita berkait.....
Saya telah menghantar sms kepada calon Pas Kuala Perlis mengenai hal diatas, tetapi tiada mendapat sebarang balasan. Pada sebelah petang, saya mendapat berita bahawa beliau telah tercedera terjatuh dari bumbung rumahnya semasa membaiki bumbung yang bocor. Dan ini telah disiarkan oleh malaysiakini.com. Semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan kempen yang berbaki ini.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..