Friday, February 29, 2008

petugas BA diminta terus berhati hati dengan samseng Shahidan...

Beberapa hari lepas, saya ada menulis mengenai samseng upahan Shahidan di Perlis, dan pada 27 hb Feb., muncul berita di TV3 bahawa 2 wartawan telah dibelasah di satu ceramah parti politik di Berseri, Perlis (tanpa memberitahu di ceramah parti mana, mungkin untuk penonton memikirkan ianya adalah di ceramah PAS/PKR). Selepas itu, harakahdaily melaporkan " Dua wartawan dibelasah dalam ceramah BN". Tranungkite juga melaporkan " Petugas BN Belasah Dua Wartawan ". Barulah kita tahu ianya berlaku di ceramah BN dan Shahidan sedang berceramah di tempat kejadian itu.

Oleh itu para petugas BA - PAS dan PKR digesa agar terus berhati hati dengan samseng Shahidan ini, terutama semakin hampir dengan hari pembuangan undi. Jika dengan sesama pekerja BN pun mereka boleh buat provokasi, apatah lagi dengan pekerja parti PAS/PKR... Apabila bergerak mengedarkan risalah, pastikan anda bergerak didalam kumpulan, jangan bergerak seorang diri, dan jangan berpecah dari kumpulan. Jika terjadi apa apa, rakan anda boleh membantu atau meminta pertolongan rakan rakan yang lain atau memanggil bantuan pihak berkuasa seperti polis.

Wednesday, February 27, 2008

Perang banner/poster suram - kesan kes Elegant Advisory pada PRU11 2004???

Kemarin, Malaysiakini melaporkan "Slow campaign: Calm before the storm?" antara lain, kandungannya berbunyi :

The election mood seems sober and uncannily quiet. Most Kuala Lumpur voters appeared to be too preoccupied with their daily chores to be excited by the election campaign. But a few may attend the ceramah at night organised by political parties.

Urban voters already decided?
BN machinery has the edge

Ini juga terjadi di Perlis dimana pada kali ini, perang banner/poster tidak serancak pada tahun 2004 (mungkin Kelantan dan Terengganu terkecuali). Pada tahun tersebut, pada malam penamaan calon, banner sudah banyak dipasang. Tetapi pada tahun ini, ianya seakan akan suram. Ini tidak hanya berlaku di Perlis yang mengalami pergeseran pemimpin BN sahaja, tetapi berlaku ditempat tempat lain juga.
Bagi pihak BA/PAS, adalah difahami kerana faktor keewangan yang terbatas untuk mengadakan begitu banyak banner/poster, jadi bendera menjadi pilihan kerana boleh dibuat sendiri dengan kos lebih murah. Tetapi kenapa BN juga mengalami kekurangan banner/poster??? yang ada hanyalah bendera dan lebihan bahan pilihanraya 2004 - banner yang dibekalkan oleh elegant advisory sdn. Bhd. contohnya. Sedangkan mereka mempunyai peruntukan kewangan yang banyak?

Pada saya, ini adalah kesan kes Elegant Advisory yang telah membekalkan barangan kempen seperti baju, button lencana, bendera, banner, poster dan lain lain lagi kepada BN pada tahun 2004. Elegant advisory telah membuat tempahan bernilai ratusan juta ringgit dan tempahan ini ada yang dibuat sehingga ke negeri China. Apabila barangan ini dihantar ke bilik gerakan, pembekal menuntut wang pembayaran dari Elegant Advisory, tetapi, mereka disuruh untuk menuntutnya terus dari BN / Perdana Menteri . Perdana Menteri mengatakan yang beliau tidak tahu apa apa mengenai pebekalan tersebut dan menyuruh mereka menuntutnya dari mereka yang membuat tempahan. Ada kalangan pembekal ini mengalami masalah keewangan malah mereka yang membuat pinjaman dari along untuk menyiapkan tempahan tersebut telah dijejar along akibat tidak menerima pembayaran barangan yang dibekalkan mereka. Kes ini telah dibongkar oleh malaysiakini selepas beberapa bulan pilihanraya 2004 selesai.


