Wednesday, December 22, 2010

UMNO Juara Fitnah... : Kali ini memfitnah orang berzina pula

Selepas tidak gagal membuat fitnah di Galas, di Hulu Selangor dan fitnah mengatakan Lim Guan Eng memyembelih korban, UMNO sekali lagi dengan unggulnya memfitnah ADUN Selising berzina... dan Salahuddin Ayub berzina... perbuatan membuat fitnah zina ini termasuk termasuk didalam hukum HUDUD Qazaf - iaitu sebat sebanyak 80 kali.

Perbuatan membuat fitnah seperti ini adalah satu kerja biasa bagi blogger blogger pecacai UMNO.. sebab itu mereka tidak mahu hukum HUDUD dilaksanakan di negara ini, kerana mereka tahu bahawa mereka adalah golongan yang paling banyak akan menerima hukuman hudud. Sebab itu diancamnya kerajaan Kelantan dan Terengganu dibawah PAS untuk diistihar darurat jika hukum hudud dilaksanakan dan diarah pihak berkuasa - polis dan penjara agar tidak berkerjasama untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir selepas ianya dilulus dan digazetkan oleh 2 negeri tersebut. Selain dari itu Mahathir juga menghina akan hukum hudud dengan mengatakan seperti "sapa nak makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan", pembangunan tak boleh dijalankan kerana ramai tak ada tangan, habis batu di kelantan untuk dibuat pembangunan kerana semuanya diguna untuk hukuman merejam dan lain lain lagi.

Mengenai fitnah keatas ADUN Selising, berikut adalah kenyataan beliau seperti disiarkan oleh Utusan Malaysia -dan kenyataan dari TG Nik Aziz (bukan dari Harakah.. nanti kalau dari Harakah atau Malaysiakini, dikatakan laporan bias pulak oleh puak puak UMNO ni)

Update :

Pembongkaran fitnah Papa Gomo dan puak puak kaki fitnah dari UMNO :


SESUNGGUHNYA UMNO ADALAH JUARA FITNAH!!!

Sunday, November 7, 2010

Perlukan sumbangan banjir di Perlis/Kedah




Perlis sekarang ini memerlukan sumbangan tenaga terutamanya untuk kerja kerja pembersihan kerana air semakin surut kecuali di beberapa tempat di Tebing Tinggi, Bintong dan Seriab... sumbangan kewangan juga amat dialu alukan...

Sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada akaun :
1. Dewan Pemuda PAS Perlis : Bank Islam - 09010010011749. sila SMS Ustaz Azmir selepas memasukkan duit di nombor 0195157255
2.
Perhubungan PAS Perlis: Bank Islam: 09010010005759 atau menghubungi talian 04-9761836 (pejabat).
Bagi sumbangan berbentuk barang barang keperluan, sila berikan di Pejabat PAS Perlis di Jalan Sekolah Derma atau kepada PAS Kedah seperti dibawah.




Kedah pula masih lagi memerlukan sumbangan didalam bentuk barang dan keewangan untuk diberikan kepada mangsa mangsa banjir....


Gambar bukti projek double trecking keretapi punca banjir jadi buruk di Kedah
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2351&postdays=0&postorder=asc&start=60

Tuesday, October 26, 2010

UMNO Juara Fitnah... : tidak gagal menfitnah di Galas...

Didalam bulan Ogos lalu, saya ada membuat posting bertajuk "UMNO Juara Fitnah...!"... dan pada pilihanraya kecil Galas ini, UMNO tidak menghampakan saya untuk menjadi JUARA FITNAH dengan menfitnhttp://ah calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad pernah ditrangkap khalwat... lihat betapa bongkaknya sekali pemimpin UMNO membuat kenyataan untuk membuat fitnah... Semasa Pilihanraya kecil Ulu Selangor, mereka telah menfitnah Zaid Ibrahim memegang botol wiskey menerusi gambar yang telah di super imposed secara bodoh... kali ini mereka dengan jayanya, UMNO tidak gagal untuk memfitnah calon PAS....

Sesungguhnya UMNO JUARA FITNAH!!!

