Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang : Faktor PAS tewas.. dan UBN Najib Altantuya menang...

Gigitankerengga memberikan sebab sebab ini sebagai punca kelakahan PAS di Bagan Pinang...

1. Calon Pas bukan anak tempatan

2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian.

3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons

4. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.

5. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.

6. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????


dan tambahan saya pula adalah seperti berikut :

1. Pengundi Melayu tidak mendapat maklumat alternatif... harakah pun susah nak beli di kawasan luar bandar...

2. Pengundi Melayu percaya propaganda UMNO yang PAS jadi kuda tungangan DAP... PAS perlukan tindakan yang menidakan propaganda ini.... Bagaimana untuk memenangi hati pengundi Melayu di luar bandar... ????

3. Pengundi India beralih menyokong BN... perlu dicari apa sebab.... tak boleh harap kaum India terus menyokong PR... Sokongan masyarakat India kepada PAS hanya tinggal 30%.

4. Imej penyokong pas... Ada 6-7 orang wakil calon PAS tak pergi sembahyang Jumaat di masjid PUSASDA yang terletak 100m dari pusat mengundi POS semasa hari pembuangan undi pos dilakukan... diaorang bersembang bawah kemah... ini memberi gambaran buruk kepada PAS (kerana penyokong Parti Islam tidak pergi Solat Jumaat semata mata jaga undi) apabila dilihat oleh askar.. dan mereka ini orang tempatan...

Kepada blogger blogger UMNO.. Tahniah diucapkan... Hidup UMNO, Hidup BN... Hidup Isa.... Hidup RASUAH!!!! Tanpa RASUAH, negara ini tidak boleh membangun!!!... Rakyat sejahtera kerana RASUAH!!!! RASUAH penyelamat Melayu dan negara !!!! Posto.. posto...

7 comments:

Anonymous said...

ha ah memang orang melayu dah sedar dahh....hangpa PAS ni kuda tunggangan DAP ja... takdak pendirian,Blah PAS boooo

Anak Perelih said...

bukan orang Melayu dah sedar.. tapi orang Melayu tertipu dengan propaganda UMNO tu... nanti bila UMNO kuat balik... orang Melayu yg bukan pemimpin UMNO akan diketepikan termasuk la ahli UMNO biasa kat bawah bawah ni... UMNO masa tu hanya akan jaga towkey towkey Cina dan India, Pemimpin UMNO dan kroni kroni mereka... Rakyat bawah bawah ni akan diketepikan, tak kira dia Melayu ke Cina ke India ke...

misai said...

bro...
lu punya negeri ape crite?
perelih lagi karut...
jgn dok ludah ke langit la bro.
cermin muka lu!
sendiri mau ingat la!

Anak Perelih said...

Misai.... sebab pengalaman di Perelih lah gua tulis :
orang Melayu tertipu dengan propaganda UMNO tu... nanti bila UMNO kuat balik... orang Melayu yg bukan pemimpin UMNO akan diketepikan termasuk la ahli UMNO biasa kat bawah bawah ni... UMNO masa tu hanya akan jaga towkey towkey Cina dan India, Pemimpin UMNO dan kroni kroni mereka... Rakyat bawah bawah ni akan diketepikan, tak kira dia Melayu ke Cina ke India ke...

Nizam Mahmud said...

Fatwa Hj Hadi bila PR kalah di Batang Ai:

""Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," katanya."

Yer lah tu di tempat yang pakai 'molek' undi PAS.

Pandai lak nak wat post mortem, pasal tak pakai jer fatwa Hj Hadi bengap nie?

Dia pergi hina orang-orang Iban di Batang Ai, Allah balas balik dekat PAS dengan kekalahan yang memalukan di Bagan Pinang.

Apa ingat dia ular dalam semak, Allah tak akan berlaku adil pada semua orang ker?

Padan muka kena balas.

Link disini:

http://www.malaysiakini.com/news/108272

Anak Perelih said...

Nizam... kat semenanjung ni baru 7-1... kalau kesemua... baru 7-2... kalau main bolasepak.. keputusan macam tu .. dikira kena belasah la tu BN.... BTW.. PR berjaya merampas KT dari BN...

Col Roseli said...

Saya setuju benar dengan apa yang sdr katakan didalam ruang komen sdr. Mereka yang tidak bersetuju itu mungkin tidak pernah masuk UMNO atau masih lagi meminta-minta dan mereka tidak tahu penghujungnya sehinggalah mereka sampai di Sungai Buluh!!!.

Salam.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..