Tuesday, September 29, 2009

isu SELCAT... jawapan kepada Tulang Besi Malaysiawaves 2

Posting ini adalah untuk menjawab posting Tulang Besi - malaysiawaves tertajuk "Pegawai2 Kerajaan Selangor Sokong UMNO/BN Pada Pilihanraya 2008 "

Walaupun saya anak Perelih, tapi saya sudah berbelas tahun tinggal di Shah Alam... sebab itu saya banyak blogging mengenai Shah Alam/selangor dari isu perelih...

Saya tidak galak mempertahankan Hassan Ali semata mata beliau Hassan Ali... dan saya juga mempertahankan Khalid Samad didalam isu kepala lembu seksyen 23 bukan kerana semata mata beliau Khalid Samad.. tetapi kerana isu yang diutarakan...(sila rujuk blog saya tentang isu kepala lembu ini).. Mana yang saya rasa betul, saya sokong, mana tidak betul, saya tak sokong.... tak kira itu hassan ali ke, Khalid Samad ke, sapa ke...

Saya bukan seperti Tulang Besi yang bila tidak suka/sehaluan kepada seseorang itu, apa pun yang keluar darinya, beliau tidak akan suka dan menghentam... dan suruh keluar parti... ini perangai UMNO yang selalu kata "kalau tak suka dasar BN, sila keluar dari Malaysia".. Kita orang PR mestilah berfikiran terbuka, mendengar kritikan.cadangan orang.. mana yang bagus diambil... kalau MB Khalid mengikut perangai Tulang Besi, isu kuil seksyen 23 tak akan selesai.... itu beza PR berbanding BN...

Didalam kes Selcat ini, saya berpendapat bahawa ianya mestilah ditambahbaikkan di bahagian soalan itu diutarakan... nak tanya soalan, tanyalah... tapi bukan tanya soalan sampai suasana menjadi tegang /konfrantasi. ini kerana bila suasana tegang, pegawai daerah itu akan memberontak secara tidak memberikan maklumat yang diperlukan dan juga mereka boleh mensabotaj perlaksanaan dasar kerajaan negeri.. tambah pula seperti Tulang besi kata "Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO".. Oleh itu, Soalan yang diutarakan mestilah bijak untuk mengorek maklumat disamping memberi keselesaan kepada saksi untuk memberikan maklumat.. Guna psykologi sikit... kalau tidak, sampai bila kita boleh menghukum/mendedah penyelewangan ADUN UMNO?BN tersebut????? Lihat saja cara soalan diajukan di congressional hearing di US...

Saya menyokong saranan Hassan Ali untuk memasukkan professional serta mereka yang berpengalaman didalam bidang kehakiman kerana saya berpendapat didalam prosiding ini memerlukan akauntan, jurutera dan bekas hakim juga terutama apabila membabitkan soal teknikal dan akaun tanpa membuang mana mana ahli sekarang...

Walaupun saya tidak menyatakan di blog saya dan blog Tulang Besi, saya juga tidak bersetuju dengan saranan Hassan Ali untuk mengadakan prisiding secara tertutup... kalau tertutup pun saya bersetuju jika laporan prosiding Selcat itu didedahkan kepada orang ramai... tapi itu hak dia untuk menegur.. mana yang baik, terima.. mana yang tak praktikal, tak payah ikut,,.,,

Seperti yang Mahfuz Omar katakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit.. Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.
kerana selcat dibawah legislatif.. kerana selcat ditubuhkan oleh DUN.. dan Exco serta MB adalah executive... Pegawai daerah adalah dibawah executive.. sebab itu mereka berjumpa Hassan Ali untuk mengadu... dan sebab itu Hassan Ali bersuara mewakili executive dibawah (pegawai Daerah).. dan sebab itu MB Khalid menegaskan Selcat tidak akan dirombak, sebarang isu akan dibahaskan di DUN kerana ianya dibawah legislatif (DUN)

Mengenai isu penyapu itu, memang pegawai kerajaan Selangor tidak memberontak terhadap BN akibat isu penyapu ini.. tetapi kesan isu ini menyebabkan rakyat yang memberontak... ingat lagi betapa hangat isu hadiah penyapu ini didalam blig dan kahbar alternatif??? Akhbar MSM pro BN cuba buat damage control tentang isu ini.. dan ianya menyumbangkan kepada salah satu fator rakyat mengundi menolak UMNO/BN.. memang kawasan Melayu masih dibawah UMNO selepas PRU 2008.. tapi kerana mereka tidak menerima maklumat dari media alternatif.. media perdana cuba buat 'damage control" dalam isu ini.. tapi isu ini heboh di blog blog serta akhbar alternatif lain... dan ini menyebabkan melayu bandar serta bukan Melayu mengundi PR... persepsi rakyat lebih penbting kerana mereka yang menentukan siapa menjadi kerajaan...

nampaknya Tulang Besi bukan penganalisis politik yang baik. Beliau hebat kerana mempunyai maklumat dalaman dari pemimpin PR sahaja... sedangkan beliau banyak berada di luar negara (mengikiut maklumat yang saya dapat). Politik ini bukannya stright forward.. banyak helah dan strateginya...

1 comment:

Anonymous said...

simple ja tukang perelih..weii..kalu pesuruhjaya pas ni..jenis yg keperibadian nya elok dan baik..kalu ada isu apa2 pun akan berbincang secara baik dalam mesyuarat kerajaan negerii!!orang tak akan bising kalau cara hassan ali kena pada gayanya..org bising sebab gaya hassan ali nampak macam khir toyo..aku tak kisah kalu hassan ali nak kritik selcat tunggang lanngang pun tapi suarakan dengar cara baik..guna saari sungib..guna mesyuarat exco..guna mensyurat kepimpinan negeri pr..susah sangat ka??tapi pi guna media umno haram jadah buatpa..aku tak kisah kalu media malaysia non partisan..adil..dan tak putar belit..cakap pi la apa pun..ada paper lain boleh backing..tapi selagi takk wujud keadaan tu pandaila bawak diri bila wat public relation dengan media umno dan mca ni kan..aku nak ajaq pesuruhjaya dan exco kanan camana nak berdepan dengan media umno tak layak kan..so pandai2la..kepada tuan blog ni..buat la survey..kebanyakkan rakyat dan penyokong pr tak stuju dengan kebanyakkan tindakan hassaan ali..ni lah beza kami dengan penyokong pr..kalu najib ka..muhyidin ka buat slag..gtak dak nak kritik depa macam kami kritik hassan ali!!!

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..