Thursday, October 14, 2010

Kes Sauk : Jaafar Puteh Revisited

Seperti posting saya tadi, selepas menonton rancangan Kes di TV3/4 semalam berkenaan dengan kes rampasan senjata di Sauk, saya teringat akan satu insan bernama "Jaafar Putih" yang telah disebut didalam rancangan tersebut dimana beliau dikatakan mempunyai 2 identiti didalam drama kes rampasan senjata tersebut... iaitu sebagai tebusan dan sebagai ahli Al Ma'unah... pendedahan ini telah dibuat menerusi web site pro Barisan Alternatif seperti Laman Reformasi dan Tranungkite.net dibawah artikel bertajuk "Pasal tebusan al-Ma'unah (Jaafar Puteh) yg meninggal "

Dari artikel tersebut, ramai yang telah memberikan komen seperti yang tersiar di laman Tranungkini.net seperti :

Foto-foto dwi peranan Jaafar Puteh bukti kukuh Sauk adalah sandiwara.

Kes Jaafar Puteh sahkan Sauk adalah Sandiwara

dan ulasan yang agak baru : Mahathir + UMNO = BUSH + Yahudi oleh blog Monazmuslim

Jaafar Putih telah meninggal dunia tidak berapa lama selepas drama rampasan senjata tersebut berakhir yang menimbulkan beberapa spekulasi bahawa beliau telah di 'senyapkan' untuk mengelak apa yang sebenarnya terjadi tersebar/terbongkar.

Semasa kes ini berlaku, saya syak ianya telah digunakan oleh pihak UMNO untuk menakut nakutkan PAs dengan rakyat terutama dengan bukan Islam serta adanya usaha usaha untuk mengharamkan PAS yang mana usaha UMNO untuk mengharamkan penggunaan perkataan "Islam" bagi nama pertubuhan suatu masa dahulu adalah sebahagian darinya.

Artikel lama : Video Memali + UMNO (Mahathir) berusaha untuk mengharamkan PAS

Artikel lasa saya ini telah diterbitkan oleh Tranungkite.net pada 6 Febuari 2002 dibawah tajuk Andaian motif penayangan klip video Memali . Saya terjumpa balik artikel ini selepas menonton rancangan Kes di TV3/4 semalam berkenaan dengan kes rampasan senjata di Sauk dimana ianya adalah salah satu usaha untuk mengharamkan PAS.

Andaian motif penayangan klip video Memali

Setelah diteliti akan siri penayangan klip video Taliban Malaysia dan klip video Memali serta serangan BN dan media-media mereka, saya merasakan rancangan mereka adalah untuk mengharamkan PAS. Motif penayangan tersebut adalah kerana mereka hendak rakyat berfikir bahawa pengharaman PAS tersebut adalah wajar untuk membasmi unsur-unsur keganasan di dalam negara ini. Sebab itulah mereka telah memutarbelitkan temuramah dengan Azmi yang dikatakan salah seorang pengikut Ustz. Ibrahim.

Temuramah dengan Azmi yang dikatakan salah seorang yang terlibat didalam tragedi tersebut juga telah diputarbelitkan. Apabila beliau di tanya adakah mereka tersebut mati syahid.. Azmi mengatakan memang mereka syahid sebab mereka hanya mempertahankan hak mereka dan yang menyerang (polis) pula ada yang bukan Islam. Tetapi telah diputar belitkan untuk menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam tragedi tersebut telah "sedar" akan kesilapan dan Ustaz Ibrahim dan PAs telah menyesatkan akidah mereka. kenapa mereka tak menyiarkan keseluruhan temuramah tersebut dan hanya berselang seli dengan ulasan oleh pihak RTM? Ini adalah kerana mereka tak mahu pekara sebenar diketahui ramai kerana ramai pengundi muda sudah tidak mengetahui peristiwa tersebut. Oleh itu penyokong BA dan parti pembangkang yang lain haruslah enggan membayar cukai radio dan TV kerana wang tersebut akan digunakan oleh pihak RTM dan RTM sudah menjadi biro penerangan BN, bukan sebuah agensi kerajaan lagi. seperti kata Astora Jabat didalam Mingguan Malaysia 3 Febuari lalu, parti pembangkan pun sebahagian dari institusi kerajaan, oleh itu RTM sebagai badan kerajaan tidak boleh menyerang PAS dalam bentuk propaganda tersebut. mereka hanya boleh menerangkan akan dasar kerajaan dan bukan menyerang mana-mana parti pembangkang didalam negara ini kerana parti pembangkang juga adalah sebahagian dari institusi kerajaan.

