Aik.... dah tak ada berita yang lebih penting lagi ka sampai Anwar berang pasai soalan tentang jam Omega pun boleh jadi front page news....???? Ni lawak apa ni...?? Lawak UMNO/Utusan Meloya kot....??? Mana berita pilihanraya Sarawak??? Mana laporan ucapan Najib di Kuching semalam???? Mana berita/gambar Bik Mama Rosmah tu???? Mana berita serangan terhadap PAS/PKR/DAP??? Atau dah Utusan Meloya dah bankrup/kemarau idea/isu dah???
Tapi adakah Anwar berang seperti dilapor oleh Utusan Meloya....??? sila lihat video berikut....
Sunday, April 10, 2011
Utusan dah kemarau isu/idea....
Posted by
Anak Perelih
at
7:13 PM
1 comments
Labels: Lawak UMNO
Wednesday, April 6, 2011
Datuk Yahya Yeop Ishak : pegawai memerintah polis dalam peristiwa Memali
Anda masih ingat dengan peristiwa Memali...?? pegawai memerintah polis didalam peristiwa Memali adalah Datuk Yahya Yeop... dan ini maklumat tahun 2006 yang saya perolehi mengenai beliau....
In the other incident, a three-storey bungalow in Damansara Heights owned by former Federal CID director Datuk Yahya Yeop Ishak, 73, is believed to have been destroyed after lightning struck the home. The Gamuda Holdings director received a phone call from his maid about 3.30m telling him the house was on fire. His wife and fellow former senior police officer, Datuk Zakiah Laidin, son, Hasni, a daughter-in-law, for grandchildren and four maids were in the house when it caught fire. They escaped without injury.
The lightning strike is believed to have caused a short circuit in a bedroom, razing the house in minutes. City Fire & Rescue Department senior operations commander Anuar Harun said the fire was brought under control in 25 minutes by 48 firemen from the Jalan Hang Tuah, Sentul and Sri Hartamas fire stations.
“About 80% of the third floor was destroyed while the first and second floors did not suffer from extensive damage,” he said. Yahya, who was not at home at the time, was thankful no one was hurt when the fire broke out. “I told my maid to make sure everyone got out,” said Yahya, who retired from the police force in 1987.
Posted by
Anak Perelih
at
6:49 PM
3
comments
Tu dia... UMNO kedah kantoi dengan audit...
Febuari lepas UMNO Selangor dan GAPS membuat bising kata terdapat "penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh PKR Selangor" yang dituduh "menyalahgunakan wang rakyat apabila membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu yang kesemuanya berjumlah RM80,500."...
Tau tau yang dibuktikan oleh audit yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan parti adalah UMNO Kedah... sila tengok ni...
Duit GLC KEDAH depa belanja buat program UMNO..!!
http://sanusisetpol.blogspot.com/Update :
dan lagi dokumen boleh dilihat di sini... (right click dan select 'copy image location' dan paste kat net browser windows/tab)
Posted by
Anak Perelih
at
5:03 AM
2
comments
Labels: Lawak UMNO
Thursday, March 10, 2011
Friday, March 4, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Dari Blog Dr. Asri : HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA
Dari blog Dr Asri, Bekas Mufti Perlis....
HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.
Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.
Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.
iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka.
iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
v. Istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.
Posted by
Anak Perelih
at
6:10 PM
0
comments
Kerdau & Merlimau : UMNO hipokrit - Boleh pulak bila BN buat...
