Tuesday, October 6, 2009

undi pos - pengundi yang pindah/bersara - mungkin ini jawapannya

Saya ada terbaca posting blog mengenai siapa pangkah undi pos anggota tentera yang pindah... pendapat saya tentang pekara tersebut adalah... Mungkin kertas undi unreturned/hilang tu adalah untuk pengundi yang telah bersara/pindah unit selain dari mereka yang tidak memulangkannya (mengundi) kerana tidak mahu mengundi BN. Di Bagan Pinang, bukan semua anggota tentera di situ boleh mengundi kerana ramai juga yang nama mereka masih di DUM/Parlimen kem lama mereka terutamanya kem di Parlimen Pekan - kerana menjaga agar Najib tidak kalah / dimalukan seperti PRU 1999 dulu - 240 undi majoriti. Dan tidak semua undi pos di Bagan Pinang akan dibuang/pangkah/kembalikan kerana ramai anggota yang telah bertukar kem serta bersara....

Untuk mengelak manipulasi undi yang tidak diambil pengundi pos, maka pihak wakil PR yang berada di pusat pembuangan undi pos hendaklah mengira jumlah yang membuang undi dan membuat perjumlahan... bandingkan dengan jumlah undi semasa diumumkan keputusan undi pos... jika jumlah undi semasa pengumuman lebih daripada jumlah yang membuang undi.. maka sahlah terdapat pihak yang mengundi bagi pengundi pos yang tidak membuang undi... dan saya pasti pihak ini memangkah berdasarkan garis panduan ini ;

Jika BN melayu lawan PR melayu - undi BN
Jika BN bukan Melayu PR melayu - undi PR - ini yang menyebabkan undi pos teluk kemang berpihak kepada Roslan Kasim dahulu.
jika BN bukan Melayu PR bukan Melayu - undi BN

No comments:

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..