Tuesday, March 4, 2008

Betul ke Kelantan nak Bankrup bawah PAS??? atau hanya auta BN?

Saya terjumpa ini dalam email saya. Mungkin malaysiakini boleh membantu mendedahkannya... :

Untuk renungan…betui ke fakta ini? Ada tak akhbar2 termuka Malaysia membuat perbandingan ini supaya rakyat jelata boleh berfikir sejenak???
Jika selama ini Petronas untung sejak 2000:

2000 - 21.611 bilion RM (untung kasar)
2001 - 29.029 bilion RM (untung kasar)
2002 - 24.318 bilion RM (untung kasar)
2003 - 26.873 bilion RM (untung kasar)
2004 - 37.445 bilion RM (untung kasar)
2005 - 58.037 bilion RM (untung kasar)
2006 - 70.2 billion RM (untung kasar)
2007 - 76.3 bilion RM (untung kasar)


Jika selama ini Kerajaan BN menggunakan duit Petronas:

-Membina menara berkembar Petronas - 10 bilion ( NILAI DALAM RM )
-Membina KLIA - 10.5 bilion ( NILAI DALAM RM )
-Membina MSC - 19 bilion ( NILAI DALAM RM )
-MembinaTrek F1 - 286 juta ( NILAI DALAM RM )
-Menaja Petronas Sauber F1 - 1 bilion setiap tahun ( NILAI DALAM RM )

-Menaja subsidi gas kepada YTL Power (milik Yeh Tiong Lay) dan Genting Sanyen (milik Lom Goh Tong) - siapa untung? ( 14 bilion setahun - NILAI DALAM RM )
-menyelamat kerugian DRB-Hicom (proton) -
siapa untung? ( 1 bilion - NILAI DALAM RM )
-menyelamat kerugian MISC (milik Mirzan Mahathir) - siapa untung? ( 1 bilion - NILAI DALAM RM )
-menyelamat kerugian Bank Bumiputera - siapa untung? ( 4 bilion - NILAI DALAM RM )
MUHYIDDIN Kata: HUTANG KERAJAAN NEGERI KELANTAN KINI CECAH RM1 BILION
Betui ke kata Pak Menteri ni or akhbar yang silap lapor?
Pada tahun 2005 Laporan akhbar menyebut Ketua Audit Negara Tan Sri Hadenan A. Jalil, tunggakan hutang kerajaan negeri pada kerajaan persekutuan:
1. Johor (RM598.35 juta)
  1. Kedah (RM450.96 juta)
  2. Pahang (RM414.48 juta)
  3. Selangor (RM377.33 juta)
  4. Terengganu (RM259.75 juta)
  5. Negeri Sembilan ( RM144.37 juta)
  6. Sarawak (RM77.69 juta)
  7. Melaka (RM76.22juta)
  8. Sabah (RM70.20 juta)
  9. Kelantan RM46.61 juta
Siapa yang paling banyak utang yee?? Silap lagi kot angka ni.
Siapa yang memerintah pun..faktar yang sebenar perlu dimaklumkan bukan diputar belitkan….Hari ni kau memutar belitkan..esok lusa giliran aku pulak….. Apa kira pun kalau KJ memang memang lagi LINGKUP Malaysia!

2 comments:

Anonymous said...

Kawe anak kelate ucap berbanyak terima kasih kerana sokongan demo terhadap pemerintahan Islam kelate

Anonymous said...

dengaq kata shahidan kassim & gengster2 dia nak p buat kacau kat istana 9 mac nih..dia takut pihak istana tak mau dah kat dia utk membentuk kerajaan baru..

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..