PAS selalu dituduh oleh UMNO sebagai mempergunakan Masjid atau mempeolitikan masjid.. tetapi di Merlimau, nergeri Ali Ketam, UMNO bebas mempolitikan masjid.. siap menggunakan laud speaker untuk berceramah berbau politik.... Premis awam turut jadi tumpuan kempen BN
Beberapa hari lepas pihak UMNO dan GAPS ada membuat laporan polis dan 'berkempen' didalam media arus perdana tentang salahguna wang kerajaan negeri Selangor didalam menempah bilik hotel bagi PKR.... seperti dilaporkan oleh Utusan Meloya.... dan beberapa blogger UMNO melaporkan berita ini dan ditambah dengan beberapa imej scan dokumen yang dikatakan bukti tersebut... tetapi sila baca dokumen yang ditunjukkan oleh blogger UMNO itu yang dikatakan sebagai bukti... ada ke dokumen tersebut menyatakan bilik bilik tersebut untuk PKR??? dan betul ke trarikh konvensyen PKR itu seperti dalam surat yang ditunjukkan tersebut??? atau bilik tersebut ditempah untuk pegawai kerajaan selangor???
Selepas menuduh kerajaan PR Selangor salah guna wang kerajaan untuk PKR... UMNO/BN tanpa segan silu dan malu klepada diri sendiri menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen didalam pilihanraya kecil Merlimau & Kerdau. Jika jabatan lain berkempen secara tidak langsung, Biro Tata Negara nampaknya berkempen secara langsung bagi pihak BN.... Selain itu, UMNO/BN juga dilaporkan menggunakan sekolah sebagaipusat operasi mereka.... Ini baru betul dinamakan salah guna jentera kerajaan untuk kepentingan parti....
UMNO/BN nampaknya semakin terdesak.... dan hipokrit....
AKU BOIKOT BAYAR CUKAI DENGAN MEMBAYAR ZAKAT......
Posted by
Anak Perelih
at
4:32 AM
0
comments
Tuesday, March 1, 2011
Kerdau : Polis sudah jadi jentera UMNO untuk mengacau ceramah PAS...
Adakah mereka menerima arahan individu yg memandu Proton Wira hatchback tersebut yang dipercayai orang UMNO yang tidak puas hati PAS berceramah di kawasan felda di Jengka ???
Laporan harian Malaysiakini melaporkan :
10.45pm Kerdau: A convoy of eight to nine police outriders enter the housing area of Felda Jengka 25 while PAS vice-president Tuan Ibrahim Tuan Man is speaking at a ceramah there.
The officers stop short of reaching the ceramah site, and start revving their engines. One of them is seen speaking to an individual waiting near a car for a few minutes, before the convoy turns around and leaves the area.
The individual then enters his car, a Proton Wira hatchback, and also leaves not long after that.
Dan laporan Malaysiakini pada 2 Mac
2pm Merlimau: Police bar PKR vice-president Tian Chua from leaving the DAP operations room at Merlimau town, insisting he follow them to the police station.
He is not told the reason.
"I called the OCPD, who said they wanted to check my car road tax, licence and engine number, so I said we can show the officer here," Tian Chua said.
"So I told him I would only go to the police station if he produced a 112 statement," he said.They later contacted the Election Commission, which said a complaint was received from the Jasin police station, and that it was illegal for Chua to broadcast campaign messages using a loudhailer as it disturbed the peace.
"So I told them I will turn it off and they let me go, although I think the excuse is an after-thought as they could have told me that an hour-and-a half-earlier," he said when contacted.
10.30pm Kerdau: Former Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin trains his guns on the police, who he claims have come in at least five patrol cars to monitor his ceramah at Kg Desa Puruh.
"It's alright if you want to take my picture. If you are doing this on orders of Umno, just remember that Allah will review what you have done at the end of days.
"I urge my brothers in the police force, don't be a barua (stooge) of Umno. Because you earn your salary from the people, and what you earn will feed your family, your children," he said.
Nizar was about to continue with his ceramah, but the PA system overheated and the speech was cut short. After waiting for five minutes, he decided to leave as he had to go for another ceramah at nearby Rumpun Makmur.
Posted by
Anak Perelih
at
7:16 PM
0
comments
Thursday, February 24, 2011
Awat bodoh sangat menteri ini?????
