Wednesday, August 12, 2009

Isu arak di Selangor/Shah alam - jawapan kepada Mahaguru58

Saya ada terbaca posting Mahaguru58 di blognya yang bertajuk "7 Eleven and other convenience stores are liquor stores!" dan merasakan beliau mensasarkan kata kata yang keras tersebut kepada orang yang salah.... ini balasan saya di ruangan komen beliau....

Mahaguru 58 menulis :
" We even have a Selangor Chief Minister who says that it's okay to sell beer in the state!

No worries Ronnie! You and all the Pakatan fellows can Yam Seng as you please because the YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, your favorite can do guy is all for beer to be sold and consumed at the people's own discretion!

As long as Pakatan rules Selangor, you guys can hic hic your way as you please! :)"

Untuk pengetahuan Mahaguru58... masalah penjualan beer di 7-11 seksyen 8 tu sudah sedia ada sejak mula mula 7-11 dibuka di situ - 8 tahun dahulu...(saya tinggal di seksyen 8 selama 13 tahun)... iaitu sejak UMNO/BN memegang kuasa.. semasa itu AJK surau seksyen 8 (surau yang ditutup oleh Khir Toyu kerana aktif dengan ceramah dan kuliah)telah berkali kali komplen dan menulis surat kepada MBSA/ADUN/MP 7-11 dll tetapi semuanya tiada tindakan. MBSA/MP dan ADUN shah alam tak ambil pot langsung.. senyap sunyi... sampai dikatakan, surau yang ditutup, bukan penjual arak tu... Tapi bila PR perintah, ianya dibincang dan diperdebatkan jalan penyelesaiannya... ada tindakan positif dan ianya lebih baik (far better) dari zaman UMNO/BN....

Apabila pengerusi AJK surau menulis surat kepada MBSA baru baru ini, MBSA melakukan tindakan merampas beer itu... tetapi Ronnie Liu mengatakan ianya tidak sah kerana beer ditakrif sebagai bukan arak dibawah undang undang kastam dan eksais yang dibuat oleh UMNO/BN sendiri kerana kandungan alkohol adalah kurang dari 8%. Lesen arak ini adalah dibawah bidang kuasa kastam dan eksais... (selain dari ketidakfahaman Ronnie Liu tentang Islam, tapi yang Khir Toyo tu dah Islam tapi buat buat tak paham macam mana pula???)

jadi saya berpendapat, kata kata Mahaguru yang pemimpin PR "all the Pakatan fellows can Yam Seng as you please because the YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, your favorite can do guy is all for beer to be sold and consumed at the people's own discretion!" dan "As long as Pakatan rules Selangor, you guys can hic hic your way as you please! " haruslah dituju kepada Khir Toyo dan puak puak UMNO/BN kerana selama ini tak ambil peduli/pot akan penjualan beer serta kilang Carlsberg serta Guiness dibina dan dibenarkan beroperasi semasa zaman UMNO/BN perintah. Saya merasakan Mahaguru58 tersalah orang untuk menulis satu penghinaan seperti itu. Nampak sangat Mahaguru58 tidak meneliti isu ini dan apa yang berlaku selepas PR perintah dengan teliti... dan nampaknya sejak kebelakangan ini, Mahaguru dilihat telah "dibeli" oleh UMNO seperti apa yang dikatakan oleh Tulang Besi dari Malaysiawaves.

8 comments:

MAHAGURU58 said...

Anak Perelih,

Saudara nak fitnah saya dibeli oleh UMNO ke apa terpulang lah sebab apa sahaja yang saya cakap akan diputar oleh saudara dan yang sekepala dengan saudara.

Ingat lah saudara bahawa fitnah tanpa bukti akan memakan saudara sendiri.

Saudara nak bersekongkol dengan mereka yang menggadaikan agama, terpulang kepada saudara.

Agaknya saudara ada masaalah pandangan sebab tak nampak saya menegur pihak BN dan Kesultanan Melayu sekian lama ni?

Sebelum menambah dosa dan menghilangkan barakah diri saudara dengan membuta tuli memfitnah saya dengan mengikut kesemberonoan mangkok hayun yang lain, saya harap saudara akan bermuhasabah diri dahulu dan teliti balik akan tempelak saya terhadap siapa sebenar nya didalam artikel di atas?

Saya menulis demi Islam bukan demi politik murahan baik UMNO mahupun PAS atau PKR?