Mereka telah berusaha semasa tragedi Sauk dengan mengaitkan PAS dengan kumpulan Al Ma'unah tetapi malang bagi mereka, PAS tidak masuk didalam perangkap mereka. Ini disahkan oleh seorang wartawan yang makan semeja dengan saya di restoran Mc Donald Masjid jamek pada hari DSAI dijatuhi hukuman pada 8 Ogos 2000.

kemudian lihat pula akan apa yang diucapkan oleh Mahathir di New York baru-baru ini... Bayangkan beliau menyerang PAS di forum antarabangsa. Ini seolah-olah untuk menarik sokongan antarabangsa didalam usaha mengharamkan PAS dan supaya bliau tidak di kutuk sebagai anti demokrasi oleh masyarakat antarabangsa apabila mengharamkan PAS kelak.. Kenapakah membawa isu didalam negara ke luar negara....?

Selain dari itu kita dapati bahawa Mahathir akan berada diluar negara selama sebulan dan dari segi sejarahnya, banyak tragedi akan berlaku semasa beliau tiada di dalam negara. Jadi, kemungkinan satu tindakan terhadap PAS akan dilakukan didalam masa terdekat ini.

Anak perelih

Tuesday, September 28, 2010

Teguran Richard Branson : Utusan mengaku spin berita..

Apabila Sir Richard Branson mengulas mengenai kes sodomi Anwar mempengaruhi mood pelabur masuk ke Malaysia, Utusan melaporkan "Iklim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar" sedangkan apa yang dilaporkan oleh suratkhabar lain adalah berlawanan dengan apa yang telah dilaporkan oleh Utusan..

Tetapi hari ini secara tidak langsung, Utusan mengaku bahawa mereka telah spin kan berita mereka dengan menyiarkan berita dibawah tajuk "TPM yakin Branson tak niat campuri urusan negara" berikut yang jelas menunjukkan Richard Bronson tidak menyelar sikap Anwar, tetapi menyelar akan kes sodomi tersebut :

"KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson tidak berniat mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya mahu membantu inisiatif Malaysia dalam konteks pelaburan.

Malah Timbalan Perdana Menteri percaya Branson melihat Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan sesuatu harus dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke negara ini.

''Saya melihat dari sudut berbeza kerana saya yakin inti pati ucapan Branson semalam lebih menjurus ke arah membantu Malaysia meningkatkan jumlah pelaburan.

''Ini berdasarkan pada kedudukan Malaysia yang boleh dianggap oleh masyarakat pelabur sebagai destinasi terbaik pelaburan di rantau ini,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Permulaan Dekad Baru: Pelaburan Alternatif di Asia di sini hari ini.

Branson ketika bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur semalam sempena forum tersebut berkata, perbicaraan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

Ekoran daripada ucapan tersebut beberapa pihak membidas Branson kerana kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalaman Malaysia termasuk kes Anwar.

Dalam pada itu Muhyiddin juga percaya Branson turut maklum bahawa perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika ini adalah berdasarkan sistem perundangan negara.

''Sememangnya diakui beliau berkata bahawa Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.

''Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik tetapi hakikatnya kes ini berlaku maka kita perlu menerima fakta ini. Perbicaraan terpaksa dijalankan setelah didapati Anwar perlu didakwa atas tuduhan liwat.

''Sehubungan itu biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,'' katanya."

Thursday, September 23, 2010

SKMM.... Penyokong pembangkang pun bayaq cukai jugak....!