Tetapi apa kaitannya dengan pilihanraya 2008? Telahan saya ialah :

1. Banyak syarikat pembekal barangan ini telah gulung tikar akibat tidak menerima pembayaran dari elegant Advisory/BN. Jadi pada tahun ini terdapat kekurangan pembekal untuk membekal barangan tersebut.

2. Syarikat pembekal yang masih beroperasi atau tidak terlibat didalam kes tersebut agak lebih berhati hati menerima tempahan. Mungkin akan menerima tempahan apabila pembayaran dilakukan dahulu, tidak lagi seperti 2004.. ada duti, baru boleh terima tempahan.


anda boleh mengetahui kes Elegant Advisory secara lebih lanjut di link hasial carian google seperti dibawah ini :
BN poll merchandise: Elegant Advisory ‘absconds’
BN polls supplies scandal criminal breach of trust
Subkontraktor UMNO/BN tagih janji ...
Skandal Peralatan Pilihan Raya
Merdeka atau Mahuduitka ?
How Free and Fair Is The 2004 Election
UMNO/BN tagih janji ...

Monday, February 25, 2008

Tabung dana pilihanraya PAS Perlis

PAS Perlis mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk dana pilihanraya bagi kegunaan semasa kempen pada pilihanraya umum ke 12 ini. Adalah diharapkan, jika tidak mengambilalih pemerintahan, sekurang kurangnya pembangkang, terutamanya PAS mempunyai wakil yang kuat dan berkesan didalam Dewan Undangan sebagai pengimbang, penasihat, "check and balance" dan pembela rakyat dari pemerintahan BN di Perlis. Sesungguhnya keadaan negara ini sudah teruk dibawah BN seperti yang sering dilaporkan oleh media alternatif seperti malaysiakini, harakahdaily dan lain lain.

Adalah dimohon maklum menerusi nombor telefon tertera selepas di Bank-in kedalam akaun.

Kepada mereka yang berada di luar negara, anda bolehlah menggunakan khidmat Western Union Money Transfer (http://www.westernunion.com/). Untuk nama penerima, anda bolehlah menggunakan nama calon calon dibawah dan e-mail address bolehlah menggunakan e-mail address saya di anak_perelih(at)yahoo.com. Saya akan berhubung dengan calon calon tersebut untuk mereka mendapatkan wang mereka di agen Western Union - BSN dan CIMB kerana saya tidak boleh mengeluarkan wang tersebut disebabkan nama yang tertera di Western Union bukanlah nama saya.

Bagi DUN Kuala Perlis
Calon PAS : Ahmad Tajuddin Bin Salleh
Bendahari Jabatan Pilihan raya PAS Perlis
Untuk memenangi DUN Kuala Perlis buat pertama kali
No Akaun : 0212829000005963 - BSN
No. Telefon : 012-4946995


Bagi
DUN Santan,
Calon PAS : USTAZ ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis
Dengan dana yang terhad untuk merampas kembali DUN Santan yang pernah dimenangi PAS pada PRU 10 tahun 1999.
No. Akaun : 159012778642 - Maybank
No. telefon : 019-5646172

Bagi DUN Simpang Empat Syed Kasim
Calon PAS : Rus'sele Eizan
No. Akaun : 090200073220590 - BSN - atas nama Simpang Jaya Motor
No. Telefon : 019-4566642

Bagi DUN Guar Sanji
Calon PAS : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis
No Akaun : 159012632231 - Maybank - Melalui Hj. Tajudin
No. Telefon : 019-5703410

Bagi PARLIMEN Kangar
Calon PAS : Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail - PKR
AJK Perhubungan Parti KeADILan Rakyat Negeri Perlis dan Pengarah Pilihanraya KeADILan Bahagian Kangar
No Akaun : 11001007939 - Hong Leong Bank (atas nama Parti KeADILan Rakyat Perlis)
No. Telefon : 019-434 2244

Nasib mangsa kebakaran di Kuala Perlis tahun 94 dan 2004 masih belum terbela

Selepas saya menulis entry Petugas BA Perlis harus berhati hati dengan samseng Shahidan... dan meminta pembaca yang mempunyai bukti video atau gambar tentang samseng Shahidan tetapi tidak mempunyai kemudahan broadband untuk saya upload ke youtube atau website pro pembangkang seperti malaysiakini, harakahdaily atau tranungkite, saya menerima email dari seseorang yang memperkenal dirinya sebagai DD DARLING.