Apatah lagi dengan Kaffir yang lain yang Pakatan Penyamun dan Penyangak dokongan saudara memporakperandakan kedudukan ummah di tanah air ini?

Kita ketemu di Padang Mahsyar nanti.

Saya tak akan maafkan sesiapa sahaja yang memfitnah saya tanpa bukti!

Saya serahkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk memberikan hukuman setimpal kepada saudara dan konco konco saudara.

Menulis mencaci maki orang secara bersembunyi tandanya apa?

Bukan bacul namanya seperti orang orang yang sefikrah dan menyamar seperti saudara?

Dedahkan lah identiti jika saudara terdiri dari orang orang yang benar?

Ini sama saja dengan bangsat bangsat yang menggelarkan diri mereka sebagai sjsandteam.wordpress atau makkal.org memaki hamun orang tetapi dayus menyembunyikan diri!

Minta maaf le.

Saya tidak akan melayan pengecut pengecut sebegini lagi.

La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim bil sultanik!

Jika anda benar benar yakin anda benar, maka siarkan lah jawapan saya ini disini!

Saya sudah siarkan nya di blog saya.

Zanie said...

Memang benar Mahaguru58 bersekongkol dengan UMNO. Saya yang mengikuti blog beliau terkejut beruk pada satu ketika Mahaguru58 yang dikatakan memperjuangkan Islam ini mengutuk Nik Aziz habis-habisan dan memuja-muja pemimpin BN khususnya Zaid hamidi! Dengan jelas dan terangnya Mahaguru58 mengisytiharkan yang dia kan bersama pemimpin-pemimpin ini (UMNO) untuk memperjuangkan apa yang dipanggil kedaulatan Islam! Maaf saya lupa tarikh siarannya dan saya tidak pula menyimpannya sebagai rujukan sebagaimana artikel lain yang saya anggap bernilai..kalau tidak saya boleh tampalkan di sini untuk saudara baca.

Bagi saya sudah jelas Mahaguru58 hanyalah salah seorang bloggers yang menjadikan dirinya barua UMNO. Tidak syak lagi!!

Anak Perelih said...

Saya tidak memfitnah Mahaguru58 dibeli oleh UMNO seara fizikal.. iaitu saya tidak mengatakan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Mahaguru ambil duit dari UMNO.. tetapi saya mengatakan bahawa "Mahaguru dilihat telah "dibeli" oleh UMNO seperti apa yang dikatakan oleh Tulang Besi dari Malaysiawaves" Maksud 'dilihat' ini bermaksud "seolah olah nampak seperti"... dan mengikut apa yang telah dikatakan oleh Tulang Besi... dan 'nampak' ini adalah nada dari posting posting di blog saudara...

yang menggadaikan agama adalah UMNO kerana selama ini mereka tidak berbuat apa apa tentang isu penjualan arak di Selangor/Shah alam...

Siapa yang anda tempelak didalam artikel saudara itu sedangkan saudara menulis "Pakatan fellows", "As long as Pakatan rules Selangor, you guys can hic hic your way as you please! " yang juga merujuk kepada PAS kerana PAS adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Selangor... Saudara telah menfitnah PAS membutatuli yang sebenarnya... mengambil balik ayat saudara.. "Kita ketemu di Padang Mahsyar nanti."

Siapa yang mencaci maki di sini... sila ligat artikel saudara itu kembali... siap ada "hic hic your way as you please! :)" lagi... dan saya tidak menggelar saudara sebagai "BANGSAT - BANGSAT"... saudara yang menggelar orang lain dan saya sebagai "BANGSAT_BANGSAT".. jadi saudara lah yang mencaci maki di sini...

Dan untuk pengetahuan Mahaguru58, saya tidak perlu untuk meluluskan balasan saudara kerana ianya automatically akan tersiar....

Anak Perelih said...

Sudah lama saya mengikuti blog Mahaguru58.. dan pernah menghormatinya sebagai BLOGGER ISLAM.. tetapi tiba tiba saya dapat rasakan hala tuju dan nada beliau berubah... memang dulu beliau nampak ikhlas... PASPKR, UMNO semua ada kena.. tetapi sekarang ini nampak macam ada agenda.. dlm isu arak ini.., hentam sebelah sahaja dan kepada orang yang salah.. dan nampak bukan berpihak kepada kebenaran.. tetapi kepada sentimen tertentu yang berlainan dari dahulu...