Kalau TV swasta tu kut la jugak sebab bukan guna duit pembayar cukai... ni RTM ni kami penyokong pembangkang dok bayaq cukai jugak ni walau hanya bayar bil handphone.... Kalau setakat menerangkan dasar kerajaan tu.. memang patut la.. ni sampai berkempen untuk UMNO BN dan memburuk buruk kan pembangkang ni apa citer...??? siap arahan SKMM macam ni pulak...Rakyat sekarang dah cerdik... dan mahu mendengar dari kedua belah pihak utk dipertimbangkan segala maklumat yang didapati.... (sumber dari kedahlanie - http://kedahlanie.blogspot.com/2010/09/stesen-tv-radio-di-malaysia-cuma-milik.html)

Diharap para pembaca dapat mengemukakan aduan penyalahgunaan harta kerajaan bagi industri penyiaran tentang surat arahan ini kepada SKMM... Aduan bolehlah dibuat di website,
https://aduan.skmm.gov.my/eaduan_c/edaftar.cfm?noeaduan=TRUE&CFID=2818211&CFTOKEN=22618106




Tuesday, August 31, 2010

Saturday, August 28, 2010

ISU NON MUSLIM MASUK MASJID

Dr. DANIAL MENGUPAS ISU NON MUSLIM MASUK MASJID ...
http://www.youtube.com/watch?v=8cbz3hQg_08&feature=player_embedded#!




DAN INI PANDANGAN DR. ASRI - BEKAS MUFTI PERLIS :
http://www.youtube.com/watch?v=UTQunMveCjQ&feature=player_embedded

Thursday, August 26, 2010

Doa Untuk Bukan Islam Ketika Khutbah & Bersin : Ulasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

diambil dari website Ustaz Zaharuddin Abd Rahman :

http://www.zaharuddin.net/content/view/950/72/


Ustaz, apakah hukumnya mendoakan orang bukan Islam dengan hidayah atau biar dia bersifat adil, sejahtera, sihat tubuh dan sebagainya. Bolehkah pula doa sebegitu dibuat ketika khutbah? Harap ustaz dapat mengulas secara ilmiah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Selain itu, apakah pula hukum kita menjawab bersin seorang kafir dengan sebutan "blessed you". Terima kasih

JAWAPAN

InshaAllah, saya akan mengulas tanpa sebarang prejudis terhadap politik kepartian, walau saya sedar soalan saudara tadi telah disensasikan sebagai isu politik di tanahair.

Namun begitu, sebelum mengulas perlu dinyatakan, ulasan saya adalah hanya berkaitan hukum dan panduan umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes dan isu di tanahair disebabkan saya tidak punyai sebarang info jelas berkenaannya.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

a. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

  • Firman Allah :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

  • Hadis Nabi :

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )

b. HUKUM HARUS

Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

  • Hadis nabi : -

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

  • Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

  • Hadis nabi :

Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.

Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.

KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.

TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.

Tuesday, August 10, 2010

Hahahaha Professor Kangkong kena smash dgn Timbalan Menteri Pengajian Tinggi... hahahahahaha

Hero Tamil sudah kena... tu la nak jadi kaki bodek UMNO sangat.... tau tau kena smash dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dari UMNO pulak tu... hahahahahhahahahahahaah.... ..... Professor kangkong!!!



Video penuh - 41 minit 32 saat boleh dilihat di sini :
http://www.arakian.com/viewmedia.aspx?id=2056

Mungkin kerana pemikiran beginilah, kontrak Ibrahim Abu Shah tidak disambung semula... dimana beliau dimaklumkan dalam tempoh yang agak singkat iaitu hanya dengan panggilan telefon... sebelum surat dihantar... boleh lihat ucapan terakhirnya yang emosional di sini... macam orang baru kena pecat saja...

Mungkin kerana itu, beliau mahu membalas dendam kepada KPT melalui Timbalan Menteri didalam rancangan Soal JAwab TV3 ini untuk melepas geram beliau....

Wednesday, June 23, 2010

Isu tuduhan Wahabi & JI: Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
http://drmaza.com/home/?p=1165

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?



1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.

6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.

7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.

8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.

9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.

11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

23 Jun 2010

Thursday, May 20, 2010

Baru UMNO tahu bila kena atas batang hidung depa...