DD DARLING adalah orang Kuala Perlis dan mengatakan beliau mempunyai banyak isu yang nak dikongsi "dari zaman pak sheikh ahmad sampai shahidan.isu tanah bendang nenek moyang." Didalam email nya yang kedua, beliau menulis "Yg tersiar dlm blog awak tu kebakaran 2004, kebakaran 94 pun masih blm tbela,semua takut nk bsuara. Rumah yg dijanjikan xdpt,surat pjanjian lawyer pun dah lama expired.saya pernah bawa isu ni ke edisi siasat dulu,tapi xdak apa pun yg bkesan sbb mangsa2 takut nk bsuara"

***Kemaskini***
Malam ini, saya menerima satu lagi email dari DD DARLING. Beliau mendedahkan :

"Ye betul,tp itu isu skrg.ada lg isu lama yg xterbela. Tapak perumahan
pertama di kuala perlis,perumahan kg.nelayan.tanah yg diambil separuh
oleh kerajaan BN di bwh kuasa MB pak sheikh ahmad utk dijadikan tapak
perumahan tsebut,beliau minta tuan2 tanah tsebut(tmasuk arwah datuk nenek
saya) tidak menuntut pampasan krn beliau bjanji akn mberi geran kpd
separuh lg tanah yg ada..tp semua dusta.tapak yg dijanjikan geran juga
tlah dijadikan perumahan di bwh kuasa MB Dr.abdul hamid pawanteh...
Berbagai rayuan yg warga2 tua ini buat(tuan2 tanah) tmasuk minta sebuah rmh
bg seorg pemilik tanah,tp ditolak mentah2,akhirnya mereka cuma dpt
saguhati sebanyak rm1400- hingga rm2000 sahaja ,xberbaloi dgn usaha dan
titik peluh mereka yg dikerah semasa muda dulu dgn hanya guna tulang 4
kerat sahaja.kalau saudara dapat dtg ke kuala perlis,byk isu yg blh
dilihat."

***Kemaskini***

Dengan tersiarnya kisah DD DARLING di blog ini, saya berharap mereka yang ada akses dengan PAS/BA yang bertanding di Kuala Perlis dapat mengutarakan akan isu ini semasa kempen dan selepas pilihanraya kelak untuk menyedarkan masyarakat Kuala Perlis, terutama mangsa 2 kebakaran tersebut tentang hak dan kebajikan mereka terutama bila ramai diantara mereka adalah penyokong totok UMNO/BN....

Untuk rakyat Kuala Perlis... adakah apa yang terjadi kepada mangsa Tsunami Kota Kuala Muda terjadi terhadap anda??? sila baca mengenainya di sini - dari malaysiakini - Mangsa tsunami kecewa, mahu undi pembangkang



Saturday, February 23, 2008

Petugas BA Perlis harus berhati hati dengan samseng Shahidan...