Apabila Tulang Besi memperkatakan tentang perubahan ini, saya kurang yakin.. tetapi selepas meneliti posting dahulu dan sekarang, nampak jelas perubahan mahaguru58...

Anak Perelih said...

Mahaguru58 ada mencabar saya untuk menyiarkan komen beliau terhadap posting/komen saya dan saya menjawab bahawa saya tidak perlu meluluskan komen beliau kerana komen beliau akan secara automatik akan tersiar.. dan jawapan saya itu ada saya pastekan di ruangan komen artikel beliau yang sama.. dan saya masih lagi menunggu ianya disiarkan... sedangkan saya dapati beliau telahpun membuat 2 posting baru dan saya faham, belaiu telah melihat balasan saya itu...

Mahaguru58... saya masih menunggu komen balasan saya kepada komen anda di sini untuk disiarkan... kerana anda mencabar saya untuk menyiarkan komen anda... atau anda seorang yang sudah 'terbotoi' (dialek orang Utara)

Nizam Mahmud said...

Membicarakan tentang orang sepert Mahaguru58, membuatkan saya teringat dengan bekas Presiden US iaitu George BUsh Jr.

Dikatakan beliau 'menjumpai' agama dalam usia yang agak lewat.

Zaman muda nya di habiskan dengan berpoya-poya dan bersuka ria bersama teman dan taulan. Pada masa itu, agama tidak menjadi perhitungan bagi beliau.

Segala nya bermula apabila beliau 'menjumpai' agama.

Mereka yang menjumpai agama dalam usia yang lewat ini mempunyai implikasi dan sindrom-sindrom yang tertentu.

Bagi Bush, sesetelah menjumpai agama, maka beliau mempunyai sikap yang sangat keras terhadap apa saja yang dikatakan bertentangan dengan ajaran-ajaran.

Muncul lah istilah penghapusan 'wrong doers' dalam tempoh pemerintahannya. 'Wrong doers' ini kategori nya adalah pembuat maksiat, pengikut ajaran sesat (termasuk lah Islam sebab dari kaca mata seorang new born Christian, agama lain adalah sesat lagi menyesatkan)

'Wrong doers' ini bagi mereka yang baru menjumpai agama ini cuma ada satu jalan penyelesaian iaitu hapuskan mereka dengan apa cara dalam apa keadaan dan undang-undang tidak wajar diikuti jika dilihat 'melindungi'wrong doers ini.

Maka jadilah pembunuhan orang Islam sewenang-wenang nya di Irak dan Afghanistan sebab majoriti di negara ini adalah wrong doers juga mengikut kaca mata Bush.

Tidak mengapa jika alasan palsu dan penuh pembohongan digunakan.

Yang pentingnya adalah, hukum agama ditegakkan keatas mereka yang hidup dalam kesesatan.

Golongan sebegini percaya, bahawa jika apa pun yang mereka lakukan, ianya mendapat restu dari Tuhan. Dan ikrar mereka adalah mereka cuma akan taat pada perintah Tuhan saja.

Dah hasil nya boleh kita lihat sendiri pada hari ini. Amerika Syarikat berkecamuk disebabkan hutang-hutang perang yang sampai kiamat tidak akan mampu dibayar, rakyat makin ramai hilang punca rezeki, nama yang sudah pun tidak harum makin menjadi busuk di mana-mana.

Sindrom berjumpa agama di kala sudah berusia ini kita boleh ramai di kalangan rakyat Malaysia juga.

Cuma kita sedikit kurang malang sebab mereka ini bukanlah bakal Perdana Menteri.

Nizam Mahmud said...

Sedikit ralat

Istilah yang sepatut nya bukan lah wrong doers tapi evil doers.

Satu istilah agama yang merujuk kepada pelaku maksiat dan pengikut ajaran sesat, yakni ajaran yang bertentangan dengan ajaran Christian right ini.

al-Balingi said...

Salam,

Apa jua pandangan dan kritikan dari pihak sana, yang pasti ideologi PAS masih kekal. Sekurang2nya, dengan sedikit kuasa yang dikurniakan Allah, program mencegah kemungkaran diteruskan. Just can't wait for Kedah Government to do the same..InsyaAllah, kalu kita menolong agama Allah, pasti Allah membantu kita.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..