Utusan Malaysia hari ini - 21 May 2010 melaporkan "Batal permit tak halang UMNO dedah kelemahan DAP" mengenai permit ceramah UMNO yang telah dibatalkan....

Anda boleh membaca sendiri apa rungutan puak puak ni bila takboleh buat ceramah.... baru mereka tahu bila kena atas batang hidung mereka sendiri bila permit ceramah dibatalkan... tu pun UMNO ada media arus perdana -suratkhabar dan TV utk siar propaganda mereka...

Parti parti PR - DAP>PKR>PAS sudah lama merasainya.. permit tak diluluskan.. buat roadblock utk halang orang ramai pi ceramah.. malah ada yang pernah kena tembak kerana pi ceramah PAS - di Kuala Terengganu dahulu... dah la ceramah adalah salah satu saluran untuk menyalurkan maklumat parti parti PR kerana PR tiada media arus perdana yang membantu macma BN.. media arus perdana - TV, suratkhabar, radio - memburuk burukan PR lagi ada la...

Jika anda googling perkataan '"permit ceramah" dibatal'... anda akan berjumpa hampir kesemua hasil carian google tersebut adalah mengenai ceramah PR yang telah dibatalkan oleh kerajaan UMNO/BN menerusi Polis yang telah dipergunakan oleh BN/UMNO untuk kepentingan mereka...

Ni baru sekali ceramah UMNO dihalang dah bising macam dunia ni dah nak kiamat dah..... diaorang ni nak buat ceramah pasai apa.. ??? ceramah tentang macam mana nak beli judi bolasepak Piala Dunia kat kedai Sports Toto ke...???

Wednesday, May 12, 2010

Najib Raja Judi Sukan.....


http://uploadingit.com/file/z8ngyi2tkukm1bes/Najib%20Raja%20Judi%20Sukan.jpg

Santa Claus comming to Sibu early,... after Hulu Selangor...


ISTERI BIK MAMA : HO HO HO HA HA HA

Friday, April 23, 2010

Upah untuk 2 ekor katak Perak sudah dapat!

Nampak gaya.. 2 ekor katak belaan ini sudah menerima upah masing masing.... Bagi seekor lagi yang tidak menghadapi kes rasuah, sudah diupah dengan gelaran "Datuk"... tetapi, PRU13 nanti, mahu ke BN calonkan 3 ekor katak ni bertanding lagi di kawasan masing masing...??? masa tu baru padan muka depa ni....!!! baru tau BN hanya memperguna depa saja....

Inilah bukti bahawa yang melompat parti tu sudah ada deal dengan BN/UMNO untuk melompat... sebarkan maklumat ini di Hulu Selangor!!!

Lima termasuk dua exco bebas tuduhan rasuah



Thursday, April 22, 2010

PAS For All, Israel For All, And Justice For All dan 1Malaysia, 1Israel

Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk "Pas akui slogan, logo Pas For All hampir sama Israel 4 All" yang mengatakan kononnya PAS meniru slogan dan logo Israel 4All... tetapi sedarkan mereka terdapat perbezaan yang amat nyata seperti yang saya pernah ulas sebelum ini dibawah artikel "One Malaysia VS One Isreal - Blogger UMNO terdesak!"

PAS for All dicetus oleh PAs untuk menerangkan PAS adalah untuk semua... Israel for all ialah nama sebuah syarikat pelancongan swasta di Israel dimana ianya mengurus pelancongan orang (kurang upaya) Yahudi, Kristian dan Islam untuk bercuti di Israel... ianya berorentasikan perniagaan dan keuntungan semata mata, dan tiada kaitan dengan kerajaan Israel so tiada persamaan di sini...

Sedangkan, konsep One Malaysia dicetus oleh Najib dari UMNO yang kononnya untuk menyatu orang malaysia untuk pilihanraya ke 13 nanti untuk mengundi BN... One Israel pula dicetuskan oleh Ehud Barak dari parti Buruh Israel bagi pilihanraya Israel 1999 untuk mengundi parti Buruh. Jadi terdapat satu persamaan disini iaitu kedua duanya dicetus oleh ahli/pemimpin parti politik untuk menghadapi pilihanraya seterusnya di negara masing masing... dimana parti politik mereka amat memerlukan kemenangan.... dan mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan kerajaan Israel menerusi Parti Buruh pimpinan Ehud Barak...