Tadi, semasa berada berhampiran sebuah bilik gerakan BN sebuah cawangan UMNO Perlis, saya terdengar percakapan salah seorang petugas disitu yang Shahidan telah menggunakan "samseng kampung" (geng Gagak Hitam kut??) untuk membuang bendera bendera BN di Kangar. Bendera bendera tersebut bukan dibuang oleh petugas petugas biasa BN seperti dilaporkan oleh beberapa media. Arahan juga dikeluarkan kepada bilik bilik gerakan di Kuala Perlis supaya berbuat sedemikian. Samseng samseng kampung ini juga dikatakan akan ke Kuala Perlis untuk melakukan pekara yang sama seperti apa yang mereka lakukan di Kangar. Tetapi Petugas petugas BN Kuala Perlis memberi amaran, kalau samseng samseng Shahidan ini meneruskan kerja membuang bendera di Kuala Perlis, petugas BN di Kuala Perlis sanggup bergaduh/berkelahi. Ini menyebabkan samseng samseng Shahidan ini tidak meneruskan niat mereka (Orang Kuala Perlis terkenal dengan sifat kahaq mereka). Sebab itu bendera bendera BN di Kuala Perlis tidak diturunkan semasa drama buang bendera BN di Kangar berlaku.

Guna Samseng samseng ini adalah untuk melakukan provokasi dan tindakan menekan pimpinan BN di Putrajaya - Pak Lah, Radzi, Azmi dan Najib bahawa ahli akar umbi UMNO berdiri teguh dibelakang Shahidan dan sanggup memulau pilihanraya ini jika Shahidan diketepikan. Dan nampaknya strategi ini berjaya.

Saya juga mendapat maklumat bahawa samseng samseng ini juga akan digunakan untuk menggangu rumah Dato Radzi, yang pada ketika ini, ramai pengikutnya juga berkumpul dirumahnya.

Oleh itu, saya berharap agar petugas petugas BA - PAS dan PKR di Perlis agar berhati hati terhadap kumpulan samseng kampung upahan Shahidan ini semasa pilihanraya ini. Keselamatan diri dan bilik gerakan harus sentiasa diutamakan selain berwaspada terhadap provokasi yang diadakan seperti yang pernak dilakukan semasa pilihanraya kecil Indera Kayangan dahulu.

Ini adalah disebabkan, jika antara sesama petugas BN sendiri pun mereka boleh cuba mencetuskan kekacauan dan provokasi, termasuk terhadap pemimpin UMNO sendiri, maka tiada halangan dan tiada sebab pekara yang sama atau lebih lagi dilakukan terhadap petugas petugas BA.

Saya juga berharap agar media alternatif pro atau milik BA seperti malaysiakini, klpos dan harakahdaily untuk juga memantau berita berita di Perlis kerana sebarang insiden buruk terjadi terhadap petugas BA akan disembunyikan oleh media arus perdana.

Petugas petugas BA juga mestilah, jika boleh merakam gambar atau video sebagai bukti terhadap sebarang kejadian provokasi/kekacauan yang dicetuskan oleh samseng samseng kampung ini... Bukti bukti ini boleh dihantar ke malaysiakini, harakahdaily, klpos dan youtube untuk sebaranke seluruh negara serta dunia serta untuk laporan polis.

Jika anda tidak mempunyai akaun broadband untuk upload ke media alternatif atau youtube, sila dapatkan bantuan dari bilik gerakan BA di Kangar yang insyaallah mempunyai kemudahan tersebut atau e-mail saya di anak_perelih(at)yahoo.com. Saya mempunyai kemudahan broadband.

Thursday, February 21, 2008

Bantahan PAS keatas RTM dan isu Shahidan.....

Semasa berita RTM jam 12 tadi, ada dilaporkan rombongan dari PAS menghantar nota bantahan kepada RTM. Mahu juga RTM menyiarkan berita tersebut... mungkin kononnya untuk menunjukkan mereka adil dalam menyiarkan berita pembangkang. Nota bantahan tersebut adalah berkaitan tingkah laku RTM yang tidak professional dan berkempen bagi pihak BN walaupun kerajaan yang ada adalah kerajaan sementara serta RTM adalah media milik negara... milik semua rakyat MAlaysia kerana wang pembayar cukai digunakan untuk operasi RTM...

Cadangan saya kepada BA - PAS dan PKR selepas ini... jika tiada perubahan tingkah laku RTM, Tindakan saman hendaklah dkenakan keatas RTM atas kapisiti rakyat Malaysia yang membayar cukai serta RTM dibiayai oleh wang cukai kerana berlakunya penyalahgunaan harta kerajaan oleh BN.