Beberapa blogger UMNO telah bertemu dengan Dato Seri Ismail Sabri Menteri KPDNKK bertanyakan isu mengenai Harga Minyak RON 95 yang sewaktu ini hangat di perkatakan oleh rakyat Malaysia seperti dilaporkan oleh blogger pembuat fitnah tersohor ini....
KJomen saya...: Awat menteri ni bodoh sangat...??? cukai kerajaan negeri berapa la boleh dikutip berbanding dengan cukai yg kerajaan persekutuan kutip...
Macam mana dengan subsidi kepada IPP??? ada pengurangan subsidi ke macam pengurangan subsidi kpd rakyat??? atau tak ada pengurangan subsidi sebab towkey IPP tu semua kroni BN... satu bukti... yg UMNO dok bela cina kroni... tapi dalam masa yg sama dok main sentimen anti cina...
Kerajaan negeri PR boleh bagi subsidi seperti kerajaan persekutuan beri ini dengan syarat..:
1. semua penduduk di negeri PR bayar semua cukai kepada kerajaan negeriPR seperti cukai yg dibayar kepada kerajaan persekutuan... termasuk cukai pendapatan dan cukai eksais cukai jualan etc....
2. PR ambil alih kerajaan persekutuan....!!! baru boleh membandingkan apa yg kerajaan persekutuan BN lakukan dengan kerajaan persekutuan PR akan lakukan....
Oleh itu untuk no 2.. maka undilah PAS/PKR/DAP pada pilihanraya Umum ke 13 kelak!!!
Posted by
Anak Perelih
at
11:41 PM
0
comments
Labels: Lawak UMNO
Ridzuan Tee : Aik..???? boleh pulak pensyarah IPTA berceramah politik???
Aik??? Boleh pulak si Ridzuan Tee ni beri ceramah dipentas politik? Bukan kah dia ni pensyarah IPTA - UPNM? Kalau pensyarah universiti swasta tu kot la jugak... ni universiti awam?
Apabila menyokong UMNO/BN, semua yang tak boleh oleh peraturan/undang undang akan jadi boleh... Ini dah jadi salahguna kuasa ni....
Posted by
Anak Perelih
at
7:32 PM
0
comments
Sunday, February 13, 2011
UMNO juara fitnah : Blogger/pecacai UMNO kantoi lagi... kali ini bagi Sultan Johor malu besar....
Didalam membuat fitnah kepada PAS, blogger blogger UMNO seperti Papagomo, PASberuk dan lain lain serta juak juak UMNO kantoi lagi... kali ini juak juak UMNO pun ambil bahagian dengan mengkhabarkan maklumat salah kepada Sultan Johor... yang menyebabkan sekarang ini Sultan Johor pun malu besar apabila pekara ini terdedah sebagai satu fitnah.... saya pun tak tahu diaorg ni ada perasaan malu ke...??? Kalau nak buat pun.. bagilah nampak cerdik sikit... !!!
yang terkini, mereka menuduh TG Nik Aziz dan orang PAS sembahyang 2 imam.. padahal sah sah Minaq Jingga, orang yang ambil gambar tu tulis di fotopages dia yang itu adalah solat yg di jamak qasar selepas solat zohor...
Blogger blogger UMNO ni ingat orang ramai ni tak boleh cari punca asal ganbar yg diaorg guna tu... dan dah sah sah Minaq jingga ada menulis nama dia di setiap gambar dia... senang orang pi tengok kat fotopages dia... tu yg blogger blogger UMNO ni kantoi tu... hehehehhehehe hahahahahahaha hohohohohohoh
Sila lihat gambar gambar ini...
Facebook Pasberuk...
Blog Papagomo...
dan ini penjelasan tentang gmabr tersebut selain dari fotopages minaq_jingga...
facebook Wally Bandit's...
Blog Milo Suam....
Sesungguhnya blogger blogger dan juak juak UMNO ni memohon maaf kepada TG Nik Aziz dan mereka didalam gambar tersebut kerana membuat fitnah ini serta kepada Sultan Johor kerana sudah memalukan baginda dengan memberikan maklumat fitnah kepada baginda....