Dan hujah slogan "PAS for All" adalah sama dengan "Israel for All" tidak boleh dipakai kerana adakah semua slogan yang mempunyai perkataan "For All" adalah sama??? contohnya.. tajuk album dan lagu "And Justice For All" oleh kumpulan heavy metal Metallica.. adakah kumpulan Metallica meniru dari Israel 4 All sedangkan album tersebut dikeluarkan pada tahun 1988... dan Israel 4 all pula ditubuhkan pada tahun 1997

Bagaimana pula dengan filem "And Justice For All" yang dihasilkan pada tahun 1979??


Sedangkan slogan 1Malaysia dan 1Israel adalah sama kerana kedua duanya dinasihati oleh satu pihak yang sama , iaitu APCO Worldwide....

Sunday, April 18, 2010

Ini ke gambar bukti Zaid kaki botol tu???

Blogger blogger UMNO menyerang peribadi Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor dengan mengatakan Zaid adalah kaki botol, dan Azmin Ali telah mencabar mereka untuk menunjukkan bukti tuduhan mereka tersebut, Hari ini, Utusan melaporkan blogger blogger UMNO ni berkata, mereka akan menyiarkannya bukti bukti tersebut pada tengah hari jam 12:00 hari ini (Isnin 19 April 2010)... Jadi adakah gambar gambar bukti ini yang blogger blogger UMNO tersebut ingin tunjukkan yang menunjukkan bahawa Zaid adalah kaki botol?????

(update)... Gambar yang dikeluarkan oleh blogger GAP - blogger UMNO itu sebenarnya adalah gambar superimpose.... nampaknya UMNO sudah membunuh diri di Hulu Selangor... Sila sebarkan pendedahan pembohongan UMNO ini di Hulu selangor dan di serata Malaysia!!!
link pendedahan pembohongan UMNO itu... http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4114
















Monday, April 5, 2010

1MAlaysia : hanya pada tarian, logo, majlis perkahwinan dan sebutan salam sahaja???

Apabila membaca artikel/berita di Utusan Malaysia semlaam (5 April 2010) bertajuk : "PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya", Saya berfikir, jika inilah indikasi konsep 1Malaysia diterima rakyat, maka sah lah bahawa konsep 1Malaysia hanyalah pada kulitnya... Ianya tidak mendalami satu gagasan yang diimpikan/dirancang untuk rakyat berpadu/bersatu. INi dapat dilihat apabila PM berkata :

"Kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka. Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa"

Kenyataan PM ini telah mengsahkan bahawa konsep 1Malaysia hanyalah satu retorik untuk membina imej BN/UMNO dan mendapatkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu yang telah lari dari BN dan gagasan 1Malaysia bukanlah sesuatu yang "meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang", tetapi hanyalah satu "PR exercise" atau "rebrading" untuk memulihkan imej BN dan mendapatkan kembali undi dari Bukan Melayu.

Adakah perlaksanaan konsep 1Malaysia hnaya pada Tarian 1Malaysia, Penggunaan logo 1 Malaysia, Majlis perkahwinan 1Malaysia dan Salam 1Malaysia sahaja tanpa pengisian pengisian untuk mengubah minda rakyat untuk bersatu tanpa mengambilkira faktor kaum atau dasar dasar untuk menujudkan perpaduan antara kaum dinegara ini supaya kepentingan rakyat diletak "di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang"???

Sepatutnya PM berhujah tentang dasar dasar dan tindakan kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum, usaha usaha meletak " kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang" yang diterima semua rakyat sebagai indikasi konsep 1Malaysia diterima dan difahami semua rakyat, bukannya benda benda retorik/kulit seperti disebutkan oleh beliau. Ataupun beliau tiada apa satu pun dasar/tindakan yang boleh disebut untuk menyokong dasar 1 Malaysia tersebut???