Selain dari berita tesebut, isu mengenai Shahidan Kasim di Perlis juga semakin hangat di negeri ini. terakhir, ini saya jumpa di Malaysiakini.net selepas makan tengahari tadi.

Shahidan Kassim dropped?
Feb 22, 08 12:11pm
It is widely believed that Perlis Menteri Besar Shahidan Kassim would be dropped from the BN’s list of candidates for the state.
Open feud with MPs
Resignations in protest

Sebelum itu, banyak berita telah tersebar mengenai perletakan jawatan adik Shahidan sebagai timbalan ketua UMNO Arau dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO Perlis.
Jentera Umno di Arau lumpuh, pemimpinnya letak jawatan beramai ramai
Perlis??

Insyaallah, BA - PAS dan PKR akan memerintah Perlis.....

Warga pengundi tertua di Perlis... baru daftar mengundi???

Di laman web SPR tersenarai pengundi berusia 117 tahun - harakahdaily.net

Bashir Ishak
Thu | Feb 21, 08 | 7:08:42 pm MYT

BESERI, 21 Feb (Hrkh) - Jika dilihat pada buku daftar pemilih mungkin ramai yang menganggap pengundi ini belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana beliau dilahirkan pada tahun 1990 dan umurnya baru mencecah 17 tahun lebih.

Bagaimanapun, semakan di lawan web SPR mendapati beliau dilahirkan pada tahun 1890. Yang lebih menghairankan, sebelum ini namanya tidak tersenarai sebagai pemilih dan hanya dikesan dimasukkan dalam rang daftar tambahan tahun lalu. Image

Beliau adalah Nor Aishah Bt. Ahmad yang mengundi di Lokaliti Batas Tinggi di Daerah mengundi Paya dalam Dun Santan di Parlimen Padang Besar.

Pengundi tersebut kini sudah berusia 117 tahun lebih dan sekiranya masih hidup beliau mungkin salah seorang penduduk tertua di negeri Perlis.

Hasil tinjauan Harakah di lokaliti terbabit iaitu Kampung Paya Batas Tinggi dan sekitarnya mendapati tiada siapapun mengenali pengundi tersebut.


Debaran di Perelih

Hari ini, antara debaran di negara ini ialah pengumuman mengenai senarai calon BN Perlis. Sejak dari puluk 2 petang tadi, saya memeriksa berita dari malaysiakini, harakahdaily dan forum mykmu (pro Tun). Namun yang ada hanyalah pengumuman calon BN Kedah, DAP Pulau Pinang, Gerakan and MIC... tetapi tiada berita mengenai BN Perlis.... PAS sudah awal awal lagi mengumumkan senarai calonnya (dan saya sudahpun bertemu dengan calon PAS DUN saya tanpa sengaja pada senja sehari selepas pengumuman).

Senario 2004 berulang kembali
nampaknya kali ini bilamana Shahidan terpaksa mengikut PM pulang ke Puterajaya selepas PM merasmikan Islam Hadhari peringkat negeri Perlis. Mengikut maklumat yang saya terima, Shahidan terpaksa mengadap DYMM Agong dan Permaisuri Agong pada waktu itu iaitu Raja Perlis dan sebagai penyelesaian (untuk beliau terus memegang jawatan MB), Adida kepada Raja Perlis, Syed Razlan dicalon di Parlimen Arau mengantikan Mastika Junaidah yang dihantrar mencabar Ustaz Hashim Jasin dan kalah. Selain itu, insiden mengeluarkan pistol yang diletakkan diatas meja mesyuarat, pejabat UMNO Perlis juga mewarnai menjelang penamaan calon 2004 sehingga pihak polis terpaksa dijemput mengawal pejabat UMNO Perlis tersebut sehingga ke pagi.