Posted by
Anak Perelih
at
4:16 PM
0
comments
Labels: UMNO Juara Fitnah
Saturday, January 29, 2011
Pegawai kerajaan pegang jawatan dalam Parti: satu double standard
Berikut adalah biodata Calon UMNO/BN Tenang seperti dilaporkan oleh Harian Metro
Dari biodata tersebut, kita boleh lihat bahawa beliau seorang pegawai kerajaan bergred 41 ke atas... kerana beliau memiliki ijazah. Dan kita sudah maklum dibawah perintah am, pegawai kerajaan gred 41 keatas tidak boleh terlibat secara aktif dalam politik... kecuali yang dilongarkan baru baru ini. (semua pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, anggota-anggota Perkhidmatan Polis dan anggota-anggota Perkhidmatan Penjara adalah samasekali ditegah daripada mengambil bahagian yang cergas dalam politik seperti menjadi Ahli Jawatankuasa parti politik baik di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah)
Tetapi larangan itu pada realitinya hanya pada penyokong pari Pembangkang sahaja.. dan bukti jelas bahawa pegawai kerajaan boleh memegang jawatan politik dan aktif dalam politik jika ianya adalah parti UMNO dan BN.. Bukankah ini satu double standard???
Ini biografi calon BN tersebut... lihat pada Jawatan didalam parti dan tahunnya serta pekerjaan serta tahunnya.. :
BIODATA:
PARTI: Umno
NAMA: Mohd Azahar Ibrahim
UMUR: 39 tahun
TEMPAT LAHIR: Labis, Segamat
ALAMAT: No 19, Jalan Tenang 85300 Labis, Segamat
AHLI KELUARGA:
ISTERI: Tuty Roshizana Tumin
UMUR: 31 tahun
PEKERJAAN: Suri rumah ANAK: Nur Aina Maisara, 6; Nur Arisha Najwa, 3; Muhammad Haikal, 8 bulan
KELULUSAN: Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom, 1996; Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara, Melaka, 1993
PEKERJAAN: Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil (ADO) Rengit, Batu Pahat (2006-2011); Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006); Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
JAWATAN DALAM PARTI: Bendahari Pemuda Umno Bahagian Labis dan Ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis (2004-2008)
PERTUBUHAN: Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Rengit (2006-sekarang); Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim Dun Rengit (2000 - sekarang), Pengerusi Belia 4B Labis (2001 - 2005), Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000 - sekarang)
Posted by
Anak Perelih
at
6:01 PM
0
comments
Thursday, January 27, 2011
PRK TENANG : sERANGAN PERIBADI UMNO SEMAKIN MENJADI JADI
How low can Utusan be??? sila baca serangan peribadi kepada SUAMI calon PAS di PRK Tenang... tak dapat calon, suami calon pun diserang secara peribadi... muka hadapan pulak tu... betapa jijiknya Utusan mengampu UMNO...
Mereka menuduh Suami Cikgu Mala ambil cuti sakit untuk berkempen.. tapi bukankah MC tu disahkan dan beri oleh doktor bertauliah...??? Bukankah beliau juga menghadapi tekanan dipindahkan ke Johor Baharu semata mata isterinya diangkat menjadi calon PAS...??? itulah tekanan yang dihadapi oleh suami Cikgu Mala...
NAMPAK SANGAT UMNO DAH SEMAKIN TERDESAK!!!
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
http://marahku.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-normalas-cheating-husband.html
Posted by
Anak Perelih
at
7:48 PM
0
comments
Friday, January 21, 2011
Propaganda BN : Mana betul ni...??? PAS diperkuda DAP ke DAP diperkuda PAS...