Kerana konsep 1Malaysia adalah hanya pada kulit sahajalah, UMNO dilihat cuba menipu rakyat dengan bercakap tentang 1Malaysia dan dimasa yang sama bercakap tentang perkauman sempit seperti yang banyak disiarkan di Utusan Malaysia serta ucapan beberapa pemimpin UMNO sendiri serta dasar dasar yang meminggirkan rakyat seperti GST dan lain lain lagi.

Tuesday, March 23, 2010

Pekung PKR mula terdedah??? Pekung UMNO yang sebenarnya terdedah!!!

Utusan didalam edisi hari ini 24 Mac 2010 menyiarkan artikel "pekung PKR Mula Terdedah" yang ditulis oleh Nadzir Awang Ahmad @ Said didalam mengulas isu 16 September seperti didedahkan oleh Zahrain. Bagi saya ini merupakan satu lawak atau joke kerana :
1. Utusan : Lebih memeranjatkan rakyat, Presiden Pas dalam kenyataannya seperti dilaporkan oleh akhbar mengakui mengetahui dan menyokong pembentukan 'Kerajaan 16 September' yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pas yang mendakwa sebuah parti Islam sanggup bersekongkol dan merestui tindakan yang tidak berhemah dan mengikut lunas-lunas demokrasi itu. Paling mendukacitakan, nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan dalam usaha memujuk wakil rakyat BN menyertai pakatan pembangkang.

Anak Perelih : Habis apa yang berlaku di Perak tu berhemah ke ??? Tindakan BN yang tidak mahu bubar DUN tu ikut lunas lunas demokrasi ke tidak..>??? sekurang kurang dalam projek 16 September tu, Anwar janji akan bubar parlimen selepas beberapa bulan mengambil alih kerajaan Malaysia. Dan adakah Najib menggunakan nama Sultan Perak untuk membentuk kerajaan di Perak dan menggunakan PDRM sebagai memenuhi kehendak kerajaan BN Perak tersebut??? Bukan kah seperti dalam kes Perak bahawa kalau Sultan/Agong mendapati bahawa Anwar mempunyai majoriti sokongan maka Agong akan merestuinya dan
bila Agong merestuinya, maka pihak tentera juga akan merestuinya.. itu mengikut lunas lunas demokrasi lah... Anwar bukan menggunakan tentera untuk merampas kuasa.... Kenapa nak double standard disini...??? sedangkan UMNO juga mengatakan bahawa projek 16 September tu sama dengan apa ayng berlaku di Perak????

2. Utusan : Tidak ada ahli Parlimen dari BN yang keluar parti untuk menyertai pakatan pembangkang tetapi semakin ramai yang mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat Bebas datangnya dari pakatan pembangkang

Anak Perelih : hakikatnya dari semua yang melompat parti, hanya Hee Perak sahaja yang bukan PKR.. Semua yang melompat tu adalah dari PKR dan mereka ini masih lagi mempunyai mentaliti parti lama mereka iaitu UMNO dan BN - MIC/MCA.. so apa nak dihairankan??? Duit adalah segalanya kepada mereka ini. Tapi harus diingat.. ramai didalam PKR tu asalnya dari UMNO... sudah berapa kali UMNO berpecah.. dulu ada Semangat 46... Siapa kata orang UMNO tak keluar perti.. ???kalau tak, PKR dan Semangat 46 tak pernah ujud la....!!!

3. Utusan : pembangkang berada dalam keadaan tenat sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas dan melampaui batasan.

Anak Perelih : Untuk menentukan parti mana yang tenat, rakyat yang akan menentukan dalam pilihanraya... kalau Pembangkang dalam keadaan tenat dan UMNO dalam keadaan sihat... maka bubarkan lah DUN Perak segera kerana memberikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan itu adalah mengikut lunas lunas demokrasi... dah 1 tahun lebih dah!!!

walaupun PKR berkubur seperti Semangat 46, tetapi majorioti mereka di grassroot tidak akan menyertai UMNO semula... malah apabila Semangat 46 dibubarkan, ramai yang menyertai PAS dan didalam masa yang sama nama mereka didaftarkan sebagai ahli UMNO semasa proses pengabungan secara pukal. Akibatnya seorang calon pilihanraya PAS 1995 di Perlis tersenarai sebagai ahli UMNO di cawangan UMNO....