Apabila Dato Radzi mengutarakan bahawa MB Perlis harus ditukar, apa yang saya baca ialah ianya sebagai peringatan kepada Shahidan untuk mengotakan janji yang dibuat dihadapan Raja Perlis di KL pada 2004. Mungkin untuk mengmungkiri janji tersebut untuk terus menjadi MB Perlis, maka sudah beberapa tahun pada menjelang hari raya, wang dan barangan ditabur oleh Shahidan kepada penduduk Perlis. Golongan ibu tunggal, anak yatim, AJK JKKK dan pelajar dipanggil untuk menerimanya, malah ada yang menerima banyak kali untuk berbagai kategori... Pada kali ini, menjelang penamaan calon, Shahidan menabiur lagi wang malah golongan Ibu tunggal sudah 3 kali dipanggil menerimanya (ada yang dah dapat RM400) dalam masa 2 minggu ini. Strategi Shahidan ialah untuk mendapat sokongan akar umbi dalam mengekalkan jawatan MB supaya adanya tekanan
mendesak dari akar umbi keatas pucuk pimpinan agar beliau dikekalkan.

Selepas makan malam, apabila melayari harakahdaily, saya terjumpa berita dibawah. Mungkin orang ramai yang berhimpun di Dewan Warisan didalam berita tersebut adalah golongan Ibu Tunggal yang diminta datang. Saya difahamkan, kali ini tiada wang diberi, tetapi mereka diberi ceramah oleh pemimpin BN. Dan senarai calon BN Perlis masih lagi tergantung...........


Shahidan Kassim berkemungkinan besar tidak dicalonkan?

Bashir Ishak
Thu | Feb 21, 08 | 6:54:58 pm MYT

KANGAR, 21 Feb (Hrkh) - Debaran orang ramai menunggu senarai calon BN Perlis untuk pilihan raya umum (PRU) 8 Mac ini masih belum terjawab sehingga jam 5.30 petang tadi apabila Dato' Seri Shahidan Kassim yang dikatakan bakal mengumumkannya masih berada di Putrajaya.

Para wartawan sudah mula menunggu di Dewan Warisan di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar dekat sini untuk mendengar pengumuman tersebut sejak jam 3.00 petang lagi.

Sumber memberitahu Shahidan berada di Putrajaya untuk bertemu Dato' Seri Abdullah AHmad Badawi dan sehingga petang tadi belum berjaya menemui beliau.

Orang ramai termasuk para penyokong Shahidan yang dianggarkan hampir seribu orang berkumpul di Dewan Warisan untuk mendengar pengumuman tersebut sambil mendengar para pemimpin mereka menyampaikan ucapan menyatakan sokongan terhadap Shahidan.

Secara umumnya, para pemerhati politik melihat keadaan ini sama seperti menjelang PRU ke-11 tahun 2004 lalu di mana Shahidan pada awalnya sudahpun digugurkan. Bagaimanapun senarai calon BN Perlis pada masa itu hanya diketahui dua hari menjelang penamaan calon.

Desas-desus sebelum ini bertiup kencang bahawa beliau akan digugurkan dari jawatan MB atau dipindahkan ke kerusi parlimen untuk memberi laluan kepada muka baru sebagai MB Perlis.

Bulan lalu, Setiausaha Agung Umno, Dato' Radzi Sheikh Ahmad menyatakan bahawa MB Perlis perlu ditukar dan pengganti yang beliau namakan ialah Dato' Azmi Khalid.

Keadaan tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi tentang karier politik Shahidan.

Terkini, sehingga jam 6.00 petang tadi, para wartawan dan orang ramai mula beredar pulang dari Dewan Warisan apabila mengetahui tiada pengumuman akan dibuat hari ini.

Sumber memberitahu pengumuman calon mungkin dibuat esok dan khabarnya Shahidan tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU akan datang. - mns

Wednesday, February 20, 2008

Malaysiakini interview with Rashit... will be republished.

A few days ago, I wrote to Malaysiakini's editor for them to republish interviews with SPR's Rashit conducted 4 years ago, which he admitted that EC is not free and under government direction, the reason of redelianation of constituencies boundries and many more.

Yesterday, i got a reply from Malaysiakini's Steven Gan. He mentioned that they "plan to do so in the coming days."