Siapa kata PAS diperkuda DAP...??? lihat apa MCA cakap kepada orang Cina...!!! MCA kata DAP diperkuda PAS... siap buat kartun lagi... Dengan orang Melayu UMNO kata lain... kononnya PAS ni diperkuda DAP... Tapi dengan orang Cina MCA kata lain.. PAS ditakut takutkan kepada orang Cina dengan konsep Negara Islam... ini semua lidah bercabang pembohong BN utk pecah dan perintah... Untuk terus berkuasa bagi membolot kekayaan negara ini kepada mereka sahaja... Dah le Blogger blogger dia juara fitnah...
http://malaysiakini.com/news/154077

Jan 21, 11
6:40pm
Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.
Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”
Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.
Kempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.
Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.MCA kerja keras
Sementara itu, Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho, berkata beliau yakin pengundi kawasan itu akan menyokong BN, lebih-lebih lagi memandangkan Chua adalah bekas ahli parlimen Labis.
Katanya, MCA akan bekerja keras untuk memastikan pengundi di Tenang mengundi calon BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 30 Januari ini.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pendidikan kepada Kelab Kok Kuen Kepong untuk disalurkan kepada 135 pelajar sekolah rendah dari sembilan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Kepong di Kuala Lumpur hari ini.
Tan mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong yang tidak dapat menghadiri majlis itu.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.
English version
http://malaysiakini.com/news/154048
MCA unleashes race-religion leaflet campaign

Posted by
Anak Perelih
at
3:13 PM
0
comments
Wednesday, December 22, 2010
UMNO Juara Fitnah... : Kali ini memfitnah orang berzina pula
Selepas tidak gagal membuat fitnah di Galas, di Hulu Selangor dan fitnah mengatakan Lim Guan Eng memyembelih korban, UMNO sekali lagi dengan unggulnya memfitnah ADUN Selising berzina... dan Salahuddin Ayub berzina... perbuatan membuat fitnah zina ini termasuk termasuk didalam hukum HUDUD Qazaf - iaitu sebat sebanyak 80 kali.
Perbuatan membuat fitnah seperti ini adalah satu kerja biasa bagi blogger blogger pecacai UMNO.. sebab itu mereka tidak mahu hukum HUDUD dilaksanakan di negara ini, kerana mereka tahu bahawa mereka adalah golongan yang paling banyak akan menerima hukuman hudud. Sebab itu diancamnya kerajaan Kelantan dan Terengganu dibawah PAS untuk diistihar darurat jika hukum hudud dilaksanakan dan diarah pihak berkuasa - polis dan penjara agar tidak berkerjasama untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir selepas ianya dilulus dan digazetkan oleh 2 negeri tersebut. Selain dari itu Mahathir juga menghina akan hukum hudud dengan mengatakan seperti "sapa nak makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan", pembangunan tak boleh dijalankan kerana ramai tak ada tangan, habis batu di kelantan untuk dibuat pembangunan kerana semuanya diguna untuk hukuman merejam dan lain lain lagi.
Mengenai fitnah keatas ADUN Selising, berikut adalah kenyataan beliau seperti disiarkan oleh Utusan Malaysia -dan kenyataan dari TG Nik Aziz (bukan dari Harakah.. nanti kalau dari Harakah atau Malaysiakini, dikatakan laporan bias pulak oleh puak puak UMNO ni)
Update :
Pembongkaran fitnah Papa Gomo dan puak puak kaki fitnah dari UMNO :
TERBARU : PAPA GOMO SI PENIPU SUDAH TERKANTOI DALAM ISU ZINA ADUN SELISING
HIMPUNAN LAWAK POLITIK MINGGU INI DAN PENDEDAHAN ADUN PAS BERZINA
ZINA:ADUN SELISING SUDAH JAWAB,BAGAIMANA PULA ADUN PERUPOK?
SANDIWARA PUAK FITNAH:SAKSI KES ZINA ADUN SELISING DILANGGAR DAN DITETAK
SESUNGGUHNYA UMNO ADALAH JUARA FITNAH!!!
Posted by
Anak Perelih
at
6:16 PM
3
comments
Labels: UMNO Juara Fitnah
linkwithin.com
..