4. Utusan : Rakyat yang sudah muak dengan isu mainan politik pembangkang yang dilihat seperti tiada kesudahannya dari sehari ke sehari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu.

Anak Perelih : Rakyat juga lebih muak dengan mainan politik BN yang dilihat seperti tiada kesudahannya dari sehari ke sehari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu ditambah lagi dengan tindakan kerajaan /pemimpin BN yang merugikan rakyat...

5. Utusan : Sepatutnya, pembangkang terutama yang menerajui negeri yang dimenanginya dalam PRU Ke-12 menunjukkan kepimpinan dan tadbir urus yang cekap sekiranya itulah yang dilaung-laungkan semasa kempen sebagai alternatif kepada kerajaan BN.

Anak Perelih : Sepatutnya BN pun tidak mengacau secara kotor pentadbiran negeri yang dimenangi PR... kerana PR tidak berbuat begitu kepada BN di Pusat. Antara tindakan kacau secara kotor ialah - royalti Minyak jadi wang ehsan, peruntukan pusat kepada negeri disalur kepada Jabatan Pembangunan Pusat, JKKK lantikan negeri tidak diiktiraf dengan melantik JKKKpusat dan banyak lagi double standard dan penindasan yang dilakukan oleh BN kepada negeri yang ditadbir PR....

Nampaknya penulis ini adalah seorang professor kangkong walaupun beliau ialah Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis. Jika pensyarah universiti boleh menulis menyokong BN seperti ini.. adakah boleh pensyarah juga menulis menyokong PR???? Sedangkan di UniMAP yang satu negeri dengan UiTM Perlis pun mempunyai skuad pemantau untuk memantau kakitangan yang menghadiri ceramah PR untuk diambil tindakan... Bukan sahaja pelajar dipantau.. tetapi kakitangan pun dipantau..... dimanakah lunas lunas demokrasi disini?????

Sunday, March 21, 2010

One Malaysia VS One Isreal - Blogger UMNO terdesak!

Minggu lepas, hangat di Perlimen tentang isu One Malaysia vs One Israel... dan sebagai tindakbalas, blogger UMNO membuat dakwaan bahawa konsep Middle Malaysia oleh DAP adalah dari konsep Middle Israel dan slogan Pas For All adalah dari Israel for all...

Tetapi mereka tidak menyelidik secara teliti.. dan ini membuktikan bahawa blogger UMNO sedang terdesak kerana :

1. Middle Malaysia adalah dicetus oleh DAP, suatu parti politik untuk menjelaskan pendekatan mereka... Middle Israel hanyalah nama satu column dalam Jerusalem Post oleh Israeli journalist and media developer Amotz Asa-El.. iaitu memaparkan pandangan perseorangan yang merangkumi berbagai isu dan bidang. so tiada persamaan di sini...

2. PAS for All dicetus oleh PAs untuk menerangkan PAS adalah untuk semua... Israel for all ialah nama sebuah syarikat pelancongan swasta di Israel dimana ianya mengurus pelancongan orang Yahudi, Kristian dan Islam untuk bercuti di Israel... ianya berorentasikan perniagaan dan keuntungan semata mata, dan tiada kaitan dengan kerajaan Israel so tiada persamaan di sini...

Sedangkan, konsep One Malaysia dicetus oleh Najib dari UMNO yang kononnya untuk menyatu orang malaysia untuk pilihanraya ke 13 nanti untuk mengundi BN... One Israel pula dicetuskan oleh Ehud Barak dari parti Buruh Israel bagi pilihanraya Israel 1999 untuk mengundi parti Buruh. Jadi terdapat satu persamaan disini iaitu kedua duanya dicetus oleh ahli/pemimpin parti politik untuk menghadapi pilihanraya seterusnya di negara masing masing... dimana parti politik mereka amat memerlukan kemenangan.... dan mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan kerajaan Israel menerusi Parti Buruh pimpinan Ehud Barak...

Isu One Israel vs One Malaysia... Bloggers UMNO terdesak...

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..