So here it is guys....
Q&A: EC not meant to be 'fully' independent
Q&A: 'I cannot do anything, my hands are tied'
Q&A: They're 'planted', not phantom voters

Bersih... use that to expose who is this Rashit and SPR... and in your demands for clean and fair election.
Opposition parties... use it well....

Tuesday, February 12, 2008

Parlimen telah dibubar...

Semalam cakap lain, hari ni buat lain... Dia kata sebab tak tentu lagi Agong akan perkenan... tapi takkan tak boleh kata "saya akan mengadap Seri Paduka esok.. semua keputusan atas Seri Paduka"...

Siakap senohong gelama ikan duri....
Cakap bohong itulah Dollah Badawi...

Server malaysiakini dan harakahdaily akan sebok lagi le lepas ni...

Radzi dan Azmi bukan popular kerana Shahidan tabur duit/goodies lagi

Kemarin malaysiakini melaporkan Radzi, Azmi bukan calon popular di Perlis dan Perlis ready to dump its two ministers?. Ini tidak mengejutkan bagi warga Perlis kerana Shahidan telah mengambil hati AJK bahagian, AJK cawangan, rakyat Perlis keseluruhannya menerusi penyampaian wang RM100 hingga RM200 serta barangan seperti blander, periuk nasi, dapur gas yang berjenama murah, senang rosak lagi merbahaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dan ini ditambah lagi dengan pemberian menjelang pilihanraya yang dilakukan kemarin di Dewan Warisan yang berlangsung dari pagi hingga hampir Maghrib. Semua ini memakan belanja berjuta juta ringgit wang rakyat. Jadi tidak hairanlah jika Azmi dan Radzi tidak popular kerana mereka tidak begitu terlibat dalam pemberian seperti ini....

Yang untung dari pemberian ini adalah pembekal barangan pemberian tersebut kerana membekalkan barangan tidak berkualiti yang berharga murah tetapi claim kepada kerajaan negeri sebagai yang berkualiti dengan harga yang lebih tinggi.

Awat murah sangat harga diri orang Perelih?????

Monday, February 11, 2008

Apa tugas "Peg. Warga BAru" di bilik gerakan UMNO???

Sebelum ini saya ada menulis tentang pengundi Burma di Langkawi dan Perlis. Ini pula adalah senarai charta organanisasi bilik gerakan sebuah cawangan UMNO di Perlis. Nama nama pada carta ini telah dipadamkan atas faktor privasi. Pada jawatan nombor 13, terdapat satu jawatan iaitu "Peg. Warga Baru". Istilah "warga Baru" bila diselidiki, adalah merujuk kepada warga Burma yang mendapat IC dan kerayataan Malaysia (boleh mengundi). Nama "Peg. Warga Baru" didalam senarai ini adalah seorang neyban atau ketua orang Burma di Kuala Perlis. jadi... persoalan, kenapa ujud satu jawatan khas hal ehwal pengundi warga Burma disini dan kenapa tidak ada jawatan pegawai pengundi muda atau lain lain kumpulan pengundi? Atau adakah kerana undi orang Burma sangat bernilai sekali. Ini adalah sebagai bukti orang orang Burma yang diberi kerakyatan Malaysia mengundi dan terdapat hubungan antara mereka dengan UMNO - iaitu untuk memenangkan UMNO sehingga diujudkan satu jawatan khas di bilik gerakan UMNO... Di Langkawi, IC mereka ini dikatakannya beralamat di Kelantan dan Terengganu yang disifatkan sebagai kawasan panas... jadi fikirkan sendiri...

Isu pengundi Burma ini adalah seperti isu pengundi warga Filipina di Sabah seperti dedahkan oleh Malaysiakini.com dimana terdapat salahguna kuasa semasa pemberian kerakyatan kepada mereka ini semata mata untuk kepentingan memberi kemenangan BN/UMNO didalam pilihanraya.

Sila klick pada gambar dibawah untuk melihat dengan lebih jelas lagi.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..